Namanya Yen Shu
Cukup cerita pilihanraya. Saya hendak berkongsi kisah yang terjadi pada hari Khamis lalu. Sebenarnya permulaan segalanya adalah kira-kira sebulan yang lalu ketika saya sedang beratur untuk urusan visa di bangunan dekan.
Ketika sedang berbaris bersama Farah, tiba-tiba seorang lelaki Arab memotong barisan kami. Saya bengang. Farah juga begitu. Saya bertanya secara baik kepada lelaki itu dan berniat supaya dia faham bahawa kami beratur lebih dahulu daripadanya. Tapi, banyak pula alasan yang lelaki itu berikan. Dan sebenarnya, perbualan kami itu agak tegang (dalam Bahasa Rusia) dan saya sendiri tidak sangka boleh ‘bertekak’ dengan lancarnya dalam bahasa itu. Tapi kebiasaanya di luar sedar, kita memang boleh jadi begitu jika berada dalam keadaan terdesak. Kami menang. Ada seorang lelaki Arab lain memarahi lelaki pertama tadi kerana tidak menghormati hak orang lain. Dan pada ketika itu, saya sedar bahawa tingkah saya dan Farah diperhatikan oleh seorang lelaki yang beratur di belakang Farah.
Saya malu sebenarnya. Nampak seperti saya ini garang pula. Atau, lebih teruk mungkin saya ini nampak ganas. Saya bukan begitu. Lepas dari itu, saya diam saja sepanjang menunggu giliran kami. Setakat yang dapat saya amati, lelaki itu warganegara Cina, dari Tanah Besar. Tapi rupanya seakan-akan orang Korea. Sebetulnya, saya tidak dapat membezakan sama ada dia seorang bangsa Cina dari Malaysia atau dari Tanah Besar.
Sehinggalah pada hari Khamis lepas, kami bertemu lagi kerana urusan visa kami selesai pada hari yang sama juga. Kali ini, dia telah tiba lebih awal daripada saya dan Farah. Jadi, kali ini saya dan Farah beratur di belakangnya pula. Dia berkemeja biru muda dan dipadankan dengan kardigan kotak biru tua. Kemas rapi. Sewaktu mengambil passport dan visa kami itulah baru saya tahu bahawa dia warganegara Cina. Selesai urusan di situ, Farah terus pulang dan saya pula ada mesyuarat dengan Timbalan Dekan. Sekitar pukul 4 petang baru saya pulang.
Saya keluar dari bangunan itu sekitar jam 4.o5 petang. Ada cahaya matahari waktu itu. Suhu pastinya positif waktu itu. Saya terus berjalan kaki menuju ke hostel dalam kadar sederhana laju. Sebelum menyeberang jalan di sebelah kedai bunga berhampiran bangunan dekan, saya terdengar ada derap kaki di belakang saya. Saya toleh. Saya lihat, lelaki tadi berjalan di belakang saya. Saya teruskan saja perjalanan saya. Sebaik tiba di tepi jalan untuk melintas, saya sedar lelaki itu sudah berdiri di tepi saya, betul-betul berselisih dengan bahu kanan saya. Saya dengar dia menyebut davai yang bermaksud mari setelah dipastikan tiada kereta di kiri kanan jalan. Saya terus melintas bersamanya.
Di seberang jalan, dia tersenyum. Saya senyum sedikit tapi agak kekok kerana saya tidak tahu apa yang hendak direaksikan kepadanya. Tiba-tiba dia bersuara: Awak tinggal di hostel Spartivnaya juga ke? Saya menjawab semula: Ye. Kat situlah.
Bermula dari situ, menyusullah soalan-soalan lain daripadanya dan kami seperti sudah kenal lama. Perbualan kami seperti ayam dan itik. Bahasa perantaraan kami ialah Bahasa Rusia. Dia masih tidak berapa fasih kerana baru 2 tahun di sini dalam bidang Pharmacy dan saya pula tidaklah hebat mana berbahasa termpatan. Cukup makan sajalah kiranya. Sudah banyak yang dibualkan tentang pelajaran, barulah dia memperkenalkan dirinya: Saya Yen Shu. Saya nak panggil awak apa pula? Saya jawab pendek: Sarah. Yen Shu berkata semula: Sarah. International name. Dia senyum.
Kami merentas pasar berdekatan kawasan hostel ini. Sewaktu ada kereta sorong besar yang memungut kotak-kotak lalu berhampiran kami, Yen Shu berjalan di sebelah kiri saya iaitu di sebelah kereta sorong itu. Saya senyum. Dia lelaki yang prihatin. Saya senyum saja sebab tidak tahu apa yang patut direaksikan.
Sebaik tiba di pintu utama House No. 16 itu, dia membukakan pintu. Yen Shu bukan seorang yang banyak cakap. Dia nampak pendiam dan memang dia sangat menjaga bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi dengan saya. Dan dia tenang saja ketika bercakap. Dia sensitif atau peka dengan keadaan sekeliling. Itu kesimpulan ringkas tentang Yen Shu di sepanjang perjalanan pulang kami petang itu. Tidak dilupakan, air mukanya manis dan tenang. Ya. Tenang. Jujur, saya suka melihatnya.
Sampai di tangga utama, saya katakan padanya saya akan menggunakan tangga saja untuk naik ke rumah. Yen Shu membalas bahawa dia akan menggunakan lif di bahagian tengah untuk ke tingkat 7. Sebelum berpisah membawa haluan masing-masing, dia bertanya: Sarah, awak nak ke tingkat berapa? Saya sedikit cemas waktu itu. Saya menjawab: Tingkat 3. Dengan jawapan itu, dia senyum sedikit dan berlalu selepas mengucapkan: Da svidaniya (jumpa lagi).
Saya tersenyum berjalan menuju ke bilik. Dan apabila sampai ke bilik, baru saya sedar bahawa disebabkan terlalu cemas sepanjang berjalan pulang dengan Yen Shu tadi, saya tersalah memberitahu tingkat rumah saya.
Saya tinggal di tingkat 2 sebenarnya! Baru kini saya tahu bahawa jika saya gabra, saya boleh tersasul sebegini sekali. Kesimpulannya, lain kali tenangkan diri kamu semua dan jangan sampai tersasul benda-benda yang remeh begini ye. Malu betul saya jika Yen Shu tahu yang saya gelabah dan tersasul sebenarnya.
Nota: Tahniah buat sahabat baik saya Mimie dan suaminya Azrin yang telah menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 10 Mac 2008, jam 8 pagi di Hospital Serdang. Mimie, saya happy sangat bila dapat mesej awak pagi semalam. Buat Sarah Ayana, welcome to the world! [Mimie dan Azrin, saya terharu dengan nama Sarah tu. Sungguh! Doakan saya pulak ye.]
the other day it was thursday morning i think. i was waiting for the lift to head out for obs class. so when it reached my floor the doors opened and there was glid inside. i dunno maybe i wasn’t expecting anyone to be inside or maybe my brain wasn’t fully awake yet, so i walked in, fumbled for the lift buttons and hit 5.
well obviously we were ALREADY on the fifth floor.
glid had the sense to press 1 after a few seconds of the lift silently static and unmoving. and we had a good laugh afterwards. stuff like that happens sometimes π
Reply
eer.. my name is jawe. cikgu jawe. saya tinggal kt apartmen juga. tingkat bawah!. haha.
sarah..sarah.. tenangkan diri kamu. jgn mudah tertarik dgn lelaki yg baru kamu jumpai. jgn latah ye.
sekali lagi gelombang otak kita sama. cerita yang berbeza tapi point hampir sama.
da svidaniya.
Reply
hehehe..klakor la..u lighten up my day π
take care sis..
mcm cikgu jawe..nak ckp bahasa rusia gak
da svidaniya π
Reply
salam
privet (cewah!)
hurm.. tak tahulah pulak ks tersasul!actly tak tau pon citer nih. hurmm.. ok la juga. at least tjat guy tinggal lain floor. kalau yg same ngan floor kite tuh? =)
Reply
btw ks you’ve been tagged! never done this before so bear with me lol π
Reply
my name is acai..:) i live at banting,hahahahah…:P sarah sarah…mcm ada bibit2 percintaan je..cam cerita korea tu,hehehehe..:P *takdela gurau je…kalau jumpe sy sok jgn plak tersyasyul ckp nama awk sari tau…hahahahaa
Reply
lame tak nmpk kat umah antie..sihat ker?
takecare..
Reply
name saye saripah arunak laloya estefania.
saye dok sini.
kat sini.
sini oke.
ngee~
sarah,ade x muke laki tuh ala2 daniel wu?:”>
Reply
WaH…
SaRaH BeRBaHaSe RuSia…
aMaT BeST !
TaHNiaH uTK MiMie & aZRiN JuGe π
Reply
Salam. Baguslah orang berbudi kita berbahasa. Bantu membantu.
Reply
salam sarah….
tersenyum akk arini π
jaga diri baik2 ya sarah
Reply
salam sarah,
sebenarnya saya pon memang selalu begitu, bila gabra, semua serba tidak kena, hehe π
sekarang sy sudah tahu siapa Sarah Aryana, pttla dlm status smlm ada nama ni π
Reply
wah… gaduh gaduh dgn lancar dlm bahasa asing, lepas tu tak gaduh-gaduh, who knows, lepas ni bleh jadik best fren plaks… hehehe
Reply
mmm..Sarah..Sarah..tersasul jugak ye. π Apapun akak terhibur dengan cerita Sarah yang nie. Boleh senyum sorangΒ² depan PC nie..hehehe. Lepas nie bukak kelas bahasa Rusia akak nak belajar ngan Dr.Sarah. Best jugak ek dapat perang mulut dalam bahasa asing nie..hehehe.
Okay Sarah..take care &…be COOL terutamanya depan Yen Shu..hehehe (sorry..gurau je)
Reply
Salam buat semua.
Maddie:
u really did that? luckily it was Glid inside. if it was any russian, or brazillian or arabian, wow… would be so embarrassed for few weeks with them π
Cikgu Jawe:
hehehe. bukan tertarik cikgu. nak cerita yg budak tu sopan org nya. alah. org cina. bukan agama kita pulak tu π lg pun, hati ni dh penuh dh *lariiii*
Kak Inah:
tu la pasal.. sy malu dgn diri sndiri sbb gabra smpai mcm tu sekali. da svidaniya kak inah π
Reply
Wanie:
privet daragaya. cite ni jd wkt hari yg ks super duper bz last wk. hri yg ks ke library tu. hari tu kan ks tak sempat makan minum apatah lg nak berborak psl life π yg budak floor kita tu, klu dia yg tegur ks, tu diba akn jelous tu. hihi.
Maddie:
tag? auuw.. ok.. will do that later insya Allah π
Faisal:
hehe.. mana ada bibit2 percintaan pn. tak kuasa sy eh. tu org cina pun. bukan seagama n senegara plak tu. cuma dia sopan bahasa n budi. haa.. nnti klu jumpa awk, sy perkenalkn diri mcm ni: hi abg acai. nama sy shasha. shasha shukor. huhuhuhu.
Reply
Auntie Combi:
salam auntie.. sy jarang merayap sgt skrg ni. bizi bee.. sy sehat alhamdulillah.. harap auntie pun sihat π
Rynn:
amboi la nama dia.. very the vogue gitu π erm.. muka dia iras2 pelakon korea. tp sy x tau nama pelakon tu apa. cite apa dia belakon pun sy dh x ingt π
WaNa:
nnti sy buat kamus bahasa utk setiap entry akn datang π
Alam:
ye… nmpak gayanya, awk je yg faham motif entry ni. budi bahasa π bagus betul awk ye. hihi.
Reply
Kak Rynnz:
suka sy sbb dpt buat akk senyum π
Fizz:
ye tak ye. sy lupa awk ada online jgk wkt tu. ye. tu la maksd status sy pgi tu π Sarah Ayana Binti Shahazrin.
Maksu:
erk.. best fren tu x mungkin kot. hehe. nak bercakap pun mcm ayam itik. cukupla apa yg jd disimpan dlm laci je π
Akak:
tak sangka sy buat akk ternyum sorg2 depan pc. hihi. aaa.. ye.. sy akn cool klu sy terserempak dgn dia lg. hehe π
Reply
salam.
Nama saya… hihi. sarah lama tak jenguk ur world ni, ada kisah menarik rupanya. moga sihat-sihat dan ceria-ceria je la kat sana. apapun seperti nasihat daripada yang lain-lain juga berhati-hatilah berada di negara orang setiap masa dan ketika.
All da best. salam alayk
Reply
salam dik..
akak da send sekali lagi..
dah dapat bagitau k..
visit my blog n tengok artikel kat utusan tu.. hehe..
your kak long antara orang awal yang realize artikel tu dan terkejut besar dia.. π
take care dik..
Reply
salam Sarah..
orang berbudi kita berbahasa….sesuai sgt utk citer sarah ni…
and bertekak tu kadang2 perlu..bagi membaiki keadaan dan mempertahankan hak kita..asalkan jgn keterlaluan..
have a nice day…
Reply
Kadir:
salam. lama jgk x jenguk ke sana. hari tu jenguk2 sat, byk nya yg sy dh miss. sama la. smga yg baik2 aje utk awk n sahabat2 yg lain kt sana.
Kak Tikah:
ya. sy dh tgk link tu. n terkejut tau. terus baca ulang2 kali. teruja tgk berita pencapaian kak tikah masuk paper π
Bro Fisol:
sy bertekak hari tu x de la teruk sgt. hihi. cuma nk pertahankan hak je. sbb malas nk kena tggu. ada benda lain nk kena buat. hehe.
Reply