Keberanian
Assalamualaikum wbt
Di sepanjang hari ini, baik di dewan kuliah atau ketika sesi kelas praktikal yang pertama untuk Forensic Medicine bermula, suasananya memang kelam kabut. Macam-macam terjadi.
Ketika masuk ke muzium khas yang terdapat di hospital tersebut, terkejut juga dibuatnya. Ada banyak simulasi kes jenayah ditempatkan di dalam muzium tersebut. Ada banyak moulage yang merakamkan detik-detik kematian kes-kes menarik. Jadi, ada banyaklah mata yang terbeliak, leher dijerut, lidah terjelir, tulang patah, kulit tersiat, daging terkoyak dan macam-macam lagi.Terbayang-bayanglah juga kiranya saya ni.
Balik dari hospital petang tadi, saya tidak berapa sihat. Makan ubat (dengan sengaja dilebihkan dosnya) dan terus pengsan tidur sampai ke petang. Sebaik segar, terus makan nasi. Mana boleh tak makan nasi dalam sehari. Pengsan semula dibuatnya nanti. Pengsan rindukan nasi. Huhu. Kemudian baru duduk menghadap nota. Saya utamakan ulangkaji untuk State Exam nanti. Persediaan untuk kelas esok sengaja saya letak tepi dulu. Hajatnya hendak mula membaca selepas mandi di tengah malam hari.
Selesai menutup nota ulangkaji, saya mula mencetak nota-nota tambahan yang saya ambil dari internet untuk tajuk hari esok. Tetapi dengan tiba-tiba saya terasa seram. Baru saya sedar bahawa tajuk yang hendak saya baca itu penuh dengan lakaran autopsi dan gambar-gambar yang boleh menyebabkan saya berpusing 360 darjah beberapa kali dalam masa seminit untuk memastikan tiada apa-apa di sekeliling saya. Sampaikan ada satu gambar tu (gambar saja pun, bukannya video atau apa), saya menutup kedua-dua tapak tangan ke muka. Mata hanya melihat skrin dari celah-celah jari saja. Bila gambar dah terpapar sepenuhnya di skrin, ceh, rupanya hanya gambar tali yang digunakan untuk satu kes bunuh diri saja. Saya ingatkan ada gambar orang tergantung sekali. Hahaha. Maka sayapun menggelakkan diri sendiri.
Tadi saya ada membelek update kawan-kawan di Google Reader (Kan dah kata. Saya memang ikuti update kamu semua π ). Salah satu daripadanya ada menyenaraikan filem-filem seram atau aksi yang ditontonnya kebelakangan ini. Salah satunya ialah Cannibal Holocaust. Saya teringat bahawa saya sudahpun menonton cerita itu. Sebuah filem kisah benar yang sebahagian daripadanya adalah daripada rakaman video asli oleh kumpulan penyiasat yang tak berapa nak cerdik tu.
Banyak unsur ganas, seram dan meloyakan. Saya pernah cerita bahawa saya loya dengan Milo, kan? Ya. Ketika menonton filem ini dulu (Oktober 2004), saya baru sudah minum Milo panas. Sudahnya saya termuntah dua kali. Pertama kerana saya tak tahan dengan Milo tu. Kedua kerana filem itu sendiri yang sangat memualkan.
Kenapa tiba-tiba saya melompat daripada cerita pasal persediaan tajuk hari esok terus ke cerita Cannibal Holocaust tu? Sebenarnya, tadi tiba-tiba saja saya pelik dengan diri sendiri. Dulu saya menonton filem itu seorang diri saja. Dalam bilik seorang-seorang saya saja. Ketika itu saya baru saja memulakan tahun dua saya di sini. Junior yang bakal ditempatkan sebilik dengan saya tiba lewat petang itu dari Malaysia.
Macam mana dulu-dulu saya boleh sangat berani ya? Filem Texas Chainsaw Story pun saya boleh tengok macam tu saja. Sekarang ni, jangankan nak tengok, tertengok trailer pun dah tutup mata. Saya terkena badi agaknya. Huhu. Sekarang ni, daripada saya menonton filem seram bersama housemates, saya lagi rela masuk bawah selimut dan selawat seorang diri bila terdengar bunyi seram jerit-jerit daripada filem yang ditontoni mereka.
Oklah. Panjang pula malam ni. Hampir 30 minit dah. Tamat masa bersama blog. Sekarang masa untuk menatap nota sedikit lagi. Kemudian tidur.
Nota: Saya membaca sedikit tentang latar belakang kerjaya seorang Forensic Pathologist. Mereka yang telah menyambung dalam bidang ini digelar sebagai pemegang Extreme Degree kerana kerjaya ini sememangnya sukar, memerlukan keberanian, kegagahan fizikal, kekuatan mental dan kreatif untuk berfantasi berada di pihak yang melakukan jenayah atau sebagai mangsa. Hebat sungguh otak mereka. Tak pelik doktor saya untuk kelas pertama pagi tadi memang gagah orangnya. Untuk makluman, dia adalah seorang perempuan. Tapi minta maaflah. Ini bukan bidang pilihan saya. π
salam sarah…
akhirnye temui sarah di cini…semuga sentiasa di dalam rahmat-Nya.
Reply
Sarah Reply:
February 12th, 2009 at 6:17 pm
Salam Kak. Sorry sangat. Saya sengaja tak beritahu di blog lama sebab nak elakkan orang tertentu tahu. Tapi saya tahu ramai yang boleh jumpa link saya melalui blog kawan2 rapat saya π
Reply
Saya pun baca gak blog tu semalam, tapi sekali lalu je saya baca entri tu sebab saya tak berapa berani tengok cerita ganas. Sampaikan nak tengok Saving Private Ryan pun kawan2 saya warning dulu. Nak tengok Cannibal Holocaust lagi la, dorang tak bagi terus.
KS ni memang berani ye.
Reply
Sarah Reply:
February 12th, 2009 at 6:19 pm
Simboliknya cerita KS ni nak beritahu yang dulu2 je la KS berani. Sekarang memang tak berani langsung nak tengok cerita2 hantu seram semua ni π Hari tu budak2 rumah KS tengok cerita hantu Thailand. Punya la seram. Sampai lepas tu diorang tido beramai atas lantai dalam bilik. Huhu. KS tak tengok. Jadi, KS tido aman je atas katil. Haha π
Reply
mm,sarah mungkin boleh dikira lebih berani dr saya,kalau dalam filem memang saya tak takut nak tonton,tapi dalam realiti harus fikir banyak kali.
Ke hospital menziarah pun saya tak pandang sgt kiri kanan,inikan pula nak hadapi semua yang mengerikan ni depan mata..isk isk,kalau terpaksa,kenalah gagahkan jgk tapi siaplah,tak lalu makanla lepas tu 2-3 hari.. :p
Reply
Sarah Reply:
February 12th, 2009 at 6:21 pm
Nadie, kalau awak ke hospital ziarah orang, maksudnya awak takut nak tengok koridor2 sangat ye? Oh. Kalau kat sini saya tak takut hal ni. Tapi waktu di Msia, saya buat oncall malam ikut doctor saya waktu cuti dulu, wow, meremang rasa bulu roma. Saya jalan meribut lajunya. Hehe.
Reply
hehe, dah habis forensic, it’s an interesting posting…
kes-kes pun menarik, as for me, it’s a the only chance to have a hands-on experience of learning anatomy from a fresh body =)
setiap kali tgk organ2 mayat ni, i wish we can take them for organ donation…healthy heart, liver, kidneys…of course with consent =)
miss you, muah~
Reply
Sarah Reply:
February 12th, 2009 at 6:23 pm
Untuk Forensic ni, kitorang tak buat autopsy pun. Dulu waktu posting autopsy, kitorang dah belajar dah pasal tu. Untuk forensic ni pulak, kitorang lebih kepada case solving and medical evidences. Dalam kelas je dah penuh dengan skull. Masuk muzium pulak penuh dengan kepala tergantung. Maunya tak mimpi oo.
Miss u too! Nak call awak ni. Nak tanya pasal last Saturday event. Ahaks π
Reply
Nisa Dearie Reply:
February 13th, 2009 at 11:39 am
nothing much…u can call me anytime =)
Reply
sarah, dulu saya kene pasang switch kat ipd melaka. tangga dari sepanjang tingkat satu nak naik ke tingkat 4, kanan kiri gamba org eksiden.
kene gilis la, tetindih la, tersepit la, itu ini…eww. yg paling ngilu tgk otak bersepai tgh jalan.
saya pandang depan je! hahahaha. xleh tgk lama-lama. kang pitam! huahaha.
Reply
Sarah Reply:
February 12th, 2009 at 6:25 pm
Ha. Ni budak2 MMU la ni yang ramai kemalangan ni. Hehe. Tiba2 saya teringat awak cerita pasal budak terjun bangunan dari blok bertentangan blok awak. Ada kan kes ni dulu? Saya terbayang-bayang gambar yang awak ada letak tapat orang tu jatuh tu (walaupun takde pun gambar mayatnya). Kuat betul saya imagine itu ini. Adoi.
Reply
keSatria Reply:
February 12th, 2009 at 6:38 pm
bukan dkt hostel. dkt apartment ixora. luar mmu. tp kediaman student mmu gak. yerp. dia bunuh diri.
saya tak letak gamba pun. tp kalau awak google rasanya ada lagi gamba budak tu dah jatuh. yg best tiba2 semua pelajar mmu jadi cameraman reporter. snap gamba mayat tu dekat2. polis tak smpai lagi. hampeh kan?
saya tak sanggup tgk. hehe. nak imaginasi ke? kedudukan mayat tu telungkup. hehe.
Reply
Sarah..akak mintak maaf dah lama tak beri komen kat sini. Akak ade masalah sekarang nie.Tak boleh nak nasihat org dah sekarang nie..kene kauseling diri sendiri pulak. Tapi masih ikuti Sarah tau.. All the best utk Sarah..tak sabar tunggu Sarah graduate..balik sini jadi doktor.:) Nanti kalau sakitΒ² boleh lah cari Sarah ye.
Reply
Sarah Reply:
February 12th, 2009 at 6:27 pm
Salam Akak. Dari hari semalam saya asyik teringat Akak. Ingat nak call semalam tapi saya takde kredit IDD semalam. Tadi balik dari hosp, saya bukak plurk Akak. Dah lama Akak takde di Plurk. Teringat je kat Akak. Semoga Akak baik2 aje ye. Takpe Kak. Insya Allah kita ada cara lain untuk berhubung π
Reply
akak Reply:
February 13th, 2009 at 7:17 pm
Maaf la Sarah. Akak tak bermaksud nak hilangkan diri. Cuma kene handle masalah sendiri je. Insya Allah takde apeΒ². Aritu lupa nak mintak no Sarah. Kesian Sarah habiskan kredit kat akak pulak..hehe. Nanti jumpa akak belanja ek.. π
Reply
Texas Chainsaw Massacre la sarah…
*grenggg! grengggg!!!!!* [bunyi gergaji rantai] π
Reply
Sarah Reply:
February 12th, 2009 at 6:27 pm
Ha! Ye. Betul tu! Texas Chainsaw Massacre. Dah lupa dah tajuknya. Tengok tahun 2003 dulu. Huhu. Serius seram. Grengggggg~ Grengggggg~
Reply
Ksu tahu camner nk mengatasi rasa takut tu…
Tengok citer2 seram tu tanpa perasaan. Ksu pernah tgk kawan ksu buat. Dia tgk citer hantu cam tgk citer biasa2 jer. Langsung tidk berperasaan. Dan ksu pernah cuba. Menjadi la sesekali.
Tapi, sesekali jer la. Hehe..
Kalau nk tgk citer seram Thai, tak bleh nk buat! Tetap sgt takut dan seram!!
Reply
Suka tengok CSI. Kebanyakkan kerja mereka penuh dengan fantasi yang mereka cipta untuk di sepadankan dengan bukti yang mereka kumpul. Sungguh realistik. Teruja dibuatnya.
ps:saya jgnkan CSI tengok darah pun dah terkangkang pengsan. Tak macho betul haritz ni hehe.
Reply