Beginilah Di sini

Assalamualaikum wbt

10 Zulhijjah pun berlalu. Sekelip mata. Petang Sabtu lalu, kami serumah berbuka puasa bersama. Menunya nasi tomato saja. Masing-masing menelefon keluarga pada malam raya saja. Sebelah malamnya, saya menyediakan kuah kacang dan Wanie membuat persediaan bahan-bahan untuk soto.

Pagi raya, hanya saya, Wanie dan Fareena berkesempatan ke kedutaan untuk solat raya kerana Fatt, Diba dan Emy ada kelas. Amira (tetamu dari Jordan itu) turut mengikut kami ke sana. Sampai tepat pada masanya, terus solat raya, makan-makan, ambil-ambil gambar dan terus pulang. Sampai di rumah tepat pukul 12 tenghari. Sekitar pukul 2.30, saya dan Fareena sekadar menolong Wanie menyudahkan apa yang patut saja untuk sotonya kerana selepas Maghrib, dia menjemput rakan sekumpulannya untuk makan-makan di rumah. Kemudian ke rumah Ammar (abang Amira) pula. Makan-makan lagi. Nasi beriyani gam pula. Saya sekadar pergi memenuhi jemputan saja. Terlalu mengantuk sehingga tak lalu makan.

Balik ke rumah tepat jam 7 petang. Terus solat Isyak dan… bummmm. Tidur. 11.15 tadi baru terjaga kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

Hajat pada hari ini terlaksana. Lega rasa hati.

Hajat 1 : Dengar Suara Tok Lebak
Saya: Assalamualaikum Tok! Ngangah ni Tok! Selamat hari raya, Tok.
Tok Lebak: Waalaikumussalam. Ha. Selamat hari raya, Ngah.
Saya: Tok sihat ke tak ni?
Tok Lebak: Ha?
Saya: (lagi kuat) Tok sihat tak ni?
Tok Lebak: Ha?
Saya: (makin kuat) Tok sihat tak ni?
Tok Lebak: Ha. Sihat. Sihat. Cuma sakit-sakit badan je. Nak buat gone (loghat Temerloh, maksud: macam mana) Ngah. Badan orang tua.
…..
Saya: Muhammad, Tok tu sakit ke? Tu dia kata dia sakit-sakit badan sikit tu?
Muhammad (sepupu): Ate dia pergi kelakar (loghat Temerloh, maksud: buat kerja luar rumah) kat tebing kita tu, mana tak sakitnya badan tu.
Saya: Hah. Ate kan lagi. Lagi satu, Tok tu apa kehalnya tiba-tiba jadi tak dengar?
Muhammad: (gelak-gelak) Telefon ni yang ada bunyi kerak-keruk. Tu yang jadi tak clear tu.
Saya: Laa hai. Ingatkan Tok dah tak dengar. Bulan lepas elok amat lagi ha.
Kami: (gelak-gelak)

Hajat 2 : Dengar Suara Tok Penang
Tok Penang: Assamualaikum.
Saya: Waalaikumussalam. Tok, cheq ni. Sarah.
Tok Penang: Haa. Sarah. Hang tang mana ni?
Saya: Sarah kat Moscow la Tok. Tang mana lagi (gelak-gelak). Selamat hari ghaya, Tok.
Tok Penang: Selamat hari ghaya. Hang lagu mana la ni? Pak hang habaq hang takdak kad bank.
Saya: Ok je Tok. Ayah bagi duit. Tak tau bila nak dapat kad baghu. Tok masak apa hari ni? Sapa duk ada kat ghumah?
Tok Penang: Mat Nazri ja. Mak Lang hang balik Sungai Petani dah. Dia mai buat-buat ketupat semalam. Tadi balik dah.
Saya: Tok tak buat besamah ka?
Tok Penang: Sapa nak makan. Hang ada pun hang bukan buleh makan.
Kami: (gelak-gelak)

Pengorbanan saya setiap kali tibanya Hari Raya Korban ialah berkorban untuk tidak makan daging. Sedihnya. Kali terakhir saya makan daging bila saya menggila melanggar pantang makan Besamah Daging yang Tok Penang saya masak 3-4 tahun sudah. Padan muka. Habis muka bengkak-bengkak jadi alien. Buat kecoh satu kampung saja bila semua risau tengok saya sampai sesak-sesak nafas. Lawak pun iya juga. Dan pengorbanan kedua ialah bersabar apabila emak ayah memberitahu menu masakan di rumah. Tapi yang kali ni tidak terkilan sangat kerana Kaklong yang masak. Huhu.

Alah. Tak kisah. Di sini saya ingin mengumumkan, inilah raya terakhir yang saya sambut di sini. Tahun depan, saya akan beraya di rumah bersama keluarga tercinta (ini sangat benar) dan juga suami saya (ini sangat tipu). Terima kasih kepada Fareena yang sudah berpenat-lelah menggembleng tenaga menyusun kolaj gambar kali ini. Saya pemalas. Curi saja dengan izinnya.

14 Responses to “Beginilah Di sini”

  1. Nadia Yuna says on :

    Salam sarah =)

    mesti best sambut raya reramai kan? walaupun nadia ni beraya di malaysia, tapi tak rasa raya pun. Pasai nadia dok KL. heheh. Apa pun takdak. Kat mesjid org dtg smyg raya pun sikit je. tak penuh pun.

    lembu pun sekoq ja ada. selalu ada jugak 6-7 ekoq. taktaula, tahun ni rasa sepi ja kat sini. nadia pun takdak pi mana. pi solat raya. pi 1 umah penting. then dok umah sampai ke malam. tak kemana.

    ** tak saba nak tunggu sarah balik. nak raye sesame. nak rasa kuah kacang sarah! nadia bawak rendang ayam ek =p

    Reply

  2. KA says on :

    eh ks..mcm citer hindustan lak main nyorok2…hehe neway slmt hari raya maaf zahir batin

    Reply

  3. CriticalThinker says on :

    selamat bergembira sarah!

    Reply

  4. chmod says on :

    Tok shamsul tak da ka? :p:p.. awk elergy dgn daging ka?waaaaaaaaa….

    Reply

  5. snm says on :

    sarah allergik daging? sama mcm adik falin. klu mkn atau termkn, mula la mulut dia cm alien. mula2 rs cm x pecaye sbb salu org alergik mkn ayam kan..tp skrg apa2 yg mama masak daging, kne masak ikan or ayam utk dia..

    simpan gmba2 kenangan tu dlm hati k..sbb tak tahu lg bila sarah akan raya lg kt sana kan?

    Reply

  6. fathiyyah says on :

    ks,
    selamat hari raya haji..

    mahu beritahu benda..ttg plan itu.. ;(

    Reply

  7. NoktahHitam says on :

    Mase saye di UK, jarang sekali saye join utk majlis2 kemasyarakatan Malaysia. Ntah kenape, saye rasekan itu semua membosankan. Mungkin suare hati berkate, kalau saye join mereke, saye akan rindukan kampung halaman.

    Smyg raye tetap join.

    ps: Gadis baju purple comel!

    Reply

  8. Acai says on :

    whoaaaa, rugi banget ni enggak boleh makan lembu yang sedap itu…:) tapi nak buat camne, nanti sarah jadi shrek plak kalau makan,kikikiki…slm aidiladha sarah..:) dah lama tak dengar orang guna loghat temerloh tu..last dengarpun masa kenduri kat belah bini halil tu,huhu..

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    Macam mana boleh terguna Naim punya akaun ni. Hehe. Erm. Tak ramai pun raya kali ni. Sangat simple. Tak meriah pun. Memang setakat solat raya, dengar pengisian waktu khutbah raya tu dan lepas tu makan2 yang tak seberapa dengan kawan2. Tu je. Insya Allah tahun depan ok! 😉

    Khairul:
    Ups. Tu Fareena roomate KS yang ambilkan. Tu di embassy.

    Am:
    Selamat bergembira juga Am!

    Shamsul:
    Heh. Takde keje betul dia ni. Haah. Allegic daging.

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    Ratio dalam dunia ni, lagi ramai yang allergic daging/seefood daripada ayam. Selamat hari raya Falin.

    Thia:
    Selamat hari raya Thia. Kenapa dengan plan tu? Takkan kamu pun macam Hafiz 4th year tu jugak? Ada apa2 jadi ke?

    Eddie:
    Bagi saya pulak, bila berjauhan daripada komuniti Malaysia tu yang buat saya lagi teringat pada keluarga. Kalau bersama dengan diorang, barulah terasa suasana raya di Malaysia. Tapi sebenarnya, tak penah pun rasa homesick waktu raya2 ni. Gadis baju purple yang senget ke kiri diapit kawan2 tu ye? Dia memang sangat comel.Muka dia macam mix gitu!

    Acai:
    Selamat hari raya Acai. Tu la. Kalau saya makan, bukan setakat jadi Shrek, saya teruk jadi ala2 Yoda dalam Star Wars tu. Huhu. Nanti datang Temerloh borak2 dengan Tok saya tu. Kata nak makan patin fresh kan. Tapi nanti awak ternganga jela dengar dia cakap laju2. Haha.

    Reply

  11. one says on :

    alegi…adik pun sama,kalu makan banyak la..nanti mata bengkak

    dari timur ke utara ya Sarah 🙂

    Reply

  12. Ejalz says on :

    Sarah, Eid Mubarak..
    kalau dah ‘curi dengan izin’, tu bukan curikan namanya.. hehe… kalau pencuri mintak izin nak amik barang, nak bagi ke? hehe…
    di sini, aidil adha sama seperti aidil fitri, takbir hanya di masjid-masjid… lepas tu sepi.. korban ada di mana pun taktau.. tak pernah nampak pulak ada di kawasan masjid, macam kat mesia… tau-tau, daging korban sampai rumah..

    Reply

  13. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    pagi raye, solat kat MSD with FAMILY
    tghari raye, lunch kat rumah with FAMILY
    malam raye, borak2 kat rumah with FAMILY

    Reply

  14. media guai says on :

    kita mesti berhajat besor baru ada umpp….koi selalu lalu kat kg lebak tu dalam perjalnanan balik ke kampong koi belah hilir kampong awok tu..kunjungi laman buruk koi mediaguai.blogspot

    Reply

Leave a Reply