Isu Hujung Minggu Ini

Assalamualaikum wbt

Hari Rabu lepas, Ustaz Fazdi, ustaz saya ketika di KISAS dulu menegur di YM. Sempatlah bertukar khabar sedikit sebanyak dengan ustaz. Saya baik dengan ustaz. Tapi, antara topik yang tak boleh lari dari ustaz ialah tentang kahwin. Jenuhlah saya nak menjawab soalan tentang bila hendak kahwin. Kata ustaz, umur sedang-sedang saya ni dah patut mula fikir tentang masa depan. Betul tu. Memanglah sudah patut mula berfikir tapi nak fikir macam mananya. Bukannya ada orang yang boleh saya fokuskan atau tumpukan untuk difikir-fikirkan. Macam-macamlah.

Dalam perjalanan balik dari hospital sebaik habis elektif hari Khamis lepas, saya bercerita panjang dengan Encik Kasut-Hitam-Berkilat, Nazlin. Dia pun sama saja. Tanya tentang perancangan masa depan saya dan adalah beberapa perkara lama yang kami ungkit-ungkitkan dan kutuk-kutukkan bersama. Hehe. Dia pun sempat memberikan pandangannya tentang kahwin dan berpasangan ni. Haish. Macam-macamlah. Bagi saya, orang lain nak fikir, fikirlah. Nak diajak saya berfikir sekali, tak payah dululah. Buang masa untuk saya dalam situasi saya yang sekarang ni untuk berfikir soal masa depan. Soal ini sangat tak berpenghujung untuk orang macam saya ni.

Tadi, ada seorang junior saya datang ke bilik. Chao Yi. Oh-ho. Saya dengannya ada banyak persamaan dan kesekepalaan. Tadi dia bertanyakan satu soalan umum kepada saya, Fareena, Fatt dan Wanie: Why don’t men fall for her though she has what other women have. Saya pun terdiam mendengarkan persoalan yang ditimbulkannya. Selepas itu ada jugalah kami membincangkan topik itu. Paling habis yang dapat saya cakapkan, kerana sekarang dia di sini dan sangat terhad pilihan yang ada. Takkan nak tangkap muat saja kan. Selepas itu, ada banyak lagi teori yang dikemukakan oleh Chao Yi. Orang jenis alfa dan betalah, tentang konsep persamaan dan pertembunganlah. Aduhai. Macam-macam. Selepas berteori, dia bercerita tentang beberapa kisah cinta dari manga online yang dibacanya pula. Saya ni pendengar setia. Maka, duduklah saya hampir sejam melayan segala yang diceritakannya. Bukan setakat mendengar tetapi juga memberi respon yang baik. Huhu.

Tapi penat sungguhlah malam ini. Saya marathon menyiapkan semua kerja yang patut saya serahkan hujung minggu ini. Seperti biasa, saya sangat sibuk di setiap hujung minggu. Mari lihat jadual saya:

Sabtu: Pagi nak submit article untuk website IMAM-RSC, petang ke RSMU (yeay!!!), malam ada kuliah Kesihatan Wanita yang saya akan kelolakan (macam pakar sakit puan je bunyinya, huh). Alhamdulillah. Bahan dan persediaan untuk aktiviti hari Sabtu dah disiapkan.
Ahad: Pagi ada usrah naqibah. Tengahari ada discussion bersama Russian Medical Team (RMT), petang lepas Maghrib berhajat nak keluar mencari barang sedikit tapi bergantung pada keadaan dan kelapangan.

Inipun masih ada benda yang belum selesai. Saya tak dapat nak fit-in kan usrah bersama ahli usrah baru saya lagi. Penuhnya hujung minggu saya. Macam manalah saya tak berstatus seperti di FB saya tu. Khairul Zainal, sekarang kamu dah dapat jawapannya kan?

Soalan lazim saya: Bilalah saya akan mendapat hujung minggu yang normal semula.

Hmm. Kepala saya berdenyut kencang dari tadi. Selamat malam dari Moskva yang dingin.

[5.13 pagi] Ralat: Saya ralat betul membaca komen yang memaksudkan saya ni mungkin ’emosional’ kerana isu kahwin-kahwin ni. Sikit pun tak dan saya lagi ralat bila dikaitkan dengan ‘terburu-buru’. Langsung tak ok. Kenapa apa yang saya tulis kebelakangan ini selalu disalah tafsir? Ni nak beritahu. Saya lagi suka hidup macam ni daripada pening kepala dengan masalah cinta, lelaki yang entah apa-apa dan komitmen yang bukan dua-dua pihak boleh beri dengan sebaiknya. Ha. Sekarang baru ye saya emo. Peduli apa. Blog saya. [Sesungguhnya muka saya berkerut seribu bila terbangun dari tidur sekejap tadi dan membaca komen-komen yang ada. Kecewanya saya.]

18 Responses to “Isu Hujung Minggu Ini”

  1. Hafizuddin Awang says on :

    ks fikir dan risau pasal kahwin? bukankah sudah berpunya, cuma tunggu masa saja. uuppssss. hehe.

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    haip!. haip! belajar dulu sampai habis.

    tp mmg kena fikir juga ttg jodoh dn masa dpn. lagipun awk dh nk abes bljr kan. cuma jgn sampai terbawa2 dlm emosi. nanti susah belajar.

    jodoh mmg urusan Allah. tp Allah serah pd kita utk memilihnya. sbb tu pantas kita doa pd Allah agar pilihan kita tepat dn betul. 🙂

    *nasihat ni hanya utk kanak2 umur 23 thn ke atas* 🙂

    dulu aku bljr tadek pula pikir2 psl kawen nih. tapi tetiba jek dpt makwe dn terus kawen. hahaha!

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    setuju dgn hafizuddin.. jgn kacau ks. nanti terompah kayu naik muka!. huhu

    Reply

  4. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Jangan lupe kahwin nnt jemput akak..hehehe..jangan marah ye…
    Sarah teruskan perjuangan di bumi moscow dahulu insyallah bahagia menyusul selepas itu…

    Selamat berhujung minggu dik…

    Reply

  5. chmod says on :

    ohhh!!! semua komen dah lari dari keputusan asal..sila semua org padam komen masing2…sila2…

    Reply

  6. Ainul Arina Madhiah says on :

    ^_^

    semalam fathiyyah, hari ni KS. hurm.. sabar je la ks.. biasalah tu.. kadang-kadang bila menulis, sesetengah orang terfaham lain pula.. Tapi semuanya sekadar nasihat je pun. Jadi, cool down ok? (^_^)Y

    *tanggungjawab manusia memang sentiasa melebihi masa —> moga dipermudahkan..

    Reply

  7. feeza.yusoff says on :

    sayang sgtsgt kt ks taw.waaa,jaja mesti rindu gile kalau ks da grad nanti.tapi kan ks,jaja nak tau jugak,ape sebenarnya jawapan and teori tentang persoalan tu.boleh kongsi kongsi tak?

    ^^

    Reply

  8. fathiyyah says on :

    ks,thnks atas nasihat..tp kan,sy tak terfikir pun ttg apa yg emak sy fikirkan tu laa..emak risaukan sy tu dan lagi,emak rinduu saya laa tu.hihi

    ks,walau apa pun keputusan akak,sy tetap sokong akak..hurmm

    tgh cr masa nak hanta email pada akak..hope akak pun ada masa utk baca dan email nnt
    take care ks

    Reply

  9. CriticalThinker says on :

    mana bisa menyimpul hanya dengan membaca tulisan kan? jangan kecewa sangat dan maafkan saja mereka oke. smile sarah!

    Reply

  10. abdrahim kassim says on :

    Fitrah manusia memang begitu. Sampai masa kita akan terfikir atau memikirkannya.

    Bezanya orang lain simpan dalam kotak fikirnya tapi saudari lambakkan di blog.

    Orang lain baca, tumpang sekakilah menceceh…..

    Reply

  11. acai yang lum kahwin,haha says on :

    Alaaa biasalah cerita camtu kan sarah, rasanya semua orang pernah bercerita tentangnya..:) sy dari tingkatan satu lagi dah cerita pasal tu..tapi tak bermakna sy gatai nak kahwin masa tu..just another discussion topic..bukannya benda ‘taboo’ takbleh bincangkan benda camtu..:)

    Tapikan yg sy perasan semenjak sy hidup ni perempuan lebih banyak bincangkan benda camni..memang ada baiknya juga utk persediaan sblm pilih lelaki,ceeewaahh..ada lelaki plak yg asyik cerita pasal bola, kereta dll spjg masa..tak sempatpun nak bincang ciri2 wanita idaman,hihi..:P apapun enjoy ur weekend sarah..

    Reply

  12. Nini Marini says on :

    salam ks,

    lama nini tak mengomen kat sini..

    btw,nini stuju sgt dengan cikgu jawe.mmg jodoh ketentuan Allah, tp jodoh tu sbnarnya adalah dari usaha kita sama.tapi kita sll salahkan takdir.

    macam dalam hadis 4,bila kita lahir,hanya ada 4perkara yang Allah tetapkan pada kita. and jodoh is not one of them.

    itu apa yg nini share dgn kak naqibah nini dulu..=)

    Reply

  13. Anonymous says on :

    salam KS,
    Relax dear..'P yg baik utk L baik & L yg baik utk P yg baik'. Itu mmg janji Allah yg termaktub,so..kiter just yakin. Sume org ader haluan, pandangan & pendirian masing. Kiter hanya bley menilai&berkongsi cerita sj, xleh nk 'fit' dgn life kiter sebijik sebijan dgn org lain. Mata yg mamandang x serupa dgn bahu yg memikul. Andai tiba masanya, insya Allah akan direstui kedua2 fmly& dipermudah sgl urusan& yg diharapkan, mudah2an diberkati kehidupan dunia akhirat.
    Apepon, t/jwb melebihi masa yg ada. All the best!! akk doakan ain di jordan nih gak yer..huhu.. miss you, sist!
    -dukturah ainshams-

    Reply

  14. Nadia Yuna says on :

    Sarah,

    Saya suka baca yang ralat tu =p

    ** status: buntu, hopeless.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tolonglah faham. Saya bukan menceceh ke apa pasal hidup. Saya rangkumkan isu yang menjadi perbualan sepanjang minggu ni. Bukannya saya nak mengeluh langsung. Yang saya tak fahamnya, kenapa masih ada yang memaksudkan saya sedang mengeluh dengan kehidupan? Saya tak kisah langsung la pasal ni. Silalah fahamkan entri ni betul2. Serius saya bengang dengan salah tanggapan orang yang tak baca betul2 lepas tu komen macam saya ni kemaruk nak kawin dan bagi nasihat mcm saya ni tak terima keadaan sekarang seadanya. Eiii. Emo ni 😐 Dah ni blog saya. Ikut saya la nak tulis isu apa pun yang jadi dalam kehidupan saya. Yang salah faham maksud tu, silalah baca semula. Saya rasa saya dah tulis dengan BM yang seeloknya. *bengang*

    Reply

  16. akukopi says on :

    hahahahaha… anda telah berjaya membuatkan hamba tersenyum… (tersenyum ka bantai gelak????)

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akukopi:
    Gelak pasai apa?

    Reply

  18. akukopi says on :

    eh? ada komen.. hahahha.. yela, kamu berjaya meng”xpress”kan betapa kamu amat bengang gn komentar2 rakan2 kamu yg ternyata mengambil berat pada isu “kawen” kamu itu.. heeee..

    Reply

Leave a Reply