Identiti

Assalamualaikum wbt

Sudah pukul 2.30 pagi. Saya masih belum tidur. Balik saja dari hospital pada hari semalam, saya bertahan menunggu Maghrib masuk dan kemudian terus saya tertidur kepenatan. Saya terjaga sekitar pukul 9 malam itupun kerana mendengar bunyi orang atas bilik saya ni bertukang. Entah apa yang diketuknya pun saya tak tahu.

Saya ada membelek-belek Oxfard Handbook yang sangat sinonim dengan dunia pelajar perubatan. Tapi sungguhlah memang jemu. Baru dua, tiga muka saya baca, mata sudah kuyu. Tapi bila membaca novel sejarah Crime And Punishment karya Fyodor Dostoevsky, sampai berbelas-belas muka sekali hadap pun tak jemu-jemu. Sampai boleh terlepas stesyen metro dibuatnya kerana terlalu ralit membaca.

Kononnya, untuk menghilangkan rasa mengantuk membaca nota-nota ringkas dalam Oxford Handbook, saya menonton filem Selamat pagi Cinta. Pagi semalam, ada kawan memaklumkan di Plurk bahawa cerita itu sudah ada di Youtube. Sumpah saya kata, menyesal sungguh menonton cerita itu. Ada tiga alasan utama:

1. Tak mencerminkan identiti filem kita. Sudah jadi seperti filem Indonesialah pula. Konon-kononnya babak baca sajak segala bagai tu macam cool seperti filem Ada Apa Dengan Cinta kah?

2. Terlalu fantasi. Cinta Ilham-Julia terlalu di-alam-maya-cintamu. Takdir yang kuat ala-ala cerita Serendipity pula.

3. Saya tak suka segala aksi Sharifah Amani yang didukung atau berpakaian seksi. Memanglah itu realiti di Malaysia. Ramai yang tak kisah dah pun tentang semua ini. Tapi janganlah pula semakin ditonjol-tonjolkan di TV atau dalam filem. Semakin menggalakkan orang mengikut jejak berlagak cool dengan fesyen buruk tak cukup kain macam tu. Saya pelik betul, apa nak jadilah dengan anak-anak masa depan.

Pendek cerita, memang menyesallah menonton cerita tu. Manis tak manis sangat (baca: not so sweet). Sedih tak sedih sangat. Entah di mana kemuncak cerita pun tak tahulah. Pengajaran pun tidak jelas. Penyudah? Ya Rabbi. Lagilah saya tak tahu nak kata apa. Hahaha. 😆

Tengah malam tadi, saya menonton satu lagi filem. Wayang. Kawan saya ada menyarankan filem ini kepada saya. Saya tidak memuat turun sebaliknya menunggu saja kewujudannya di Youtube. Tadaa. Tadi saya cari-cari, sudah adapun filem itu. Tentang filem Wayang ini, mesejnya sarat dari awal cerita sehingga ke penyudahnya. Kesimpulan yang paling baik yang boleh saya berikan ialah:

1. Jangan jumud dengan sesuatu perkara termasuk agama. Dan jangan bertopengkan agama untuk memuliakan kesyaitanan diri.

2. Sifat mulia hati dan penyabar.

3. Berbaik sangka dan tidak kedekut ilmu.

Saya tak tahu nak huraikan macam mana tapi yang boleh saya katakan, sudah lama Malaysia tidak mempunya filem bermesej yang sarat dan berat seperti ini. Yang kaya dengan nilai dan pengajaran baik dari segi agama, adat dan kemanusiaan. Dalam tempoh sedekad ini, asyik filem cinta cinta cinta. Tak sudah-sudah dengan cinta saja. Kalau cinta yang membina jiwa dan ada moral yang tinggi tak apa juga. Tapi ini cinta yang kalau diteladani akan merosakkan lagi anak muda. Hancur seh.

Saya bukan hendak membuat review filem di sini. Saya hendak menyatakan pendapat peribadi saja. Kalaulah diadili kedua-dua filem ini, saya tanpa ragu akan menyatakan Wayang jauh lebih baik, bermoral, ada nilai, mesej dan lebih realistik untuk ditonton. Dan yang paling utama, Wayang lebih membawa motif filem kita wajah kita. Tiada unsur keindonesiaan gitu.

Nota 1: Email notification dan Hubungi Sarah sudah berfungsi kembali. Ada masalah hosting sikit 3-4 hari ni.

Nota 2: Semakin ramai orang di sekeliling saya membeli iPhone dan segala macam gadget yang lain. Saya tetaplah macam ni. Saya memang tak berminat sangat dengan gadget. Cukuplah seadanya apa yang saya miliki. Saya tak rasa kita kurang jika tidak up-to-date dengan semua ni kan. Bagi yang membeli kerana memerlukan, tu tak mengapalah. Tapi bagi yang membeli kerana kemahuan, tak eloklah begitu, kan. Bersederhana itukan lebih baik. 🙂

20 Responses to “Identiti”

  1. 13may says on :

    Salam sarah,
    1st time masuk umah baru nih 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Selamat datang Maymay 😎

    Reply

  2. MK says on :

    KS, silalah jangan terlalu ralit membaca sewaktu commuting. Saya pernah tertinggal tiga stesyen STAR sebab khusyuk sangat menghadap buku. Huk3.

    Selamat Pagi Cinta? Filem siapa ni, Yasmin Hamid eh? Setelah membaca reviu KS ni, saya tak berminat dah nak tengok. Tapi kalau KS tak reviu pun memang tak terfikir nak tengok pun, haha. Tapi cerita Wayang macam besh je, nak usha la camni.

    Nota: Saya pun tak bermninat dengan gadget , kereta-keriti, atau segala benda yang berbentuk mewah. Kalau boleh nak Zuhud je ,tapi tak sampai tahap tu lagi, breserdahana cukup la. Saya lebih berminat dengan aiskrim potong dan vitagen.

    Reply

    Sarah Reply:

    KS suka nota kamu. KS hidup macam kamu juga. Masih suka vitagen sampailah ke umur dah tua ni.

    Reply

  3. mieda says on :

    saya setuju dengan pendapat sarah tentang cite-cite melayu kita sekarang. Kebanyakannya ada menonjolkan budaya yang berpakaian tidak cukup kain. Sometimes cite-cite tu tiada moral story yang diselitkan pun. Bagi pendapat saya pula, sekiranya media massa sendiri banyak menonjolkan budaya seperti ini, sudah tentunya ia akan menjadi ikutan. So media massa juga sepatutnya memainkan peranan yang penting jugak untuk sama-sama cuba membendung budaya seperti ini….hehe..

    Ada lagi satu drama yang sekarang di siarkan di asto ria, tajuknya Kasut Tumit Tinggi. Lebih kepada cerita golongan-golongan elit… 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Kasut Tumit Tinggi? Wah tajuknya. Huhu. Tapi kalau saya, saya memang tak tengok cerita2 yang macam ni 😛

    Reply

  4. me says on :

    You myt b interested in reading this blog,n leaving some comments there..
    http://mustnap.blogspot.com/

    Reply

    Sarah Reply:

    Ya encik. Jadi nak dimaksudkan saya ni prejudis dan bercakap tanpa fikir dulu macam yang ada dalam latest entry orang tu? Saya dah clarified dalam entry. Ni pendapat saya sendiri. Saya tak kisah langsung kalau orang lain nak nilai dengan cara yang lain.

    Reply

  5. cikgu jawe says on :

    hmmm.. aku sdg menanti filem2 pahlawan melayu islam spt tok janggut, mat kilau, dato bahaman dan lain2. tp sapa berani buat?. tk komersial dn org x peduli. filem leftenan adnan juga tak laku.

    sbnrnya aku dh bosan filem seram. walaupun x pernah tgk. 🙂

    pernah tgk filem dr afghanistan tajuk dia kandahar?. bg aku sgt best. sarat dgn masyarakat dn agama.

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya pernah tengok Kandahar. Tengok ramai-ramai. Ada rasa zuuppppp gitu.

    p/s: Leftenan Adnan dan Bukit Kepong adalah filem sejarah yang paling saya tabik di Malaysia. Sekarang dah takde dah filem2 begini nak dihasilkan. Ruginya… Budak2 boleh terlupa akan sejarah.

    Reply

  6. Ejalz says on :

    Sarah, setuju sangat… ntah macamana boleh ter’download’ pilem tu dan ter’tengok’… maka ter’meluat’ lah jugak…. bayangkan anak saya yang berumur 3 tahun boleh kata “tak malu la dia tu mama, tak pakai tudung pun kan..”
    Cikgu Jawe, saya suka Leftenan Adnan dan Kandahar.. jauh lebih baik dari majoriti filem yg ada di malaysia.. padanlah, hingga ke hari ini, saya pergi tgk wayang tak smpi 10 kalu pun.. hehe…

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la kan Kak Aizal. Budak2 pun tau yang mana buruk yang mana baik. Insya Allah anak2 akak akan jadi orang yang berkualiti 😉

    Reply

  7. djambu says on :

    tengok? kan sy dh ckp, xnyesal tonton filem ‘wayang’ kan? superb! :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Ha. Itulah. Kawan yang saya maksudkan dalam entri ni awak la tu 😀 Semalam ada hajat nak leave a comment in your blog just to let u know that I have watched that movie tapi terlupa plak. Hehe. Thanks for the recommendation.

    Reply

  8. k. mas says on :

    wayang???selamat pagi cinta???tak tau pun kewujudan cite2 tu..huhu..akak tak tgk sebarang cerita yg ada kaitan dgn si amani tu, yasmin + yusuf haslam nanti menimbulkan perasaan meluat yg bole mengurangkan awet muda..he..akak baru tgk cite baru upin & ipin ngee..besh!besh!recommended utk menghilangkan stress 😉

    hujung bulan 6 @ spesifically 27 jun dah ada kat mesia ke blom?

    Reply

  9. acai says on :

    bagus betul sarah tengok cite melayu..sy punyelah susah nak tengok,huhu..cite melayu last yang sy tengok liverpool vs man city, eh silap..itu bola sepak..okey, sy dah lupa cerita pe sebenarnya,hahahah…

    apa nak hairan sarah, dukung, seksi dsb tu lah yang buat cerita melayu tu laku..kot..teringat drama2 indon yang mak ngan adik selalu tengok tu..sangat bagus memaparkan orang Islam yang bersembahyang, berdoa dsb..jarang namapak kat cerita melayu..

    Reply

  10. mustnap says on :

    hurm, i wonder hamba Allah yang mana la rajin tolong bagi publisiti murahan about my blog in the 4th comment above.. 😐

    Reply

    Sarah Reply:

    I think I know who was that.

    p/s: You’re a good writer. No doubt.

    Reply

    mustnap Reply:

    thanks for the compliment.. same goes to ya as well.. and you got a nice blog template..

    if you know who that person is, say “thanks” to him/her coz he/she made me a bit embarrassed since it looked like i was the one who tried to gain cheap publicity by advertising my blog here.. oh well.. anyway, have a good nite and keep on blogging! =)

    Reply

    Sarah Reply:

    I bet he will read your message by himself. No worries. I know (and other people too) that is not a cheap advertising trick by the real author. At least, he led me to know another good blog that I finally have subscribed in my Google Reader. You have my hat off. Your writing is inspiring. Keep on blogging too 🙂

    Reply

Leave a Reply