Kedekut Demi Berjimat
(Ups… Ini entri panjang. Sila jangan terperangkap. Hikss)
Dalam entri lepas saya ada sebutkan yang saya di sini pun pernah merasai zaman ikat perut. Mungkin tidak seperti keadaan di Malaysia sekarang tapi apa yang saya lalui di sini benar-benar mengajar erti hidup.
Saya merupakan kumpulan kedua yang dihantar JPA ke sini. Kumpulan pertama hanya setahun senior daripada saya dan mereka adalah sebenar-benar pejuang dalam erti kata pengalaman hidup di sini. Setibanya saya di sini dulu, biasiswa sara hidup yang kami perolehi adalah 200USD sebulan. Pada waktu itu, hostel dan yuran pengajian dibayar sepenuhnya oleh JPA. Berbekalkan 200USD sebulan untuk kehidupan kami di Moscow ini adalah cukup makan sahaja. 200USD lebih kurang 6600 Rubles tukarannya dalam matawang tempatan.
Ketika saya sampai di sini, umur saya 18 tahun, masih budak-budak. Manalah pernah sebelum itu saya mengurus perbelanjaan rumah. Tapi bila tiba di sini, semuanya menjadi tanggung jawab yang wajib diuruskan sendiri. Saya dan teman sebilik waktu itu, Eza, hanya berbelanja barang dapur di pasar bandar Yugo Zapadnaya atau di Ashan sahaja (hypermarket yang besar dan murah tapi jauh dari hostel). Demi berjimat, kami tidak akan makan di luar. Kami bergilir memasak setiap hari. Untuk menelefon keluarga pula, Eza mempunyai kenalan warga negara India yang menjalankan servis panggilan jarak jauh. Saya pula lebih senang ke bilik seorang warga Vietnam yang juga menjalankan servis yang sama. Ketika itu, simkad yang saya gunakan ada masalah. Kadar panggilan ataupun SMS yang saya lakukan akan dicaj 2 kali gandi lebih daripada yang lain. Bayangkan saja, di pagi raya, untuk menghubungi keluarga dalam masa 20 minit cuma, saya telah menghabiskan 20USD. Sedangkan kawan-kawan yang lain dapat bercakap selama 50 minit dengan cuma 20USD itu. Maka saya menukar simkad baru dan kekal ke hari ini (Kadar rendahnya masih kekal sehingga hari ini. Sebab itu saya boleh selalu menghubungi keluarga dengan panggilan terus).
Untuk membeli barang dapur, saya dan Eza akan bergilir ke pasar. Biasanya saya akan ke sana pada hari Isnin petang selepas pulang dari kelas. Eza pula akan singgah ke pasar pada hari Khamis petang. Jadi stok makanan kami akan sentiasa cukup. Cukup bulan, kebiasaannya kami memang tidak punya duit lebih. Paling banyak yang pernah ada rasanya sekitar 30USD seorang. Saya menambah nilai telefon sebanyak 10USD sebulan. Tapi bila saya agak lama tidak menghubungi rumah, emak memasukkan duit menyuruh saya supaya menghubungi rumah. Katanya, duit yang dimasukkan untuk perhubungan. Jangan berdiam terlalu lama. Orang di rumah risau. Itulah juga yang terjadi pada Eza. Ibu bapanya juga memasukkan duit untuk membolehkan dia lebih kerap menghubungi rumah.
Pada tahun itu, amat jarang sekali kami makan di luar. Boleh dibilang dengan jari saja. Tapi kalau setakat membeli pai di kiosk di tepi jalan sebelum atau pulang dari kelas, itu lain ceritalah. Dulu, sebiji pai (namanya pirazhok atau sloika di sini) boleh didapati dengan harga 9 Ruble cuma. Sekarang, tiada sejenis makanan pun yang boleh didapati bawah daripada 10 ruble. Semuanya 15 Ruble dan ke atas. Ketika itu, Eza selalu menyuruh saya memegangkan wangnya sekitar 1000 Ruble supaya jika dia sudah kehabisan duit dalam tangan, dia masih mempunyai duit kecemasan dalam simpanan saya. Saya pula lebih suka mengeluarkan duit secukupnya saja. Kalau habis padan muka. Saya tidak akan mengeluarkan duit lagi. Jadi, ini akan membuatkan saya lebih berjimat cermat. Jadi, cubalah bayangkan apa saja yang kami belanjakan untuk barang makan ketika itu. Lauk setiap hari hanya ada dua. Lauknya dan sayurnya. Itu saja. Kebiasaannya ayam. Daging hanya apabila kami menempah menyuruh pelajar lelaki membeli di masjid. Makanan laut jangan cakaplah. Berapa kali saja kami beli di tahun pertama dulu. Kedekut demi untuk berjimat.
Di tahun kedua, saya bertemankan Amnah sebagai rakan sebilik. Junior sejak di KISAS dan kini menjadi junior JPA di sini pula. Saya dengannya masak berasingan. Bukan seperti saya dengan Eza dulu. Ini kerana saya kurang makan nasi pada tahun itu dek kerana pelbagai masalah yang saya hadapi dan membuatkan selera makan saya berkurang. Studi pun gila-gila. Sampaikan saya ambil mudah bab-bab makan. Pada tahun itu, Meor dan Fizzy pula yang menjadi geng saya. Meor juga seperti Eza. Menyuruh saya memegangkan duit kecemasannya. Ketika cuti musim sejuk Januari 2005, duit biasiswa yang sepatutnya masuk pada hujung Januari tidak masuk-masuk. Saya sedikitpun tidak menceritakan hal ini kepada Amnah. Kami sesama pelajar tahun 2 ketika itu bersusah-payah bersama-sama. Kebetulan ketika cuti itu, rakan-rakan dari Volgograd datang ke Moscow untuk bercuti. Masya Allah. Bila hendak keluar dari hostel, kami asyik terfikir, cukupkah duit kalau tiba-tiba mereka ajak makan di luar? Kebetulan pada waktu itu, saya dan Meor yang banyak menguruskan rakan-rakan yang datang ini. Sudahnya, kami ambil keputusan begini. Hanya salah seorang antara kami saja yang akan keluar menemankan rakan-rakan pergi makan dan yang seorang lagi meminjamkan duit kepada yang seorang lagi. Sampai begitu sekali terdesaknya kami pada waktu itu. Tapi sedikitpun kami tidak memberitahu keluarga tentang hal ini. Masing-masing hendak berdikarilah kononnya. Dan setelah undi-mengundi, saya yang dipilih untuk menemankan kawan-kawan keluar. Mereka ada bertanya mana Meor. Saya hanya katakan yang dia tidak sedap badan (kebetulan musim sejuk tahun itu sangat teruk).
Dan di awal Februari, disebabkan duit masih belum masuk lagi dan kami kebanyakannya hanya tinggal beberapa puluh ruble saja dalam tangan. Saya mengambil keputusan memberitahu emak. Emak marahkan saya kenapa tidak memberitahunya dari awal. Emak memasukkan RM1000 untuk saya. Dengan duit yang emak masukkan ini, saya memberi pinjam pada rakan-rakan se-JPA dan MARA yang lain, sedikit seorang untuk digunakan buat sementara waktu ini. Kalau tidak silap, setiap orang mendapat 700 ruble waktu itu. Seminggu lebih selepas itu, barulah duit masuk. Waktu itu baru terasa lepas lelah di dada masing-masing. Setelah kawan-kawan memulangkan semula duit saya, saya ada lebihan simpanan dalam akaun. Di hujung sem itu, mereka merancang untuk berjalan ke Saint Petersburg di barat laut Russia. Emak menyuruh saya menggunakan saja duit yang diberinya dulu untuk berlibur. Terima kasih emak, ayah sebab izinkan saya membelanjakan duit itu untuk tujuan bercuti.
Sebenarnya bukan itu saja. Ketika di tahun 3, juga pernah berlaku lagi. Dan sekarang pula, duit biasiswa kami di sini telah dinaikkan setelah penilaian semula dibuat. 700USD nilainya. Tapi kami perlu membayar hostel (rumah) dengan sendiri. Bukan lagi bawah tanggungan JPA. Jadi daripada nilai yang kami terima, kami perlu memikirkan harga rumah yang perlu dibayar sebanyak 1450USD setahun. Mahal sungguh. Itu untuk 1 kepala. Kalau 6 orang duduk dalam 1 rumah, totalnya adalah hampir 9000USD serumah. Sangatlah mahal. Memang mencekik darah. Baru-baru ini, harga barang makan naik mendadak di sini. Atas usaha kononnya kami hendak memboikot pasar di sebelah rumah ini yang terlalu mahal (kawasan ini hampir dengan City Center, ini pasar terdekat dengan Center), adik-adik rumah saya sanggup keluar membeli barang dapur di sebuah pasaraya (Perekrestok di Kievskaya) yang terpaksa menggunakan bas untuk ke sana semata-mata untuk membeli beras yang berharga 25 ruble sepaket. Beras yang boleh dikatakan tidak berjenamalah kiranya (memang tak berjenama pun). Kerana di pasar berdekatan ini, harga beras Orient (beras yang selalu kami gunakan sebelum ini) telah naik mendadak sehingga 45 ruble sepaket (kira-kira RM7 untuk 900 gram sepaket)! 20 ruble bezanya. Jadi, mereka telah memborong 12 paket sekali gus di pasaraya tersebut.
Sejujurnya, ada banyak lagi kisah kami di sini berpada dalam membeli barang dapur. Semuanya memikirkan tentang ekonomi diri dan perbelanjaan serumah. Oh ya. Ketika saya duduk di luar bersama 2 orang rakan yang lain, saya perlu menguruskan bil elektrik sendiri. Perlu berjimat. Bila hendak tidur, satu rumah kami gelapkan dan hanya membiarkan lampu dapur saja yang menyala. Tambah-tambah pula ketika musim sejuk. Dengan penggunaan pemanas, lampu yang lagi lama (kerana malam lebih panjang) dan laptop yang diguna lama kerana sedang bercuti musim sejuk pada waktu itu, bil elektrik akan melambung jauh lebih tinggi. Apa caranya kami berjimat ketika itu? Tiada siapa boleh membasuh menggunakan mesin basuh, tidak boleh menonton TV jika laptop sedang digunakan dan jika hendak membuka pemanas sendiri, laptop pula tidak boleh digunakan. Kami berjaya mengurangkan perbelanjaan. Pokok pangkalnya, bijak dalam menangani masalah.
Haha. Inilah kisahnya kedekut demi berjimat. Banyak mengajar erti mengurus ekonomi diri dan pengalaman sebeginilah yang sangat berguna untuk masa depan nanti. Kadang-kala bersusah begini lebih membuatkan kita menghargai duit dan lebih cepat matang dalam kehidupan.
samalah kat sini. Waktu mula-mula sampai di sini, terpaksa berjimat cermat sampai terpaksa mengira hingga ke nilai sen. Kalau boleh jimat 10 sen dengan membeli benda yang lebih murah, itu pun sudah dianggap nikmat :).
Namun sekarang, elaun sudah dinaikkan dan adalah lebih sedikit daripada dahulu. Tapi kehidupan tiadalah mewah sangat. masih perlu bijak berbelanja dan mengawal pengaliran wang biasiswa.
rasanya, semua orang yang belajar di luar negara pasti ada pengalaman sedemikian kan π
Reply
kt dlm negara ni pun… apa kurangnya!! sy x tau laaa zaman skrg… tp zaman sy dolu2… (x de laa dolu sgt pun..) hihihi… ada musim2 tertentu… RM5 dh rasa mcm kaya raya… =))
Reply
salam,
suka baca cerita sarah nie..ingat pengalaman lama..tp bro waktu tu makan x jadi masalah, murah rezeki selalu dapat makan free…bro & sis usrah selalu ajak makan kat rumah…dan kadang2 melawat rumah aweks2 (atas urusan perniagaan & study group), terlepaslah juga makan sikit2*syyh!.. diam2 jgn bagitau k.mai..keh2*
tapi kat sana rasanya ada “value for money”,kalau bro dulu dalam 10 pound dah boleh penuh trolley, tp kat malaysia RM100 raga motor kapcai pun belum tentu..
lain kali bagi tips berbelanja untuk orang berkeluarga pulak ye..dapat juga jadikan pedoman
BTW, utk pengetahuan sarah kami masih lagi kena bayar sebahagian kecil dari duit biasiswa JPA sebab langgar perjanjian masa balik lepas study..x serve gov..so rasanya sedikit duit kami ada mengalir kpd sarah..so kami x kisah pun kalau duit tu digunakan oleh students yang rajin cam sarah..bangga lagi ada..:)
Reply
Pengalaman yang baik untuk di kongsi dan di contohi oleh student² yg baru.
Sedih pun ada baca cite sarah nii. Takpe bersusah-susah dahulu, hasilnya di tuai kemudian hari.
Syabas dan tahniah buat sarah kerana dah hampir sampai ke tahun akhir (^_^)
Reply
pengalaman yang cukup untuk mematangkan sesiapa pun. akak tak ade pengalaman macam tu..tak cukup duit akak pun..takde la sampai kene merancang perbelanjaan sampai macam tu sekali..:D yelah belajar kat sini je.. Sebab pengalaman macam tu la..Sarah dapat berada di tempat Sarah yang sekarang.. Kejayaan Sarah esok pasti lebih manis & lengkap dengan adenya pengalaman hidup macam nie kan..
Reply
haa mmg padanlah cite ni dgn situasi malaysia masa kini..hehe..petrol naik,letrik naik,kalo x kedekut pn kne berjimat gak,kn.. π
Reply
salam…
susah gak ek zaman awal2 ks kat sana.. huhu.. sini pun lebih kurang gak.. tapi alhamdulillah masih boleh survive.. kena pikir banyak plan nk kurangkan banyak benda.. nak mintak kat mak ayah pun segan.. mana taknya 1 dinar sama 5 ringgit malaysia.. kalau dapat 1000 ringgit pun alih2 datang jordan tinggal 200 dinar jer.. belum campur tax transit, alih2 tinggal 100 dinar lebih je.. sedinar plak gayanyer macam seringgit je kat sini.. huhu, takpe2 ks.. kita belajar jimat cermat skrg, kang besar2 takdelah tekejut sgt kalau pokai.. hehe…
klu gaya ainul bejimat kan, ainul ske buat buku akaun. habis sekecil2 benda semua ainul catat. tak miss walau sehari atau satu kursh pun..kawan2 pun naik pelik.. dasyat betul susun.. tapi ainul suka sbb senang refer balik.. kang boleh kurangkan sikit2 mana yang terlajak tu.. hehe..
p/s:ks, habisla bro fisol sokong ks suruh ainul carik husband arab.. haish.. ainul kasi satu offer kat ks nak? baca kat comment aritu ek.. kalau setuju, kasitau tau.. heheh π
Reply
salam utk sarah..begitu ceritanya..mmm..cerita ni boleh dijadikan iktibar utk akak yg akan fly nanti..hehehehe
thanks sarah π
kedekut utk berjimat..kalo akak..akak jenis x suka beli ape2 utk diri sendiri..x suka beli baju, x suka beli handbag, x suka beli makeup, kosmetik, kasut..akak suka belikan utk kawan2 rapat n keluarga..
akak ni kedekut utk diri sendiri..camne plak tu..bagi akak..ape2 pun, gunalah sampai rosak..kasut akak dah haus tapaknya tapi akak masih x tukar sampai mak yang tegur π
ntahla sarah..lain orang lain ragamnya π
Reply
Salam buat semua.
Hafiz:
betul betul. sy sgt setuju dgn awk. kadang tu bezanya hanya 1osen je pun. tp mmg akan cuba beli yg lg murah tu semata-mata utk berjimat. n skrg ni elaun dh naik. alhamdulillah jauh lebih lega dr dulu tp tetap kena berjimat sbb nak bayar rumah wkt awal sem tu sekali harung byk. 1450usd tu dh RM4000++. so mmg kena berjimat dr awal. n sy sgt setuju dgn apa awk kata. boleh kata semua yg duduk di luar akn rasa pengalaman yg mcm ni kan. cuma erm.. mungkin ada exception pd yg anak2 org kaya. huhu. siap boleh shopping sakan lg tu. hehe.
Silent Reader:
ye betul. mcm kakak sy zaman dia belajar dulu, dia bukan under apa2 sponsorship. dia 100% mak ayah. dia tak amik PTPTN. ber’bank’kan mak ayah 100%. jd dia mmg seboleh abis tak nak mintak. ni naluri anak kan. tp kalau diberitau sekalipun, mak ayah plak akan sebolehnya taknak anak tu susah. sy teringat zaman sekolah rendah dulu. sy bawak duit belanja 50sen je wkt sekolah rendah. wkt sekolah menengah plak RM1. cuma hari yg ada kelas tambahan ptg je sy dpt RM2.50 sbb utk mkn tghari n tambang bas utk balik. sy yakin wkt awk ada RM5 tu pun dh rasa boleh guna utk survive seminggu kan kalau xde apa yg penting nak digunakan. ehem ehem. dah ada blog ye. cepat tulis cepat. biar sy jd ‘silent reader’ plak utk blog awk. nak kasi surprise skit π
Reply
Bro Fisol:
haaa… ni la dia budak laki tau. best je dpt makan kt rmh sister selalu. kat sini pun sama je. huhu. budak lelaki selalu je ‘murah rezeki’ n ‘murah perut’. hehe. sy rasa kt mana2 pun sama je. dpt la cut budget skit kdg2 tu kan :p pasal value for money tu kan, sy pun setuju. sy teringat lg baru2 ni sy ke 1 grocery ni. sy beli (in exact what had i bought that day) 1 tin susu manis, 1 paket biskut susu yg biasa2 je, sliced bread 1 buku, 1 botol air mineral 5 liters, 1 paket nescafe refill 75g. thats all. guess what. total adlh 679 rubles. uwaa… HAMPIR RM100!!! ni tak tipu. harga barang kt sini sgt la mahal. kononnya wkt sy keluar nak beli barang tu sbb nak release tension asyik terperap study. sudahnya balik dr grocery tu lg bengang je jadinya. nasib baik sy baik sekeping note 1000 rubles. cuba bayangkan kalau sy bawak 500 rubles je. malu je kena letak balik apa yg patut. sedangkan semua tu mmg diperlukan. uwaa.. apa akan jd bila new year 2009 nanti. tiap2 tahun kt sini harga akan naik lepas 1 jan. huhuk. nak cari tokey balak la buat suami. hahaha~ :p
Reply
Uncle KS:
takde sedih-sedih pun KS. dulu2 tu sy anggap ni cabaran duk oversea. skrg bila teringat semula zaman susah-susah berjimat yg sgt2 disiplin tu buat terkenang susah payah mak ayah besarkan sy adik beradik dr kecik-kecik. tu sbb kami semua wkt tu sebolehnya taknak susahkan mak ayah masing2. ye. insya Allah sy tinggal kurang dr setahun nak abis dh π doakan sy ye KS. didoakan semoga KS ceria2 saja di sana π
Akak:
akak, sy rasa kalau sy di msia mungkin lain skit cara sy. yg paling lama sy sempat pun wkt sy di ASASI sains UM dan di Intec, shah alam. sepanjang kt sana tak mencabar sgt sbb makan wkt tu murah lg. di UM mak ayah tanggung lg. di intec sy dh ada duit biasiswa. tp tetap jugak sy berjimat. sbb wkt tu sy fikirkan possibility akn dtg zaman ‘terdesak’. hehe. sy yakin akak pun misti penah ada zaman meruncing akan sendiri kan π so, mcm mana dgn account yg akak tgh uruskan? beres ke? skrg ni tgh musim bz lg ke kak?
Mudzil:
haa.. itu la pasalnya. jgn pulak kita ni naik lemak jd pemalas atau naik minyak jd pemarah sbb x sanggup nak deal dgn ujian ni sudah la. tp td akak ada terbaca status kwn2 psl harga ayam naik sampai RM20 sekilo. iye ke mudzil? klu ini mcm la, ramai la yg naik darah tinggi atau silap haribulan ‘naik terus’ ke sana… huuu… haru!
Reply
Ainul:
tu la. ks ada dgr cerita drpd asma’ haslan (kwn baik kpd wanie housemate ks) tentang harga barang kat sana pun mahal. tu standard negara arab yg kaya la tu. huhu. nasib kita sama la kan. nak buat mcm mana π kt sini pun lebih kurang je dgn tukaran kt sana. dgn 10rubles kt sini, takleh nak buat apa pun. nak naik avtoline (van yg mcm teksi fungsinya) pun takde tambang yg kurang dr 10 ruble. rasanya mmg dh takde yg tambang 10 ruble pun. paling murah ada 12 ruble. huhu. dahsyat. hari tu ks ingat lg ks terlupa nak withdraw monthly pocket money. then ks gi la pasar nak beli barang. dh pilih dh barang. tup2 keluarkan purse, takde duit kertas sekeping pun. haru je rasa.. malu sat. ks kata la kt makcik tu terlupa bawak duit n nak ke bank kt sebelah tu sat nk withdarw duit. aiseh. mmg malu. ks x sangka smpai kering purse. ks mmg jenis yg sekali withdraw je sebulan. apa2pun jd, ks akan bertahan dgn sekali withdraw tu je. tp hari tu smpai dh abis langsung. tinggal syiling je. huhu. haaa….. kamu sgt nakal la ainul. ade ke nak perkenalkan pak arab plak kat ks. hoho. mane la diorg suka yg pendek2 renek2 mcm ks ni ha. huhu. lain la klu dpt tokey minyak kt dubai nun. yg tu ks rela dgn hati terbuka seluas langit yg terbentang, laut yg melebar. haha. ks sengal~ oh terlupa plak. ks pun buat catatan. even receipt pun ks simpan. receipt top up fon pun ks simpan. bil2 telefon n internet pun ks simpan. huhu. tgh berlatih nak jd isteri yg bijak handle ekonomi keluarga. kot2 la ada yg kenan kt org gini. huhu. ada yg muntah ijo baca ni kot :p
Kak Inah:
oh kak inah. sama la kita. sy x suka shopping. sy x tau apa tu istilah shopping sakan. sy pun x suka berbelanja utk diri dr segi baju2 atau accessories ni sume. kasut sy prefer beli di msia yg simple, flat shoes yg mudah nak gerak dgn laju ke mana2. tp bab2 makan sy x berkira sgt dgn diri sy. klu sy teringin, sy akan beli (barang mentahnya) n akn buat di rmh. klu yg susah2 tu sy beli la kan. tp jarang beli. biasanya masak sendiri. kan lg baik gitu. oh. kita sgt sama kan kak inah kan. se’fikrah’ gitu. boleh la nnti kenalkan sy dgn budak itu ye π si kacak yg sy kenan tu. huhu :p dh dh. jgn layan sy yg sengal ni. lalala~
Reply
whoaaa!
bangge sat.
sarah sgt hebat oke!
ryn sampai skrg pon masih mamma n pappa yg uruskan.
*malu sat*
rindunyer~~!
Reply
bile membace bab2 scholar nih kan..
sakit hati n kesian..got both..tp sakit hati macam kat certain countries yg mane scholar holder neh berbelanje tak hengat..nak shopping branded sajer..bejalan sane sini..then mintak naikkan scholar…
kat russia lak…dr ape yg pizy n apiz lak, tesepit teruk korang kan..takpela..dugaan..n jugak arahan utk kene pandai manage duit (cakap power siutt)
tapi kan sarahhh…kamu tu jenis suke beshopping gak tauuu…so, adela gak faktor kalo kamu nggak cukup duitnye :P…lariii
Reply
Rynn ku sayang:
rindu sama rynn. rynn sudah kembali. mari kita kenduri~ ala.. time mamma pappa rynn takde kat rumah, kan awk jgk yg urus rumah tu. sy respect tgk awk handle rmh tau. eh, nanti sy nak ambil alamat awk dr awk. taknak dh jd mcm hari tu. serik dh. lebur abis semua yg comel2 tu. sob sob..
Izu:
itu la pasalnya. at certain places, mmg mcm melebih plak diorg dpt n diorg pun berbelanja tak ingat dunia. mcm semuanya anak org kaya raya jutawan hartawan je. mcm apa yg fizy n hafiz cerita, mcm tu la keadaan kami kt sini. tp bg sy, alhamdulillah cukup la utk urus diri dgn secukupnya. eh… TOLONG SKIT ye encik izu. sy tak reti shopping n never done that purposely for myself. sy bukan jenis org yg run for branded stuffs. klu la awk ckp ni based n the LV thingy that day, u are totally wrong tau izu. sy ni haram la tau segala benda psl LV ni. in fact, nak eja LV in full pun, sy google dulu. haha. nampak sgt buta n kayu bab2 ni :p
Reply
sy tak cakap pasal LV la awak..
cakap pasal awak yg suke berbelanje.
n jugak suke makan sushi..eheheh
sebut pasal LV, kelmarin balik dr site, lalu kat LV..teringat lak request sandal tuh..tp kedai tutup la pulak..eish..
Reply
Izu:
sushi once a month with a very reasonable price. tu pun bukan every month. ikut mood n kelapangan masa (sy ni ada masa ke? hoho). yeah. thats what we call ‘mengaplikasikan ilmu kepenggunaan’. tahu bila dan di mana hendak menggunakan duit. oh btw, sy tak berkira in term of food. as long as i use it to feed me, that is good enuf rather than shopping for temporary things like clothes n accessories. (sy ada high risk utk tmbah MM lg. lol) oh. misti ingat kt sy kan bila nmpak LV. hehehehe. ok. mau solat dulu. dah masuk waktu π
Reply
hahaha.. lawak la ks nih.. ei, comel2 lagi diaorg suka tau.. sbb yg kecik2 ni pelik a.k.a unik sket.. diaorang kan smua macam badang jer.. π oo.. nak tokey minyak dubai ek? erm.. senang cari tu ks tapi kene terima satu benda la.. tokey2 minyak ni diaorang sume janggut2 sudah banyak panjang, perut2 suma sudah kedepan, umur2 pun suma sudah jauh2, bini2 pun macam penuh kuota… mau ke? (0)-(0) kalau camtu, ainul ngaku kalah awal2 la.. ks amik free pun takpe.. ainul taknak berebut klu calonnyer camtu.. ks amik jer yer.. hikhikhik…
alalala ks, takut org muntah ijo pulak.. ainul takut satu jer.. tetiba je bila habis semua baca post ni, habis semua beratur kat umah ks.. aiyo, penin kepala pakcik shukor camtu.. anak femes 2 in 1 dctr a.k.a akauntan berjaya.. sapa takmau… π kalau buat vote kan sini pun mesti ramai offer minatk borang …. ^_^Y (sori sengal gak.. baru hadam 5 citer korea.. wuu… π )
Reply
semoga tabah….dan semoga berjaya!
pakcik.
Reply
kamu di seberang..dah la tu study..
mase2 macam ni bukan masuk pon kalo study..its either kepale tesengguk2 mengadap notes or melayang2 fikirannye..
aah..betul la tuh..yeehaaa…baikla tido je pas subuh tuh
citer makan bun tu mmbuatkan mama di doha sangat la bising..heish..nyesal letak kat blog arr..kantoi idup2 laks.
Reply
Ainul:
oh. siap bg kriteria lg ye. (eh sat, saje mencelah bab lain kat sini. kt atas kan kita sebut2 psl tokey minyak dr dubai kan. pakcik pakpayne tu dr emiriah arab bersatu. upss. bahaya je klu dibaca apa ks ngarut kt atas tu. hihi) erm.. klu janggutnya dh panjang sgt, ks tak suka sgt. cukup la janggut2 manis sikit2 je kt muka. sejemput je org kata. pemanis wajah, ikut sunnah. bab perut tu sebenarnya ks tak kisah sgt. janji agamanya pun sama naik mcm perut n poketnya pun subur jgk. huhu. n yg ke3 tu yg paling ks tak tahan. bab2 bini tu, ks sgt la takmau. klu boleh, biar la kita ni jd the one n only kan. tp ks ada 1 pendpt. ks boleh terima poligami. syaratnya ks isteri yg pertama. yg seterusnya tu terpulanglah pd suami. klu dia rasa ks tak cukup sempurna, ha.. silalah. tp ekonominya biar merdeka, biar mampu nak tanggung lebih. takde la buat zalim pd keluarga2 yg dia ada. dan juga adil. ok. ks rasa mcm dh tua sgt bila sentuh psl ni. nauzubillahi min zalik. jgn lah Allah uji dgn hal ni..heh. iye la tu ramai yg beratur. gelak je la mak ayah ks baca ni. ni org tak tau lg ni ks ni mcm mana. ks garang. auumm~ hehe
Pakpayne:
pakcik, terima kasih byk2. skrg dh alhamdulillah lega tak mcm dulu. kerja di sana ke? for invited readers je ye blognya. apa2pu terima kasih sudi jenguk n baca blog ni π
Izu:
haa.. kan mama dh tau. tu la. lain kali buat lg ye. kesian la kt mama n kesian jgk la kt diri sendiri tu izu. mkn tu biar la berjaga skit. actly td lepas dh solat isyak, dh mkn ubat, around 1am, sy tido. subuh td sy bgn smula. n up till now, tercongok la sy kt meja ni. dah dah. awk tu yg wajib tido. mcm mana nak siapkn projek klu kepala sengguk2 tu izu :p
Reply
i’m just yet to complete my task.
but can’t jump to bed laie.menyenggok2 utk close monitoring till next 3-4 hours.waaaaargghhhhh…
dengan coffee-choc sudah 2 gelas.
i bet u wont sleep till next 12 hours kan? or mayb 24 hours jugak. salute arr 2 ur persistance. (tp tesengguk2..hahah)
kari portugese??mesti nggak pedas kan…nakkkk
Reply
erk, camtu plak yer… urm, blur la plak… nak bidas pakai apa ek.. semuanya ks terima jer.. lalalala… uiks, pakcik payne je ke dr emirates? bkan ada gak ke org dubai kat sini? opss… π hehe… boleh caya ke ks garang? ntah2 macam aimi jer.. asal nk try buat muka garang, habis semua org gelak bguling-guling…. aummm la sangat… ks je kot dgr auummm, org lain dgr miaw2..! ^_^
Reply
Salam wbt.
Menarik pengalaman tu. Sekurang-kurangnya, sekarang dah pandai mengurus kewangan kan?
Saya sedang bayar AUD 8++ sebulan untuk townhouse 13. Sepatutnya kena bayar AUD 9++ sebulan sebab admin dah naikkan sewa mulai Januari 2008. Tapi saya beruntung sebab saya renew kontrak sewa July 2007 yang lalu.
Haritu saya bayar sewa untuk 1 semester sekaligus. Sekali swipe debit card, AUD 5000 hilang sekelip mata. Sangat banyak. M*s K***n sah-sah lepas dengan wang banyak tu π
Walau apa pun, kesempitan menjadikan kita tabah dan bijak menanganinya. Memang betul kata orang, ada kebahagiaan di sebalik kesusahan π
Moga sihat dan bahagia selalu.
Reply
Besar juga cabarannya ye blaja kat obersea ni… π
Reply
salam,,,cuma bernasib lebih baik…tidak pernah ikat perut..boros lagi ada..tapi nama pun student..so bila belanja berhati2 juga..kena shopping kat kwik save selalu instead of tesco, betul tak bro fisol..ahaks
Reply
Izu:
sorry tak reply awal2 td. sy menekunkan diri dgn notes. erm.. sy mmg dh mula rasa ngantuk dh ni. ha. awk plak apa cerita? siap semuanya? setakat 2 coffe-choc tu adalah masih dianggap sikit bg sy. mlm td je sy minum 3 mug. cuma skrg ni sy ‘baik’ skit. sy bancuh x guna susu manis. instead, sy guna fresh milk. baru la rasa segar skit. hehe. padahal sama je kan. coffee is still coffee π
Ainul:
eii kamu jahat tau. ks mmg garang. tanya adik2 ks. huhu. terumanya dgn adik ks yg sebaya kamu. yg tu ks super duper garang. tersilap taktik plak. dgn adik2 yg kecik2 tu ks manjakan lebih2 plak. hehe. ye la kan. sape lg yg nak ks manjakan, kan. eh, sape lg yg dr emirates? ada org lain ke? ks x cam plak sape. apa kamu kenan kt org yg lg sorg tu ke? huhu :p jgn marah. sape marah kena jual! lalala~
Reply
Alif:
ks sebenarnya baru je sudah baca msg kamu di flickr. takde masa lg nak reply msg yg tu. ks reply yg ni dulu la ye. kt sana mmg mahal kan. ks tau drpd cousin ks. tp nasib baik jgk kamu renew contract last yr kan. so, still rendah lg la kan harganya. tp nnti klu kena renew lg, jgn la dia naik tinggi terus. wah. ni ada fikir psl mas kahwin dh ni, ada apa2 ke ni alif? diam2 berisi ye kamu ni. apa2pun, jgn lupa ks ye π betul apa kamu kata. kalau kita dh menempuh kesusahan, insya Allah ada kebahagiaan yg menunggu kita.. ini boleh diaplikasikan dlm byk aspek hidup ni π
Hayyi:
besar.. cuma terpulang pd masing2 mcm mana nak urus diri. dan sy tak nafikan, belajar d msia pun byk halangannya. dan cara atasinya pun sama. terpulang pd kita mcm mana nak handle n manage diri dgn sebaiknya π
Bro Arsaili:
kalau nak fikir2 smula, dlm pada kami berjimat dulu2 ni, takde la sampai kebulur tahap melampau. cuma jd lebih berpada-pada n berjimat dlm berbelanja sbb sebolehnya taknak menyusahkan keluarga. tu la.. sy ada baca di blog bro fisol. u both share almost the same memory lane π
Reply
mm..meriahnya kat sini ari nie..banyak sungguh komen dan panjangΒ² sungguh ceritanya. Best gak baca..macamΒ² ade..:D
Account akak belum settle lg. Setiap kali bulan 6, ni la keje akak, prepare account untuk submit kat audit ..tapi tak sedarΒ² diri jugak nie..Selalunya alhamdulillah balance je..tahun nie..tak taula apa yg tak kene.Ni yang malas buat akaun kalau jadi macam nie..tapi dah minat kan nak buat macam mana kan. Tambah serabut bila ayah akak pulak masuk spital ari nie.. :(.
Reply
fulamak, masih setia membaca notes tu.ganaz2.. baik sbb gune fresh milk? lebih baik w/out any milk. just consume a black coffee.tp ade baek sket sbb choc tu de milk powder sket.. Seronoknye bace notes..~wink~
Reply
Akak:
eh, ayah akak sakit apa? mcm mana keadaan dia skrg? harap akak n family tetap tenang dgn ujian ni. sy doakan ayah akak cepat sembuh kembali. jgn poning2 ye kak buat account tu. sy penah tgk kwn sy buat account sume ni. dia pun selalu mengadu pening dgn account klu ada tak balance. tp klu sumenya smooth, dia rasa nak nyanyi2 je dlm ofis tu. huhu.
Izu:
tak baik. perli org la tu. mentang2 la sy ni budak yg masih belajar lg π sy sengaja guna fresh milk sbb nak neutralize kan caffein tu. so, kena guna susu. but if i use condensed milk, tak elok dr segi manisnya tu la plak kan. awak lain. awk suka choc2 sume ni. sy kurang. hehe. dunia kita berbeza~ ewah. mcm tajuk lagu plak :p
Reply
alahai.merajuk la kan cik sarah kite neh. meh2 sy bg makan sushi.senyum sket :p…bukan perli tu.anggap la courage utk success in study but in a harsh approach..~wink~.
formula neutralised tu x pnah sy ketahui kalo gune susu yg berbeza.heh
nakkk choc kokunop (x igt name) yg cam emy beliii
Reply
orang tak ckap emirates la ks, orang cakap tempat minyak lain… ha??!! mana aci ks nih!! orang sakat dia, dia sakat orang balik.. ei, tak baik tau main pas2 orang.. hehe..
ala, standard la ks garang kat adik bawah yg dekat2.. ainul pun sama.. dgn adik bawah ainul mmg cam anjing kucing.. kalau yang jauh2 sket, kita jadi akak yang baikk.. hehe..
Reply
Slm cik sarah, kekadang benda ni lah yg buat kita jadi seorang insan yg tabah kan sarah..:) benda yg sarah lalui ni nanti mesti akan sarah kenang sampailah sarah dah bercicit esok,kikikiki…:) lebih kurang gak zaman belajar kit asarah walaupun sy kat dalam negara je,hihi..
Reply
Izu:
ohho.. mana ada merajuk pun izu. td dh pegi makan sushi dh π coklat apa tu? tp rasa mcm tau. amy kasi dulu ye? suka yg tu ke? nnti sy suruh amy kasi lg. huhu.
Ainul:
sape kat tempat mnyak yg lain tu?? kamu ada tau apa2 ke ainul? ish.. ks musykil ni π
Faisal:
tu la. insya Allah akn sy guna pakai sampai dh tua nnti. bak kata awk, smpai cucu cicit la. huhu~ ye acai. kt mana2 pun sbnarnya misti ada yg rasa pengalaman yg mcm ni kan π dan sy yakin pengalaman awk yg dulu menjadikan awk yg skrg yg gigih n bersamangat waja. wah. kembang awk baca ni :p
Reply