Mahukah Kamu Mengahwini Ibu Bapa Masing-Masing?

Assalamualaikum wbt

Dua entri saya sebelum ini memang kelam-kabut. Saya menulis sekadar untuk melepaskan tekanan. Tapi sekarang, exam pun sudah habis. Masih ada lagi satu sebenarnya tapi tarikhnya dibawa ke 14 April nanti. Sementara itu, bolehlah saya sedikit merehatkan badan. Harapnya persediaan untuk exam Psychiatry nanti lebih tenang dan tidur juga mencukupi. Bukan seperti exam pagi tadi. Malam tadi saya lelap kurang dari 2 jam rasanya.

Saya senang hati sekarang. Lapang saja rasanya. Macam sedang lari-lari dalam taman bunga. Dalam hati pun rasa macam ada bunga tumbuh. Mentang-mentanglah sekarang sudah masuk musim bunga. Semuanya rasa berbunga-bunga. Ok. Yang mahu saya kongsikan bukan tentang bunga-bungaan tetapi tentang pemikiran budaya timur dan barat.

Beberapa hari lalu ketika di kelas Psychiatry, sedang kami membincangkan topik Personality Disorder dengan doktor kami, dia membangkitkan fakta tentang seorang anak kecil secara fitrahnya akan berfantasi mengahwini ibunya sendiri (bagi anak lelaki) dan ayahnya sendiri (bagi anak perempuan). Kami semua tidak bersetuju dengan idea itu. Kami tidak terus membangkang tapi kami semua menyatakan pengalaman masing-masing yang tidak pernah mempunyai angan-angan yang sebegitu sewaktu kecil dulu.

Doktor kami menerangkan ini adalah anganan separuh sedar yang telah ditindas ke bawah oleh aturan ‘Ego’ dan ‘Super ego’ kita semua. Ego dan Super ego ini menjadi undang-undang rasional otak kita yang memberitahu bahawa apa yang diinginkan itu adalah mustahil. Disebabkan itu, bila sudah besar, kita sudah tidak punya angan-angan seperti sewaktu kecil itu. Kami riuh memberikan pendapat masing-masing. Doktor kami menambah lagi, biasanya hal ini terjadi sewaktu berumur 3 atau 4 tahun.

Doktor kami memberitahu, antara reaksi anak-anak pada waktu itu ialah selalu memeluk erat ibu atau bapa dan meletakkan mereka sebagai yang insan yang paling sempurna serba serbi bagi mereka. Baik cantiknya, gagahnya, kuatnya dan kacaknya. Memang kami gelak besar mendengar idea ini. Seorang rakan saya ditanya oleh doktor kami, tidak pernahkah dia bermimpi dimanjai oleh ibunya. Dia mati-mati menegaskan memang tidak pernah mimpi begitu terjadi padanya. Saya berbincang dengan seorang rakan yang berbangsa Singh. Kami akhirnya membuat kesimpulan ringkas. Idea sebegini timbul mungkin kerana budaya yang berbeza dan pengamalan agama yang juga berbeza.

Kenapa begitu rumusan kami? Kerana semua nama pakar-pakar psikiatrik yang disebutkan adalah berbangsa Eropah. Jadi idea ini timbul kerana skop kajiannya yang tidak menyeluruh. Saya mungkin silap tentang rumusan yang saya dan kawan saya bincangkan ini tapi saya yakin, amat mustahil, atau susah, untuk kita mendengar anak-anak kecil di Malaysia berfantasi mengahwini ibu atau ayah sendiri dalam erti kata fantasi seperti orang dewasa!

Dari dewan auditorium hospital, saya menelefon rumah ketika waktu rehat. Adik Azizi yang menjawab. Emak sedang solat Maghrib. Selepas berbual seketika dengan Adik Azizi, emak menjawab panggilan. Emak demam rupanya. Semoga emak cepat sihat. Satu soalan saya tanyakan pada emak. Pernah atau tidak sewaktu kecil-kecil dulu saya atau Kaklong mengatakan mahu berkahwin dengan ayah. Emak tergelak. Emak menerangkan memang tiada. Saya ulang soalan untuk kepastian. Memang sahih jawapannya tidak pernah. Saya tergelak saja sebab rumusan yang saya dan kawan berikan tadi mungkin boleh diambil kira. Maksud saya, tentang fantasi anak-anak kecil ini sebenarnya bergantung kepada budaya dan persekitaran pembesarannya juga. Juga pengamalan agama dalam sesebuah keluarga itu.

Sebelum talian terputus kerana kredit saya habis, emak sempat berkata: Dulu-dulu waktu kecik-kecik, awak semua main kawin-kawin dengan Abang Ery, Mizi, Hafiz, Alif semua tu. Dah membesar dengan budak-budak laki semua tu kan. Mana taknya. Saya tergelak. Iya. Mereka itulah pasangan main kahwin-kahwin kecil-kecil dulu. Mereka semua adalah dua pupu saya. Huhu.

26 Responses to “Mahukah Kamu Mengahwini Ibu Bapa Masing-Masing?”

  1. MK says on :

    teori si sigmund freud la tu ek

    tah la, tak pernah lak rasenye teringin nak kawen ngan mak. tapi waktu kecik2 suke kena peluk gan mak waktu bangun tido.. ^^

    Reply

  2. myfisol says on :

    salam sarah..

    seingat bro, kecik2 dulu xlah pulak rasanya berfantasi camtu..

    tp kan anak lelaki bro, anak yg ketiga tu bila sis mai tanya sekali tu, nak kahwin dgn siapa nanti..dia jawab…’dengan mommy’..sebab?…sayang mommy, mommy baik!…hmm!…budak 4 thn kan, what do yo expect?..

    Reply

  3. shazwani adnan says on :

    salam.

    dulu kecik2 wani selalu juga main kawin2. dengan sepupu gak. hehe.. masa 3 – 4 tahun, wani dijaga oleh makcik wani. so, wani kena tanya dia lah kalau nak tahu cerita! huhu~

    *macam lagu Mawi: Angan Dan Sedar

    Reply

  4. cry4freedom. says on :

    Salam.

    Seingat saya la, x pernah juga saya berangan nak kawin dgn mama saya sendiri. Kalau cakap dengan dia ni mesti kena bantai gelak x sudah.

    Musim demam sekarang ni. Doakan yang baik baik saja. Harapnya semua cepat sembuh. Susah hati amat. Ish.

    Reply

  5. Khairul Anwar says on :

    salam,tuan rumah..
    hmm,sy pernah dengar ttg perkara ni,adakah ia sama dgan ‘oedipus complex’ & ‘elektra complex’?

    agaknya faktor persekitaran,budaya dan didikan agama mmg memainkan peranan,sbab seingat saya dulu,saya x pernah tringin nak berkahwin dgan mak sendiri..

    apa2 pun,gud luck dlam exam yg akan datang.

    Reply

  6. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    1. Semasa umur saya 6 tahun, anak jiran saya yang berumur 5 tahun berkata kepada abah saya;

    “Besar nanti nak kawin dengan Pakcik.”

    Kami tergelak besar.

    2. Suka ye lari-lari dalam taman bunga? Hati-hati jangan sampai terjatuh 🙂

    Moga bahagia dan sihat selalu ye.

    Reply

  7. Anonymous says on :

    Salam,
    xpe…teruskan,biarlah hati itu berbunga2

    *berusaha agar hati ikhlas dan tersenyum

    Reply

  8. faisal says on :

    slm sarah,
    aah sarah, terbayang awk kejar sy dalam slow motion kat taman bunga itu,hahahaha..:) yup, budaya dan persekitaran mencorak cara berfikir kita sebagai manusia..:) sbb tu beruntung kalau dibesarkan dalam suasana aman, harmoni dan masyarakat yg byk nilai2 positif..

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Khairul:
    pandai kamu ni. mmg tu freud’s theory. huhu. aish. kalau kena peluk dgn mak ayah, ks smpai besar panjang ni pun kena peluk lg. huhu.

    Bro Fisol:
    tu la. klu setakat kata sb sayang mommy sume tu boleh terima dek akal masyarakat kita jgk. tp sbb teringat fantasi segalanya tu, sy rasa susah skit nak percaya. mungkin ada tp tak masuk dlm kes kajian di msia kot.

    Wanie:
    oh! makcik wanie yg kamu panggil Mak tu kan. haa.. nanti balik cuti tanya. ntah2 wanie mimpi kawin dgn sepupu2 laki wanie yg membesar sama2 tu. skrg malu2 kucing dh bila terjumpa. hihi.

    Azwan:
    try la tanya. kita tgk dia gelak mcm mana. tp ni dia tgh demam kan? jgn lah disakat lg. tunggu dia sehat dulu. baru usik mengusik. hihi.

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul Anwar:
    terima kasih berkunjung. eodipus elektra sume tu sy tak tau. kami ada kaji theory2 lain jgk tp yg paling pelik psl freud’s theory ni la. trma kasih atas doanya tu ye 🙂

    Alif:
    knp ayah kamu pulak yg jd pilihan dia ye? hihi. mungkin sbb ayah kamu baik dgn dia. jd dia nampak sifat2 seorg lelaki ada pd ayah kamu kot. tp mana ayah dia plak? musykil jgk ni. hehe. erm.. kalau dah hati-hati tp terjatuh jgk mcm mana? bunga-bunga tu cantik sgt 🙂

    Anon (yg sy tau siapa ni):
    mmg nak kekal berbunga-bunga. eternal spring. boleh tak? apa2pun, terima kasih atas semuanya!

    Faisal:
    alahai. kuch kuch hota hai la plak ye acai. susah gini. kena sediakn baju salin byk2, effect angin bagai. muzik background lg. hihi. betul la tu. tu sbb islam mengingatkan ibu bapa yg anak yg lahir tu ibarat kain putih. ibu bapalah yg akan mencorakkan warna kain tu. jd, besar tanggungjawab utk kita nnti didik dan sediakn persekitaran pembesaran yg elok dan budayakan anak2 nanti dgn budaya yg baik2 dan membina jiwa. ups. mcm penceramah plak.

    Reply

  11. Inah says on :

    err..x penah plak berfantasi mcm tu..cume dlm hati teringin mencari seorang lelaki yg punya kesabaran mcm ayah..

    chaiyok!! sarah – san

    Reply

  12. hafiz238 says on :

    hehe….my psych rotation is next year. I wonder what I will learn from the psychologist then 🙂

    Reply

  13. M A Sabtu says on :

    sarah,
    …begitulah kisahnya apabila kita menimba ilmu di perantauan… rantau asing dengan agama, budaya dan persekitarannya.

    itu sebabnya zaman dulu-dulu jika ada ibu bapa (Melayu) yang hantar anak mereka ke Anglo Chinese / Convent schools (sekolah orang puteh lah) akan “dicop kafir!”… tidak dinafikan ada kebenarannya juga. apatah lagi yang melanjutkan pelajaran ke UK di era 50-60an juga awal 70an…

    pelajaran dan pendidikan adalah dua benda yang berbeza – menimba ilmu vs amalkan ilmu yang dipelajari (yang melangkaui ruang lingkup ilmu itu sendiri)

    Syukur, Sarah dan kawan-kawan masih lagi terdidik dengan aqidah agama dan batasan budaya Muslim – ketika berdebat dgn seorang guru ahli neraka! Alhamdulillah.

    Reply

  14. Faresya Fareed says on :

    hehehe…skang ni fare sbuk sgt ngan sekolah dgn ketiadann internet…

    Reply

  15. WanHidayat says on :

    Lagu yang sungguh indah…pasal entry plak…MENAKUTKAN!!!

    Reply

  16. djambu puadovich says on :

    oedipus complex…hmmm…xtau a camane si sigmund freud buleh kuarkn idea camtu.
    tp, bile fikir balik, kenapa xda pakar psikiatrik muslim yg kuarkan idea2 yg lebih logik dan masuk akal utk melawan teori freud ni aa?

    Reply

  17. Rynn Cowbra says on :

    salam,sarahku shayang.

    da lame x jengah sini.rindu!!

    cam citer hindustan lak larikk2 kat taman bunga. pastu tergolek2. pastu nyorok2 belakang pokok.muahahhahahha!

    mmg sah faktor budaya dan agama.
    it would be weird for us to say,”nanti mau kawen dengan pappa!”

    plus,kicik2 dulu xpenah pun terpikir nak kawen. especially ngan urg besau cam pappa.hahak!

    lau ade pon nan sepupuk :”>
    gatal la sarah neh kicik2 da nak kawen :p

    Reply

  18. one says on :

    salam..
    ha3 xleh bayang kawen2..
    saya nak pesta buku karang,ada cadangan books yg best to look for,kot2 saya berminat pas review

    Reply

  19. menteil says on :

    haha…
    mungkin berlainan budaya dan cara hidup tu betul sehingga dia berfikiran begitu…

    memanglah sewaktu kecil kita rasa menghargai ibu/bapa kita..
    dah dorang yang bela kita..
    memanglah kita rasa sebegitu..
    tapi tak lah sampai ke satu tahap iaitu kawin…
    ermmm…
    ilusi dia terlalu tinggi kot..
    hehe…

    aku pon dulu suka main kawin2..
    hehe…
    siap ada kenduri tu..

    thanks visit my site..
    dan comment yang menarik..

    Reply

  20. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah,

    lama udah tak menjenguk blog sahabat kesayangan ini ye. harap2 sihat selalu ye..Mie skang ni selamat di tioman, dan bakal pulang ke kajang pada 11hb ini. ada hal yg tak diduga menyebabkan terpaksa memendekkan sesi berpantang di kampung halaman huhuh…

    Mie dah upload beberapa keping gambar sarah di blog. tgk2 la nnt ye… dia sgt suka dgn botol susu dari aunty sarah tau.

    p/s: dalam bulan lepas mie ada tonton satu filem omputih, si anak perempuan obses dgn bapanya sendiri…seramm….mintak simpang la nak jadi mcm tu.

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    haah tu la. klaua nak cari yg mcm ayah kita, tu betul la tu. sy nk cari yg pandai humor2 skit n cool je. hehe.

    Hafiz:
    the time will come! n u’ll explore more 😀

    Pakcik Sabtu:
    pokok pangkalnya hidup kt luar diri kita sndiri ni ingat tuhan, mak ayah ke tak. kalau rasa kt luar ni la hidup boleh bebas, tu yg rosak tu. sy syukur sbb ada ilmu agama mak ayah bekalkn dr kecik lg 🙂

    Faresya:
    fare, kalau sibuk pasal hal sekolah, settlekn dulu. utamakn yg lebih penting. kan kan 🙂

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    lagu tu sempurna liriknya. menakutkan? haa! jgn kata dulu penah berangan gitu :p

    Yeop:
    itu la. hari tu sy ada nak tanya pasal teori2 lain yg mungkin dikeluarkan oleh psychiatrist muslim ke. tp x tertanya. sudahnya berbuka dlm kepala sndiri je la. kena buat research skit la lepas ni. sorry amat la yeop. ada a few dh offline msg awk sy x balas lg ni. tunggu sat lg yek. ni tgh free ni. hehe

    Ryn sayangku:
    alhamdulillah awk dh sehat ryn. sy mmg x tau menahu pn pasal awk ni. terkejut betul baca awk kena operate ni. smga cepatla elok kesan operation tu ye. haha. lari-lari kt taman bunga mcm hindustan la plak. adui. huhu. anggap je la sy lari2 kt tasik putrajaya. huu. x de keje ke tasik tu plak ye :p

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    oh. nk ke book fair ke? sy x de cadangan sgt la sbb out of date skit pasal buku2 best. tp penah baca novel kekeluargaan yg sy penah promote dulu2yg tajuknya Korban kasih by Fatimah Saidin tak? kalau belum baca, tolonglah beli dan baca (sy mengayakan DBP. DBP sila bayar komisyen kt sy ye). takpun, the kita runner. ni kwn sy yg recommend. sy pn belum baca lg.

    Menteil:
    thanks singgah sini semula. mmg tu la basic idea yg kitorg dh simpulkan. sbb berlainan budaya n persekitaran pembesaran. wow. main kawin2 siap ada kenduri lg tu. kiranya, complete dgn main masak2 semuanya sekali la ye. ni dh besar2 ni klu ingt2 smula sah2 rasa nk tergelak kan.

    Mimie:
    mimie!! welcome back! hari tu sy call awk tau. tp x dpt. keciwa je wkt tu. kononnya nk dgr suara awk ceria2 cita pasal sarah imanina 🙂 wow namanya. best amat 🙂 mie, sy dh curi gmbr sarah. nak buat entry pasal sarah. hehe.

    Reply

  24. arsaili says on :

    salam moga cemerlang dlm exam…me too ..tak pernah la plak bermimpi cam tuh

    Reply

  25. menteil says on :

    hehe… tau xper…
    kekadang bila terserempak ngan pasangan kena ‘kawin’ lagi la..
    segan jadinya..
    pastu bila cerita balik..
    gelak sakan la..

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Arsaili:
    terima kasih bro! teori barat ni mmg pelik amat ni. hehe

    Menteil:
    pasangan kena kawin? term yg sgt logik utk org skrg. hehe. klu terserempak smula dgn diorg camne plak ye? merah-merah pipi sudah~

    Reply

Leave a Reply