Terasa Hati

Assalamualaikum wbt

Kalau empat hari pertama cuti saya bangun awal pagi seperti hendak ke hospital, tapi sejak tiga hari kebelakangan ini saya bangun lambat kerana tidak tidur malam langsung. Saya benci sungguh hendak makan ubat saya. Dunia tidur saya terbalik. Saya langsung tidak boleh tidur di waktu malam. Selepas Subuh, baru saya mulai mengantuk. Bertahan. Bertahan. Stok ubat ini hanya untuk seminggu saja lagi.

Semalam, sudahlah bangun lambat (membuka pekung di dada sungguh penyataan ini), ditambah dengan sakit tengkuk pula. Ya Rabbi. Saya tak boleh nak memusingkan kepala dengan normal. Macam robot jadinya. Ini gara-gara saya tidur berbantal. Ya. Saya tidur berbantal. Pelik sungguhlah kan sebab orang lain boleh sakit tengkuk jika tidur tak berbantal. Saya memang biasa tidur tidak berbantal. Luruskan saja badan dan bantal semua jadi penutup muka saja. Tapi semalam selesai Subuh, terlalu mengantuk, saya naik katil dan tak sempat hendak mengalih bantal dan terus tertidur.

Sepatutnya saya dah berpakat dengan Wanie dan Diba untuk ke Ashan City hendak membeli barang rumah. Sebelum itu mereka ke Dean’s Office. Saya tinggal di rumah. Tapi selesai Asar saya tidak rasa saya larat hendak keluar ke sana. Saya menelefon Wanie membatalkan penyertaan saya. Sebaliknya saya turun ke pasar di sebelah ni untuk membeli sabun basuh baju, jus dan shaurma (kebab ayam) untuk dibuat berbuka. Sebelum itu Emy ada mesej memaklumkan dia makan di luar dan akan lambat untuk balik memasak.

Ketika membeli sabun pun ada kisahnya. Saya ni peliklah. Apa saya ni terlalu kecilkah sehingga orang selalu menganggap saya ni budak-budak? Ok. Bukanlah budak-budak yang macam kanak-kanak tu tapi masih muda dan tak layak untuk membuat banyak hal lagi. Juga saiz saya tidak berkadaran dengan banyak kerja. Saya tidak pernah terasa sebelum ini kalau orang kata saya rendah ke, kecil ke atau apa-apa sajalah kerana jika di Malaysia, ketinggian seperti saya ini adalah normal.

Tapi semalam, ketika hendak membeli sabun basuh paket besar 5 kg, makcik kedai itu membuatkan saya terasa. Pada mulanya saya hendak membeli yang 9 kg, saiz terbesar yang biasa digunakan di rumah saya tapi saya tidak larat hendak membawa balik kerana saya ada membeli dua kotak besar jus. Saya bertanyakan harga padanya dan dia bertanyakan semula pada saya adakah saya yang akan mengangkatnya balik. Tak menjawab soalan sungguh makcik tu. Saya katalah iya. Siapa lagilah yang hendak mengangkatnya kan.

Makcik itu tergelak. Mula-mula kecil-kecil saja dia tergelak. Lepas tu makin menjadi-jadi pula. Sampai saya dah nak balik pun dia ketawa lagi. Siap tutup-tutup mulut lagi nak elak ketawanya pecah besar. Dia kata, saya ni kecil, benda tu berat. Macam mana nak bawa balik. Kerja-kerja macam ni tak sesuai untuk saya ni. Saya terasa sungguh dalam hati. Ada lagilah beberapa perkara yang dia katakan. Saya senyum sajalah. Tapi dalam hati saya terasa sungguh. Selepas membayar, saya menjawab segala hujah-hujah makcik itu tentang ketidaksesuaian kekecilan saya dengan kerja yang saya lakukan dengan berkata: Kak sdelat? (Dah tu, apa boleh saya buat?)

Sebal sungguh hati bila balik ke rumah. Maghrib masuk, saya berbuka dengan syaurma yang dibeli tadi. Minum jus, solat Maghrib dan melayan internet sekejap sementara menunggu Isyak. Sebaik azan saja, saya terus solat dan kemudian naik ke katil. Baru hendak tidur, saya mendapat panggilan daripada emak ayah. Mesti emak ayah sedar betapa saya tak ada mood sangat nak bercakap. Yang lagi ajaib, waktu itu di Malaysia sudah pukul 12.15 malam. Emak ayah pun tidak tidur lagi tapi saya yang di sini sudah hendak tidur. Sedangkan baru pukul 7.15 saja.

Saya terjaga sekitar 1.15 tadi. Saya lapar sebenarnya. Tadi saya berbuka dengan syaurma saja. Tapi ni dah tengah malam pula untuk makan benda berat. Sakit tengkuk berkurangan sedikit tapi masih sangat sengal untuk pusing keliling. Kalau ada mata macam sumpah-sumpah kan seronok. Tak perlu gerakkan tengkuk untuk melihat keliling. Tapi buruk sungguhlah kalau manusia bermata sumpah-sumpah kan. Saya boleh masuk Genius Book of Records kalau sungguh saya ada mata begitu! Eh apa pula. Buku Perkara-perkara Ajaib Di Dunia lah yang tepatnya!

Fahamkah apa yang saya nak cerita dalam entri ni? Saya nak kata saya terasa saja sebenarnya. Saya normal je sebenarnya tapi di sini saya selalu dikatakan kecil sangat dan rendah. Terasa sungguh. Dengan selingan pasal sakit tengkuk, mata sumpah-sumpah semua tu, tu penyeri dan pemanjang entri saja.

Nota 1: Tahukah anda, saya adalah pengamal perubatan yang masih percaya dengan teori angin dalam urat saraf dan segala yang agak tidak logik diterangkan dengan konsep ‘angin’ tu. Haha.

Nota 2: Sebenarnya, bila kita terasa dengan orang, ada doa yang boleh kita lafazkan doa: Alhamdulillahi ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah atas segalanya) (Al-Albani mentashihkan hadis ini dalam Sahih Al-Jami’ 4/201). Dulu waktu kecil-kecil, bila bergaduh mulut dengan sepupu-sepupu dan diejek itu ini, modalnya nak bagi dia sakit hati ialah dengan menyebut Alhadulillah. Sebab dia tahu orang yang dikeji bila disebutkan Alhamdulillah akan mendapat pahala daripada kejian yang diterimanya (ni Tok yang cerita dulu-dulu).

Sepupu: Awak tu dah lah hitam.

Saya: Alhamdulillah.

Sepupu: Eii. Buruk pulak tu.

Saya: Alhamdulillah.

Sepupu: Rambut pun buruk jugak.

Saya: Alhamdulillah je laaaaa.

Sepupu: Eiii. Maaaaaaaak. Tengok Kak Ngah!

(Ahahaha. Dia bengang sebenarnya!)

21 Responses to “Terasa Hati”

  1. inah says on :

    erkk..sarah sarah 🙂

    macam2 kan..angin tu bukan embolisme ke?

    as a nutritionist..kami still belajar dan mengajar makanan yang boleh berangin – dimana fermentasi bakteria dengan komponen makanan ini akan menghasilkan gas 🙂

    ohh..terlebih saintifik pulak komen kali ini..lariksssssss 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Bukan angin yang tu Kak Inah. Gas formation because of fermentation by bacteria in our stomach and bowel is different. Gas yang tu memang wujud. Hehe. Ni kalau yang dalam urat saraf kita ni sampaikan kalau kita urut-urut badan keluar ‘angin’ orang kata tu. Sebenarnya teorinya bukan angin. Takkan la urut2 badan pada salur darah semua ni, terus keluar angin ikut mulut (yang datangnya dari perut). Hehe. Oh. I likeeee scientific comment like this 😉

    Reply

  2. ko_rek says on :

    wekeke-
    sy pown cam kamu sarah-

    siap ade g mengurut lagik..wuu! :p

    ala, makcik tu guraw2 jek tu sarah-
    klu sy..ckp kat makcik tu- ..”kecik2 tp sy kuat lah!” dan ketawa2 jugakk
    wekekke :p

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhu. Saya sangat suka diurut jugak. Tapi saya ni penggeli 😛 Mungkin waktu tu saya dah tak tahan nak layan orang melawak dengan saya. Tu yang terasa tu. Huhuhu.

    Reply

  3. diya says on :

    hehehe. kesian nya kak sarah. kalau diya ada situ [kalau lagi], boleh aje tolong bawakkan sabun 9 kg tu. diya kuat, ada muscle gitu. hahahaha

    owh. boleh la lepas ni amalkan alhamdulillah tu. sebab kadang2 bila terasa hati, tak tahu macam mana nak buang jauh2 benda gitu. rasa tak best sangat. thanks anyway =)

    p/s-mata sumpah2 tu tak menahannya. adoi la. mata panda boleh lagi imagine. sumpah2? adeh. tak tercapai dek akal.

    p/s-biasanya kalau tersalah tengkuk masa tidur, diya buat senaman kepala. gerak perlahan ke kiri, kanan, atas bawah sambil selawat sikit2. insya Allah, lama2 boleh baik. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Sebenarnyakan Diya, KS larat je bawak yang 9 kg tu. Tapi semalam tangan penuh. Beli yang 5kg je. Bawak yang 5 kg pun dah kena gelak, kalau KS jadi beli yang 9 kg tu, adeh, berdekah2 kot makcik tu gelak sakan kat KS! 😀 Mata sumpah2 tak comel macam panda. Baik jangan dibayangkan 😛

    Reply

  4. miji says on :

    rasa nk tingal komen la Sarah..

    betul lah sarah..
    sebut je alhamdulillah mesti terpana nyer org yg ngutuk tuh..

    xpe sarah.. dulu-dulu mak saya selalu sebut(org lain pun selalu sebut kot..haha)
    “kecik-kecik, cili api”

    beruntung kita jadi org kecik..^^,

    ~xsah kecik2 hati ye~

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, Miji! Hehe. Dulu kecik2, tu la modal nak balas kalau kena ejek dek sepupu2. Bengang je diorang bila kita duk balas semula Alhamdulillah tak abis2 😛 Hati dah tak kecik dah. Ni dah elok balik dah. Semalam je terover sensitif. Haha.

    Reply

    miji Reply:

    hihi..

    wuarghh..hati dah besar..
    apesal terasa macam entri ni dah bertambah panjang..aah..^^,

    Reply

    Sarah Reply:

    Hahaha. Mana ada saya edt kasi lagi panjang Miji. Ni la yang ori 😀

    Reply

  5. nadiah says on :

    Biaq kecik tubuh, asai jiwa besaq! Chaiyo sarah! chaiyo! heheheh. Makcik tu terlebih makan gula kot, tu yang dok exited gelak aje.

    ** Saya tidoq x kisah xdak bantai kepala, bukan satu keperluan untuk saya. yang penting bantai mucuk itu wajib ada. Huhu. dan Juga wajib ditekupkan di muka. Dengan mudah saya akan lena. bernafas dalam bantai. hehehe. Bilala nak dihapuskan kewujudan bantai mucuk saya ni. Isk laaa. **

    Reply

    Sarah Reply:

    Nadia, saya pun macam awak la. Bantal yang saya buat tutup muka tu khas Tok saya buatkan untuk saya. Bantal kain perca. Sejuk je bantal tu. Kalau takde bantal tu untuk tutup muka, lambat sikit la nak lelapnya. Hehe. Saya terasa semalam tu maybe sebab tengah over sensitive kot. Ni dah ok dah. Tengkuk pun dah ok dah. Tidur dah cukup banyak dah nak kasi ok tengkuk ni 😉

    Reply

    nadiah Reply:

    baguihla da ok. =)

    ** memang sungguhla. bantal yg buat pelok2 ni mesti sejuk! sedap je pelok. wahha. mana bantal saya neh. =p **

    Reply

  6. zool says on :

    Wah dah pakai domain sendiri ye cik Sarah..
    Hm.. saya adalah individu yang cepat terasa..
    Tapi jarang orang tau…

    Normallah manusia yang sering merendahkan orang yang rendah.. Tapi tak mengapa.. Sabar insyaallah kerendahan diri akan mendapat balasan dariNya..

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Cik Zool pun dah jumpa blog ni ye 😀 Saya jarang terasa. Tapi kalau dah terbuku lama apa yang kita duk fikir selama ni, akhirnya tersentuh jugak la kan hati ni. Takpe2. Motivasi untuk diri ialah: Kecil itu comel. Huhu.

    Reply

  7. chi am says on :

    small small, fire chillies.. 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    “Kau buat aku tersenyum…” Sambung nyanyi sendiri 😀

    Reply

  8. MK says on :

    ceh. saya memang lambat. baru jumpa blog ni.

    ai Kak Sarah~~ 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Better late than never. Hi Khairul 😉

    Reply

  9. acai yang comel says on :

    Alhamdulillah awk punye tengkuk dah ok..baru nak suh potong,hihihi…
    smoga semuanya bertambah baik ye..bila awk cerita beli sabun tu baru sedar dah lama gile sy tak beli sabun,hehe..dulu je masa duduk umah sewa..sekarang semuanya dah ada..Sypun nak amalkan cakap alhamdulillah tu sarah..:) thanks ingatkan..pasal angin tu, dari dulu sy tak faham..sebab sy tak pernah kuar angin kalau diurut2 sume,hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Eceh. Nampak sangat yang sekarang ni abah awak yang uruskan beli sabun semua tu. Apa daa Acai 😛 Saya pun takde lagi jadi macam orang2 tua kena urut tu, erk, erk, angin keluar. Tapi teori yang kononnya kalau sengal2 badan semua tu sebab ada angin dalam urat tu yang saya percaya. Padahal memang tak logik pun. Tu sebab saya memang suka kena urut. Tapi saya ni penggeli. Baru nak urut sikit, saya dah geli2 dah. Haha.

    Reply

Leave a Reply