Anak Era 80-an
Jika ada yang menanyakan saya perihal lagu-lagu terkini di Malaysia, saya angkat bendera putih awal-awal lagi. Baik nasyid atau lagu, saya biasanya ketinggalan dari segala segi. Biasanya, sekali saya sudah suka sesuatu lagu, saya setia menyukainya sehinggalah saya rasa betul-betul muak. Seperti sekarang ini, saya tidak tahu perkembangan lagu-lagu termasuklah nasyid yang menjadi pujaan ramai. Tentang artisnya apatah lagi. Sebab itu saya masih melayan lagu-lagu dan nasyid-nasyid lama sehingga ke hari ini.
Sewaktu kecil dulu, zaman saya dan Kaklong betul-betul kecil, ketika kami diberikan mikrofon untuk bermain-main di rumah, saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh tahu lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu. Rock kapak habis ketika itu. Mungkin pengaruh daripada ramai dua pupu kami yang lelaki yang tinggal dengan neneknya (Tok Cik) di sebelah rumah Tok. Dari Abang Zani, Abang Jay, Abang Tilah, Abang Erry, Abang Mizi dan mungkin juga arwah Chik Joe. Mereka muda remaja dan sudah bersekolah menengah. Mungkin Abang Erry dan Mizi saja yang besar sikit saja daripada kami. Jadi, pengaruh abang-abang yang lain itulah yang menyebabkan kami terdedah dengan zaman rock kapak yang sedang mengganas ketika itu (pertengahan 80-an).
Sewaktu sekolah rendah, ketika saya dan Kaklong masih belum dipisahkan di bilik tidur yang berasingan, kami ada sebuah radio di dalam bilik. Saya dalam darjah 5 dan Kaklong pula darjah 6. Waktu itu, rancangan Pilihan Bersama di radio muzik yang ke udara dari jam 9 hingga 12 malam sangat kami nanti-nantikan. Kami sanggup teliti dan catit apa lagu-lagu yang telah dipilih oleh pendengar ruangan itu. Ketika itu, Kaklong sangat meminati kumpulan Exist. Waktu itu, Ezad baru saja masuk menjadi vokalis utama Exist menggantikan Mamat. Saya pula sangat gilakan kumpulan Umbrella. Aduhai. Bila sudah besar begini, baru saya terfikir, apalah yang istimewa sangat dengan kumpulan itu sehingga saya begitu gilakan mereka. Kebetulan ketika itu, di sekolah kami ada regu lawan mulut yang meminati kumpulan lain. Mimi adik kepada Kak Tikah, kawan baik Kaklong, dan juga Che’ Yah, adik Kak Piah, rakan sekelas Kaklong dan Kak Tikah. Mereka berdua sangat meminati kumpulan Slam. Jadi setiap kali berkumpul untuk latihan bola jaring pada setiap petang Selasa, pasti ada sesi berbalah mulut (orang Temerloh sebut bertaki) untuk memenangkan kumpulan masing-masing.
Ketika itu, apabila menjelangnya hujung minggu, saya akan sibuk mendengar rancangan Carta Mingguan di setiap stesyen radio yang saya dapat dengari dari rumah. Antaranya ialah Radio Muzik, Radio Malaysia Pahang, Radio Malaysia Negeri Sembilan, Radio Malaysia Kuala Lumpur, Time Highway Radio dan Best 104. Waktu itu masih belum ada Hot.fm dan yang seangkatan dengannya. Kalau boleh, saya hendak tahu di kedudukan manakah lagu-lagu kumpulan Umbrella berada pada minggu itu dan sebolehnya juga saya hendak tahu lagu-lagu manakah yang berjaya menjada juara carta. Ha! Sampai begitu sekali. Antara lagu-lagu hit kumpulan Umbrella ialah Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu, Maruah, Retak Jangan Relai dan Rindu. Saingan hebat pada waktu itu semestinya lagu-lagu dari kumpulan Ukays yang tak pernah luput dek masa, tak lekang dek zaman. Lagu Sebak, Sesak, Seksa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan Kekasihku Di Menara adalah antara yang terhangat di corong-corong radio. Lagu-lagu Exist pula seperti Masih Terserlah Ayumu, Diammu Gunung Berapi, Alasanmu dan Anugerah. Fuh. Macam tidak percaya saya masih mengingati semua ini. Tak dilupakan juga kumpulan-kumpulan lain yang menjadi tumpuan saya seperti Fotograf (Luka Seribu Rindu), Scan (Kau Dipaksa Aku Terpaksa), Eye (Namamu Kini Menjadi Sebutanku), Arrow (Aku Tak Marah, Terimalah Sayang Cintaku Seadanya) dan juga Lestari (Mahligaimu Dari Air Mataku). Ha. Tajuk lagu masa itu semuanya panjang-panjang. Kalau boleh, satu ayat dalam lagu nak dijadikan tajuknya. Hehe.
Saya masih ingat lagi, pada tahun itu, saya memenangi Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah. Hadiah tempat pertama pada waktu itu termasuklah wang saguhati sebanyak RM50. Tidak banyak manapun. Tapi dengan duit itulah, saya belikan hadiah hari lahir buat Kaklong berupa kaset Exist album Anugerah (1996) dan juga kaset Umbrella album Seribu Rahmat untuk diri saya sendiri. Hahaha. Nak minta pada ayah? Uh. Jangan harap. Ayah menentang kami mendengar lagu-lagu ini semua. Kaklong pada ketika itu sangat berani membeli majalah hiburan. Kena seludup masuk majalah itu melalui tingkap bilik untuk mengelakkan emak atau ayah nampak. Tapi seingat saya, pernah juga ditangkap oleh emak kerana membeli Mangga tapi Kaklong beralasan baik kononnya hendak membaca kisah adik Siti Musliha yang mendapat laporan eksklusif di dalamnya. Maka terselamatlah majalah yang itu daripada ayah sebab emak pun tumpang membaca cerita itu. Yang lain-lain? Hahaha. Walaupun telah disorokkan di dalam laci di dalam almari baju kami, ayah datang kutip, koyak-koyakkan dan dicampak bertaburan di perdu pohon manggis di tepi laman rumah. Hendak menangis pun sudah tidak berguna. Siapa suruh kami buat apa yang ayah larang. Kaklong memang kecewa betul waktu itu. Mana tidaknya. Duit untuk membeli majalah itu (ketika itu berharga RM3.50) disimpan daripada duit belanja.
Inilah zaman meningkat remaja kami dua beradik. Nasiblah kami berdua saja perempuan. Kalaulah saya ada adik perempuan, apalah agaknya kecenderungan muzik adik saya itu. Kalau dikisahkan adik-adik lelaki saya pula, si Adnan lebih meminati lagu-lagu seperti Redline95, Domino Effect dan Apple Trees. Bila masuk adik-adik yang lain, lagu-lagu Indonesia lebih menjadi minat mereka. Terutamanya Adlan dan Adam. Dari Sheila On 7 hinggalah Nidji dan macam-macam lagi. Zaman saya dan Kaklong dulu masih tiada radio IKIM.fm. Selepas tamat SPM baru saya menghabiskan masa dengan IKIM saja. Sebetulnya, zaman muzik-muzik saya ni hanya sekitar darjah 5 dan 6 saja. Masuk saja ke tingkatan 1, saya sudah tinggalkan semua ini. lebih matang. Dengar pun setakat dengar saja. Lebih-lebih lagi bila Kaklong sudah ke asrama, saya tiada teman untuk bercerita tentang kumpulan-kumpulan ini semua. Zaman rock kapak jiwang-jiwang dah lama ditinggalkan. Legasi nasyid mula mengambil tempat sekitar saya tingkatan 3 (sebab abang kepada Zaiti kawan saya ialah anggota In-Team), maka bertukarlah aliran muzik remaja pada waktu itu. Tapi jiwang tak ingat dunia juga! Kasih Kekasih-lah, Impian Kasih-lah, Nur Kasih-lah, dan segala kasih-kasih yang lainlah. Aduhai. Bila tamat SPM pula, UNIC mula menyengat dengan lagu CUDIPT dan Hanya Tuhan Yang Tahu. Masya Allah. Nasyid pun boleh tahan jiwangnya ya. Hehe.
Sebenarnya, emak dan ayah saya sangat tegas dalam bab-bab hiburan ini. Kami tidak boleh menonton rancangan Muzik-muzik dan Melodi dulu-dulu. Anugerah Skrin dan anugerah-anugerah yang lain pun tidak boleh juga. Kadang-kadang, kami berkeras cuba juga membuka TV walaupun ayah telah padamkan suisnya tapi tak lama selepas itu, ayah keluar dari bilik dan memadamkan TV semula. Ini bentuk didikan yang kami terima. Tapi saya berterima kasih kepada emak dan ayah, terutamanya ayah, kerana sangat bertegas dengan kami dalam memilih hiburan. Sejak Raihan muncul, era kegemilangan nasyid pun bermula. Tapi saya dan adik beradik lebih meminati Hijjaz kerana banyak nasyid yang Hijjaz nyanyikan mengimbau kenangan kami ketika sekolah rendah dulu, ketika kami popular dalam pasukan nasyid sekolah. Huhu. Dan bila munculnya Firdaus dan Mirwana, emak pun menyukai mereka dan kami pun terikut-ikutlah. Saya tak menyesal dengan didikan emak dan ayah. Bagi saya, sememangnya dunia hiburan ini jika tidak diletakkan satu garis pemisah boleh menyebabkan seorang remaja itu hanyut dan melupakan banyak perkara. Antaranya tentang perkara fardhu, adab pergaulan, batas aurat, terabai pelajaran sehingga menjejaskan masa depan dan melalaikan.
Ha. Entri ini menjadi bukti bahawa saya anak era 80-an. Ada yang segeng dengan saya? Sila tersenyum sendiri =)
seronok membca blog awak..hehehe..mgimbau zaman time kecik2 dulu..lbh kurg same je.bdk laki,jahat ckit kot.duk tmrlh yek..dkt je,sy duk jengka..:)..pasni akan jadi peminat blog awak…huhuhu
Reply
Pencacai Tua:
oo.. org jengka ke. terima kasih sudi singgah kt sini. sy byk merepek aje kt sini ni. huhu.
Reply
salam sarah..
hehe.. camna awk blh minat umbrella?. aku lbh suka lagu yg lbh otai dr tu. search, wings, may, lefthanded.. hehe 🙂 org lama kan. rambut panjang, seluar ketat sendat..
tapi sekadar dgr2 aje. nk mampus kalau aku pakai seluar ketat. bapa sgt tegas dgn muzik. corak didikan ayah kita sama gamaknya.
tapi kan sarah, minat2 aku tak le sampai beli album dn majalah artis. kekekeke
lagu2 skrg tak best. tak de jiwa. nasyid juga makin mengarut dn malap. huhu
Reply
tapikan sarah, kalu perasan, lagu ukays kan tajuknya semua penuh kesedihan dan susah payahkan? hikhik
Reply
haha..saya pon sangat suka dengan lagu2 lama tu. Rasanya lagu yang paling touching yg dari Ukays “kekasihku di MEnara”. lepas tu tv2 buat cerita pasal tu. mmg sedih la. saya dulu2 boleh hafal luar kepala je lagu2 ni, smpi mak saya pon hairan..ahaha.biasalah kanak2.saya pon mcm sarah juga x boleh beli majalah smua tu.membazir kata mak saya..jadi pinjam kawan shaja lah saya.
tp lagu dulu2 lain la jiwang dier ngan skrg kan.=)
Reply
sori terklik 2 kali plak..hehe
Reply
ada typo error di bilik ridur..
ya, saya juga mula suka berkunjung ke sini..
Reply
alamak..kenapa x tau sangat lagu2 ni..akak dibesarkan dengan lagu wind of change (scorpion), smells like a teen spirit, hotel california etc
sgt suka kumpulan nasyid dulu2..the zikr, nada murni..rasanya penyampaian mereka lebih terasa di hati 🙂
Reply
haha. lawak la akk. sy selalu view blog akk as silent reader je. tp kali ni nak gak bg komen sbbnya.. ‘kita memang segeng’.. 😀
Reply
sarah… entry yg sangat mengimbau memori zaman budak2…
akak sampai ingat ada sorg junior yang awak gelar ‘zarul’ masa sekolah dulu.. heheh
😉
n still ingat celah2 almari kak long yang disorok dengan majalah2.. + bawah tilam n tikar@karpet
Reply
akak.sy pon sukaaaakan mirwana..abang sy pernah bgtahu yang nasyid mirwana tu disimpan sejak mereka zaman sekolah lagi.habs skola,baru mereka albumkan ..tapi mcm tak ditelan zaman pon.abg sy pun sama mcm saya.suka mirwana..nasyid die sedap2..huhu
Reply
missing u so much ngah!!
thanx for your birthday wish…lately sgt busy dgn public health posting, tak sempat nak tgk blog awak…btw, nasi minyak serdang eh?hehe, byk nak cite nie =)
hehe, Sya pun tak paham dulu kenapa awak dan Kaklong sgt menggilai Exist dan Umbrella…pantang balik kampung, mesti korang dok nyanyi lagu-lagu mereka…malam2 dgr Radio Muzik (sampai Sya pun terpengaruh dgn Radio Muzik kat rumah pastu, huhu)…the truth is, Sya mmg ketinggalan lagu 80-an ni…
Reply
hehe.. salam =)
test kt blog sarah pulak.. hihi
Reply
sarah 80an? nampaknya akak lagi muda la. akak baru 18 tahun. hahahaha.
Reply
ai, macam balasan untuk entry cikgu jawa je entry ks kali nih… semua keluar habis lagu2 lama~ saya malas beli buku majalah hiburan-alternatif lain: pinjam buku makcik.. hehe.. tapi sekarang setuju ngan cikgu jawa–> nasyid makin jiwang, owh jadi malas nak dengar yang macam tu..
Reply
hehehe..Sarah kalau tulis entri macam nie..mmg akak akan senyum je sampai abis..:p. Tau² je ye..ayat akhir tu utk akak ye..
Tapi itulah dia..semua mcm kene atas batang hidung sendiri je..malunya bila ingat balik..jiwang karat..hahaha.
Sekarang dah takde dah..setakat mendengar je la. Dah tak buat koleksi dah. Koleksi lebih kepada group nasyid macam Hijjaz dan yang membina la..
Reply
Cikgu Jawe:
itu la cikgu. sy pun geli sikit nak layan nasyid2 terkini ni. jiwang je lebih. tp diselindungkan dlm selawat2 n nama2 Allah. oh. sy tak kenan sgt group yg rambut2 panjang seluar2 ketat ni. sy rasa yg pakai seluar or baju ketat ni mcm gay. huhu =p
Am:
sgt betul. dulu2 sy dipanggil SSS3S. salah satunya sbb lagu2 ukays ni la. sebak, sesak, sesak. tu belum masuk lagu2 mcm satu lilin sehening malam n lain2. huhu.
Doyot:
haaa! mula2 mlm td sy rasa nak tulis pasal drama yg tajuknya kekasihku di menara tu. tp sy takut nanti ada je yg tak tahu. tapi terbukti ada yg gk jugak ceroita tu! setiap sabtu, pukul 10 pagi tv2! yeay! kita mmg segeng!nanti sy update kan link awk yg wordpress ni k =)
Reply
Pewaris Reformasi:
oh. terima kasih. sy dh betulkan ejaannya =)
Kak Inah:
sy dulu tak tau sgt lagu2 english semua ni. kalau dgr pun, sy dgr lagu2 oldies. huhu. beegees. mcm take that sume tu. huhu. frank sinatra la. paling2 gempak2 pun micheal learn to rock. ni sbb terdgr kt radio la. tu zaman lagu2 MLTR tgh memuncak 😉
Fez:
waaa.. kamu lahir 80-an jgk eh? hehe. segeng la kita ye. zampai skrg lagu2 tu evergreen 😀
Reply
Kak Tikah:
sy gelak sgt2 baca komen kak tikah ni. budak tu! apa ntah nama betul dia. Hasbullah ke Saifullah gitu. tp selamber je sy panggil dia Zarul sbb muka dia iras2 zarul. sokmo la sy dok sakat2 dia kat tepi kolan dekat dgn bangku batu tepi pagar sekolah. huhuhu. oh. dulu kaklong ada simpan majalah bawah tikar/karpet bilik ke? yg tu sy tak tau. sy tau knp dia tak bgtau sy. sbb sy ni tukang report kat mak! haaaha. jahatnya sy =p
Thia:
ni abg yg mana satu? dia Maahad Kajang ke dulu? ks ingtkan kamu adik beradik sume Al-Amin Gombak. hehe. tp best kan. nasyid2nya tak merapu penuh cintan cintun mcm yg lain2. ada nilai ketuhanan yg tersendiri=)
Nisa Dearie:
happy belated burthday dear. sorry tak dpt msg wkt tu. takde kredit pun wkt hari tu. tp ngah tau yg awk tau that i wished u here kan =) sya, awk dulu2 tak layan sgt lagu2 melayu sbb awk budak bandar, layan lagu2 omputih je. awk la yg perkenalkan BSB n Nsync pd kitorg. ngah ingat lg, dulu2 ngah rasa inferior sgt2 kt awk sbb awk terer english. awk dgr pun english bands je. jd ngah bertekad (cewah) utk paling kurang tau jgk lagu2 english so that tak la kurang dgn awk. huhu. contohnya lagu2 BSB n its gonna be me by nsync tu. adoi. kelakarnya bila ingt balik. tp hakikatnya sampai skrg ngah tak suka lagu2 english. huhu. rindu sungguh kat awk. tp serius ngah tak berduit berkredit sgt nak call awk. nnti dh stabil smula ngah call awk k. take care there.
Cikgu Jawe:
ahha. sempat lg cikgu yek 😉
Reply
Kak Lina:
haha. anak nak masuk 2 org dh kak lina oi. kalau camtu, sy ni bru 15 la yek. auww. mudanya sy =) harap akak n family sihat2 aje di sana.
Ainul:
tu sbb ks suka dgr nasyid2 awal2 dulu je. yg skrg2 ni, ks tapis2. kalau ada yg tak berkenan dlm playlist ks, ks akan forward kn utk dgr yg next song aje. huhu. sape suruh jiwang semacam. hilang dh etika nasyid tu kan. hehe. mengomel sudah=p
Akak:
tersenyum jgk akak ye. ni buktinya akak pun muda lg =) hihi. sy pun mcm akak. dgr yg membina je. mcm hijjaz, raihan, mirwana n rabbani. yg lain2 sy tapis2 utk dgr. sbb dh takde beza dgn lagu2 biasa pun 😀
Reply
anak2 lahir 80an..suke tgk kartun transformers..suria perkasa hitam(time darjah 3),gaban,flashman,mask man n bnyk lagi..ptg2 main galah pnjg,polis sentri,tuju selipar(gune lak selipar tebl untk bling org,memang melkat kat bdn time kene),tuju tin,n mcm2 lagi.main getah(lupe dah name)biase bdk pmpuan main,bdk2 laki jnis mgacau jelah.huhuhu.mandi sungai.terlalu indah sgt time kecik..skang dah besar pnjg,semua dh ditngglkn..mslah hdup bnyk perlu dislesaikn..mslh2 ni yg bnyk mmbuat diri seseorg lbh matang..indahnye dunia.
Reply
huhu,betul..abang2 saya dua-dua al-amin..tp dua-dua tu la yang ajar sy minat mirwana..hihi
alamak,dh rindu pada mereka la kak..tadi baru borak sengal2 ngn wawi..huhu
Reply
he2..sori,lmbt nk comment , bz skit..
aper2 pn kenangan waktu kecik dlu memg best..
and, satu perkara yg akak igt, semanagt fanatik sarah tu sampai mintak tlg akak kan utk poskan surat utk ithnin, ahli umbrella tu..igt lg x?he2..
ok laa..take care..
Reply
Tak tersangkal lagi lah cik Sarah, haha cumanya lepas zaman Iklim, saya skip zaman rock kapak itu, saya ke geng The Zikr, Nadamurni, Mirwana, All 4 One, Boyz II Men dan seterusnya, era 80-an kartunnya syok!
Reply
saya prefer raihan. ehehe.
Reply
owh..bercerite ek aok dl..so mesti kenal ngan ruby izyan atika..ring d bell??huhu
Reply