Nasib Kita Lebih Baik, Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt

Amaran: Jangan klik link berwarna merah jika gerun untuk melihat gambar-gambar berbentuk medikal yang menggelikan.

Saya sedang menjalani cycle Tropical Disease. Setiap kali di hospital, saya dihadapkan dengan masalah jangkitan parasit yang berbentuk endemik dan epidemik. Secara ringkas, saya boleh simpulkan bahawa kebanyakan penyakit ini berlaku di kawasan pedalaman, negara-negara mundur dan di kalangan kumpulan masyarakat yang rendah kualiti hidupnya. Kebanyakan daripada kawasan-kawasan target penyakit-penyakit ini mempunyai kriteria yang sama. Rendah taraf kebersihannya, tiada sumber air bersih (atau terhad), terpisah jauh daripada kemudahan asas dan rendah tahap pendidikan serta taraf ekonomi keluarga.

Sejak mengikuti cycle ini, baru saya tahu kewujudan Republic of Benin di Afrika Selatan. Saya tidak pernah mendengar nama Benin sebelum ini. Tidak tahu bagaimana untuk saya katakan tetapi republik kecil itu hampir 100% terdedah kepada ancaman Malaria yang bersifat malar (berterusan) dan juga beberapa jenis penyakit berbahaya yang lain. Salah satunya ialah Buruli Ulcer. Hampir 80% kanak-kanak di Benin terdedah kepada bahaya jangkitan ini. Tidak dilupakan ialah risiko Miasis dan Tropical Ulcer. Jika di Brazil yang selama ini kita hanya melihat dan mendengar dari sudut yang baik-baik belaka tentang mereka, sebenarnya kita hampir terlupa dengan suku kaum asli mereka (digelar Indians dalam bahasa natif mereka) yang tinggal jauh di pedalaman hutan dan hanya bersumberkan air paya yang keruh sebagai sumber minuman harian. Kehidupan mereka tidak ubah seperti di Benin juga. Terdedah kepada risiko Malaria yang tinggi dan pelbagai jangkitan merbahaya yang bersifat endemik (lokal).

Di Benin dan India, masyarakatnya tinggal di celahan sampah-sarap. Sehinggakan, sumber makanan juga datangnya daripada sampah yang dikutip. Yang menjadi mangsa jangkitan penyakit merbahaya ialah anak-anak kecil. Kadar kelahiran di negara-negara tersebut sangat tinggi tetapi ekonomi keluarga dan algorism pembangunan keluarga tidak berada pada tahap yang memuaskan. Maka, ada satu persoalan yang ditinggalkan kepada kami untuk berfikir. Bagaimanakah untuk mengajarkan tentang perancangan keluarga kepada para ibu di sana dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak? Untuk pengetahun, kadar kematian disebabkan oleh Malaria ialah 1 juta kanak-kanak setahun iaitu kira-kira 2 orang setiap minit. Tetapi, pemikiran konservatif masyarakat menolak saranan ini tanpa ada perubahan dari cara hidup yang lain. Sekiranya mereka mengubah cara hidup kepada menjadi lebih menjaga kebersihan dan lain-lain, berkemungkinan jugalah untuk mereka menolak saranan ini. Sayangnya, ibu mengandung yang dijangkiti Malaria juga tidak mahu mendapatkan rawatan lengkap sehinggakan anak yang lahir adalah cacat.

Saya cuba melihat skop ini di negara kita. Sebenarnya, negara kita di bawah kategori negara berisiko tinggi untuk segala jenis penyakit berjangkit tropikal ini. Termasuklah Malaria dan 1001 jenis jangkitan yang lain. Suhu yang sesuai dan tahap sosio-ekonomi kita yang berkadar 50-50. Cuba lihat masyarakat kita. Sebenarnya kita hanya bernasib sedikit baik saja berbanding warganegara Benin, India, Vietnam dan penduduk natif Brazil. Di negara kita juga ada orang yang tinggal di celahan sampah-sarap. Kita juga ada Orang Asli yang tinggal di pedalaman hutan (yang moden di tepi jalanlah tapi masih lagi berdekatan dengan hutan). Masih ada lagi kampung-kampung (seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak) yang tidak mendapat bekalan air bersih. Jadi, situasinya juga sama. Saya masih ingat sewaktu pulang bercuti dulu ketika mengikuti program Homestay Orang Asli di Perak. Ketika sesi ziarah ke rumah penduduk-penduduk kampung, sebagai pelajar tahun 5, saya diberi kepercayaan untuk memeriksa beberapa orang kanak-kanak Orang Asli yang dipercayai dijangkiti virus. Juga ketika sesi Klinik Masyarakat, saya bertanggung jawab untuk menerangkan tentang penyakit-penyakit berjangkit yang utama kepada mereka. Kudis buta (scabies) tak usah ceritalah. Hampir kesemuanya ada.

Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengajak semua berfikir sejenak. Bagi kanak-kanak yang lahir di negara-negara terbabit, dalam masyarakat yang terlibat atau sebagai suku kaum asli yang tertentu, mereka tidak sekali-kali menginginkan semua itu terjadi. Sudah takdir mereka dilahirkan begitu, dalam situasi itu dan sebagai kaum itu.. Jadi, bagi kita yang bernasib baik ini, dilengkapi dengan nikmat Islam dan Iman yang turun sebagai warisan daripada ibu bapa kita, kita patut lebih bersyukur dengan kehidupan kita. Sebagai langkah berjaga-jaga tentang masalah penyakit berjangkit tropikal yang merbahaya ini, saya menyarankan agar kamu semua menjaga kebersihan halaman rumah. Juga sumber air untuk makan dan minum. Mungkin bagi kita yang dewasa, sistem ketahanan badan kita lebih kuat tapi bagi anak-anak dan adik-adik kita, sistem mereka masih lemah dan terdedah kepada bahaya penyakit. Ini dua langkah yang utama. Kebersihan tempat tinggal dan makan-minum. Jika perlu, bagi yang tinggal di kawasan yang bernyamuk, penggunaan kelambu, ubat nyamuk dan kaedah-kaedah yang lain sangat penting.

Tiba-tiba saya teringat video yang saya lihat mengenai Malaria di Vietnam. Seorang doktor itu terpaksa menaiki motor kapcai buruk untuk sampai ke sebuah kampung yang sungguh jauh di pedalaman. Naik bersama seorang jururawat. Dan untuk pulang, menjadi tiga orang di atas motor, termasuk seorang penduduk kampung yang perlu dibawa ke hospital dengan kadar yang segera. Oh. Bagaimanalah saya nanti. Saya perlu merempit di dalam hutan nampak gayanya. Satu lagi kisah, ketika seorang doktor di Brazil melawat masyarakat Orang Aslinya itu. Ketika masuk ke kawasan hutan itu, sebaik sampai di sana, dia perlu menari bersama-sama masyarakat itu untuk mengambil hati mereka. Tapi ketika saya ke Perak dulu, tiadalah pula saya perlu bersewang rambu-ramba bersama masyarakat Orang Asli di sana. Yang saya ingat, saya hanya bertukar menjadi separa asli kerana bahasa harian saya berubah menjadi:

Nama shaya Shiti Sharah Binti Mohd Shukor. Shaya shihat-shihat shaja hari ini. Shaya harap kamu shemua juga shihat-shihat shaja. Kamu shemua jangan lupa buang shampah di tempat yang shepatutnya ya =)

35 Responses to “Nasib Kita Lebih Baik, Alhamdulillah”

  1. Ainul Arina Madhiah says on :

    owh.. syaya syaya tu bahasya orang asli ye ks? ingatkan bahasha rasmi budak perempuan batch syaya kat syekolah syaya dulu je.. huhu… sama ngan orang asli rupanya… wa, kalau dulu aku tahu.. T_T

    aritu ainul ada sembang ngan sorang doktor. dia kata budak malaysia rugi something kat sini satu je.. Penyakit malaysia cam yg tropika2 tu tak banyak. Denggi semua tu tak pernah wujud di jordan.. huhu.. Balik malaysia kena belajar balik la gamaknyer nih.. kang bukak hospital arab kang.. ^_^

    Reply

  2. djambu puadovich says on :

    sy minat penyakit2 berjangkit/tropika ni…tapi malas nk belajar…hehe…teringin nak masuk hutan sarawak dan kerja dgn org2 asli…cewah!

    Reply

  3. menteil says on :

    oh ulat itu… adui..

    nasibla aku cukup semuanya walaupon tak mewah..
    tapi sekurang2nya aku tak sakit…

    pandai berbahasa asli?
    kenapa banyak ‘h’? hehe..

    Reply

  4. rien says on :

    salam ks~

    wah, dah bertukar wajah…
    nampak sgt sweet…huhu

    Reply

  5. CriticalThinker says on :

    sungguh mulia kerja kamu ini sarah..

    Reply

  6. Marini says on :

    Salam Kak Sarah..

    Saya ni silent reader akak tau sebelum ni,kawan alam maya besfren kesayangan akak tu,Kak Nadia.

    Suka baca blog akak, sebab rasa kita mcm ada persamaan on how we look things.entahlah, tapi serious rasa ada persamaan.

    Saya link blog akak okeh?

    Tk care di Moscow sne tu yea..kat sini dah sejuk sangat.tunggu snow je.=)

    Reply

  7. cikgu jawe says on :

    hari ni nk hantar safwan gi klinik lg. dh seminggu dia selsema. keliling hidungnya ada nanah setompok dua. rasanya dlm hidung pun mcm ada nanah. risau.

    🙁

    Reply

  8. snm says on :

    salam sarah 🙂
    saya dh balik. mcm2 tragedi di Tganu.x larat nak menaip :p arini pun EL. kjp lagi kut saya update 🙂
    wahhh..rumah baru..saya sukee!! dh tentu le yg hijau2 tu saya suka 🙂
    erm..kt vietnam tu, saya rs dr segi air kut. abah & mama saya kn rajin ke sana. tp bila abah kena hepatitis, trus hold trip ke sana. saya x ingt hepatitis apa. sebulan lbh gak abah kena tahan di SJMC. mata kuning, demam. nk ckp pun x larat. doctor ckp, myb sbb udara& air kt sana.

    Reply

  9. chmod says on :

    waaaa…..sungguh terharu dengan pesanan dari pachti vrach kita nie…

    Reply

  10. pinklady says on :

    Salam… KS kenal kak norlina anuar?

    Reply

  11. dhiyauqalbii says on :

    salam my dear sarah.. moga sihat-sihat belaka..

    hek (saya dalam bahasa suku Temiar) kat sini sihat je.

    maybe kat sini nanti tak payah naik motor, naik heli je, jedi flying doctor pergi kawasan pedalaman.. 😉

    Minggu ni Ikmal Azwar kahwin, warga Mukmin 1st batch mungkin berjumpa di sana- Dewan Tun Razak.. 😉

    Reply

  12. CHIKA says on :

    saya bangga sebab awak seorang doctor (okay, macam tak pasal-pasal) HAHA. Doctor ialah orang yang jiwa gagah. (tak macam chika) Tapi saya gembira juga sebab saya tak jadi doctor. kalau semua jadik doctor, bosanlah bukan? (HAHHAHAHA. ALASAN)

    😛

    Reply

  13. tiangpurnama says on :

    karisma sungguhgambar itu(saya tak puji si empunya diri ya,hanya gambar je)

    Reply

  14. Nadia Yuna says on :

    Ouh sarah,

    help help help

    Nak pengsan tengok gamba. Aduh. pening-pening. Mcmmanala saya nak jadik doktor. patutla jadik cikgu je. Hehehe.

    sarah tengok mesti relaks je kan?

    =)

    Salute!

    Reply

  15. Nadia Yuna says on :

    sarah, saya tengok dengan mate yang sangat kecik.

    takuts.

    kesian pun ade =/

    Reply

  16. cengkiau says on :

    ngeri lah.. tapi orang tu muke menten je kan Doc…dalaman diorang kebal untuk hadapi semua dugaan..=D. salam kenal..

    Reply

  17. Only me says on :

    Salam sarah,
    Dah baper hari tk sempt nk buka blog sarah. Tup2 ari ni, dh lain! Rasa cam bukan blog sarah! Cam blog org lain jer. But still i like the colors.

    Aduhh.. gerunnya tengok gambr2 tu, tp nk tgk jugak! Pastu mula la berdesit2 lidah cam tahan sakit. Patut la akak dulu tk ditakdirkan utk jd medical doc ni.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. hoho. org ramai bertandang, tuan rumahnya takde pulak. maaf la ye. bgn pg td tak sempat nak belek blog pn. mlm td stay up study dgn bersungguh-sungguh sehingga 3.30. canggih tak? hehe. disbbkn subuh pun masuk n abis lambat, sy pn bgn di pertengahan wkt la kan pastu dh gegas2 nak gi hosp. ok ok. ni sy balas komen.

    Ainul:
    bila org asli berckp, huruf S jd bunyi huruf shim. tu sb byk ‘sh’ tu. ohho. kamu penah la transform jd org asli kejap ye dulu. kt sini pn kami belajar tropical disease ni in general. tp best la. detail je setakat ni yg ks rasa. ks tau, tu la disadvantage kita yg di luar. common disease di msia kita ter miss out. so, kena ada inisiatif utk cover sndiri la kan.

    Yeop:
    so apa lagi yeop. nanti mintak la nak keje di sabah sarawak. 1st choice misti dpt punya. sy plak skrg ni mcm terfikir nk further dlm public medicine. mcm best. hehe.

    Menteil:
    hehe. geli kan yg ulat tu. tu sbb sy bg amaran kt atas. tu baru yg biasa2 je tu. ada yg lg teruk. org asli berckp dia sebut S jd bunyi huruf shim. tu la pasalnya.

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rien:
    sweet tp macho. huhu.

    Am:
    semua kerja pun kalau betul niat n orientasinya, akan jadi mulia.

    Nini:
    salam nini. ks pun penah baca blog kamu. tp tak sangka plak kamu duk intai2 blog ni jgk. ks ingt lg cerita psl kamu hampir terkandas otw nk ke tmpt kwn tu yg hampir terlepas keretapi tp akhirnya Allah permudahkan segalanya. oh. sini dh snowing tp tak berapa lebat lg. hehe

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    kalau ada nanah maksudnya ada luka kt dlm n luka tu dh dijangkiti kuman. elok la gi dptkn ubat. bab2 hidung, tekak n salur pernafasan ni jgn amik mudah.

    Falin:
    wah. falin dh balik. ye. kalau hepatitis yg mcm tu, kemungkinan besar ialah hepatitis A. punca jangkitan kemungkinan besar drpd air la. tu endemic area. so possibility tinggi. tp nasib ayah awk je. klu mak dgn ayah sekali, huh, serik dh agaknya mak ayah awk nk ke sana. hehe.

    Shamsul:
    huhu. awk dh pandai menggunakan istilah pachti vrach tu pd tempat yg betu!

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pink Lady:
    salam. kenal. kak lina yg dh kawin dgn abg muiz. knp ye? dia dh balik n start keje di msia dh. dia senior ks setahun tp lain uni.

    Kak Tikah:
    hek pun shehat jugak. hehe. haah haah. ustaz ada terang pasal flying doctor tu. sgt menarik. tp tak semua tempat boleh reach by heli. kena la jgk ada bape tmpt naik 4WD, naik motor, naik bot segala bagai ni. seronok dgr nya. waa!!!! azwar dh nak kawin???!! buat kat dewan temerloh pulak tu. gempaknya azwar! tahniah utk dia ye!

    Chika:
    haha. sgt la betul. kalau semuanya doktor, sape la nak jd pesakit. tp ada doktor yg tak gagah. ada jgk yg kurang berani dgn darah. sedangkan org yg bukan doktor pn ada yg tahan darah. jd org tu la yg gagah =p

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tiang Purnama:
    adeh. sy tak suka ada gambar ni sebenarnya. nanti sy buang semula la. boleh? hoho.

    Nadia:
    adeh. sy gelak sikit boleh? hehehe. kami 1st time tgk pn ada sedikit rasa ngilu tp dh biasa tgk dh jd lali dh. tp kesian bila nanah2 tu dipicit keluar dr ulcer tu n meleleh-leleh dlm baldi. pastu, tempat daging yg bernanah tu dibersihkan dgn antiseptic. menangis-nangis budak2 kecik ni. klu yg kena ulcer tu kt badan, waktu nak dimandikan, meraung keazaban diorg. mesti la pedih kan. waktu tu sy kancing gigi je tgk semua ni. ouch. sy dh penah rasa azab mcm tu wkt sy terbakar dulu tu 😐

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cengkiau:
    salam kenal Cengkiau. uniknya nama =D rasa mcm happy je sy sebut ni. org tu muka dia maintain je sbb ulcer tu tak diusik. jd, tak sakit. klu disentuh utk dicuci n buang nanah, adoi la. ada yg meraung-raung. jelas nampak yg diorg sgt sakit.

    Kak Suraya:
    akak bz ye skrg? oh. berdesit-desit lidah tu tandanya akak rasa ngeri/ngilu ye? mcm pelesit pula boleh berdesit-desit ye. hehe.

    Reply

  24. nadia-ady says on :

    salam sarah…

    bdw..bahasa orang asli ada banyak h ea? baru tahu coz tak pernah dengar b4 ni 😀

    Reply

  25. pencacai tua says on :

    salam…ade gambr yg lagi teruk tak..kesiannyer laa..kbnykan berpunca dari kesusahan hdupp..duit adlah segalnye..rasa sayu je..

    Reply

  26. drbubbles says on :

    Salam Sarah,

    Saya lalu di Lebak petang tadi menuju ke Kuala Lumpur selepas menghadiri pengkebumian bapa saudara saya di Bohor (Baru?) di seberang sungai Pahang.

    Dalam hati saya,

    “Ah, ini kampung si Sarah!”

    Suasana petang tadi di Lebak cukup menenangkan.

    Reply

  27. media guai says on :

    sarah,

    Bahasa orang asli ‘cok malok madih’ amenda gamoknya?

    Reply

  28. akak says on :

    dah banyak kali masuk nie..tapi tak tau nak komen ape. Tak puas hati betul tak berani nak klik kat link merah ni. hehehe..takut sendiri yg geli.:p

    Apa-apa pun..gambar tu memang macho..jangan buang tau.!Akak shuka tengok Sharah poshing (betul ke tu..mcm pelik je)..ahaks..

    Reply

  29. Hafiz says on :

    dulu ada belajar sedikit mengenai penyakit di kawasan tropika tapi takderlah banyak sangat. rasanya lepas ni kena revise mengenai penyakit di kawasan tropika bila balik ke malaysia nanti.

    Reply

  30. KA says on :

    salam kak sarah…apa khabar? gambar tu mmg nostalgia….thnx again dgn lagu kak sarah tu nostalgia heehhe

    btw berbalik kpd artikel, sy kat sini pun belajar pasal semua parasit-parasit nya mmg ada dlm syllabus mungkin peluang nak jumpa tu kurang tp diberi pengenalan siap ada lab n sampel cacing tu sendiri hehehe

    camna moscow, x sempat merasa salji hehehe

    Reply

  31. sunshine says on :

    Di Benin dan India, masyarakatnya tinggal di celahan sampah-sarap???
    pls gt ur facts correct pls…..

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia Ady:
    tu bukan bahasa. cuma loghat yg sedikit berubah sbb lidah mereka yg terbiasa dgn ‘sh’ dlm bahasa mereka.

    Pencacai Tua:
    takde duit, public health sesuatu negara tu pn tak kemana.

    Bro Iskandar:
    wah. tenang hati sy dengar psl ni. terima kasih bro sbb sampaikan khabar suasana Lebak. 1 hari nanti jemput la singgah ke rumah. sebelah sekolah lebak je =) takziah atas pemergian saudara bro tu.

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Media Guai:
    erk.. tak tahu la plak amendenya tu. huhu.

    Akak:
    huhu. macho la sgt ye. tu gambar lama. konon2 nak match kan warna tudung yg pink tu dgn warna blog ni. huhu.

    Hafiz:
    kami di sini pn kena byk revise sendiri jgk nnti. tak semua yg diajar ada di msia. n ada kes yg di msia tak diajar pn. mcm tu la lebih kurang.

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    hehe. nostalgia ye. jodoh kamu tak lama kat sini. kalau tak, dh dpt main salji dh. mcm yg ks ckp dulu, moscow lawa sgt wkt winter 😉 mmg ada belajar psl parasit n all sorts microbes dlm biology (including parasitology) n Microbiology. tp wkt tu tak detailkan disease nya. skrg ni baru yg detail. clinically la kiranya. harap kamu sihat2 aje ye kat sana=)

    Sunshine:
    that’s the fact. please dont read it literally. of course i didnt mean it for the whole country. there are parts of those countries where their people live in such condition. the same happens in vietnam (in some rural areas) and not to forget in Malaysia. u never know it until u see it urself.

    Reply

  35. KA says on :

    salam ks,
    khairul alhamdulillah shihat2 belaka 🙂 hmmm….mmg xde rezeki nampak gayanya…xpe2 nnt khairul nak gi tempat ada salji waktu jan-feb…blh la merasa salji hehehehe
    so bila exam? ks ada facebook or any messenger, khairul nak add…lama x borak….boleh bincang macam2 hehehe
    btw ks….ceia2 selalu

    Reply

Leave a Reply