Kenapa Saya Benci Media Tradisional

Assalamualaikum wbt

Lama kelamaan, saya semakin benci membaca laman-laman web media tradisional. Milik akhbar mahupun saluran TV tempatan. Sudahlah ini satu-satunya sumber untuk saya mengetahui perkembangan dalam negara secara menyeluruh tetapi hasilnya amat mengecewakan. Siapa tidak geram jika:

1. Penuh dengan berita yang tidak membangunkan minda. Muka depan pun sudah ada dua tiga cerita tentang artis-artis kita. Input yang tidak menambahkan kualiti ilmu sedikit pun.

2. Bila tiba musim-musim tertentu, seperti musim pencalonan UMNO di sana sini, sesebuah media itu seperti bertukar wajah menjadi saluran politik rasmi mereka saja. Penuh tiga empat muka cerita tentang ini. Ini sungguh tidak adil. Berat sebelah. Jika pembangkang dikatakan mengguna pakai media sebagai saluran mereka, pembangkang dikatakan menyalahgunakan kuasa. Siapa yang salah guna ni sebenarnya?

3. Tiada kebebasan bagi para wartawan kita untuk menyampaikan berita dengan sejujurnya. Jelas sangat mereka dikongkong oleh sesuatu. Tak boleh sesuka hati menulis laporan dengan setepatnya. Agaknya atas faktor inilah mereka seperti hilang idea dan sudahnya menghasilkan berita yang tidak berkualiti entah tentang apa-apa.

4. Bagi saluran televisyen pula, bahasa yang digunakan boleh membuat orang menyampah untuk mendengar ulasan lanjut. Bias yang sangat ketara. Sungguh. Memang menyampah.

5. Hanya memaparkan gambar-gambar yang menipu kebenaran. Erm. Contohnya ketika BERSIH dan PRU12 dulu.

6. Saya sebenarnya dah lama tidak suka slot Senyum Kambing tu. Sebab menunjukkan Orang Melayu seperti ada banyak masa untuk bersembang kosong dan mengumpat, menyindir. Kalau tak percaya, cubalah rujuk kesemua slot Senyum Kambing tu.

Jadi, apa pilihan yang ada? Sebab itu saya lebih suka membaca media alternatif yang lebih pantas dan terbuka. Malaysiatoday (atau Malaysiakini) contohnya. Serta blog-blog dan laman-laman web peribadi milik tokoh-tokoh politik negara. Mungkin ada yang mempertikaikan kebenaran sumber ceritanya. Tapi bagi saya, ulasan yang lebih menyeluruh dan jitu itu yang meyakinkan saya untuk membacanya.

Kalau dulu, setiap hari saya membuka laman web akhbar-akhbar tempatan untuk mendapatkan info terkini dalam negara. Tetapi sekarang, saya hanya membacanya pada hari Sabtu. Tapi punyalah geram. Sebab berita yang dipaparkan tidak bernas langsung. Kalau saya tidak baca langsung pun tidak mengurangkan saya apa-apa kalau setakat perihal yang sama diulang cerita berkali-kali selama beberapa hari.

Tetapi bukan semua bersetuju dengan media alternatif. Cuma bagi orang jauh seperti saya ni, tiada pilihan lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat dengan menyeluruh dan cepat. Lagipun, konsep media alternatif adalah ringkas tapi penuh fakta dan bukannya meleret-leret seperti media tradisional yang lain.

Nota 1: Semalam hari yang sangat memenatkan. Sampai rumah malam tadi terus tertidur.
Nota 2: Hari ini saya ada kelas. Rusia menyambut Krismas berdasarkan kalendar Ortodoks iaitu 13 hari lewat daripada kalendar Masihi. Jadi Krismas secara rasminya disambut pada 7 Januari nanti.
Nota 3: Esok saya bercuti sehingga Isnin, ke hospital 2 hari dan kemudian sambung cuti tahun baru pula.

21 Responses to “Kenapa Saya Benci Media Tradisional”

  1. ahmad says on :

    setuju dan setuju.. sy pon benci media traditional.. haha.. dpt jadi org pertama komen..

    Reply

  2. acai yang kene keja time cuti.. says on :

    Slm sarah,

    Hehehe, tahu sangat sy awk ni camne orangnya sarah…:) alaaa biasalah sarah, lain orangkan lain cara berfikir dan citarasanya,ceewahh..sypun skrg dah jarang baca akhbar sbnrnya..lebih suka tengok Bernama TV,Al Jazeera dll skrg..:)

    Tapi sy tetap juga baca media tradisional tu..sbb sy dah terer tapis benda bukan2 semua tu,hehe..sbb kat situ ada juga berita sukan,perkembangan dalam dan luar negeri, bursa saham(haa sy follow nih sbb belajar) dsb..dia yang tak sesuai hanya berita2 yang ada kepentingan politiklah..itu semua tahu 🙂

    Media alternatif yang adapun sbnrnya tak menyeluruh sgt..bg sy belum boleh jd alternatifpun sbnr lagi..sebab ia hanya alternatif kepada berita2 politik sahaja..takde cerita dalam negeri,berita sukan (penting ni,hihi), berita dalam dan luar negeri semasa, bursa saham harian dan sebagainya..kalau adapun yg berkaitan ngan politik gaklah,hehe..jadi kalau sy baca media alternatif ni sahaja akan jadikan sy seorang pembenci dan tak tahu berita2 lain (sbb lum menyeluruh),hihi..

    Sy subscriber malaysia kini yg berbayar;) jadi biasanya sy tahu cerita dua2 belah pihak..dan sy tak minat sgt sbnrnya nak tahu sbb bagi sy dua2 sama kot,hahahaha..well, awkpun tahu sy camne sarah…:)

    Reply

  3. Chekgu BaniHassim says on :

    kebebasan bersuara disekat..
    itu je..byk bende yg kite tau bersifat superficial je..

    nk tau hal sebenar kene tgk dg mate kepala sendiri..
    media alternatif pon bukan bulat2 leh caye..
    sbb 2-2 pihak ade agenda dan misi tersembunyi sendiri..

    kene pandai mentaakul dan menimbang.. 🙂

    Reply

  4. doyot says on :

    Salam Sarah,
    Setuju sgt dengan Sarah. Kalau di Indonesia ni mmg sgt2 x100 berbeza dr negara kite. Segala maklumat diorg dapat..kalah CSI. media kat sini mmg dgn sgt lantang bersuara. baik dari rasuah, apa tah lagi gosip artis, semuanya seolah2 diulang tayang perbuatan2 keji mereka tu.dahsyat.tp itu yg kita mau..mmg kebenaran tu menyakitkan..tp kalau kita x salah, apa yg mau ditakutkan..=)

    Reply

  5. HabibMukmin says on :

    ini isu lama..kalau baru sedar
    susah la sket..
    kerajaan menang tipis pilihanraya pon sebab inila.

    Mengikut pengamatan saya kalau Pakatan Rakyat menang pon, akan jadi lebih kurang sama la kot.Mgkin tak setaksub BN.

    Yang paling penting nak ubah bukan parti atau kerajaan.
    Mentaliti!!!!!

    Reply

  6. ytmz says on :

    Ini lah dilema nya, dulu kita rasakan media perdana dah cukup, nampaknya media perdana tak mampu memenuhi citarasa kita yang sangat mahukan berita-berita baik dan benar.

    Jadinya kita luaskan skop rujukan kita kepada media pilihan. Dengan dunia serba internet sekarang, saya rasakan semua laman web bercorak berita adalah sumber yang baik. Kita rujuk semua, tak kira BH, Utusan, TheStar, MK, HD, SK, mana pun tetap jadi rujukan.

    Kita tak perlukan media yang sogokkan apa yang perlu kita pikir, Kita mampu membuat pertimbangan sendiri melihat mana baik buruk, dah bertahun kita Mumayyiz dan bertahun-tahun kita dibekalkan ugama dari Mak Ayah dan Cikgu-cikgu, kita memang dah mampu buat penilaian sendiri mengikut prinsip kebenaran dan nilai teras akhlak yang tinggi.

    Rugi kalau kita menghadkan sumber berita kita, semuanya maklumat, kalaupun maklumat pasal pencalonan UMNO, ia satu cerita sejarah yang boleh kita ambil pakai satu masa nanti. Kita baca untuk mengikuti sejarah hidup masyarakat dan negara kita. Mengetahui sekadarnya dah cukup.

    Di internet, semuanya Media Perdana, semua akhbar online Media Perdana kita.

    Salam,
    YASIR TAMIZI

    Reply

  7. Inah says on :

    salam sarah

    off topic comment..

    kenal x atiqah – ex kisas?

    Reply

  8. Anonymous says on :

    by the way, celebration here is based on julian calendar:)

    Reply

  9. pikir sendiri says on :

    punya senang nak membenci..tapi sedarkah anda sendiri belajar mengunakan duit kerajaan? dan bakal menjadi kaki tangan kerejaan? masa kerajaan memberi segala keperluan awk belajar,makan dan lindungan disana tak kata pulak kerajaan nie berat sebelah? adakah anda sedar duit yang digunakan anda untuk belajar adalah dari kerajaan?saya tahu duit dari rakyat tapi kerajaan yang salurkan kepada awk kan? apa salahnya kerajaan membuat publicity menggunakan media? cuba letak parti rakyat kat tempat kerajaan..mereka pun akan lakukan sama juga!!!!!! ini la hakikat politik!!awk belum sampai tahap leh kenal politik ini..saya bukan nak berpolitik kat sini..hanya sekadar teguran je..sebelum nak membenci cuba melihat diri sendiri dulu..tahap yang awk sampai hari ini adalah ehsan kerajaan.. jangan kata membenci tanpa usul periksa.jangan kata membenci tanpa mengetahui kebenaran.jangan kata membenci tanpa berfikir dulu..
    gua cau dulu!!

    Reply

  10. one says on :

    erk..
    ish3,media tradisional tu hak kerajaan tuh…ish3…kena sayang2
    hehehe
    *****
    betul Sarah..sekarang dunia penuh maklumat,melata fitnah..alternatif dan tradisional sekarang adalah mainstream sources,sendiri pandai nilai,sendiri pandai pilih

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    PIKIR SENDIRI:
    Saya sedikit pun tak menyebut saya membenci Kerajaan. Read between the lines please. Saya memaksudkan 100% pada informasi yang ditulis dan disampaikan melalui media massa yang semakin kurang kualitinya. Kalau betul saya memaksudkan entri ini sebagai ‘benci kerajaan’, saya patut letak point no. 2 dan 5 tangga teratas. Tapi secara prioritinya saya meletakkan perkara berkaitan maklumat yang berbentuk educative sebagai point utama saya. Apa guna kalau media2 ini memberi tumpuan tentang isu hiburan saja banyaknya. Sebab tu la orang sekarang lebih cenderung kepada isu2 sebegini. Sebab pendedahannya meluas dan bertubi-tubi. Dan saya maklum, dengan menyatakan pendapat saya ini memang saya maksudkan sama kisahnya jika ada Kerajaan lain yang memimpin negara. Satu lagi point saya ialah: Kebebasan media dalam menyampaikan maklumat tak perlu dikongkong oleh parti pemerintah. Kalau pihak pembangkang sekali pun yang sudah naik nanti, saya akan marah juga kalau media massa disalah guna. Point saya yang paling jelas untuk saudara: Sila fahamkan betul-betul apa yang saya tulis.

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    PIKIR SENDIRI:
    Dan sila baca tajuk dengan sebaiknya. Saya kata saya benci membaca media tradisional tu, bukannya pada siapa yang menaungi negara di mana beroperasinya media itu. Saya tak letak double meaning langsung. Waktu saya menulis ni, tak terlintas langsung hendak berprovokasi tentang politik. Mentah-mentah saya pun, saya cukup jelas kekangan yang membawa kalau seseorang pelajar tu lantang bersuara. Saya tak begitu bodoh nak memperjudikan nasib saya.

    Reply

  13. pikir sendiri says on :

    musim pencalonan UMNO di sana sini, sesebuah media itu seperti bertukar wajah menjadi saluran politik rasmi mereka saja. Penuh tiga empat muka cerita tentang ini. Ini sungguh tidak adil. Berat sebelah. Jika pembangkang dikatakan mengguna pakai media sebagai saluran mereka, pembangkang dikatakan menyalahgunakan kuasa. Siapa yang salah guna ni sebenarnya? <—apa maksud ini?bukan politik ke? siapa memerintah negara?umno@pembangkang?siapa kerajaan?bukan umno ke?siapa perdana menteri?bukan umno ke? secara tersirat awk membenci kerajaan!!! utusan siapa punya?umno punya!!

    Reply

  14. pikir sendiri says on :

    Hanya memaparkan gambar-gambar yang menipu kebenaran. Erm. Contohnya ketika BERSIH dan PRU12 dulu apa benda ini? ini bukan politik lagi ke?anda bercerita pasal politik!!.sudah semestinya melibatkan kerajaan khususnya UMNO itu sendiri!!

    Reply

  15. pikir sendiri says on :

    kenapa saya membenci kerajaan!!
    sebab kerajaan ialah umno…sebab kerajaan ialah parti pemerintah..sebab utusan itu kepunyaan umno..saya benci utusan,berita harian dan sbgnya sebab sokong kerajaa..sebab surat khabar ini sentiasa menyiarkan berita tentang kerajaan je..itu sebab saya beeeeeeeennnnciiiii media traditional..sekian versi tersirat!!

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    PIKIR SENDIRI:
    Sebab tu realiti untuk masa sekarang ni. Di saat ini. Musim ini. Present. Fi’lil mudhori’. Nastayashi vremiya. Saya dah cakap kat atas, kalau ditakdirkan ada kerajaan baru dan dia buat jugak, saya akan geram marah jugak sebab media disalahgunakan. Saya fahamkan awak yang tak faham2 lagi ni. Point saya ialah tentang media tu. Peranan media tu. Kalau betul saya nak hentam kerajaan ke, pembangkang ke, apa ke, saya nyatakan jelas2 pada tajuk. Tak main la double meaning. Kalau awak tak puas hati, tak payah jenguk dah blog ni.

    Sekali lagi tentang Bersih ke PRU ke, saya nak bagi orang jelas yang peranan media tu dah tak selari dengan tanggungjawab yang dipikul untuk sampaikan maklumat. Awak tak faham2 ke maksudnya? Maksudnya, media tak memainkan peranan sampaikan maklumat yang betul, benar, tulen dan sah kepada orang ramai.

    Saya tak akan layan dah komen2 awak sebab awak memang tak faham. Sila jangan jenguk blog ni lagi kalau rasa tak boleh faham maksud yang sangat literal. Demi Allah saya tak memaksudkan langsung tentang politik. Saya ulang. Demi Allah. Saya menulis ni di awal pagi buta 3.15 lebih lepas terbangun dari tidur. Bila baca paper, sedih je tengok berita entah apa2. Terpulang awak nak tafsir apa dah. Awak pikir la sendiri.

    *dan memang saya tak harap langsung ada pembaca yang tak faham maksud secara terus yang saya sampaikan seliteral mungkin ni.

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    PIKIR SENDIRI:
    Tu ayat awak. Saya tak sebut langsung. Dna hello. you are such a sick minded. Get a life!

    Reply

  18. NoktahHitam says on :

    KS, let’s not deny that you hate the government, although you’ve mentioned, it’s not about politics. Dont worry, I hate them too. So there’s no need for you to be loop sided about this.

    Stand firm with your points. Traditional medias is OWNED by the gov, so, if you hate the media, you hate the gov. Simple penakulan mantik.

    to fikir sendiri
    Apekah bute tuli kau ni? Sesebuah kerajaan WAJIB memberi pendidikan kepada rakyat nya. Itu adalah tanggungjawab sepertimana tanggungjawab bapa terhadap anaknya. Kalau nak maju, kene invest, simple business prodigy, fikir snediri!

    Apekah kau ini kusut?! Orang sibuk cerite pasal mende lain, kau plak main care jijik, kamu tahu ape itu LOW-BLOW? kalau tak tahu, fikir sendiri!

    Apekah kau ini kolot?! Kau pergi tak kat perhimpunan bersih? kau tengok tak ape yg media katakan? Walaupun aku tak setuju langsung perhimpunan itu, tp SEELOK-ELOKNYA tulis lah tentang perkara yang benar. Bukan sekadar gambar kata ade RIOT di KL. Ini memperbodohkan orang.

    Apekah kau ini seorang prihatin?! Kau sokong UMNO macam gile, tapi kau tahu tak tender-tender dijual beli sesame menteri? Kate nak tolong bumiputera miskin, hakikatnya bagi projek kat orang ade tujuh belas mercedes! Adilkah begini?

    Adekah kau reti menghitung? Berapekah jumlah yang ditetapkan utk kempen pilihanraya, RM10k bukan? Tahu tak, satu muka penuh di Utusan lebih kurang RM15k? Itu satu muka, satu akhbar, kalau lebih dari satu muka, satu akhbar, satu perwakilan? Tidak termasuk di kaca TV, RM10k untuk 3 minit pada jam 8. Berape kali agaknya keluar? Pandai-pandailah kire. Yg hinanya, gunakan duit rakyat untuk menipu rakyat.

    Kalau tak bacul, silelah sediakan link blog anda. Kite boleh berbincang dengan lebih erat tentang kebodohan negara.

    Sekian.

    Reply

  19. minang says on :

    fikir sndiri poyo bgus.sakit mata baca komen2 dp ko. ko pegilah fikir sndiri prngai ko tu wahai fikir sndiri.

    Reply

  20. Acai says on :

    to pikir sendiri,
    Apa yang ko melalut ni, masa aku baca entry ni aku takdelah fikir sampai nak kaitkan macam tu skali..takdelah nampak macam dia ni tak bersyukur dgn apa yg dia dapat..adakah dgn dapat bantuan kerajaan tu kita wajib sokong semua yang mereka buat walaupun mereka salah???

    Mana kebebasan berfikir dan memilih macam tu?? takkan kerajaan tak boleh dikritik atas sebab kita telah bantuan dari kerajaan?? come on lah, tak semua pendapat tidak menyokong pemerintah semestinya perlu ditafsir anti kerajaan beb..kalau baca entry tu betul2 ia hanya ttg media..dan apa yg media tu buat memang salah..perkara tu tak seharusnya berlaku walau sapepun perintah..mana ada kaitan ngan apa yang ko cakap tu..dahlah akupun malas nak bertekak ngan orang yg selindung2 identiti nih…akupun malas nak cerita pasal benda ni tak pasal2..tapi sebab sarah ni kawan aku, aku tetap sokong dia sebab aku kenal dia camne orangnya..kalau nak cerita or lawan debat ttg tu aku rasa ko bleh cari blog parti2 politik yang berlambak skrg..tak payah masuk sini..

    Reply

  21. ahmad says on :

    pikirsendiri patut fikir sendiri.. hujah ntahpepe..

    Reply

Leave a Reply