Kekosongan

Assalamualaikum wbt

Saya tiada mood sungguh untuk buat apa-apapun semalam. Bangun awal pagi dah. Sedang saya membaca nota, saya menerima mesej dari senior bahas saya sewaktu sekolah di Khairiah dulu. Mengkhabarkan berita baik darinya. Saya amat rapat dengannya tapi sayangnya melepaslah saya untuk ke walimahnya. Nampaknya, kehilangan dan kesunyian semakin dirasai.

Saya rasa macam tiada mood sungguh. Saya ke dapur dan tak pasal-pasal saya masak Nasi Lemak untuk sarapan pagi semalam. Siap dengan teh susunya. Selesai memasak, makan dengan menghadap laptop dan kemudian saya sambung membaca. Sebelum Zohor, saya terlelap sekejap. Bangun, solat Zohor, mandi, hendak solat Asar hajatnya tapi saya menerima mesej daripada seorang kawan baik di Malaysia. Oh. Seorang lagi yang akan melangsungkan walimahnya. Kehilangan dan kesunyian makin terasa.

Saya solat Asar dan kemudian duduk menekun untuk membaca semula. Tapi tak masuk. Tak boleh fokus. Perasaan tiada mood tu lebih menguasai. Berat betul rasa kepala. Saya ke dapur. Keluarkan ikan dari peti, solat Maghrib dan kemudian ke dapur semula untuk menyiang ikan, kupas bawang semuanyalah untuk menyediakan makan malam pula. Wanie dan Diba teringin nak makan Asam Pedas. Jadi semalam saya buatkanlah Asam Pedas. Sambil memasak, saya memasang radio Relax.fx kuat-kuat (guna earphones). Kalau boleh tak mahu dengar apa-apapun tentang dunia ni.

Selesai memasak, makan, berborak acuh tak acuh dengan Wanie dan Pena, sudahnya saya tidur. Waktu tu baru pukul 7 malam. Tapi saya dah tak boleh fikir nak buat apa. Daripada terus rasa moody, baik saya tidur. Yang saya geramkan pada diri saya ialah, semalam saya makan banyak sangat. Dua kali makan Nasi Lemak, petang makan nasi dengan lauk pula. Lepas tu terus tidur! Sikitpun saya tak keluar dari rumah hari semalam. Rasa nak pecah kepala ni duduk dalam rumah dan bilik saja.

Bila terbangun, ada Sha datang. Saya berbual dengan Sha dan yang lain-lain sehingga tengah malam. Sha masih belum makan. Saya mengajak Sha makan. Nah! Saya makan untuk kali yang keempat semalam! Tengah malam pula tu! Kononnya nak bersahur tapi tiga pusingan nasi sepanjang siang semalam dah lebih dari cukup untuk bekalan tenaga berpuasa hari ni. Tak sahur dengan nasi pun tak mengapa dah. Tapi gatal juga nak makan nasi.

Bertambahlah moody dengan diri sendiri. Bencinya bila ada perasaan tak sedap macam ni. Rasa berat kepala ni. Rasa buntu. Rasa nak pecah dada tak tahu nak buat apa. Nak membaca pun tak masuk. Nak bercakap dengan orang pun tak berperasaan. Tu yang jadi acuh tak acuh je bila bercakap.

Kesimpulannya, saya tiada mood. Saya budak gemuk. Saya tak suka apa yang saya fikir dan rasa sekarang ni. Saya tak sabar nak habis belajar dan lari dari kehidupan yang kosong dan entah apa-apa kat sini.

Nota: Politik Malaysia semakin hari semakin cacat. Serius cacat serba-serbi.

10 Responses to “Kekosongan”

  1. MK says on :

    Salam, KS. Saya nak bagitau ni… Akad nikah saya hari jumaat depan… NOT :p

    Jangan moody lama2 tau. Tak comey.

    Reply

    Sarah Reply:

    Ha. Berani la buat. Tak nak kawan nanti. Tak boleh elak la moody ni 😐

    Reply

    MK Reply:

    Ok2 gurau je… jangan la maree.

    Saya tatau cane nak buat KS senyum. Jadi, jom la moody sama2 :\

    Reply

  2. inah says on :

    🙂

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    err.. sarah. dh abes main salji?. aku juga nk umumkan tarikh perkahwinan aku. ngeee.. tp lps ni mesti awk baling aku dgn bola salji yg dikepal keras. muahahaha!

    tgh bad mood la ye nih. sama le aku gak. jom kita layan senaman poco-poco. latar muzik dangdut tau. dpt membakar lemak terlebih makan. hehe

    Reply

  4. saffa says on :

    KS. Saffa pun tengah tak ada mood. Tengah stress.. T_T
    Assignment. Presentation. Report! Kenapa lectures mesti bagi semua benda macam ni waktu nak dekat exam final?
    Nak study pun dah tak ada mood. buat latihan math 20 soalan pun amik masa sejam..
    haish..
    susah betul kalau ada penyakit macam ni.
    kalau boleh saffa nak lari balik rumah………………………..

    Reply

  5. snm says on :

    sarah 🙂 senyum cepat. gelek pisang sekejap ke 🙂

    makan kan satu terapi jugee :p

    sarah..awak jgn jd cm saya..smpi satu tahap kan, saya menangis dh x kira tmpt. x kesah org tgk saya nanges ke x. mcm moody, bengong2 sikit semua2 pun ada. ni bkn moody tp temper kut. satu tahap lagi, saya hampir2 nk tbalikkan meja di kedai makan. huwarrggh!! bengang dgn perasaan sndr 🙁 ni smua tension punye psl 🙁 uhuk uhuk uhuk 🙁

    Reply

  6. acai says on :

    Salam sarah,
    biasalah tu rasa camtu sahabat..itukan putaran kehidupan,ceewaahh..:) rasa sedih awk tak dapat hadir tau,hihi..emm, smoga arini awk bertambah cerita ye..sarah, kalau sy rasa camtu sy suka tengok movie2 yang lawak2..walaupun tak ketawa time tengok cerita tu tapi dapat kurangkan rasa tak best tu,hehe..:) tengoklah cerita kartun,hihi..

    Reply

  7. kak izzah says on :

    agaknye sarah tension kot tu yg makan lebih dpd biase tu.. hehe.. x pe sarah.. bile kusut cuba kita baca cerita2 dalam AlQuran, insyaAllah boleh hilang kusut.. =)

    Reply

  8. haritz says on :

    Oh my… sindrom ape yang melanda kamu.. kesian kamu sarah.. ajaklah saper ym ker.. jgn biar diri kusut begitu, nanti menganggu study kamu plak

    ps;berdoa sentiasa supaya jiwa lebih tenang dalam apa jua keadaan.

    Reply

Leave a Reply