Dunia Baru Sarah

Assalamualaikum wbt

Akhirnya impian saya menjadi kenyataan. Sudah lama saya berhajat untuk memiliki domain sendiri. Sejak tahun 2006 saya menulis menggunakan platform Blogspot. Hanya pada hari semalam, saya mula mempunyai domain sendiri ini kejutan daripada adik saya sebagai hadiah hari lahir buat saya. Gembira tidak terkata. Terima kasih buat adik saya, Adnan, kerana memenuhi hajat saya yang satu ini.

Semoga dengan menulis menggunakan domain sendiri ini lebih mendekatkan saya dengan keluarga dan kawan-kawan. Topik saya mungkin pelbagai. Tentang hidup di Moscow, studi, keluarga, kupasan topik ilmiah dan semestinya entri-entri merepek saya ketika kebosanan. Saya berharap agar dapat mengekalkan cara penulisan saya sepertimana saya menulis di blog lama.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya berdoa semoga blog saya kali ini kekal lama, terhindar daripada fitnah dan dapat membawa ilmu dan keceriaan buat pembaca.

Blog ini masih dalam tempoh penyelenggaraan. Tema utama adalah ungu. Wajiblah ungu, kan. Mana boleh saya dipisahkan dengan ungu πŸ™‚ Maaf kalau ada sebarang kesulitan atau lambat hendak load blog ni. Saya masih belajar-belajar lagi semuanya tentang blog ini.

Kemas kini: Tema ungu tidak sesuai pula. Ada masalah. Kita berubah ke warna kedua kesukaan saya. Hijau pucuk pisang πŸ˜‰

Nota 1: Saya tak berniat untuk memberitahu kepada ramai tentang blog ini.

Nota 2: Tahniah kepada yang jumpa! πŸ˜€

Nota 3: Rasa mahu lompat-lompat gembira kerana sudah mempunyai domain sendiri πŸ˜‰

14 Responses to “Dunia Baru Sarah”

  1. Acaii says on :

    Slm tuan empunye blog,hehe..

    yeaay dpt juga jg pengkomen pertama,ceewwah..sanggup msuk gne hp tau,hehe.tp xdptla tgk layout awk ni lg sbb image xkuar;-p apapun tahniah kat awk sbb dpt pindah ke domain sendiri..

    semoga ia jd penggubung antara awk dan semua peminat2 awk..nampknye tarikh kita buat lebih kurang sama,hehe..selamat bergembira ngan cuti yg lama sarah ye..jg kesihatan memolek ye;-) slmt hari tua skali lg dr sy,hehe..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Acai. Semestinyalah saya khaskan tempat tu untuk awak Acai πŸ˜‰ Semoga kita manfaatkan peluang berdomain sendiri ni dengan sebaiknya eh. Semoga cepat sihat ye Acai. Terima kasih atau ucapan tu. Weh, kalau saya tua, awak lagi la tua. Muahaha :p

    Reply

  2. chmod says on :

    Tahniah sebab dah punyai domain sendiri ! untuk nak lagi best..cuba belajar cam mane nak masukkan plugin WordPress.. bila pilih theme, pilih yg dia tak buat banyak link ke website asal..kalau pandai godek2 coding dia lagi best.. Tahniah sarahshukor.com πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Wow. Saya tak tau macam mana awak jumpa link ni. Ye. Memang saya tengah belajar nak install plugin semua ni. Memang makan masa sikit sebab saya takde masa nak menghadap blog ni lagi. Plus tak berapa mahir lagi dengan coding wp ni.

    Reply

  3. Yasir Tamizi says on :

    Assalamualaikum Cik Sarah,

    Nama saya Muhammad Yasir bin Tamizi. Kiranya saya datang sini boleh lah diibaratkan saya terjumpa ya. Canggih sungguh blog baru ni. Kita panggil blog ke website ni? Saya sedikit keliru. He He.

    Elok sangat lah. Hari Jadi terus dapat hadiah dari Adik Encik Nan ya. Baik betul adik macam ni, saya adalah seorang adik yang tak pernah bagi website ke kakak saya sempena hari jadi. Tak setanding adik kamu ni cik Sarah. Handal.

    Jadi saya nak rakamkan terima kasih, bagi peluang untuk kita sama-sama komen kan website baru ni. Harapnya website baru, cerita lebih baru, suasana baru, serba baru lah kan.

    Saya jalan-jalan dulu. Jangan bior kan website ni lama tak berupdate. Rugi RM50. He He.

    Salam,
    YASIR TAMIZI

    Reply

    Sarah Reply:

    Wa’alaikumussalam Yasir. Secara rasminya, awaklah orang pertama yang tahu tentang hal ni. Bagus kan adik saya tu. Selalu je buat saya rasa terharu. Tapi awak pun adik yang baik jugak. Salah satu sebabnya ialah sanggup meneman Ajim tengok cerita katun. Katun apa? Wonder Pets. Apa yang penting? Kerjaaa sama! Pandai. Hehe πŸ˜‰ Insya Allah tak akan dibazirkan.

    Reply

  4. ~young mango~ says on :

    salam..
    tahniah sarah!i’m happy for u too..bestnya dah ada domain sendiri…so lepas ni kena selalu buat entri kat sini la…hehe…tapi 2 blog lagi tu still akan juga ke?3 blog dlm masa yang sama,hebat tuh!

    moga sarah terus semangat dan ceria…kami semua akan sentiasa sokong sarah:-)

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Faiq. Saya email awak dan seorang lagi tentang hal ini. Tapi dengan cepatnya awak terus respon. Mantap betul sahabat saya sorang ni! πŸ˜‰ Terima kasih ye Faiq. Mengikut perancangan, saya hanya akan berblog di sini dan yang satu lagi tu je. Tapi di blog DS, saya akan stop sepenuhnya bila blog yang ni dah establish. Maksud saya, bila saya dah lengkapkan segala yang saya nak dan dah buang bug yang ada. Huhu. Banyak lagi Nan nak kena tolong saya ni :p Awak sokong saya, saya sokong awak. Apa yang penting? Kerjaaa sama! Faham? Tak eh? Baca blog Yasir :p

    Reply

  5. nadia says on :

    sarahhhhhhhhhhhhhhh, akhirnya dapat juge saya masuk sini. huhu. best ada domain sendiri kan? nadia kalau buat pun cam rugi je rasanya. pasal nadia kan tak selalu update. xde connection. susah. nak gune kat sekolah pon seram2. heheh.

    selamat mencantikkan blog =p

    Reply

    Sarah Reply:

    Nadiaaaaa. Hehe. Ala Nadia. Saya ni pun dapat surprise daripada adik. Agaknya dia tau akak dia yang sorang ni takde life lain selain menulis. Huhu. Thanks Nadia. Saya tengah duk belajar2 lagi nak bela blog ni. Bela? Baiki la tu :p

    Reply

  6. Wanie says on :

    salam.

    Wanie tak kira. walaupun ks tak emel wanie, wanie pun dah dapat sampai sini juga. Hehe..

    Tahniah. Hadiah hari lahir yang ke-24 memang tak menghampakan, kan?

    akhir sekali, tahniah untuk Wanie. *apa ke hal pula?*

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Cepat betul kamu ni. Tapi kamu sempat kan tengok yang purple tu? Bercelaru yang tu. Tukar la ke hijau pulak. Memang tak hampa. Tapi pening duk belajar coding. Ha. Ye la. Tahniah la kat kamu jugak πŸ˜€

    Reply

  7. inah says on :

    hehehehe..x email pun x pe..boleh dikesan menggunakan strategi terkini πŸ™‚

    salam adik kecik!! ade hati x nak bgtau kak inah ye..nak kena sekeh ni πŸ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Inah πŸ˜‰ Saya purposely tak bagitau lagi pada orang2 penting sebab awal2 hari tu theme blog ni ada problem. Takkan kita nak jemput orang datang dengan rumah yang tunggang langgang kan. Hehe. Baru malam tadi saya ada masa nak sort out all the probs. So, I purposely linked to u and a few more whose listed as my ‘very important friends’. πŸ™‚ Because I know u all can trace me. I did want to text u (not email) but I was afraid I bug your sleep πŸ™‚ Harap Kak Inah tak merajuk eh. Tengok tu. Nama Kak Inah saya dah link kan awal2. Orang lain semua saya subscribed in Google reader je dulu. Saya taknak diorang detect my link πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply