The Unspoken Freedom

Assalamualaikum wbt

Sejak datang ke sini, saya menikmati satu kebebasan. Yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kebebasan yang menyenang dan menenangkan hati. Saya pernah menulis di dalam salah sebuah buku sajak saya: The Unspoken Freedom. Waktu itu, saya memaksudkannya sepenuh hati. Kebebasan yang saya tidak rasai suatu masa dulu.

Mesti kecewa hati emak ayah saya membaca apa yang saya tuliskan di sini. Bertenang dulu. Bukan itu maksud saya. Bukan kebebasan dari sudut kehidupan mahupun sosiobudaya. Tetapi lebih dalam dari itu.

1. Di sini saya bebas membawa diri saya sebagai seorang Melayu-Muslim yang tidak perlu berpada-pada terikat dengan pandangan orang lain. Contohnya, saya boleh solat di mana-mana saja jika tidak sempat pulang ke rumah. Telekung bukan satu kewajipan. Saya bebas untuk solat dengan seluar dan baju yang saya sedia pakai. Jeans pun jeans lah. T-shirt pun t-shirt lah. Bukannya saya pakai yang ketat-ketat dan pendek-pendek. Semuanya cukup syarat untuk solat. Serik. Saya dimarah oleh seorang makcik kerana solat tanpa menggunakan telekung ketika di Malaysia dulu. Kebetulan ketika itu saya memakai jeans dan blaus labuh. Tiada salahnya. Tapi setiap pasang mata di dalam surau R&R itu memandang tajam kepada saya. Saya bukan penjenayah agama pun. Cuma di situ ada satu keluarbiasaan yang dipandang sebagai kesilapan.

2. Saya bebas mengenakan tudung saya dengan apa cara sekalipun tanpa perlu kisah sama ada warnanya sepadan atau tidak dengan baju saya. Memang jaranglah saya buat begini tapi jika ada kalanya tidaklah padan sangat warnanya, tiada siapa yang kisah (hehe, saya memang tak kisah pun). Bagi mereka di sini, tudung itu sekadar yang kita gunakan untuk menutup kepala. Bukan untuk berfesyen segala. Kerana mereka tahu saya bertudung kerana saya seorang Islam. Kalau di Malaysia, alamak, orang dah menjeling seribu makna!

3. Saya bebas untuk membiarkan muka kelihatan seperti budak-budak dengan lipatan tudung yang kurang kemas atau ‘tidak bulat’. Kalau di Malaysia, orang pandang-pandang kita banyak kali kerana tidak lawa pada mata mereka. Orang sini tidak kisah. Bagi mereka, asalkan ada benda yang tutup kepala budak ni macam biasa, itu sudah kira beres. Mana mereka tahu cantiknya bertudung tu macam mana. Stail lipatannya macam mana dan lain-lain lagi. Tapi sebolehnya saya sentiasa memastikan tudung sentiasa kemas. Imej kenalah dijaga, kan.

4. Saya bebas menjadi diri saya. Saya sentiasa ada talian hayat untuk mengelakkan orang yang saya tidak senangi daripada terus menghubungi diri. Jika di Malaysia, sentiasa saja ada cara nombor telefon atau segala jenis cara komunikasi yang lain disebarluaskan oleh kawan-kawan kita. Tanpa izin. Saya rimas. Sebab saya tidak suka berada di dalam keadaan sesak dan diperhatikan. Di sini, saya sungguh bijak menjadi orang halimunan. Huhu. Tidak faham? Tak mengapa. Tak penting sangat ni.

5. Ada beberapa hobi yang tidak dapat saya laksanakan secara terbuka ketika di Malaysia. Kerana orang suka mengadili saya secara percuma kerana saya dan latar belakang saya. Jadi, saya biarkan hobi itu terselindung. Dan di sini hobi itu lebih bersifat terbuka. Eh, tidak juga. Masih tertutup juga. Cuma saya zahirkan diri saya bukan sebagai saya. Sungguh terasa kebebasannya. Ada yang faham? Bagusnya. Cekap ya kamu ni =)

The Unspoken Freedom

There are times
there are people
longing for freedom.
There are people who stay
even when the time washes away.
There are people who leave
even when freedom is almost to lead.

There would be strife
fetter a greater life
to agree what the world disagrees
to set you free from all the tyrannies.

If it is a fear you would dispel
come by dear I tell you a spell
though it’s hard to cast off
but we may try to cut the handcuff.

So long the freedom is hidden
so long it is left unspoken
there can be no right in the twisted sight
thus so long to the dazing light.
When the rhyme ends
the unspoken freedom begins
to rise in.

Sarah
Pushkin Hostel
15 December 2004
(sekarang saya rasa sajak ini sangatlah buruk) =p

Nota 1: Baru tersedar bahawa sajak itu sudah berusia 4 tahun lebih! Saya tulis ketika di tahun 2 dulu. Punyalah dah lama!
Nota 2: Saya tak kisah makan ais krim tercomot sedikit di pipi bila di sini. Tapi kalau di Malaysia, err, saya makan ais krim dalam rumah saja. Hohoho. (Jenuh saya cuba ingatkan ada tak saya makan ais krim sambil berjalan-jalan bila dah besar panjang ni di Malaysia. Memang tiada! Aduhai…)
Nota 3: Ada benda dalam kehidupan kita yang kita kena ubah tapi tak bermakna kita berubah.
Nota 4: Ini nota penting. Hehe. Saya sudah mula ber-Plurk. Let’s join me! Hehe.

32 Responses to “The Unspoken Freedom”

  1. snm says on :

    Sarah..
    Jadi diri sendiri
    Berpijak atas kaki
    Atas restu doa mak & ayah
    Maka jadilah Sarah di sana
    Yang bebas dari pandangan tipikal
    Makcik2 di cni :p

    Reply

  2. Mouad says on :

    I sit behind bars in the dankest of blocks.
    A captive young eagle, the king of the hawks,
    My sorry companion here, lifting his wings,
    Pecks bloody food by the sill, pecks and flings,

    And looks out the window, away, away off,
    As if he, with me, fell to thinking one thought.
    He summons me now with his look and his cry,
    And wants to speak plainly, aloud: “Let us fly!

    “We’re free birds in truth; it is time, brother, time!
    To go, where o’er clouds, the high mountains are white,
    To go, where the sea realm’s as blue as the sky,
    To go, where the wind alone wanders… and I!”

    by Alexandre Pushkin

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    setuju dgn awk. aku pernah kena sindir kwn2 cikgu sbb solat zuhur berjamaah dgn student kt bwh pokok sawit dgn beralaskan tikar masa hari sukan sekolah.

    pernah juga aku berwuduk dgn air laut kt pantai remis. abes je wuduk tiba2 tersedar ramai org kt belakang sdg memerhati. aishh..

    kdg2 org ingat benda yg biasa jd pelik dn benda pelik jd biasa. awk faham tak ni? haha! bagus.. 🙂

    Reply

  4. sekadartersinggah says on :

    betulll, kat tmpt bukan malaysia sgt bebas, kitrg ada trend pakai bajukurung dgn jeans kat sini.
    hehe.pelik?well, menutup aurat kot.tapi pakai kat mesia mesti kene pandang smpai rasa mcm kene halau.
    hu.
    and solat dgn baju biase, dimane2 jua, esp kalau terprgkp dlm train or bas. kalau kat mesia penah je sume org tperangkap dlm ktm bbrp jam sampai berlalu zuhur, tp the only person yg smyg diatas train dipdg sungguh pelik.
    dan tudung takyah matching sbb berjaket dan bersweater sentiasa. tak nmpk pon pki baju ape.hehe

    Reply

  5. en_me says on :

    wah, fandainyerrr sajak sajak gittewww..

    Reply

  6. Nini Marini says on :

    salam akak,
    nini setuju sgtlah dgn apa yg akak cakap tuh.especially point yg nombor 1 dan 2 tuh. di sinilah kita nampak Islam is really the way of life.sebab itu kita pnggil Deen=cara hidup.

    Huhu,samelah akak,nini penah gak dipandang pelik sbb solat tak pakai telekung.mase kat rnr gak.haiih,kalau boleh nak je suruh diorang revise balik, pakai telekung tu termasuk syarat sah solat ke?

    Sebenarnye,masyarakat kita keliru.kesian kan.

    Cuma mungkin ade perkara yg membezakan France n Russia, sebab kat sini, org memang pndang pelik pade org yg pakai tudung.apetah lagi nak solat terang2an.

    selalunye nini solat bawah tangga kat sekolah tau.tak kisahlah,asalkan takde org nmpak.=)

    Reply

  7. Only me says on :

    Salam..

    Sangat setuju. Kat sini(M’sia), orang yg berbuat lain drpd org lain, memg dipandg pelik.
    Sebenrnya byk benda yg dh jd seperti budaya. Bukan lg mengikut kehendak islam yg hakiki dan universal. Byk sgt. Lagi la kalau kat kampung2.

    Tp, itulah. Kekdg tk bleh salahkan diaorg juga sebenarnya. Sebab kekdg sesuatu cara tu memg diaorg tahu dr nenek moyg diaorg. Diaorg tak tahu.

    Kan?

    Reply

  8. disturbia says on :

    salam perkenalan….
    akak suka sgt dengan apa yg sarah tulis tuh…
    kekadang ni kita macam terkurung kat tempat sendiri ek..
    jealousnya akak sebab skarang sarah dah dapat freedom tuh…

    Reply

  9. Sub says on :

    KS!
    You rocklah!
    saya sangat setuju!
    Telekung tu bidaah hasanah kan?tak pasti…wahaha…

    Trivia: Di India muslim pompuan sembahyang pakai sari…
    masyaallah…

    Reply

  10. haritz says on :

    Jangan cakap Islam mengongkong wanita sudah, yang lain2 tu terpulang cara masing2 mendefenasi nya.Sbb Allah itu Maha adil.
    Salam

    Reply

  11. haritz says on :

    I add u on my blog http://haritz.wordpress.com

    Reply

  12. chi am says on :

    pst sarah.. tudung kamu tak berape jadilah.. huhu

    Reply

  13. dhiyauqalbii says on :

    tul sarah.. akak pun pernah ditegur kat Masjid Jamek oleh mak cik-mak cik coz solat tak pakai telekung… dah la cara mak cik tu tegur kasar jer.. panas gak tapi sabor jela.. org tua kan.. lagipun diorang tak faham..

    Tapi kalau kat UIA ni solat tanpa bertelekung adalah perkara yang amat biasa.., kat Masjid UIA majoritinya begitu..

    n perkara tu yang kami bawa bila masuk kg OA supaya nanti bila bab praktikal solat (bagi yg muslim)_ tak adala bagi alasan tak ada telekung so tak boleh nak solat..

    mm.. Kat Mukmin kita di ajar macam tu kan? Kita solat ngn pakaian seragam sekolah jer.. ingat tak?

    Take care sarah!

    Reply

  14. Acai says on :

    Slm sarah,

    Thanks sudi berkongsi..yup, kekadang memang orang susah nak bezakan ajaran Islam sebenar dan adat..tak kisahlah dari segi ibadah, berpakaian dsb..:) sy pernah ditegur orang sebab tak ikut wirid selepas solat..tapi sy tak kisah, mungkin dia tak belajar tentang itu..bukan tu saja sarah, kekadang orang melayu di luar negeri lebih tinggi sifat melayunya berbanding orang melayu kat negara sendiri,hehe…

    Reply

  15. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks..

    setuju-setuju.. nak tambah sikit.. kat luar, kita boleh buat ibadah sesuka hati tambah risau orang tengok dan kutuk kita kunun tunjuk2 alim.. nak baca quran kat mana-mana hatta tepi jalan dan dalam bas pun boleh..

    one more, bagi ainul, itu salah satu kelebihan kita dihantar ke luar. belajar benda baru yang baik dan bawa ke malaysia supaya masyarakat berfikiran lebih luas..

    Tapi kan, pernah terfikir mahu menjadi identiti baru di sini. Tapi tak bleh sangat la pulak sebab ramai schoolmate join sama ke sini. Tapi never mind lah.. yang penting, live my life semaksima mungkin.. ^_^

    p/s: akak, kat sini diaorg pakai tudung lagi simple dari kami.. lilit2 sesuka-suki diaorang.. huhu, maunye kalau angkut buat camtu kat malaysia, kena cop tak reti bertudung la kot..huhu.. Nasib baik sudah biasa tengok.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    Macam bersajak pun ye jugak eh Falin =)

    Mouad:
    I can see u’re a big fan of him (I know u’ve posted his poem in your blog too) =)

    Cikgu Jawe:
    Tu la kan cikgu. Ada banyak benda yang betul cuma luar biasa tak diraikan dalam masyarakat kita. Adeh. Tak berapa nak tangkap sangat ayat akhir tu. Tengah pening kepala ni. Huhu.

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sekadar Tersinggah:
    Eh, sama la. Kat sini pun KS buat jugak mcm tu. Kebaya laguh dgn jeans pun penah. Dah jadi ala2 blaus dah. Orang luar bukan tahu pun kan. Heheh. Betu2! Sebab dah pakai kot, jadi warna tudung dan baju lain2 pun tak kisah dah =) Pasal solat, KS pernah travel naik bas ke Kelantan. Mana ada berhenti solat. Tapi waktu bas berhenti rehat, KS amik wudhuk siap2. So, bila masuk waktu Subuh, terus solat tapi berpuluh lagi yang lain tak solat pun. Hmm. Dan orang yang duduk sebelah KS pelik tgk KS solat.

    En_Me:
    Err… sajak tu buruk sangat2! Huhu.

    Nini:
    Orang pandang pelik tengok kita pakai tudung tu memang la. Kat sini pun masih ada lagi persepsi pelik tu. Tapi tentang cara kita mengenakan tudung tu maksud KS. Sebab diorg bukan tau cara lipat tudung tu kena kemas macam ni ke, kelepet lekat ke muka ke, belit2 terus ke, atau apa2 je lagi la caranya. Huhu. Jadi kalau kita pakai tak elok sangat pun lipatannya, takde siapa yang kisah =p KS solat kat merata2 tempat. Tepi koridor, ruang legar student dekat dengan bench menunggu, dalam kelas, dalam metro, dalam lecture hall. Banyak betul pengalamana =) Tapi KS suka sebab ajar kita hayati agama kita dengan lebih lagi. Kan Nini kan?

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Su:
    Saya suka dengan pendapat Kak Su. Memang kita tak boleh nak salahkan diorang. Sebab banyak benda dari segi aplikasi ibadah ni diorang tak tahu sebab tak didedahkan dengan realiti (contoh: terpaksa menunaikan ibadah dalam limit masah dan keterbatasan tempat yang sempurna). Erm. Tapi ada juga makcik pakcik yang jumud2. Dah tahu pun tetap jugak taknak terima. Hehe.

    Disturbia:
    Salam kenal kak =) Sebenarnya walau di Malaysia pun akak boleh mulakan untuk buat. Contohnya kat tempat kerja, waktu nak solat tu, akak tak payah bertelekung. Tapi dengan syarat pakaian kerja yang dipakai tu sempurnalah kan. Saya yakin akak takde masalah dari segi ni kan. Jadi akak boleh solat terus je macam tu. Kalau ada orang berasalan dia tak solat hari tu sebab dia terlupa telekung dia, dgn cara akak mulakan contoh ni, dah dapat ajak dia untuk tak tinggalkan solat kan. Selamat mencuba kak!

    Sub:
    Haah. Itu bidaah hasanah. Ada betulnya dipakai telekung kalau baju yang dipakai tu coraknya penuh seribu sampai boleh ganggu kekhusyukan orang lain solat kan (bila terpandang baju kita). Tapi bukanlah sampai tak sah solat kalau tak pakai kan. Betul3. Di india diorang pakai sari je bai =D Di sini, orang dia pakai skirt tapi belah dalam tu ada sluar yang tight. Tudung belit2 nampak sikit la leher (mazhab mereka membenarkan. macam di India la), pun terus je diorang sembahyang =)

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Haritz:
    Saya tak memaksudkan macam tu. Saya maksudkan tentang cara pengaplikasian ibadah yang berbeza yang tak boleh diterima bila balik ke Malaysia. Bagi saya, dgn cara terbuka dan tidak terikat dgn pandangan masyarakat (contohnya tentang telekung) kita akan lebih rasai nikmat Islam tu sebagai sebuah agama yang langsung tidak memberatkan, malah memudahkan penganutnya =) Terima kasih link kan saya ye.

    Am:
    Aish. Saya tak kesah. Senget2 tu seni =p

    Kak Tikah:
    Betul. Saya banyak juga dah solat di UIA. Memang hal ni jelas boleh nampak di sana. Sebab apa benda ni diterima, sebab ada ilmu yang melandasi apa yang kita buat. Tapi tula. Makcik2 tu mungkin tak tahu. Tu sebab diorg marah kita kan. Hehe. Betul sangat Kak Tikah. Kita sekolah2 dulu, kita solat pakai baju sekolah je kan. Baru tersedar, dah lama dah rupanya kita dapat didikan ni. Untungnya saya jadi anak keluaran Al-Mukmin!!! =)

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    Macam tu la Acai. Pokok pangkalnya dalam hal ni ialah kita ni ada tak cuba nak tuntut ilmu pasal hal ni sikit2. Bertanya pada yang lebih tau ke kan. Macam kes2 ni, kita kena tegur2 itu ini sebab mungkin majoriti pakcik makcik ni tak dapat pendedahan tentang hal ni. Jadi diorang tetap berpegang dengan apa yang diorang rasa betul. Tak jugak Acai. Ramai jugak yang di luar ni rosak Melayunya. Tapi dari segi agama, saya akui sangat2 di luar ni lebih penghayatannya. Alhamdulillah.

    Ainul:
    Ainul, KS setuju sengat dengan pendapat kamu tentang hikmah kita dicampak kat luar ni. Supaya kelebihan dari segi aplikasi ibadah ni dapat kita bawa ke Malaysia dan buat orang buka mata betapa mudahnya Islam tu sebenarnya =) Erm. Apa identiti baru yang kamu nak adakan pada diri kamu tu?

    Reply

  21. Saffa says on :

    Salam 🙂

    cakap pasal telekung ni, saffa teringat satu soalan ustazah.

    Macam mana kamu tahu kamu betul2 tutup aurat?

    Semua orang diam.. Huhu..

    Rupa-rupanya jawapan dia mudah jer.
    “Bila kita tak memerlukan telekung untuk solat”

    Fikir-fikirlah sendiri 😉
    P/s: Saffa masih memerlukan telekung untuk bersolat. Haish…

    Reply

  22. Ejalz says on :

    salam sarah, kalau kat malaysia tak pakai telekung itu pelik, dekat sini pakai telekung itu pulak yang pelik.. [terkecuali mekah dan madinah sebab ramai jemaah asia yang datang].. tak ke pelik ditengok dek orang arab, kalau dalam ramai-ramai yang hitam segala, tiba-tiba ada manusia memakai telekung putih..(saya ler tu)..rasa macam dah buat salah besar jek dipandang dek mak arab yang memang besar saiznya.. hehe..
    bab tudung tak padan warna pun tiada masalah, sebab dah tentu di sini semuanya hitam belaka – satu set abaya dan tudung berwarna hitam.. janji ko lilit atas kepala musti hitam..
    psstt…kadang-kadang masa shopping boleh siap pakai baju tidur jek.. sapa nak tau… the bestest freedom kan.. haha..

    Reply

  23. Ainul Arina Madhiah says on :

    ntah ler.. dulu konon-konon nak jadi macam orang baru lah kiranya.. kalau dulu kuat cakap, mahu kurangkan cakap.. kalau dulu orang nampak ainul begini-begini ke, mahu jadi begitu-begitu plak lah.. eh, paham ke idak nih..? huhu.. tapi secara spesifiknya tak dapat lagi nak test..

    ha.. yang paling nak try ialah pakai nama baru! nama ainul kan banyak.. konon2 dulu kalau ke tmpat baru, mahu guna nama madhiah yang sudah jadi pekasam tu.. tapi tak jadik gak.. semua panggil ainul dan arina( chinul gak yang femes di dunia blog nih. aishhh..).. last2 tinggallah madhiah itu still jadi pekasam.. T_T

    p/s: senget itu seni?? eik, itu alamak aimi kwn baik ainul kalau dia buat kerja tak lawa—> comot itu seni! *mode rindu* =P

    Reply

  24. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    msian kan suke ikut ape orang kate n jugak ape yg diwarisi sejak dulu kala. baik dr hal2 duniawi sampaile ukhrawi..ye tak?
    jugak, msian masih lagi mengikut pada spesific mazhab, thus suggesting the ‘pelik’ on ur way of practising Islam. kan? sampaikan menyalahkan mazhab lain..doinkkk…bahye seyh
    how if nanti kamu bace buku ‘should muslim follow particular mazhab?’ byk pengajarannye kat situ..
    tpp kene la bake choc cake duluuu

    Reply

  25. tinatakeshi says on :

    Assalmualaikum..Hye sarah..
    Nice writings!!
    Saye baru je cite pasal kisah tudung2 terkini yang melanda Mlaaysia..bace blog Sarah rase mcm pelik pulak bile bace writing sendiri..haha

    Reply

  26. dak nizhny says on :

    salam..
    em..saja bertanya..adakah terdpt unsur2 ciplak untuk entri ini?kerana sy membca bnda yg sma dr blog budak nizhny..hehe..ayat pun lebih kurang..n dier tulis lbh awal..=]

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Saffa:
    Kata2 ustazah awak menyentuh hati saya…

    Kak Aizal:
    Oh. Haah kan. Telekung pulak la yang jadi pelik kan. Sama la macam kat sini kalau tetiba solat kat masjid sarung telekung. Hehe. Semua mata pandang. Ha! Akak gi shopping pun pakai baju tidur je la ye =p

    Ainul:
    Ooo. Gitu ke… Semoga ada keazaman untuk laksanakan niat tu =)

    Izu:
    Haa. Macam tu la kisahnya. Boleh tak term yang sesuai digunakan ialah ‘rigid’ atau jumud? Hmm.

    Tintatakeshi:
    Oh. Saya dah baca dah blog awak. Harapnya niat kita untuk menutup aurat kerana memuliakan perintah Allah tu masih terpelihara ye =) p/s: best la nama Takeshi! Hehe.

    Dak Nizhny:
    Minta maaf banyak2. Saya tak pernah follow mana2 blog budak Nizhny pun. Dan saya bukan copycat punya orang *peace* Even for the peom. It was written was back in 2004. And I was meant to blog about this since long ago =)

    Reply

  28. dak nizhny says on :

    oo maaf..sy hanya terperasan saja..mungkin persamaan secara kebetulan..rujuk http://ihairisa.blogspot.com/ utk lebih lanjut..mungkin kamu juga akan terperanjat apabila mendapati point 1,2 dan 3 kamu betul2 sama!!

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Dak Nizhny:
    Oh. Saya dah buka blog dia dan dah komen di sana. Ye. Satu kebetulan yang ajaib! =) Saya rasa kamu dan dia ni junior lagi dari saya kan? Apa2pun, terima kasih sebab sampaikan maklumat ni. setidak-tidaknya, tau jugak saya yang ada orang yang berfikir macam saya =D

    Saya dah lama nak suarakan tentang hal ni. Freedom yang saya rasakan sejak di tahun 2 dulu. kalau Hairi Isa juga adalah pelajar tahun 2, maksudnya momentum otak kami menafsirkan keadaan sekeliling adalah berkadaran! Hehe. Berfikir akan hal yang sama ketika di tahun 2. Tapi kalau dia di tahun lain, teori ni dah boleh diabaikan =p

    Reply

  30. HAIRI BIN ISA says on :

    Ajaib..

    Momentum otak…. err, saya baru belajar pegang forceps….tu pon x selalu kena ‘tikam’ dek lecturer..

    Saya hanya tahu ‘musculus latissimus dorsi’,’musculus trapezoideus’,musculus depressor angulus oris…baru lagi dlm ‘dunia ubat’ ni….

    errr, speechless….

    Dunia Sarah : Kisah Feminin yang si penghuni metropolitan bumi komunis yang sarat dengan pengalaman tersirat 1001 kisah yang tersirat di sebalik n3 yang bukan mudah untuk ditafsir…

    terpegun…

    Salam perkenalan…

    Reply

  31. nana says on :

    Salam Sarah..

    Your name sama dgn my junior who lives in London, also very artistic just like you. Good for you that you good your freedom in Moscow.

    I’ve lived in UK and US for several years. Mmg betul duduk di Msia seakan ada stigma dlm komuniti that everything must be perfect. We all take risks in our life, and we do whatever we think is right. Sometimes, I do wear mismatch tudung, and solat with jeans and t-shirt di sini. Biarlah apa org mengata, asalkan kita bahagia.

    Keep writing, best of luck in Moscow.

    Reply

  32. nana says on :

    Sorry.. typo error in this sentence: Good for you that you good your freedom in Moscow.

    should be.. Good for you that you GOT your freedom in Moscow.

    Reply

Leave a Reply