Seragam Sekolah

Assalamualaikum wbt

Zaman sekolah rendah dulu-dulu, saya suka apabila hari Jumaat tiba. Dari darjah 2 sehingga darjah 6 saya berkhidmat sebagai pengawas sekolah. Sewaktu darjah 2 hingga 5, seragam saya ialah baju hijau muda pucuk pisang, kain dan tudung putih. Saya bersekolah swasta. Memang lain dari yang lainlah kan seragamnya. Istimewanya, setiap kali hari Jumaat, semua pengawas tidak berbaris di celah-celah pelajar sebaliknya berbaris panjang di belakang sekali. Terasa sedikit istimewa waktu itu.

Sewaktu darjah 6, seragam pengawas berubah. Tudung dan baju berwarna kuning dan kain berwarna biru tua. Di SMK Abu Bakar yang berdekatan (ABS Temerloh), seragam begini ketika itu ada kaitan dengan pelajar tingkatan 6 rendahnya. Hah. Kadang-kala, selepas habis kelas tambahan untuk pulang ke rumah, ada jugalah yang menyangka saya ni pelajar tingkatan 6 rendah di ABS (penelitian pada kematangan, bukan ketinggian, hehe). Istimewanya ketika darjah 6 dulu, pada hari Jumaat, kami berhimpun di dalam dewan. Ada penghawa dingin lagi tu. Jadi, semua pelajar duduk dan dengan seragam kuning-biru tua ini, para pengawas yang berkumpul di belakang kelihatan sangat bergaya. Memang boleh perasan cantiklah kiranya. Tambahan pula, kalau kita tahu secret admire kita melancarkan sesi pandang-pandang jeling-jeling pada kita. Huhu. Ini untuk orang lainlah. Bukan saya. Disebabkan saya ialah Penolong Ketua Pengawas sekolah, saya memang dikenali sebagai orang yang jangan-main-main-dengan-saya.

Sewaktu tingkatan 2, saya kembali menjadi pengawas. Kali ini sebagai Penolong Ketua Pengawas Sidang Petang. Seragam kali ini merupakan seragam yang paling feminin pernah saya rasakan sepanjang bergelar pelajar. Tudung dan kain berwarna merah jambu (yang agak terang) dan berbaju putih. Saya kurang bekenan. Jadi selalulah saya hanya berseragam sekolah biasa (tudung dan baju putih, kain hijau tua) tapi dipadankan dengan kasut hitam. Waktu sekolah rendah dulu, semua pelajar sekolah saya berkasut hitam jadi memang tak ada peluang untuk berbaju seragam biasa. Tambahan pula, seragam biasa yang berwarna biru itu hanya sempat saya gunakan ketika darjah 1 saja. Takkanlah sudah darjah 6 mahu pakai baju itu lagi. Mahu koyak-rabak jadi macam Incredible Hulk kan. Huhu. Kisahnya waktu tingkatan 2, setiap hari Jumaat, perhimpunan rasmi dibuat sebelum balik. Sekitar pukul 5.45 petang. Jadi, hari sudah redup. Seronok saja berhimpun waktu itu. Sekolah saya di atas bukit. Terasalah juga angin sepoi-sepoi daripada arah padang bertiup menyegarkan kami barisan pengawas di belakang itu. Tapi biasanya saya lebih suka berdiri di hadapan. Senang saya hendak melihat dunia. Haha. Mana tidaknya. Pelajar tingkatan 1 semuanya tinggi-tinggi!

Ketika tingkatan 3, saya masih menjadi pengawas di sekolah itu tapi kini di sidang pagi. Tahun itu, seragam pengawas bertukar warna. Tudung dan kain berwarna ungu dan baju berwarna putih. Adik saya si Adnan tu pula menjadi Ketua Pengawas Sidang Petang. Dia selalulah juga merungut bahawa warna ungu tak sesuai dengan lelaki. Ah. Alasan. Dia memang tak suka warna ungu sebenarnya. Padahal sekarang ni bila dah besar, semua warna pun boleh saja dipakainya. Oh ye. Baru saya sedar. Ketika kakak saya tingkatan 2 dan saya dalam tingkatan 1, kakak saya yang menjadi Penolong Ketua Pengawas Sidang Petang. Ha. Macam menjadi sistem penurunan kuasa mengikut heirarki keluarga pula. Huhu. Tapi sungguh. Semuanya adalah kebetulan. Apa yang seronoknya ketika perhimpunan Pagi Jumaat ialah skop tugas saya ketika itu. Saya AJK Biro Disiplin dan Perkakas. Jadi bidang tugas saya termasuklah menyediakan bendera untuk dinaikkan setiap kali perhimpunan rasmi berlangsung. Dan biasanya, selalulah saya yang kena terpacak di tepi astaka guru untuk memberikan kain bendera kepada pengawas lelaki yang bertugas. Hah. Sebenarnya saya selalu dibuli dalam kes ini. Mahu tahu kenapa? Kerana pada waktu itu, Ketua Pengawas Sekolah (Ketua Umum -KU-) yang merupakan pelajar tingkatan 6 atas menaruh hati pada saya. Muahaha. Para pengawas yang lain semua sudah mengetahuinya. Jadi mereka sengaja buli saya kerana mereka hendak lihat sesi pertukaran bendera dari tangan saya ke tangan pengawas lelaki yang bertugas. Yang jahatnya, hari-hari yang saya dipaksa bertugas itu, hari itulah juga si KU itulah yang datang ambil. Serius saya tak cakna langsung padanya ok. Dan pernah juga saya bengang dan hanya meletakkan bendera itu di atas podium tempat berucap di atas astaka itu. Ha. Ambillah sendiri nanti. Tapi bila dikenang semula, memang terasa istimewa sungguh hari Jumaat pada ketika itu. Oh ya. Sebelum menduduki PMR, saya ada mendapat kad ucapan daripada KU tau. Betul-betul pada hari Jumaat sebelum PMR bermula, sebaik selesai perhimpunan pagi Jumaat. Istimewa kan hari Jumaat saya 8 tahun yang lalu? =)

Dan ketika tingkatan 5 di KISAS, sekali lagi saya menjadi pengawas. Kami digelar Ketua Pelajar (KP). Sekali lagi saya masih berkhidmat dalam Biro Disiplin. Huh. Nampak sangat muka saya ni muka orang garang dan serius. Hakikatnya kenapa saya berada dalam biro ini adalah kerana saya seorang yang skema. Silalah ketawa. Memang itulah hakikat. Hehe. Saya tak pernah rasakan sebarang keistimewaan sepanjang menjadi KP di KISAS sebab saya sangatlah sibuk dengan 1001 jenis kerja. Termasuk aktiviti bahas yang tak putus-putus, serius saya rasakan kaki saya nak tercabut ketika bermastautin di sana. Cuma dari segi kod berpakaian, KP di KISAS perlu memakai blazer (kot biru tua gelap) ketika perhimpunan rasmi. Baju dan tudung biru muda, kain putih dan kot itu. Tapi jika hari Jumaat, saya lebih suka memakai seragam pelajar biasa kerana kainnya adalah sampin hijau yang ceria itu. Kalau saya memakai seragam biasa warna biru itu, serius saya akan rasa seperti hendak pergi berbahas. Bezanya, ketika berbahas, saya memakai skirt labuh warna biru gelap. Tak kiralah. Saya tetap tak suka memakai uniform pengawas biru itu dengan kot. Panas ok. Bukannya ada penghawa dingin di dalam dewan tu dan tak semua tempat dapat merasa hembusan angin daripada kipas. Hehe. Cuma istimewanya hari Jumaat ketika itu, saya dapat melihat kekemasan si AP saya. Huhu. Ini rahsia dulu-dulu. Dia tak pernah tahu tentang ini. Ok. Sudah. Tak boleh sebut banyak-banyak. Siapa kenal dia sila tutup mulut tau. Ini arahan ni =)

Dan hari ini juga hari Jumaat. Sekarang sudah tiada seragam pengawas yang bermacam-macam warna itu. Seragam saya sekarang ini sama saja setiap hari. Kot putih. Pasti membosankan bagi yang telah 6 tahun begini. Hehe. Dan juga menyeramkan sehinggakan ada satu sindrom yang diberi nama White Coat Syndrome. Sindrom Kot Putih. Hehe. Walaupun seragam saya kini tak menarik, tiada warna yang cantik, putih kosong saja, tapi, setiap hari Jumaat memang adalah wardah untuk saya.

Daa~

19 Responses to “Seragam Sekolah”

  1. Chang Ah ki says on :

    saya ketua darjah!

    Reply

  2. menteil says on :

    aku tak layak menjadi pengawas sebab aku adalah pengganas.. haha..
    tingkatan empat pon dah di cop ketua pengganas..

    yang peliknya aku banyak kali dipilih menjadi ketua kelas..
    walaupon yang banyak memikul tanggungjawab itu adalah penolong ketua darjah… haha..

    adui.. kenangan zaman sekolah..
    rindunya…

    Reply

  3. chmod says on :

    kan bagus kalau diselitkan sekali dengan gambar zaman sekolah…hehehe..leh ar tengok skit… πŸ˜€

    Reply

  4. snm says on :

    Salam Sarah πŸ™‚
    salam wardah untukmu. upss..
    ngeri pulak dgr White Coat Syndrome. kihkihkih :p saya pun pengganas jg dulu. dr djh 3 smpi djh 6. yg x bestnye, x blh nk nakal lebih2 sbb semorang tahu, baju biru utk prefect(yg x perfect mcm sy :p) kne behave smpi le abes skolah πŸ˜€

    Reply

  5. acai says on :

    waaaa memang sarah ni muka pengawaslah agaknye,hehe..:) yelah cam sarah cakap sarah skema,kikiki..err masa skolah rendah dulu adalah jadi pengawas..pastuu dah sekolah menengah disiplin mmg ke lautlah,hehe..kalau sarah jadi pengawas sekolah sy mesti asyik marah sy je,hahahaa…

    err, kelas sy 7 orang je lelaki dalam 40 orang tu..dalam 7 org tu sy sorang je takde jawatan pape,hehe..setiap tahun disuruh jadi pengawas terpaksa tolak sbb takut geng lari,hahahah..

    Reply

  6. CritiCalThinKer says on :

    saye tengah tutup mulut ni cik sarah.. umph!

    Reply

  7. Ainul Arina says on :

    salam.. patutla ks sgt matured.. kecik2 suda bnyk jawatan tingi-tingi.. huhu.. hebat2!! terer sungguh anak2 pakcik syukor yeh.. takde sapa nk join pemimpinan ngara plak ke? opsss.. hhehe.. sy bdk biasa jerr, tak trkata tngok list jawatan ks.. erk.. mahu mem’blah’ sebentar.. segann.. πŸ˜›

    Reply

  8. Rynn Cowbra says on :

    sarah,rynn kann,xpenah jadi pengawas ke,ketua kelas ke.

    tapi kalau kelab dgn persatuan,salu aje sapu jawatan.
    hahahhahah!

    rindunyyerrrr ngan sarahku shayang!~

    Reply

  9. Farah Ramlee says on :

    Farah pun pengawas jugak tapi masa form 3 smpi form 5 je. Baju farah warna biru nila tu kain biru pekat. Kasut warna hitam. Kami pun ada blazer jugak utk form 5 prefects je. Mmg bangga tul waktu pakai blazer tu. Setiap perhimpunan kami berdiri di luar kawasan student beratur and duduk keliling student mcm buat pagar gitu.

    Kami dikehendaki membawa bag pouch atau beg kecil and isi nametag kadbod, jarum dan benang & butang besi tu, getah rambut, ribbon & mcm-mcm lah. jadi saper yg tak de benda wajib tu dan kantoi, dorang kene beli dari prefect. kita org jual mahal sket dari kedai koorperasi skolah….hahha ala-ala business minded!! hehehe….kenangan waktu sekolah dulu….

    Reply

  10. kylex says on :

    salam..

    Memang keluarga pengawas ni,heheh πŸ™‚
    Adek-bradek sy pun cm sibling cik sarah,just sy jer xjadi pngws sbb xcukup bgsla,hahah πŸ˜›

    KP pggln yg sama jgk kt sklh sy utk pngws mcm kisas,badar pun ada gak,hehe..

    Reply

  11. akak says on :

    Sarah boleh ingat detail ye pasal masa lalu. Kalau akak..peristiwa tu je yang akak ingat, tu pun mungkin dah ingatΒ² lupa..tapi kalau nak tanya hari mcm yang Sarah cerita tu..hampehh..tak siaplah cerita tu..tergantung..hehehe.

    Dalam serius cik Sarah kita nie, kene buli jugak ye..:)) Akak pun pernah jugak buat keje tu dulu..mengenakan orang bila dah tau dia suka kat seseorang. Tapi yang tak bestnya bila benda tu terkena kat kita balik..haaa..baru rasekan..:p

    Reply

  12. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua.

    Chang Ah Ki:
    sy tak pernah jd penolong :p

    Menteil:
    sy teringat kata2 ketua pengawas sidang petang sy dulu. katanya: alang2 jd pengawas, sekali gus jd la pengganas sekali. hah. mmg dia agak ganas. mcm2 dia penah buat walaupun dia la ketua pengawasnya. alhamdulillah dia jadi orang skrg ni. hahha.

    Chmod:
    sy tak byk koleksi gambar zaman sekolah. inferiority complex 😐

    Falin:
    haa.. awk boleh geng dgn ketua pengawas sidang petang sy dulu πŸ˜€ sejibik :p

    Acai:
    walaupun awk la satu2 nya yg tak pegang2 apa2 jawatan, tp awk la sumber harapan sekolah. bab2 sukan, serah aje la kat awk kan. ehem. nasib baik skrg awk jd manusia ye :p

    CT:
    ha! molek la gitu. bahaya tu. AP tu org peghok jugak πŸ˜€

    Reply

  13. sarah mohd shukor says on :

    Ainul:
    ks yg dulu tu katun amat. ada je anaknya yg nak ke arah tu tp tersekat dek kekangan dan tanggungjawab yg jauh lebih penting. kita utamakan yg lebih la dulu yek.

    Ryn:
    jd pemegang jawatan yg aktif tak? ke ahli tido. hahha :p

    Farah:
    wahaa… jd ALONG yg jual barang dgn mahal :p boleh lapor kat FOMCA. huhu :p

    Kylex:
    eh eh. awk sekolah mana ye? SBP jgk eh?

    Akak:
    sy mmg mcm ni akak. sume benda yg penting dan ada signifikan dlm hidup misti sy ingat. ada seorang kawan sy tu, dia panggil sy ‘pengingat’. dan byk ‘pe’ yg lain lg πŸ˜‰ haa. tu la. kenakan org lg. dah terkena kat diri sendiri smula =) dgn sape la akak dikenakan tu yek. tringin sy nak tau. hihi

    Reply

  14. snm says on :

    sarah..nk komen senpai kt atas tu. dia mmg cmtu. pegi skolah blenggang, tadek beg.cheehhh..tp dia sukan mmg kt dia. oh ye! br teingat. saya pnh jd ahli PERSAMA dgn dia lee. dia pengerusi PERSAMA masa tuh. pegi lawatan kt KL mase tu. klaka pun ada. erm..takut gang dia lari??kekekek:p geng2 dia pun semua dh beranak pinak skrg ni..dia??bile le nk tggu nih kan:p

    Reply

  15. Anonymous says on :

    wahhh
    budak kisas rupenyer..
    patutlah thiqaaahhh
    hehehe

    -joe-
    (senior ko neh!)

    Reply

  16. akak says on :

    oo..kalau bab terkene nie nak tau ye..Kalau akak tulis nie..mesti Sarah gelak. Akak baca entri nie pun dah senyum sorangΒ²..hahaha. Perkataan pengawas tu yang akak tak boleh tahan nak senyum tu. Sebab akak terkene dengan ketua pengawas merangkap classmate akak.. Aduihh..teruk la jadi mangsa ‘aku minat kat budak tu’ ..ish..tak mau dah..serik..hehehe

    Reply

  17. nadia-ady says on :

    wah,pakai blazzer? teringat BWP kat skool dulu.mesti diorang pun panas macam kak sarah pakaiblazzer tebal2 tu.tapi…smart!heheh

    p/s:oh ye,sedap lagu ni πŸ˜€

    Reply

  18. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    haha. abis pecah rahsia dia yek =p mari kita gelakkan dia. takpe falin, insya Allah nnti dia bukan setakat beranak pinak, tp dia sndiri pun akan membukit mcm org mengandung 5 bulan. kita tunggu aje la kan =)

    Joe:
    alamak. ni senior sy ke? waa… nak tutup muka la gini~ =p erm.. istilah thiqah tu sgt luas kan maksudnya. sy bukan la begitu 😐

    Akak:
    haaa. gitu ke kisahnya. skrg ni ada dgr2 kabar lg tak? hehe. sy pun tak tau la knp. tp sepanjang 2 kali kena hal gosip2 gini wkt zaman sekolah dulu2, dua2 kali sy dikenakan dgn ketua pengawas sekolah. huhu. kenangan sungguh πŸ™‚

    Nadia-Ady:
    kamu MRSM mana dulu ye. hehe. ks tak suka sgt berblazer. panashhh πŸ™‚ lagu ni best kan. hehe

    Reply

  19. google.com says on :

    With havin so much written content do you ever run into any problems of plagorism or copyright violation?
    My blog has a lot of unique content I’ve either written myself or outsourced but it seems a lot of it is popping it up all over the web without my permission.
    Do you know any techniques to help protect against content from being stolen?
    I’d certainly appreciate it.

    Reply

Leave a Reply