Kisah Di Hospital (i)

Assalamualaikum wbt

Saya tertidur dalam keadaan nota O&G masih di tangan. Saya rasa, saya terlena sekitar jam 2.15 pagi. Masih terlalu awal berbanding biasa untuk saya tidur. Sebenarnya saya sedang menunggu jam mencecah 2.30 pagi supaya saya boleh menelefon rumah tanpa rasa bersalah mengejutkan mereka semua di pagi hari. Tapi tertidur pula. Nantilah baru menelefon. Saya tahu, mereka semua tahu saya selamat dan sihat.

Malam tadi saya membaca tentang rawatan kanser yang diterima oleh perempuan mengandung. Dalam pada itulah saya sempat berangan teringatkan cycle Oncology yang saya lalui pada bulan Oktober lalu. Di sepanjang cycle itu, kami tidak berapa dihiraukan oleh doktor kami, Dr. Sergei. Maksud saya, banyak yang terpaksa kami usahakan sendiri (bagi yang hendak berusaha). Apapun, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya banyak membaca di rumah dan membuat nota peribadi untuk mengatasi semula kekurangan yang ada ini.

Bila tiba di hari terakhir cycle ini, kami dikehendaki membentangkan kes kami. Sebenarnya ada dua kes yang saya uruskan. Colorectal Cancer with liver metastasis dan Cholangioma with total obstruction of bile duct. Tapi ketika membentangkan kes, saya hanya perlu membentangkan kes Colorectal Cancer saja. Selesai saja saya bercakap, doktor yang mengendalikan sesi hari itu, Dr. Alexei (doktor ini mengendalikan hampir 90% sesi bersama kumpulan saya di sepanjang cycle), memberikan saya excellent mark dengan komen: “Penerangan awak memang penerangan budak otlichny cuma satu saja. Awak bercakap terlalu laju.”” Oh, doktor. Saya tahu tu. Saya bercakap sama laju macam saya berjalan. Huhu.

Selepas itu, doktor sebenar kumpulan saya masuk. Dr. Alexei menjelaskan serba sedikit prestasi kami ketika membentangkan kes tadi dan selama cycle itu berlangsung kepada Dr. Sergei. Hampir satu kelas lepas untuk cycle ini tapi masih ada beberapa orang yang tersangkut. Kami yang sudah lepas diarahkan untuk ke bahagian belakang kelas, meninggalkan beberapa yang masih sangkut di bahagian depan kelas untuk disoal lebih lanjut.

Saya sudah lega sebab sudah lepas. Ketika Dr. Sergei menanyakan beberapa soalan tambahan kepada yang masih belum lepas, dia tidak membenarkan kami yang di belakang kelas memberikan sebarang jawapan. Doktor ini garang. Susah hendak melihat dia tersenyum. Saya yang duduk di hujung meja panjang bertentangan dengannya pun rasa kecut perut. Tapi entah macam mana, pada satu soalan yang ditanyakanya kepada yang masih belum lepas, dia mengangkat muka bertanya kepada kami yang lain pula. Disebabkan saya berada paling bertentangan dengannya, terpaksalah saya menahan muka supaya tidak tunduk semula. Jatuhlah air muka, kan. Nanti dia ingat saya hendak mengelak daripada menjawab pula (ini adalah perkara normal bagi pelajar medik: kecut perut).

Dr. Sergei tenung saya, saya tenung dia. Disebabkan yang lain masih diam, saya pun menjawablah soalan yang diajukannya. Ini terpaksa sebenarnya. Tiba-tiba dia tidak puas hati dengan hanya penerangan lisan. Dipanggilnya pula saya ke depan untuk melukiskan apa yang saya terangkan tadi. Bukan pasal apa sangat pun. Tentang segala drainage procedures berkaitan abscess (nanah) atau sebarang pathway obstruction (saluran tersumbat) di portal-biliary tree saja. Nak juga kena lukis-lukis. Saya kecut perut sebenarnya. Tapi saya terus ke depan. Saya lukiskan pada kertas yang sedang dipegangnya. Sebaik siap tiga jaluran yang saya lakarkan, terus dia berkata: Maladyets!

Saya pun melangkah semula ke tempat saya. Dalam hati waktu itu ada dua perkara yang saya rasakan. Pertama: Kenapalah kesemua rakan skumpulan saya diam. Dah saya yang terpaksa menjawab untuk menyelamatkan keadaan. Kedua: Aik, saya rasa apa yang saya jawab itu mudah saja (sebenarnya) tapi dapat juga pangkat maladyets itu.

Kesimpulannya, untuk menjadi pelajar perubatan ini kena ada dua perkara. Pertama ialah keyakinan untuk menyuarakan jawapan. Betul salah itu perkara kedua. Selalunya memang terpaksa betullah, kan. Hehe. Kedua ialah persediaan yang cukup. Yang boleh saya katakan, sepanjang hari itu, bermula dengan Dr. Alexei dan kemudian diikuti pula terjahan soalan-soalan daripada Dr. Sergei, semua jawapan yang saya berikan adalah berdasarkan persediaan yang saya buat sendiri ketika di rumah. Kalau nak tunggu setakat apa yang disuap, saya tak rasa saya boleh bergraduasi dari sini.

Boleh tak kalau saya nak perasan sikit? Sebenarnya sejak dari awal cycle lagi, saya rasa Dr. Alexei memang lebihkan saya dalam segala hal. Huhu. Tapi saya bukan menjambukan diri, ok. Prinsip saya, sekali doktor mula beri perhatian kepada saya, saya akan buktikan bahawa tanggapan pertamanya tidak salah. Saya akan cuba memberikan yang terbaik supaya doktor itu sendiri puas hati dengan tanggapan pertamanya terhadap saya dulu. Ya. Terbukti saya ini ego.

Otlichny – Excellent
Maladyets – Brilliant

Nota 1: Dr. Alexei adalah sangat comel (baca: kacak). Dia juga berkaca mata. Ketika bercakap dan tersenyum, matanya akan mengecil. Menambahkan kecomelannya (baca: kekacakannya). Ketika saya ke Dean’s Office pada bulan November lepas, saya terserempak dengannya. Oh, dia masih mengingati saya! (bunga-bunga dalam hati, kupu-kupu dalam perut)
Nota 2: Kisah ini ada siri berikutnya.

25 Responses to “Kisah Di Hospital (i)”

  1. nono says on :

    perhatian!
    perenggan kedua, baris ke3: membentangkang

    bagus la jika sarah selalu membuktikan pada pensyarah yang sarah adalah seperti yang mereka fikirkan atau tanggap pada awalnya. saya selalu kalah pada yang itu unless pada benda yang practical terutama sekali bab-bab kod-kod perisian MATLAB. sesungguhnya saya tidak akan mengalah untuk buat menyelesaikan teka-teki yang diberikan oleh pensyarah saya! muahahahahah (maaf saya teruja sebentar)

    tapi bila ujian sahaja, saya akan cepat sesat dengan apa yang saya belajar. hm…

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nono:
    Huhu. Terima kasih. Saya ni kalau menulis memang malas nak double check =p Best kan bila kita cuba nak upgrade kan diri kita supaya kita dapat cecah apa yang jadi 1st impression pensyarah kita. Kita puas hati, pensyarah kita pun suka tengok budak2 dia berusaha. Oh, bila sampai part ujian tu, yang tu belakang kira la. Kalau kita nak puas hati, kita tengok usaha kita banyak mana. Kalaupun outcome nya tak berapa memberangsangkan, tapi kita sendiri tahu yang kita dah kerja keras, rasa puas hati tu datang dengan sendirinya. Hehe. Ni kalau saya la 😉

    Reply

  3. pikir sendiri says on :

    ingat lelaki je boleh menjambukan diri…awk pun leh menjambukan diri ye..kekadang terpikir kalau asyik kantoi dan tak boleh jawab soalan diajukan cam mane dia orang nak selamat pesakit?takkan depan pesakit nak refer buku untuk solve problem kot..keadaan ni yang membuatkan kewujudan doktor yang betol mantap dan yang so2 je.. yang pasti u can be a good doctor! ini bukan mengampu awk semata2..tapi melihat ur performances! tapi jangan sombonk pulak kemudian hari!

    Reply

  4. Inah says on :

    good job girl!! akak pun br lepas melukis mind map untuk mengingat bagaimana homeostasis zink 😛

    out of topic – whats the prevalence of zinc deficient in russia?

    Reply

  5. akubudakkampung says on :

    Yakin boleh buat kita jadi perasan dan ego. Perasan yang orang selalu memberi perhatian pada kita.Ego menunjukkan kita sentiasa betul.Hihi.

    Mesti ada kan hati-hati kecil “kenapa dia je asyik dapat perhatian. Dia asyik betul je”. Hihihi

    “bunga-bunga dalam hati, kupu-kupu dalam perut” -xleh faham secara literal ni..^^?

    Reply

  6. ahmad says on :

    ok la menjambukan diri.. jgn menjambubatu dah la..

    Reply

  7. Hafizatul Akmar Hussin says on :

    wahh- mantap!

    kagumnyer!

    Reply

  8. Shumierain says on :

    Salam,
    rasa t’belit lak lidah nak nyebut word 2..apee..otlichny..ni bole guna kat opis ni..bole b’lagak skit..

    Reply

  9. KA says on :

    bunga-bunga dalam hati, kupu-kupu dalam perut

    wah wah wah……

    =P

    Reply

  10. kimot says on :

    hahaha.. kt sini byk doctor2 ortho ensem2 n comel.. berkupu2 beranak pinak dlm perut

    ~abesla guna bahasa melayu yg org len xpaham

    Reply

  11. Ainul Arina Madhiah says on :

    ks ni memang kerjanya menaikkan semangat orang betul la… huhu.. doakan ainul boleh buat sehabis baik yang sama or may be better bila masa ainul sampai nanti! ^_^

    Reply

  12. Ejalz says on :

    wah… jambu, lamanya tak makan jambu.. cecah sambal kicap.. pergghh.. sedappnya.. [sorry, terlari topik kejap]
    Sarah, FYI… memberi first impression yang baik kepada para ‘cekgu’, adalah satu-satunya perkara yang saya masih belum jumpa sejak menjadi ‘cekgu’ di sini.. hehe..
    [untuk rekod, saya menggunakan ‘cekgu’ kerana students sini semua memanggil kami – ‘teacher’]

    Reply

  13. adik junior says on :

    ks, dgr kan lagu “bulan yang mesra”. download sshaja. ada seakan2 keroncong gak.

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pikir Sendiri:
    Terima kasih ingatkan. Insya Allah saya akan sedar diri.

    Kak Inah:
    Alamak. Sorry sungguh la. I am not keen into epidemiology. I don’t like the class either. And we don’t really investigate into this matter. It is left for the Epidemiology Department to do the math on this. Hehe.

    Miji:
    Huhu. Ayat yang akhir tu boleh ditafsirkan secara literal. Untuk yang ni takde selindung2. Bukan macam wardah =p

    Ahmad:
    Saya bukan jambu yang mana2 pun.

    Hafizatul Akmar (Ko_rek):
    Elelele… Dia pun mantao jugak! Tu yang cerita pasal psychiatric class tu. Fuh, kena tanya terus jawab. Gempak la! 😉

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    SHumierain:
    Oh. Lamanya tak nama awak! Hehe. Sila la guna. Biar orang tercengang-cengang dengar. Heheh.

    Khairul:
    Haha. Seius Dr. Alexei tu kacak! *mata kebil2 bersinar2 macam Sailormoon* =p

    Kima:
    Ha! Tu saya setuju amat! Memang saya tau ramai ortho kacak2. Huhu. Tapi saya tak suka doktor. Saya suka computer geek =D

    Ainul:
    Oh. Sesungguhnya KS yakin kamu boleh buat jauh lebih baik daripada ni!

    Kak Aizal:
    Kenapa dengan students kat sana ye? Diorang kurang nak tonjolkan diri ye? Tentang ‘cikgu’, kami pun panggil doktor kamu cikgu je. Senang. Hehe.

    Adik Junior:
    Ok. Terima kasih. Lagu Siti rupanya ye. Hehe. Sweet juga ye lagu tu 😉

    Reply

  16. haritz says on :

    wah sarah dah ternak kupu2 dalam perut la, mai sekor buleh..hehehehe

    Reply

  17. Cinta says on :

    Salam,
    Nama-nama doctor-doctor rusia ini agak sexy bunyinya…hehehe…

    Reply

  18. Anonymous says on :

    ade orang kisah ke ko jadi penyelamat keadaan or tidak?? especially your groupmates…i dont think they care bout it.

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Haritz:
    Tak ternak. Dia datang sendiri.

    Kak Cinta:
    Dan kadang tu sampai tak ingat sebab susah nak sebut. Huhu.

    Anon:
    Ada saya kata saya kisah ke diaorang kisah ke tak dengan apa saya buat??? Yang paling penting attitude. Kalau dah cikgu bertanya, jadi tanggungjawab student la untuk beri respon. Bukan diam dan mengundang kemarahan.

    Reply

  20. Anonymous says on :

    tapi macam mana kalo bagi respon yg tidak diminta oleh cikgu, sampai last2 kene ‘fire’ balik ngan cikgu?
    responsibility jugak ek?

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    Ada respon yang diminta dengan jelas dan ada yang dengan hint kita kena beri respon. Cikgu fire balik sebab nak betulkan apa yang dah salah la. Thats how 2 ways communication works. Kena marah, kena tegur tu adat la encik. Kalau dah diam je memanjang, apa guna duduk dalam kelas/bedside teaching atau apa je. Baik baca buku sorang2 kat bilik/lib.

    Reply

  22. asrul says on :

    I don’t mind you bragging about yourself, but not by downgrading other people..maybe you’re too obnoxious to notice that yourself

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Asrul:
    I don’t know which Asrul is this but I can’t see I’m bragging off in any of the words. Demi Allah tak niat langsung. I wrote this story down with no intention to downgrade the others. Did I say I am way better than the rest? No I didn’t. Because I know I am way stupid, blank and blur at many times. What I highlighted here was about the luck. That’s what we students here always have in daily life. Luck. No matter how hard we study, no matter how big effort we put in, no matter how serious we want to be, but in the end, we still have everything based on luck. I was just lucky being called maladyets otlichny whatever shit the Russians call it here. I myself don’t like it either. I hate those words. U know why? Because that doesn’t pay much for our effort. The doctor addressed me with that adjective was like telling me: Alah, padahal kau bukan tau apapun. That was it. That’s the feeling inside. That’s why I don’t like it. But I don’t know why u people looked at it from different ways. U said that I’m bragging myself, downgrading other people. Ok. Tell me where exactly I did that? Read between the lines. I feel pathetic every time the teachers give some compliments to the students. Because I know what’s in their head vis-a-vis. They wanted to tell us here that: Hey kids. U still don’t get it yet. U’re just wasting my time. U don’t know much about these materials yet. That’s how I interpret compliments. U might not read ‘facts about me’ I wrote somewhere here long time ago. But the fact is I hate compliments. I interpret compliments as insinuations. Sorry to say. I feel pathetic for thinking over things this way. I do give compliments to others but I do it with my truly warmest feeling. Because I don’t want people to interpret compliments just like how I do. I don’t do things to gain attention but all I do is meant to be a better me. I’m sorry if I hurt u with my words but I need to clear things up over here. Seems like more and more starting to ‘suddenly’ pay attention on this entry and read me as a bragging-off student. I.Am.Not. If I were one, why am I such an introvert, spending time all by myself alone and talk less than what people could imagine? Oh. I forget. U don’t know me. Oh yes. I don’t know u too. That’s why it turns out this way. Bak kata awak, I am too obnoxious. Let’s see how obnoxious I can be.

    Reply

  24. asrul says on :

    i quote from ur own blog

    “Saya pun melangkah semula ke tempat saya. Dalam hati waktu itu ada dua perkara yang saya rasakan. Pertama: Kenapalah kesemua rakan skumpulan saya diam. Dah saya yang terpaksa menjawab untuk menyelamatkan keadaan. Kedua: Aik, saya rasa apa yang saya jawab itu mudah saja (sebenarnya) tapi dapat juga pangkat maladyets itu.”

    easy questions dat can’t be answered but can only be answered by u…to some extent dats called bragging…dont u think so???but then again from wut i heard u didnt answer the question pun…the teacher himself answered the question n ure just taking credit out of thin air…wut r u trying to proove here?that ure better than any1 else in ur class??!!

    actually i’ve read ur blogs for quite sometime and i think that ure being very offensive and at the same time trying to act innocent…from ur entries i think dat u think too much of urself

    sumtimes u wonder y ure alone without friends, walking to class alone, no1 wants to talk to u in class, sumtimes u have to self-invite to conversations even just between ur classmates?
    well mayb they just cant take it anymore
    NOTE: THEY cant take all this NONSENSE ANYMORE
    if u wanna write sumthing, write sumthing dat is true…

    ps happy upcoming birthday!!!
    (see, i noe sumthing bout u)

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ya Allah Asrul. (At 1st saya tak sangka ni awak pun). Kalau itu yang awak fikir, awak sangat la salah. Ayat yang awak quote tu, cuba la fahamkan.

    Pertama: Saya tak maksudkan yang diorang diam maksudnya diorang tak tahu. Demi Allah bukan tu maksud saya. Demi Allah. Demi Allah. Demi Allah. 3 kali saya bersumpah dengan nama Allah. Cuma yang berlaku waktu tu ialah, suasana diam dan cikgu Dr. Sergei tu pandnag tepat pada saya. Nak tak nak saya kena jawab soalan pasal drainage tu.

    Kedua: Saya pelik tu sebab soalan tu punya la kira bodoh2 punya soalan pun Dr tu pegi sebut maladyets. Saya rasa macam apa je waktu tu. That’s why I hate compliments. To me they are insinuations. Tu sebab saya pelik apasal la Dr tu nak sebut maladyets tu. Padahal tak langsung. Kalau budak2 kat Malaysia, lama dah diorg jawab jauh lebih baik dari tu.

    Why I walk alone and all because I chosed it. I chosed to be that way. Yang lain selesa bergerak dalam clan masing2, dengan partner masing2, so kenapa perlu saya nak menyibuk. Saya tau diorang selesa dengan clan diorang. So, saya pun tak kisah langsung seorang2. Saya memang travel sorang2 since 1st year. Why should I sad walking alone here and there bila dah 6th year? Saya tak pernah rasa benda tu menyedihkan. Instead, I prefer to be that way. Takde saya susahkan orang nak tunggu saya ke apa. Orang pun memang taknak tunggu pun.

    They can’t take this nonsense anymore? Everyone is doing nonsense stuffs. Ask them. Ask yourself. Ask everyone else. Everyone is doing it. Be it sinful or not, angelic or not, semua orang memang ada buat nonsense stuffs. If this is my nonsense stuffs, so ask everyone else what are nonsense stuffs u guys are doing.

    Back to the story in the hospital. I DID answer correctly. I DID study about it 2 days before it. I really DID. When I went in front of the class to the Dr, I DID draw the lines he asked for. But When I named it, I missed one word which was Transhepatic. I remember it clearly. I just named it Percutaneous biliary drainage. So he corrected me by adding word transhepatic in between percutaneous and biliary. I admitted. It was my mistake. And then he asked me about the other drainage we could possibly do. So I said Internal drainage transhepatic biliry-duodenum. Yang tu betul. That’s all. That’s why bila dia sebut maladyets whatever la tu, saya rasa geli. Sebab benda yang dijawab tu senang je. Orang lain could have done better than me. I know it. Like we are having surgery class here. Hmm.

    Ok. I’m tired of all this. I can’t study straight tonight. Kalau tak suka blog ni atau apa je yang berkaitan, so saya rayu, tak payah la nak komen apa or even bother nak baca pun. Apa saya tulis is about my life. I don’t invite people to read. But people come to read it themselves.

    Tak kisah la apa korang semua nak buat kat atas sana. Nak gelak? Nak benci? Nak ban? I deserve that, no? I know that’s what u guys think. Kalau itu yang korang nak buat, buat la. Saya boleh kata apa2 lagi ke? Awak jugak yang kata tadi, saya n self-invite dalam banyak hal kan. So memang saya deserve benda2 tu semua.

    Thank u for carving up a history in my final year for being the 1st to wish. Thank u so very much. That’s the least thing u know about me, don’t u?

    I end it here. I don’t wish to continue and my profound hope is not to see any interruption anymore. After all, this is a personal blog. People blog about life and surrounding. And that’s what I do. I don’t tell lies and I shouldn’t and won’t tell any. Saya cukup jelas kalau menipu tu apa jadinya.

    I rest my case. Thank u for bringing up the case. At least I could clear things up here. Should I ask for forgiveness? Ok. Yes. I owe u. So, forgive me in any I did harm or hurt u. For God’s sake, forgive me throughout these 5 years of studying together.

    Reply

Leave a Reply