Adat Hidup

Adat meraut buluh,
ada yang luka, ada yang sembuh.

Adat memasang jerat,
ada yang lepas, ada yang dapat.

Adat memakan lada,
ada yang pedas, ada yang terasa.

Adat meniup arang,
ada yang menyala, ada yang padam.

Adat memberi peri,
ada yang puji, ada yang keji.

Nota: Tak semua yang kita buat serba mengena di mata orang lain.

28 Responses to “Adat Hidup”

  1. pikir sendiri says on :

    saya bukan nak fight dgn awk..tu hakikat..my request…delete je semua komen saya kat entry lepas..this is your blog right…u have right to say wat ever u wan say..after delete komen,,awk boleh enablekan balik komen tu…tak perlu takut..saya tak kan letak komen..

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pikir Sendiri:
    I wont delete all those comments. Let people read them. I dont mind it. I’d have deleted them earlier if I were wrong. But u judged me wrong. So, let it be there. The quest is over. Period.

    Reply

  3. akak says on :

    Itu la hidup Sarah. Takpe yg penting kita tak buat ape² yg salah. Lagi pun itu kan pandangan Sarah..Sarah ada hak kat situ. Silap penilaian di mata org..kita nak buat macammana kan..

    Reply

  4. akak lagi.. says on :

    apa benda plurk tu Sarah..? Kelakar pulak bc “penat layan….” tu. Macam-macam la Sarah nie. Mesti bengang punya pasal ni.

    Reply

  5. pikir sendiri says on :

    last comment..kecam org secara terbuka..kata orang “bengong” “gila”..bagus la tu..teruskan utarakan kata2 sedemikian..sungguh bagus akhlak macam tu.biasa la org islam kan.kalau berani buka blog berani la terima komen org.dah kata komen.ada yang disukai adan tak.. itu tak jadi masalah bukan? jangan sampai menggunakan perkataan “gile” bengong ” etc..

    Reply

  6. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks…

    huh, cool2.. sabar2.. biarlah apa orang nak fikir pun. Janji kita tau kita punya stand dekat mana. Kadang-kadang itu yang susah bila bercakap dengan tulisan. Silap-silap lain kita tulis, lain orang faham.. Tapi apa-apa pun, kita dah cuba kongsi apa yang kita rasa. Kalau payah sangat faham, gasak aje la ks..

    p/s: tak seronok lah marah-marah.. esok jumaat.. kena berwardah selalu.. pegi la keluar sejuk2 kan hati yang berapi tu.. kat luar kan suhu tengah sedap sejuk.. ^_^ main salji moh…

    Reply

  7. Ainul Arina Madhiah says on :

    erm.. encik pikir sendiri, saya sebenarnya tak nak campur bab nih tapi saya kurang berkenan bila encik ni kaitkan secara spesifik sikap pengutaraan kata-kata tu dengan orang islam je. Tak elok la. Awak anggap macam semua org islam berperangai macam tu. Saya rasa ks terbuat macam tu sebab dia tengah marah, bila marah macam2 boleh jadi.. Even sometimes yang tak elok pun boleh terkeluar. Mana bleh komen macam tu je.. Islam tak salah..

    Reply

  8. snm says on :

    sarah..smg hati mu wardah selalu 🙂

    smga si polan di atas ingat kembali kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya..

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    Malas nak kata dah pasal komen2 tu. Plurk tu social network. Bila saya rasa nak buang masa, saya plurking la skrg ni. Hehe.

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Dah cool dah. Takde hal. Biar la pasal tu. Kalau perlu, nanti KS save draft je entry tu. Thanks for the correction. Jangan sebab KS dia generalize kan pada semua.

    Falin:
    As I told u, saya memang wardah je sekarang ni =) Hehe.

    Reply

  11. NoktahHitam says on :

    Tules sendiri? DASHAT. Bongkersz mesti suke pantun berkerat2 macam ni.

    Adat di lambung tinggi-tinggi,
    ada yang tergolek, ade yang mati.

    Adat yang berkasihani,
    Ada yang disayangi, ada yang patah hati.

    Adat berdendam,
    Ada yang berang, ada yang memendam.

    Adat seorang manusia,
    Bile dah mati, baru dirindui.

    Reply

  12. cikgu jawe says on :

    sarah.. jgn layan sgt perangai org kurang tamadun. 🙂

    err.. plurk tu mende sarah? mcm cbox tp mcm bukan.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Eddie:
    Power abis ni! Nanti saya letak sambungan ni kat blog sajak saya. Ha. Merasalah jadi penyajak Melayu pulak ye. Hehe. Saya paling suka rangkap ke3. Mantap!

    Cikgu Jawe:
    Saya ok je dah cikgu. Tadi je emo betul saya. Err. Plurk tu macam social network orang muda cikgu 😀 Hehe.

    Reply

  14. fahmi says on :

    sape guna nickname pikir sendiri ni…? woi, otak letak di kepala la bukan dekat lutut. pengecut! kalau berani guna la nama yg mak bapak kau bagi tu.

    Reply

  15. snm says on :

    sarah..slmt berwardah ye 🙂
    sarah, NH punya gurindam tu best! gabungkan la ye 🙂

    Reply

  16. ahmad says on :

    🙂 dah2.. nanti kat sini lak bergaduh ngan encik pikirsendiri.. same2 lah kite pk sendiri..

    Reply

  17. abdrahim kassim says on :

    Adat berladang, kadang menjadi, kadang tidak…

    Reply

  18. ahmad says on :

    ni utk encik noktah hitam.. gurindam anda yg best membuatkan sy jenguk blog anda.. lain kali buat panjang2

    Reply

  19. haritz says on :

    Budak2 memasang pukat
    Peluh keringat jatuh berduyun
    Blog Sarah kenapa ku terpikat
    Penuh sarat gurindam dan pantun

    Pantai seberang tanahnya landai
    Mari berkolek ke hujung tanjung
    Cik sarah orang yang pandai
    Itu penyebab blognya di kunjung

    Indah sungguh negeri selat
    Cantik lagi tanah semenanjung
    Apa guna kalau beradat
    Kalau tidak mahu menjunjung

    hehe pantun la pulak..

    Reply

  20. chi am says on :

    adatlah tu kan..

    Reply

  21. jejakalkindi says on :

    salam..

    sarah..kita menulis untuk diri kita kan?..x kisahlah apa org nak kata, asalnya ianya tidak melanggar hukum-hakam dan perintah Allah..

    Reply

  22. arsaili says on :

    salam…Adat Hidup…sungguh creative…adat berblog..ada yang tersurat, ada yang tersirat…memandai jer menambah…salam maal hijrah yg bakal menjelang

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sdra. Fahmi:
    Hmm. Abaikan je la. Malam tadi bila saya tengah marah2, saya teringat, eh, hari ni Jumaat. Kenapa la saya tak selawat2 je nak kasi reda marah2 ni. Kuasa selawat tu mujarab =)

    Falin:
    Selamat hari Jumaat jugak Falin. Err. Kali ni wardah awal :p Haah. Memang niat nak gabungkan. Nanti saya mintak izin dia. Hehe. Ada bakat kan dalam diam2 dia tu =D

    Ahmad:
    Tu la. Abaikan je. Saya rasa dia pun tak buat apa2 dah. Dan saya pun dah tak kesah dah.

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sdra: Abdulrahim:
    Oh. Dapat serangkap lagi ha. Betul tu. Kadang jadi, kadang tak.

    Ahmad:
    Blog dia best kan. Hehe.

    Haritz:
    Alamak. Terkesima sungguh saya baca. Nak tersengih pun iye juga. Masing2 ada bakat rupanya ha. Serius ni, terharu pulak baca pantun ni Haritz. Terima kasih! =)

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Am:
    Adat la kan…

    Abg. Fisol:
    Kalau saya salah, tegur la saya elok2. Ni tuduh2. Mana la tak berasap kepala saya. Ok. Saya dah maafkan semuanya. Tak mau ingat dah =)

    Bro. Arsaili:
    Alamak. Baru saya sedar saya tak update kan lagi link blog bro! Salam Maal Hijrah bro. Memang adat berblog gitu la kan. Ada tersurat tersiratnya. Hehe.

    Reply

  26. raihan says on :

    wah..semua org pndai bpantun…rs mcm inferior lak…hihi

    Reply

  27. Pewaris Reformasi says on :

    alahai,

    sian pulak gua baca cik sarah punya blog diserang oleh cybertrooper..

    fikir sendiri,

    saya fikir cara anda berbeza pendapat sangat menjengkelkan at the first place. bila cik sarah reply komen kau itu dah kira cukup baik. buangla sifat arrogant bahawa kerajaan betul semua kalau nak kaitkan dgn kerajaan pun. jangan ingat org umno-bn je bayar cukai ok?

    guna ruang demokrasi dgn baik. orang macam kaulah yg buat demokrasi di malaysia lembab dan orang pun tak mau invest.

    nick aku terang2 pewaris reformasi, kalau ikut fanatik, kau mesti panas kan? relaks…dunia ni lebih luas daripada soal kerajaan-pembangkang.

    Reply

  28. zafuan says on :

    ko buat sendiri ke nih? mmg tabik hormat… buat banyak2… bagus

    Reply

Leave a Reply