Kisah Dua Beradik Perempuan

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Lama pula saya meninggalkan blog kali ini. Memang tidak boleh dielakkan. Terlalu penat. Setiap hari sampai saja ke rumah, badan memang lembik dan kaki memang sakit. Menyebut pasal sakit kaki, saya teringat kisah sewaktu kecil dulu yang betul-betul buat saya sakit kaki dan badan.

Waktu itu saya dalam darjah 2. Kaklong pula dalam darjah 3. Kami mengikuti kelas Al-Quran di sekolah selepas solat Zohor sehingga petang. Kami sekolah swasta. Jadi tiada sesi fardhu ain dan kelas Al-Quran di sebelah petang ini adalah atas pilihan sendiri. Ini sekolah agama. Sebenarnya dalam silibus pendidikan di sebelah pagi sudah ada subjek Al-Quran dan Hafazan tapi saya dan Kaklong masih mengikuti kelas Al-Quran di sebelah petang. Dua pupu kami, Kak Nawwar, pun bersekolah di situ. Sebelah pagi, kami berempat (termasuk adik saya Nan yang berada dalam darjah 1) akan ke sekolah dengan dihantar oleh ayah. Kak Nawwar sekelas dengan Kaklong. Sebelah petangnya, saya, Kaklong dan Kak Nawwar akan dijemput oleh Pakcik Sohaimi, ayah Kak Nawwar. Nan pula tidak mengikuti kelas Al-Quran dan dia akan dijemput balik oleh ayah selepas waktu sekolah.

Pada suatu petang, Kak Nawwar terus balik selepas waktu sekolah dengan dijemput oleh ayahnya kerana emaknya baru bersalin. Mereka terus ke hospital kalau tidak silap saya. Jadi, selepas sudah mengaji, saya dan Kaklong menunggu dalam kawasan sekolah bersama-sama Saddiq, Nabil, arwah Kak Ridzu, Hayat dan beberapa orang lagi. Ramai pada mulanya. Kami bermain galah panjang dan cuit tiang bersama-sama sementara menunggu ibu bapa masing-masing. Tapi lama-kelamaan, hanya tinggal 3 orang saja. Saya, Kaklong dan Saddiq. Tidak lama kemudian, ayah dan emak Saddiq sampai. Ayahnya bertanya, kami akan balik dengan siapa. Kaklong jawabkan, kami akan tunggu ayah. Memang kami yakin ayah akan datang menjemput kerana kami rasa ayah sudah tahu bahawa Pakcik Sohaimi ada hal pada petang itu. Selepas, menemankan kami seketika, mereka pun bertolak pulang. Tinggallah saya dan Kaklong saja dalam kawasan sekolah. Hari hujan pada waktu itu. Jadi kami duduk di bawah atap beranda surau sekolah.

Jam hampir menunjukkan pukul 4.45 petang. Kami cuba menelefon kedai ayah. Waktu itu, ayah saya mempunyai sebuah kedai fotostat yang terletak dalam Kompleks Pejabat Daerah Temerloh (belum Perbandaran lagi). Itulah kedai pertama ayah. Berkali-kali kami cuba menelefon, tapi tiada siapa yang jawab. Akhirnya kami nekad untuk berjalan kaki ke bandar menuju ke kedai ayah. Di pintu surau, ada payung yang ditinggalkan. Kami mengambil payung itu dan mula berjalan berdua keluar dari kawasan sekolah. Rumah kami pula masih belum ada telefon pada waktu itu. Rumah pun masih agak baru jadi telefon bukanlah satu keperluan asas yang diperlukan. Jadi kami memang tiada sumber untuk menghubungi rumah. Saya masih ingat lagi, dalam dompet mengkuang kecil berzip warna oren yang emak belikan ketika berjalan-jalan di Padang Kota dulu, saya ada RM3. Semuanya duit syiling. Ini duit belanja yang dikumpul. Kaklong juga saya rasa ada jumlah yang sama dalam dompetnya. Kami terus berjalan. Jarak antara sekolah ke pusat bandar adalah 3 km. Dan jangan tidak percaya, kami berdua berjaya sampai ke pagar Kompleks tersebut dan di saat itu, hujan sudah reda.

Namun, sebaik kami mendekati pagarnya, jaga mengatakan kawasan kompleks sudah tidak boleh dimasuki. Kami bertanya, ada atau tidak dia terlihatkan ayah kami. Kami berdua tahu, jaga-jaga pastilah mengenali orang yang keluar masuk dengan kenderaan masing-masing setiap hari di situ. Jaga itu mengatakan, ayah sudah lama keluar. Waktu itu, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.30 petang lebih kurang. Saya dan Kaklong memang tidak tahu hendak buat apa pada waktu itu. Kami tidak pernah menaiki bas dan memang tidak tahu untuk menggunakan perkhidmatan bas. Dan sebenarnya, tidak terlintas langsung dalam otak kami untuk menaiki bas pada waktu itu.

Rumah saya letaknya di kawasan kampung. Berdekatan dengan rumah Tok. Rumah yang emak dan ayah bina selepas berpindah dari Perak. Namanya Kampung Tanjung Kerayong. Sebuah kampung kawasan sejarah zaman Tok Bahaman dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Letaknya 9 km dari bandar. Bagi kami, memang tidak jauh sebab dengan menaiki kereta, dalam masa 10-15 minit, kami sudah sampai ke sekolah. Jadi, dengan tidak berfikir panjang, saya dan Kaklong mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang. Jarak 3 km boleh kami lalui dengan mudah, jadi 9 km itu bukanlah apa-apa sangat bagi kami berdua.

Hujan memang sudah reda pada waktu itu. Kami hanya memegang saja payung tadi dan di bahu masing-masing ada beg sekolah dan beg Al-Quran yang kami jinjing. Saya sedikit pun tidak merasa takut atau sedih. Begitu juga Kaklong. Bagi kami, itu bukanlah masalah besar dan kami memang boleh berjalan pulang dengan sendiri. Ketika melewati pondok gerakan Rukun Tetangga di Bukit Angin, saya masih ingat kami menyenaraikan nama-nama kampung yang akan kami lewati di sepanjang Jalan Triang itu. Kampung Pengkalan Manggis, Tengah, Buntut Pulau, Pangsenam, Kuala Kujan, Durian Daun, Tenggoh, Baru, Pengkalan Jaya dan barulah Kampung Tanjung Kerayong. Kami memberikan pendapat masing-masing, jarak antara kampung ke kampung tidaklah jauh. Sebelum Maghrib, kami pasti akan tiba. Kami terus berjalan melewati bawah jambatan Temerloh dan seterusnya melepasi stesyen minyak Esso.

Ketika kami melalui Kampung Pengkalan Manggis, seorang pakcik yang menaiki basikal berhenti di tepi kami. Rupanya Ayah Teh Hasan. Orang kampung kami juga. Dia bekerja sebagai jaga di bandar dan berulang alik menggunakan basikal saja. Dia hidup susah tapi memang rajin bekerja. Dia kenal akan kami sebagai cucu-cucu arwah Cikgu Kamarudin atau cucu-cucu Mak Che. Dia bertanya itu dan ini mengapa kami berjalan kaki. Setelah menjelaskan keadaan sebenar, dia sendiri tidak tahu hendak berbuat apa. Dia kasihan melihat kami berdua hendak berjalan balik tapi dia sendiri tidak punya kenderaan untuk menumpangkan. Tapi dengan tiba-tiba dia ternampak seseorang melintasi kawasan itu dengan menaiki kereta menuju ke arah bandar. Dia melambai-lambaikan tangannya. Orang itu berpusing dan berhenti di depan kami semua.

Rupa-rupanyanya, itu adalah kawan kepada Ayah Teh Hasan. Saya tidak ingat apa namanya. Tapi Ayah Teh Hasan telah menerangkan padanya situasi kami dan dia meminta kawannya itu menghantarkan kami pulang. Kawannya memberitahu Ayah Teh Hasan dia tidak keberatan untuk menghantar kami tapi dia terlebih dahulu perlu pulang ke rumah untuk solat Asar kerana hari semakin senja. Ayah Teh Hasan bersetuju saja. Dan dia memberi jaminan kepada kami berdua jika sekiranya dia sampai dulu ke kampung kami, dia akan ke rumah kami dan memberitahu emak dan ayah di mana kami berada.

Pakcik itu membukakan pintu keretanya. Kereta volvo panjang jenis lama yang sudah uzur. Kami berdua masuk dan pakcik itu dengan ramah bercerita itu dan ini kepada saya dan Kaklong. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan takut. Kalau ikutkan, saya lagi rela berjalan kaki terus tapi ini arahan daripada Ayah Teh Hasan. Jadi, saya ikut sajalah. Tambahan pula, ini kawannya. Saya berdoa dalam hati, harapnya, tiada apa-apa yang terjadi. Pakcik itu memandu keretanya menuju kawasan perumahan di hadapan R&R di tepi jambatan Temerloh (Bukan R&R di lebuhraya sekarang. Dulu, Temerloh ada sebuah lebuhraya yang menjadi jalan utama ke Kuantan). Kami kira, rumahnya di taman perumahan itu tapi kami silap. Rupanya, di belakang taman itu, ada sebuah kampung yang memang saya tidak pernah sampai. Rumah pakcik itu di atas bukit. Kecil saja rumahnya. Rumah papan yang di hadapannya ada sebuah pokok bunga kertas yang besar. Dia menjemput kami masuk dan berehat dulu sementara dia solat Asar. Saya dan Kaklong masuk juga walaupun takut-takut. Isterinya baik menyambut kami. Dia menyuruh kami berehat sebentar di sebuah bilik. Terharu sungguh saya melihat keadaan bilik itu. Hanya ada tilam di atas lantai yang pintu biliknya bagaikan pintu rumah jepun. Tilam itu bergulung dan bantalnya disusun di tepi. Dalam bilik itu juga penuh dengan kotak-kotak berisi kordial buah.

Seketika kemudian, isterinya datang membawa air untuk kami. Air limau kasturi. Sedap kordialnya. Baru kami berdua tahu bahawa pakcik itu pengedar kordial buah. Saya masih ingat muka makcik itu bercerita tentang suaminya. Air mukanya tenang saja. Dan sebenarnya di saat saya menulis ini, saya teringat-ingat perasaan saya menolak pintu bilik itu. Saya sebak sebenarnya sebab rumah itu kecil saja dan saya terbayangkan kesusahan hidup mereka.

Lebih kurang setengah jam di situ, kami mula bergerak untuk dihantar pulang. Kami menyalami tangan makcik itu dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Di dalam kereta, pakcik itu bertanya tentang emak dan ayah. Namanya apa, kerja di mana dan macam-macam lagi. Pakcik itu memang lembut saja suaranya. Saya masih ingat itu. Ketika melalui Kampung Pangsenam, sebuah kereta Nissan memotong kereta pakcik itu yang sememangnya bergerak perlahan. Saya dan Kaklong berteriak serentak. Itu kereta ayah! Pakcik itu bertanya 2 kali untuk betul-betul mendapatkan kepastian. Kami sungguh-sungguh mengiyakannya. Pakcik itu pun apa lagi. Terus membunyikan hon bertalu-talu dan dalam masa yang sama memecut sedikit keretanya supaya jaraknya dekat dengan kereta di hadapan.

Kereta di hadapan berhenti. Begitu juga dengan kereta yang kami naiki. Betul! Kelihatan emak dan ayah keluar. Kami keluar dan mendapatkan emak. Emak peluk cium kami berdua bersungguh-sungguh. Emak usap-usap belakang kami dua beradik. Ayah pula kelihatan berbual-bual dengan pakcik itu. Tangan saling menggenggam. Dan ayah menepuk-nepuk bahu pakcik itu. Saya tahu, ayah mengucapkan terima kasih dengan bersungguh-sungguh padanya. Saya sudah agak kabur dengan keadaan pada waktu itu. Yang saya ingat, sebelum beredar masuk ke dalam kereta, kami menyalami pakcik itu dan mengucapkan terima kasih. Pakcik itu berlalu ke keretanya dan mengeluarkan dua botol kordial. Dia menghadiahi kami dua botol kordial limau kasturi yang saya dan Kaklong suka tadi.

Sebaik tiba di rumah, hari sudah hampir Maghrib. Selesai mandi dan solat Maghrib, saya masih ingat saya minum susu panas pada malam itu. Emak yang bancuh. Kaki dan badan sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Waktu itu barulah kami tahu rupanya ayah tidak tahu bahawa isteri Pakcik Sohaimi bersalin siang tadi dan ayah tidak mendapat sebarang pesan. Jadi, ayah tidak datang menjemput kami di sekolah pada sebelah petang. Tetapi setelah hari sudah hampir pukul 6, emak dan ayah bergegas mencari kami di sekolah dan teramat terkejut kerana kami tiada di sana. Dan sudahnya kami semua bertemu di pertengahan jalan pula.

Begitulah kisahnya. Kisah saya dan Kaklong cuba berjalan kaki pulang ke rumah kerana tidak dijemput. Hampir 5 km juga kami berjalan kaki di usia 8 dan 9 tahun. Sebetulnya selepas insiden itu, hanya sekali saja ada berjumpa semula dengan pakcik itu. Sewaktu bertemu semula dengan pakcik itu, saya sudah di sekolah menengah. Sudah besar. Ketika itu di pekan sehari hari Ahad. Saya sudah lupa mukanya tapi jasanya pada saya dan Kaklong tidak akan saya lupa selama-lamanya.

Saya juga masih ingat raut muka emak yang kebimbangan. Tapi raut muka ayah tidaklah sebimbang mana. Mungkin ayah tahu dan yakin bahawa anak-anak perempuannya yang berdua ini sangat berani dan tidak akan berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri walaupun pada logiknya, kisah yang berlaku pada kami berdua ini amatlah tidak selamat untuk dilakukan pada zaman ini. Mana tidaknya, silap hari bulan, sudah ke Siam agaknya kami dijual untuk meminta sedekah atau sebagainya. Dan atas keberanian yang terserlah sejak kecil itulah, ayah sentiasa percaya pada kami berdua untuk membuat keputusan dalam apa saja. Terima kasih emak, ayah atas kepercayaan yang kalian berikan.

32 Responses to “Kisah Dua Beradik Perempuan”

  1. penjejak malam says on :

    sebuah kisah yang sangat menarik. penuh pengajaran. tapi tak boleh diamal sangat zaman sekarang.

    Reply

  2. MK says on :

    5 km? errrr….

    yang saya tau tamjong kerayong je.. huhu. duduk kat situ semenjak lahir, sebelum pindah ke lanchang.

    Reply

  3. faisal says on :

    Ya Allah nak kena tarik telinga betul adik beradik 2 org nih,hehehe..:) nasibla belah2 sana sarah, kalau kat KL ni maunye tak kena culik,huhu..:)
    tapi org zaman sekarang budak sekolah rendahpun dah ada yg bawak hp,huuhu..

    Tapi sy kagum betul awk dapat ingat setiap yg berlaku, mungkin benda tu jadi satu kenangan yg dikenang spjg masa..:) ibu bapa mana yg tak risau kalau hilang anak, lelagila perempuan yg comel2 cam sarah ngan kak long,hihi..

    Reply

  4. Hasrul Halid says on :

    kalau zaman sekarang… huh! gambor engko dah ‘diposterkan’ dah!

    Zaman sekarang, tak ramai orang yang kita boleh percaya. Walaupun zaman dulu orang tak se’kaya’ mana, tapi orang tak terpikir nak buat kerja merapu.. errr.. culik budak-budak kecik misalnya..!

    Reply

  5. myfisol says on :

    Salam sarah..

    kisah sarah ini mengingatka bro kepada pengalaman bro baru2 ni..bukan pengalaman berjalan kaki tetapi melihatkan budak2 yg baya2 sarah waktu tu..

    satu malam tu waktu nak balik selepas minum2 ngan kawan kat restoran berhampiran rumah selepas solat isyak…terlihat budak2 3 org sedang berjalan kaki lepas kelas mengaji, tp sebelum tu pun bro dah perasan mereka sedang menunggu parent diorang agaknya..so apa yg bro buat cuma memerhati sahaja diorang berjalan dr jauh..mmg niat nak tolong tp lain pula yg difikirkan waktu tu..yelah zaman dah berubah, nanti tak pasal dituduh nak kidnapped plk bebudak tu, so biarkan je…so mmg jauh diorang jalan kaki sambil tgk sekeliling, kot2 ada parent diorang yg datang..

    sampai rumah citer kat wife bro….bro plk yg kena syarahan…”I thot you’re a good samaritan..nape tak tolong..imagine kalau diaorang tu anak2 kita?” so,,I’m speechless and just said ..it’s complicated, doa aje diorang ok….tp next day xde apa2 cite, so okaylah tu…tp bro dlm dilema jugak le..

    sorry, panjang sikit..just nak share experience

    Reply

  6. harizhazwan says on :

    adehh…2 la…tolong pon salah x tolong pon salah, klu tlg org igt kita nk culik, klu x tlg silap2 kn culik. klu cm citer k sarah ni, nk tolong pon x per, x tolong pon xper…psl da bley jalan sdiri, so, xyah tolong…haha

    Reply

  7. hawa says on :

    Sarah..
    Bile balik mesia?

    Reply

  8. longlostfriend says on :

    Hai..
    She will be coming home soon..
    near future.. i think yesterday..
    πŸ˜‰

    Reply

  9. Nisa says on :

    salam…
    Sya penah gak masa darjah 1, abah kene keje KL, so abah tak datang jemput Sya sampai kul 8 malam…
    seorang diri, ketakutan (coz skolah tu byk cite hantu, hehe) Sya berdiri at the same spot so abah akan terus perasan Sya…
    bila abah samapi je, Sya terus nangis tersedu sedan…haha, ada je parents kawan2 yg nak hantar balik, tapi takut abah cari tak jumpa, Sya tunggu gak…bendul kan? =)

    pendek kata, berdua lebih baik, berdua lebih berani =)

    miss you!
    nak exam nih, semoga dipermudahkan

    Reply

  10. Inah says on :

    sis sarah..seronok bila teringat kisah budak2 kan πŸ™‚

    tapi seronok lagi sbb sarah ade sister πŸ™‚

    akak x de sister..hanya brotherssss sahaja..sib baik x jadik tomboy πŸ˜›

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. Saya muncul kembali! hihi.

    Penjejak Malam:
    sampai 4 komennya ye :p tu la pasal. zaman skrg ni, klu boleh jgn la biar adik2 anak2 jln sorg2.esply prmpuan. ada tak adik/anak pmpuan? jaga diorg molek2 ye. jgn lupa jmput balik skolah.

    Khairul:
    ks duduk kampung tanjung kerayong di temerloh. di jalan triang. yg nama lainnya kampung lebak. atas sikit dr kampung tengah tempat kamu dulu2 tu. mmg ada 1 lg tanjung kerayong. n yg tu di mentakab. ramai org selalu tersilap tertukar pasal ni tau. hihi πŸ™‚

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    ye.. mmg kamu berdua beradik ni comel. hihik. perasan abis :p tp kaklong lg comel la. sampai skrg dia comel. x hilang2 lg comel dia. sungguh! tu la kn. budak2 skrg ni kecik2 dh ada hanfon. yg kita ni dh abis spm bru la nk merasa pakai fon. kt tmpt sy bru2 ni mak sy ada cerita psl ada kes cubaan menculik tp ada sorg bdk yg besar skit dr kwn yg nk diculik tu, bijak skit. dia buat apa tah. baling beg ke tarik ke apa tah. tp selamat la bdk yg kecik sikit tu drpd diculik. tp dulu2 temerloh tu mmg aman damai je. cuma menyeramkan skit wkt jadi tempat perbicaraan kes mona fendi jek. hehe. oh sahabatku yg baik hati. sgt2 terima kasih ye psl coding tu. n awk dh berjaya mendapat tempat pertama dlm kelas sy! yahuu~

    Bro Hasrul:
    haa… klu skrg, mmg dh glemer sy ada kt mana2 kt msia ni. dh la comel plak tu :p (sy tak kata, acai kt atas ni yg kata ye.. huhu). tp tu la. org dulu2 x de yg terfikir nk buat yg pelik2 ni. knp ye org skrg makin psycho? sbb terpengaruh dgn filem ke apa?

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    laa.. kesiannya. ada jgk yg jd mcm kisah sy ni ye. tp harapnya diorg takde la kena jln smpai 5km mcm sy ni. apa yg bro concern kan n apa yg wife bro concern kan dua-duanya logik n make sense n keputusan bro mmg complicated nk dibuat. nk ditolong, nnti org kata nk kidnap. nk biarkan, kesian n tgk tu, bila balik rmh, sis mai dh marah2 apasal bro tak tolong. this is nowaday’s life. nk buat semua bnda pn kena fikir 2-3 kali kn. tp tu la. harapnya parents skrg ni makin concern dgn keselamatan sbb motif org nak menculik mmg byk sgt. budak2 ni boleh jd aset suruh mintak sedekat, mangsa deraan seksual, jual organ n mcm2 lg la kan. nauzubillah. moga2 klga kita semua dijauhkn dr kes2 ni semua πŸ™‚

    Hariz Hazwan:
    1st of all, kamu x-kisas ye? sbb d blog judin, ks tengok kamu ulang2 nama kisas. hihi. batch bila ni? salam kenal. ks SPM’02. ooo.. klu mcm tu, bdk2 yg dh boleh jln sndiri x yah tolong la ye? sian la gitu. sbb ada je yg boleh jln, tp x boleh lari dgn laju n x reti karate2 sume ni klu kena kejar ke apa. x beshh la gini. x gentleman la kamu ni hariz. hehe :p

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hawa:
    sy balik….shhh.. rahsia! knp? nak kasi kad kawen ke? bak la! nnti sy ke bangi. alang2 ada majlis faiq skli cuti nnti :p

    LongLostFriend:
    erm.. sy tak faham la. kita kenal eh? sape ni ye? meh la kasi intro. maaf sgt2 sbb sy x cam.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nisa:
    my dearest cousin!!! sya, lamanya x dgr khabar. rindu amat2. so awk bizi la ye skrg ni? sama la. ngah pn bizi amat2. next week pn ngah exam jgk. ada 3 papers on 2 subjects. by the way, jgn jeles, ngah dh tak lama dh kt sini. lepas tu dh nk balik berkhidmat bakti. ewah. aaa…. ingatkan ngah n kaklong je yg buat pasal membendulkan diri wkt kecik2 dulu. rupanya awk pn sama! ni sah penyakit keturunan ni. huhu. but at least, i did not drop any tears. big smile for me. tiba2 teringat pasal cerita awk nak ikut ayah ngah balik lebak n tiba half way, awk rengek2 nk balik serdang semula. gelabah ayah ngah wkt tu. actly ngah x tau pun cerita ni smpai la bila dh besar, sume org duk asyik gelakkan awk psl kisah ni. hihi. tp x pe kan sya. bendul2 awk kecik2 dulu, nyah sure awk mmg comel amat tercegat je tggu abah awk jemput n wkt awk nangis tu. hihi.. sya, miss u so much! got a lot to tell u! so many thngs! cant wait for holiday to meet u! kita jln2 cari makan sama2 yek πŸ˜‰

    Kak Inah:
    sy untung ada kaklong yg sgt best tp sy x de adik perempuan. sy x de abang tp sy ada 6 org adik laki. bayangkan kak inah. hidup sy dipenuhi kaum lelaki. tp diorg sume ni mmg boleh harap. pandai bancuh air utk minum petang, tutup tingkap rumah ptg2 on time, balik dr padang in time, si abg urus adik2 mandi, tolong jemur n angkat kain klu weekend. mmg alhamdulillah sgt2. adik2 sy sume best2 πŸ˜€

    Reply

  16. akak says on :

    Sarah..selamat kembali..:D. Hari-hari bukak blog Sarah..walaupun dah dibagitau pemiliknya akan busy untuk 1 minggu..hehehe..nak buat macammana kan.. Sarah dah jadi sumber inspirasi akak.

    Reply

  17. penjejak malam says on :

    sarah takde abang yek. aku jadi abang sarah yek.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    waa.. rajinnya akak jenguk2 blog2 sy walaupun x de update. ada 1 mlm tu, sy nmpak akak online, tp sy invi wkt tu sbb tgh study. harap akk sihat ye πŸ™‚ sumber inspirasi? erk..sy ni budak kecik je kak. hehe.

    Penjejak Malam:
    jd abang ipar sy la ye πŸ˜€ tp kaklong sy ada calon dh :p

    Reply

  19. :) says on :

    Moga ayah ngan bonda sarah sehat-sehat selalu insya-Allah..
    Sampaikan salam untuk dorang..

    Jaga diri baek-baek..
    πŸ™‚

    Reply

  20. penjejak malam says on :

    takmau lah kakak awak. nak jadi abang awak juga. lagipun saya dh kenal awak lama. boleh kan..

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    πŸ™‚ :
    sy tau ni cik ati πŸ™‚ nanti sy sampaikan salamnya. n insya Allah dia sihat2 aje d temerloh sana. cik ati dpt email sy x?

    Penjejak Malam:
    dh kenal sy lama? kita kenal ke encik? musykil amat ni..

    Reply

  22. harizhazwan says on :

    judin??? yg ne ek??? x igt ler…byk sgt drop comment kt blog org walau sebyk baca blog org…. klu nk igt tlis nama kisas, lg la byk…. tym duk sek slalu je tlis nama kisas…haha…aah..x kisas….k sarah ni kre super senior da la ni… sy ni mude je lg…haha…bru abes spm…(status: tunggu diinterview…) ..uisshhhh…bkn x gentleman….tp, guru jasmani yg baik…haha

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hariz:
    judin – salah 1 blog yg ada letak senarai sekolah2 terbaik SPM’07. anyway, kamu 5 sains berapa dulu? adik sedara akk liyana. 501. kenal ke? huhu. putera mana kenal puteri kan time kt kolej. time ks dulu lg la. ks kenal teammates yg sama2 bahas dgn ks n yg sama2 kp je. lain dr tu, mmg x kenal langsung. oh tidak. kamu guru jasmani yg racist budak2 :p nak apply mana? all the best in any of the interview πŸ™‚

    Reply

  24. harizhazwan says on :

    uissshhhh…cpatny reply….konpem tgh on9 tuh…soklan ni nk jwb slh, x jwb mmg x slh…haha…sy x ckp pndai nk msk 501….duk 502 lg best..hehe…bkn racist…cme klu blaja khb tym muda2 dlu….tunas pokok 2 kna jemur dlu sblm tanam….haha…jd bbudak pon kna jemur gk r….hehe…apply maner?? mara, medic m.east….ameen…i’Allah….doa2kn..

    Reply

  25. doyot says on :

    waah jauhnyer jalan. Ni kalau merentas desa pon boleh menang.hehe. Nasib tak jadi ape2. betol budak sekarang sekolah rendah pon ade hp. hehe.Saya pon teringt kawan saya yg suka berjalan kaki balik rumah. Jauh jugak rumah, dlm 5 km.huhu..

    Reply

  26. Nisa says on :

    Sya ingat2 lupa kejadian ikut ayah ngah balik lebak…
    yg Sya igt, malam tu ayah ngah ajak ayam je, tapi sungguh2 plak Sya nak ikut balik…tapi seronok, Sya balik sebab nak main dgn Ngah n Kaklong =)

    cant wait to meet you too!! thou i have no interesting stories to share, but u surely have tons of stories to tell me!!

    good luck dearie =)

    Reply

  27. akak says on :

    budak kecik je?!..mmm..tak kira la Sarah nie kecik ke, besar ke, sedang ke..tapi akak suka cara Sarah, tak sama tau macam budak kecik lain..:D.

    All the best!! Kalau dah senangΒ² nanti, tegur je la. kalau tengah study baik jangan dilayan.:D

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hariz:
    mmg wkt tu tgh online. plus study. hehe. 502 pun ok apa. tu pun kelas pandai2 tu. zaman ks dulu, kelas putera puteri asing. batch percubaan. oo.. kamu ni kiranya nk apply kn konsep melentur buluh biar dr rebungnya la ye. tp bahaya biar bdk2 skrg balik jln kaki sndiri2. lebih2 lg klu d bandar. all the best nnti. best fren ks d cairo. medic 5th yr πŸ™‚

    Doyot:
    tu sbb berbakat dlm rentas desa. misti dpt top 10 or top 5. huhu. eh, jauhnya kwn awk tu jln kaki. kesian…

    Nisa:
    yup sya. i have a lot to tell u. since my birthday, i do hv something to tell u. but.. time’s killing me! yg ngah tau, wkt awk ikut balik tu, ada bawak beg kecik ada baju sikit n botol susu. ni mak tam yg cerita semula. sbb ngah mmg x ingat pasal ni. lucu la sya. awk dgn botol susu mmg x boleh dipisahkan! hihi.

    sya, ngah betul2 rindu kt awk tau πŸ™

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    terima kasih kak πŸ™‚ buat seminggu dua ni, prority mmg pd study. ada exam ni. tp dh tension sgt, menulis blog ni la jawabnya πŸ™‚ akak, lapar… nak makan laksa… huhu

    Reply

  30. Mohd Hazreen Rashid says on :

    saya bayangkan KS dgn kakak kpd KS kecik2 berjalan terkedek2 berdua dengan tudung skolah agama ala2 budak skolah rendah punya style pakai tudung. Huhu, nak tergelak pun ada.

    Cerita ni pernah terjadi kepada adik2 saya yg pegi skolah KAFA. Masjid tu sebenarnya jauh gak, dalam 5 km gak dari rumah kami. Sepatutnya bapak saya yang ambil bila dia balik kerja. Tapi entah mcm mana dia absent minded satu hari tu, lalu depan masjid buat derkk je, tp adik2 saya dah terlompat2 melambai2 bagi signal suruh berenti. In the end adik saya yg berdua tu jalan kaki balik rumah dan selamat sampai jugak. Yang kelakarnya diorang siap cerita, maka diorang pun berteduh di bawah sepohon pokok yg rendang bila dah penat di pertengahan jalan, lepas tu sambung balik jalan. Huhu.

    Rindu la plak kat adik2 saya.

    Reply

  31. harizhazwan says on :

    batch percubaan….ooo….cam tikus makmal jerk bnyinye…haha….sy xder la nk wat kt bbdak bandar skang ni…wat kt ks cukup daaaa…hehe…

    Reply

  32. harizhazwan says on :

    skul rendah sy dlu pon asing laki pompuan bg dak2 darjah 4-6….hoho…best gak….terasing dr dunia pompuan….

    Reply

Leave a Reply