7 Perkara Pelik Tentang Saya

Assalamualaikum wbt

Saya tidur awal malam tadi. Sudah makan ubat, kepala jadi berat. Pagi ini terjaga awal. Mimpi yang bukan-bukan dan tidak selesa badan. Jadi ini tag ketiga yang diberikan oleh Maddie. Saya sengaja kerap menulis sejak semalam sebab dengan menulis di sini, menjadi terapi untuk kepala yang terasa penuh dan serabut.

Tag: 7 sillies about me. Saya besarkan sedikit rangkumannya menjadi 7 weird things about me. Tapi Maddie, KS sengaja tulis dalam Bahasa Melayu. Tak membawa sebarang perbezaan pun kan. Jadi, inilah antara 7 perkara pelik tentang saya.

1) Rumah saya ada sebuah koridor di tengah rumah yang luas dan di kiri kanan koridor itu ada pintu masuk ke 5 buah bilik tidur utama, ruang tamu hadapan dan meja makan ruang hadapan. Jika dilihat dari arah dapur ke hadapan, lantai koridor yang bermarmar itu akan memantulkan silau dek kerana adanya tingkap di ruang tamu yang bertentangan dengan koridor itu. Apa yang saya lakukan? Saya tidak boleh lihat permukaan lantai itu kotor atau berhabuk sedikit pun. Permukaan marmar itu wajib berkilat. Saya sanggup menyapu berbelas-belas kali pada hari-hari ramai orang yang lalu-lalang di situ contohnya Hari Raya atau ketika ramai saudara pulang. Saya tidak boleh lihat keadaan yang tidak kemas. Saya tak kisah terpaksa mengemas banyak kali asalkan keadaan rumah sentiasa kemas. Dulu ketika ada adik yang masih kecil, permainan mereka pun tidak boleh diselerakkan sesuka hati terutamanya di laluan koridor itu. Marmar itu wajib kemas dan berkilat. Huhu.

2) Saya takut dengan nombor. Atau lebih tepat, saya takut dengan nombor selain 1. Jadi saya akan berusaha sehabis daya untuk mengekalkan pencapaian terbaik saya ketika di sekolah dulu untuk mendapat nombor 1. Ketika di tingkatan 5, saya jatuh teruk akibat terlalu aktif dengan dunia bahas saya. Saya tertekan waktu itu. Tapi itulah juga saat yang mana telah mengajar saya: Number is nothing. What do you give and get in return is what counts. Sejak dari itu, saya sudah tidak kisah dengan nombor 1. Tapi nombor 1 tetap menjadi nombor kesukaan.

3) Sejak sekolah rendah sehinggalah tamat sekolah menengah (sudah ke Asasi Sains UM rasanya), saya selalu bertanya kenapa dan mengapakah manusia mencipta nombor dan seterika? Tentang nombor, menjawab persoalan kenapa saya takut dengan nombor 1 itu. Dan tentang seterika kerana saya pengawas sejak darjah 2 lagi. Jika baju tidak kemas, itukan tidak bagus dan disiplin diri seorang pengawas itu akan dipersoalkan. Ditambah pula dengan diri saya yang tidak sukakan sesuatu yang tidak kemas, jadi menggosok baju adalah 1 kewajipan. Tapi saya malas! Saya tidak suka tapi terpaksa buat juga. Siapalah yang mencipta seterika ini. Aishh…

4) Saya sangat suka mee sup sampaikan kalau hari-hari kena makan mee sup pun tak mengapa. Pernah satu hari saya menelefon rumah, adik Aiman kata tadi dia makan di luar. Dia kata, kat situ mee sup dia sedap. Dan dia teringatkan saya. Huhu. 1 keluarga saya tahu saya sukakan mee sup. Lebih umum, saya lebih suka mee dari nasi. Senang je nak jaga saya nanti. Makan mee sup hari-hari pun saya tak kisah.

5) Jika sedang memandu, saya ada cara sendiri untuk tidak mengantuk atau marah-marah pada pengguna jalan raya lain yang tidak berhemah. Saya bercakap seorang di dalam kereta dan bermain dengan plat nombor kereta yang saya nampak. Contohnya di simpang jalan ada seorang pakcik yang membawa kereta dan tidak sedarkan saya yang menggunakan jalan utama, saya tidak akan marah-marah menggunakan hon. Saya hanya akan bercakap seorang seperti: Eh, pakcik. Pakcik je ke yang nak hidup lama? Saya tak kisah mati dulu tapi ni kereta kakak saya. Nanti saya yang kena. Ataupun saya akan berkata begini: Aik. Awak je ke yang dah ada lesen besar. Saya ni lesen tolak stroller baby je ye. Haha. Tengok keadaan. Kadang-kadang, lagi teruk yang saya repekkan. Tentang bermain dengan plat nombor kereta, saya rasa ramai yang begini. Sejak kecil, saya suka menambah nombor plat kereta yang saya nampak dan memberikan jawapannya dalam kaedah matematik Mokhda. Contohnya CAT 8897. 8+8+9+7=32. Dalam kaedah Mokhda (kaedah cepat belajar Matematik yang pernah saya ikuti sewaktu sekolah rendah, susah hendak diterangkan tapi ringkasnya, setiap nombor diwakili oleh sebutan-sebutan ringkas). Jadi jawapan akhirnya ialah CAT gawa. Jadi bila terpandangkan kereta dengan plat ini, saya akan terus terfikirkan kesimpulannya sebagai Kucing Jawa. Sesuatu yang lebih kurang maknanya. Sangat rumit tapi inilah otak saya. Contoh kedua: BCB 763 (=BCB 16) (16=tunam) akan menjadi Bank BCB dan nak bertunang. Haha. Apakah? Ikut suka hati sayalah nak buat kesimpulan yang bagaimana :p

6) Saya sangat tidak suka tuisyen. Saya pernah tuisyen sewaktu tingkatan 3 saja. Itupun atas sebab saya banyak tertinggal kelas atas urusan bahas dan syarahan. Jadi untuk mengelakkan saya tertinggal silibus, saya ikuti kelas kombo 3 subjek: BI-BA-Matematik. Tapi saya rasa macam tiada fungsi pun saya ke tuisyen. Di tuisyen, saya pernah disuruh balik saja ketika kelas Matematik kerana ujian bulanan Matematik saya di sekolah, saya mendapat 99% (Mana boleh seratus kan. Tak logik sebab jalan kerja mesti ada yang kurang, kata cikgu saya). Bila di tuisyen, saya disuruh pulang pula. Apakah? Dan dalam kelas tuisyen BA pula, saya disuruh menjadi tutor kepada 2 orang kawan. Jadi, saya ni belajar ke tidak? Musykil… Sebab itu saya tidak suka ke tuisyen. Tambahan pula, dulu tuisyen saya bermula pada jam 2 pm setiap Sabtu. Saya akan terlepas cerita Spellbinder yang disiarkan secara bersiri di TV2 pada waktu itu. Ups. Baru saya sedar. Saya layan juga cerita fiksyen sebenarnya! *senyum* Untuk anak-anak saya nanti, saya tidak melihat tuisyen sebagai 1 kewajipan. Seboleh mungkin, saya lagi suka mereka belajar dan mengulangkaji di rumah. Jika terpaksa saja, baru akan menghantar mereka ke tuisyen. Saya lihat, sekarang ini bagaikan trend pula ibu bapa hendak menghantar anak-anak mengikuti tuisyen. Kadang-kala, memang tuisyen diperlukan sebab ada sekolah yang keciciran dari segi silibus. Selagi tidak perlu, tak usahlah. Ok. Ini pendapat peribadi saya. Mungkin ada yang tidak setuju 🙂

7) Saya tiada selipar di rumah. Kalau hendak keluar rumah, saya akan menggunakan selipar adik-adik saya saja. Kenapa? Sebab saya tidak suka keluar rumah dan lagi suka berkurung membaca buku, melayari internet atau menonton drama mana yang ada. Mana-mana drama yang merapu, dengan percuma saja akan mendapat kutukan dari hati saya yang tulus ikhlas. Jadi, selipar yang selalu menjadi mangsa ialah selipar Aiman dan Adi. Emak saudara saya kata, saya ni Puteri Lilin. Huhu. Apa-apa ajalah.

Ok. Cukup 7. Saya rasa, saya tidaklah sepelik mana. Dan 7 perkara ini bukanlah terlalu bodoh dan tidak disangkakan, bukan?

Maddie, sorry for the lack in any that I did. And I stop the tag here. I don’t know whoelse could bear doing such tag. It’s tiring to think over things we always do but we don’t really notice them. Hehe. Anyway, this tag makes me realize who I am for real. A half-weirdo. Hehe.

20 Responses to “7 Perkara Pelik Tentang Saya”

  1. cikgu jawe says on :

    setiap manusia ada unik sendiri. paling tertarik sanggup bersihkan lantai berbelas kali. hai le terlalu pembersih ko sarah.

    org kata pembersih sgt pun tak elok, sbb bdn perlukan bakteria juga.

    hai.. entah lee.. 🙂

    asalkan ko tak basuh ikan dgn sabun udah lee.. hehe

    Reply

  2. MK says on :

    salam ks

    thanks untuk #2.. saya akan ingat yang tu

    Reply

  3. myfisol says on :

    salam Sarah…

    hmm..pelik sungguh Sarah nie…one of a kind I guess..

    tapi nampak kepelikan itu ada konkrit reasons disebaliknya, really2 good reasons…

    like motto bro…to succeed, be daring, be different and be there first…I see you’re different..and daring to dare…:)

    Reply

  4. manje says on :

    kite suke yg no 2 tntang sarah… sume org dlm dunia ni nak jadi no 1… malah org berlumbe2 nak jadi yg no 1… tapi tak sume org berpeluang wat mcm sarah…motivasi yg baik buat diri sendiri utk lebih bejaye… 🙂

    tapikan klu sume org nak no 1, sape plak yg nak amik no 2 3 4 5 dan 400 … hehe :p

    Reply

  5. Rynn Cowbra says on :

    dengan itu ryn dgn rela hati cop tempat ke empat.

    tp xmo jd isteri ke4.
    mau jd nomor satu dan terakher.

    ngee~

    sarah,meh la dtg umah ryn.
    kemaskan bilik ryn.

    ryn da kene halau dr kamar diraja 🙁

    Reply

  6. mAkCiK De' KiPaS says on :

    ahaha..sarah… azah pon suka tgk spellbinder tu! tak pernah miss… bes sgt!

    Reply

  7. AiRynnz says on :

    nmpknye sarah bakal ketemu ngan seorg yg suker menyelerakkan barang2 nnti…hahahaha biasenye jodoh kite kontra dr pe’el kite….

    p/s: jgn percaya ya…;) saje ngusik sarah

    Reply

  8. david santos says on :

    Hello, Sarah!
    Great posting!
    I appreciate this blog.
    Have a good weekend.

    Reply

  9. Inah says on :

    salamun alaiki ukhti sarah 🙂

    kepelikan sarah adalah persamaan dengan akak

    sukakan nombor 1? akak suka nombor 1 dan 7

    x suke tusyen?akak x pernah tusyen sepanjang pembelajaran kecuali untuk b arab..tu pun akak yg kena ajar kawan..samala kes kita

    tapi takpe..bila kita ajar kawan lain..ilmu kita akan diberkati..kita makin ingat dan faham..itu yang akak amalkan masa blajar dulu dari kecik sampai zaman biomedic 🙂

    take care sis 😀

    hugs!!

    Reply

  10. "sishoney" says on :

    SALAM SARAH,
    sis suka baca apa yg pelik ttg sarah.sbbnya apa yg pelik ttg sarah adalah pelik2 yg hebat.pelik2 yg bijak.pelik2 yg menggunakan pemikiran.u are great dear!!!seronok sis dapat kenal dgn sarah~hiks

    Reply

  11. akak says on :

    Salam Sarah..

    Pelik yang memang unik macam tuannya jugak. Satu dalam seribu kot. Macam² la Sarah nie..hehehe. Tapi akak rase tak la sampai tahap kritikal lg tu, lain la..kalau Sarah sanggup cuci ikan dengan sabun macam cikgu cakap tu..

    Kali ni akak dah tak senyum depan PC tapi dah gelak pulak (bila baca bab Sarah merapu tu)..sampai mak akak pun dah tengok semacam kat anak dia ni.. :))

    Reply

  12. fathiyyah says on :

    cantikknya meja blaja akak!!

    tadi yana call saya,hepi betul yana..
    die siap tanya pasal tips interview,berjela2 sy jawab..hehe
    proud of her

    kak,take care ya!

    Reply

  13. adi says on :

    Hmmm, tak la pelik sgt pun, ada org yg lg pelik, heh =p.
    Apapun, 7 perkara tu sedikit sebanyak boleh menghuraikan keperibadian Sarah. Nampak normal la…hehe

    btw, i’d hate this tagging thing…

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    alalala cikgu. sy bukannya hari2 mcm tu. cuma hari2 tertentu yg sy rasa x selasa je klu x kemas. sbb sy akn rasa x beshh. hehe. psl basuh ikan dgn sabun tu kan, sy dgr org penang ada buat mcm tu tau. sbb diorg x nak bau hanyir tu. yg tu mmg pelik.

    Khairul:
    ups.. yg no. 2 tu ada pengajaran ke? ks x sedar pun.. sbb tu just pendapat ks je 🙂

    Bro Fisol:
    wkt sy terbaca quote abt daring to dare tu, sy rasa motivated. trma kasih byk2 bro. slalu sy dpt smgt bila baca apa bro tulis 🙂

    Manje:
    aik.. point no. 2 jgk ye. tu la kn klu semua nk duduk kt no. 1, sape la nk isi nombor yg lain2 tu kan 🙂

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn:
    haa.. klu sy kemaskn bilik ryn, sila doublekan bayaran doposen tu. eh bukan double. tp ribu2 lemon kan ye. hehe.

    Azah:
    tak sangka azah suka jgk! susah nk cari geng yg suka cite ni jgk tau. sbb ada merapu2 skit2. hehe

    Kak Rynnz:
    ouchh… tp redha je la nnti. sy x kesah. asalkn dia x kesah sy mengemas smula. hihi. tiba2 sy terbayang apa akak cakap tu. mcm mana la rupa org tu ye. harap2 muka dia kemas la. hihik.

    David Santos:
    mano2 pun pakcik ado yo. huhu.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    yeke sama? yeay. sy x la pelik sgt kn. sbb klu org kata sy pelik, sy akan jawab semula yg kak inah pun pelik jgk la. hihik. knp akak suka no. 7 juga?

    Sis Honey:
    aaaaa.. rindu sama sis!!! lamanya sy x tinggal jejak di sinun. sis honey, sy x la pelik sgt kan kan kan? hehe. acai lg pelik sis. kan kan kan. *mati la sy kena sekeh dek acai nnti!*

    Akak:
    ouchh. sy takkan buat keje basuh ikan dgn sabun. selagi sy waras, insya Allah sy takkan buat. hihi. haa… akak, kalua gelak2 tu kena cover2 tau. nnti mak akak ingt akak pelik plak 😀

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    kemas ke? mana ada. sgt biasa je tu. x de hiasa2 pun. ks ni slumber je. asalkn bersih 🙂 yana call? waa.. sgt rapat ye korang berdua ni. yana x call ks pun. ks yg call dia on that day. hehe.

    Adilin:
    haa.. kn dh kata. sy x la pelik kn. sbb ramai lg yg jauh lg pelik. n susah sgt sy nk pikir apa la yg pelik tntg sy ni. sbb rasanya sume mcm normal je. hehe.
    pssssstt… sy pun dh malas nk jawab mana2 tag dh lepas ni.. klu ada org tag, sy buat2 tak nmpak je la kot. boleh x mcm tu. hihik.

    Reply

  18. harizhazwan says on :

    waaa…mokhdar….
    sy pon dlu ade mind concious gk memula psl mokhdar ni…
    tym f3…
    en mokhtar 2 g skul…
    igt cm best…
    mmg best pon….
    tp, da taksub sgt,
    smpai rse cm da rosak otak…haha…
    tgk pokok, kuar bahasa nombor utk pokok,
    tgk tiang, nmpk 13:63,
    smpai kantin skol, muncul 86136…
    adeh…rse cm da bengong otak bler smpai thp 2….
    pas2, tobat da…
    x nk igt pon mokhdar ni…
    tp, seb baek ler bley gne lg klu nak…
    kre control by the will la…
    dlu out of will…haha

    Reply

  19. faisal says on :

    Saya suka nasi, so even sarah nak makan mee kena juga masak untuk sy tau,hahahahah..adiah besday tahun ni nak bagi sarah seliparla,hihi..even dah lepas..:)

    Reply

  20. Anonymous says on :

    Hi Sarah,
    This is Kak jasmin & we dont know each other actually. I trust you are doing very well in Moscow. I was attracted with your topic about mokhda tu. Baguske for kids? Nak tanya yr opinion coz I thought of sending my kids for this course. Please advise me, I am a mother of 5 kids..risau dgn pelajaran diorg ni.

    Reply

Leave a Reply