Sepetang Di Ismailovskaya
Bangun awal pagi tadi (terjaga sebelum jam berbunyi), rumah ni gelap gelita. Baru teringat, malam tadi ada litar pintas selepas seterika kami meletup. Biasanya letrik akan kembali ada selepas seketika. Tapi elok selepas rumah gelap, saya terus tidur kerana hari pun dah lewat waktu itu (sudah pukul 2 waktu itu sedangkan kena bangun seawal 6.15am). Selepas berwudhuk, saya terus bergegas menuju ke security untuk memaklumkan hal ini.
Selang 10 minit, letrik kembali ada. Saya mandi, solat subuh dan terus ke dapur masak air untuk bersarapan. Hari ini kelas sampai ke petang. Selepas tamat kelas Infectious Disease pada jam 2.45pm (sepatutnya tamat pada pukul 2.30pm), terpaksa bergegas ke Ismailovskaya pula untuk kelas Philosophy di sana. Kelas bermula pada jam 3.30pm tapi kami tiba ke sana sekitar 3.45pm. Cikgu memahami. Tak mengapa.
Kisahnya, Ismailovskaya ini merupakan bandar di mana letaknya bangunan untuk kelas-kelas tahun pertama. Semua subjek ketika saya di tahun pertama dulu terletak di situ. Sebenarnya, subjek Philosophy ini berubah-ubah lokasi. Sem lalu, kelas saya di Bangunan Dekan. Sem ini di sini pula. Jadi, setelah 4 tahun tidak menjejakkan kaki ke bandar itu, tadi saya dan rakan-rakan seperti orang batak dan jakun meninjau-ninjau perubahan yang ada. Sebenarnya hampir semua pun masih sama. Tiada yang berubah sangat. Kedai pirazhok (pai) masih di tempat yang sama. Begitu juga kedai kuri gril (ayam golek), kiosk ais krim dan hachapuri (ala-ala roti nan tetapi berkeju dan dibakar) pun masih seperti dahulu. Cuma pasar lama tempat saya suka membeli anggur sudah tutup. Banyak kenangan di pasar itu. Pasar itu barangkali sudah digabungkan dengan Yamarka (Pasar Besar) Ismailovskaya yang berhampiran dengan metro.
Banyak kenangan saya di sini. Di jalan raya berhadapan stesyen metrolah menjadi tempat pertama saya memecah rekod jatuh terduduk ketika melintas jalan akibat jalan yang licin. Di bandar itu jugalah mencatit sejarah tangan kanan saya dislocated di bahagian pergelangan tangan. Sebulan berbalut. Ini gara-gara saya dipenyek di dalam trolley bus yang sendat. Juga menyaksikan saya dan Eza (teman sebilik sewaktu di tahun pertama) yang suka melihat merpati-merpati yang ada di sepanjang jalan menuju ke Bioorganic Chemistry Department yang sangat debab dan gebu. Di situ jugalah menyaksikan saya (dan ramai lagi sebenarnya) berlari-lari mengejar bas kalau sudah terlambat untuk ke lecture Physics dan kenangan kumpulan saya, Group 6, yang suka melepak di stalovaya (kantin) yang ada menjual pizza panas berharga 35 ruble saja di luar Main Building of Ismailovskaya.
Tadi ketika berada di dalam trolley bus bersama Eza, kami meninjau-ninjau keluar tingkap. Ibaratnya itu kampung kami yang sudah lama tidak dikunjungi. Dulu kami memanggil bandar itu sebagai Bandar Nenek Tua. Terlalu ramai orang tua. Naik bas pun, berebut dengan nenek-nenek tua (tapi kami tak lah berebut menolak-nolak, tapi mereka ya. Ganas kan?). Tapi kini nenek-nenek sudah tidak seramai dulu. Saya bertanya bersahaja kepada Eza: Mana la perginya nenek-nenek ni ye. Dah kurang dah. Dan dengan bersahaja juga Eza memjawab: Dah kurang sebab dah mati dah kot.
Dan kami tergelak berdua. Dan tadi saya tiba ke rumah pada pukul 6.30pm. Sudah pekat malam. Dan sejuk membungkam.
agak awal subuh kt sana ye. jam 2. dulu masa kt UKM, antara subjek kegemaran aku Philosophy ni le. tp tak tau le kot sama ke lain Philosophy perubatan nih. tapi aku dpt A subjek tu. 🙂
slmt belajar sarah. best kan terduduk atas jalan yg licin. tak terbayang eh. =)
Reply
hehe kelakar2.. dah mati.. nya oh nya..
Reply
Cikgu Jawe:
eh tak. pukul 2 tu baru nak tido. subuh pukul 5.45 skrg ni. sy rasa same je cikgu. belajar pasal ketamadunan, perbezaan agama n sume la psl etika hidup n mcm2 lg yg pelik2 ni. boring nye. hehe. cikgu, sy jatuh dgn macho tau wkt tu. bgn sendiri, kibas2 skit, trus smbung jln smula 🙂
Yasir:
nya la alkisahnya. jgn pek oh pek sudah :p
Reply
salam sarah
mcm mana rupa hachapuri tu ye..pantang mama dgr makanan berkeju ni..cairrrr~~~~ hehehe
wah, ni kire mcm ‘terngat tempat berdating la ni’..kenangan lama ya…
same la bila mie balik kuantan, mcm jakun je mencari perubahan yg ada.
Reply
salam sarah, kuliah sudah bermula ya? bila baca entry nie, teringat kenangan sy bergegas2 ke kuliah dulu, tapi saya xpenah lg ade pengalaman dipenyek trolley bus, mesti sangat sakit kan..hmm siap ada nama bandar nenek tua lagi…pastinya kenangan2 sarah di sana menjadi kenangan terindah sepanjg hayat..ape2 pon ganbate kudasai dr sarah!
Reply
salam sarah…
rindunye rasa nak kembali ke kuliah..tp xnak exam hahahah dulu akk suker ngat kuliah company law…coz letcurernye emcem hihihi walaupun kelas tuu malam tp semangat nak gi hahahaha
bljo leklok ya sarah…nnti leh cepat kawen :p
Reply
ismail? ismaillll?
Reply
oh borin e subjek gitu,bleh bayang kalau dekat 3 jam…tersengguk setuju je apa yg lecturer cakap..
Reply
Slm Shasha,hahaha…*tak tahan…
Sarah,masih kat situpun sarah dah terkenang,hehe..nnti kalau dah balik mesia mestui lagi terkenang tau..
bila baca ni teringat tau tpt2 yg slalu lepak mas ablaja dulu,huhu..kekadang mcm nak pi sane je tengok keadaan sekeliling pastu balik lagi..tapi mesti mak marah sbb buat kerja gila camtu,hahahaha…:)
sian nenek2 tua tu terdesak awk ngumpat pasal diaorg,hahaha..sejuk2 diaorg duuk jela kat dalam umh,hehehe..:P
Reply
erk!
lawak la soklan sarah neh 😐
mst lew mereka sudah pergi menyambut seruan ilahi.
xpon dok mengumpat sarah ngan eza. aner lew dak yg x ganeh nek bas dulu tuh?
hahak!
Reply
wa.. kalau tukar kelas, sampai tukar bandar skali ek
um sian nenek2 yang tidak bersalah
Reply
hehhe hehhe…lawak yg bersahaja..tapi memang kelakar 😀
Reply
banguuunnnn baggunnnnnn!!!! hehee..ayat kat atas tu cam byk salah je,hehe..tapi sarah buat faham jela maksudnya,kekekeke..
Reply
Hehe, kenapa nama bandarnya Ismail. Latip takde ke. Kasihan Latip takde nama bandar. Samad pun tiada. Diskriminasi amat.
Semua nenek sudah melangkah ke cahaya haha. Kelakarnya. Hik hik.
Reply
salam sarah…
rasa teringin plak sis nak berebut2 bas dgn nenek tua.baca kisah2 sarah buat sis teringin nak ke sana…*smile
Reply
Salam ziarah.
Ramai nenek tua?
Macam kat Adelaide je.
Ramai orang tua.
Jemputlah melawat ke Adelaide.
Reply
nenek tua mungkin dah ‘kembali’ ke…hehe.
Sarah, jangan lupa balik mengundi! 😛
Reply
sarah,
ismailovskaya = ismail loves kaya hehehe, unik namanya kan, bagaimana agaknya bunyi sebutan nye, klo ikot ejaan dah familiar ngan bahasa melayu kita hehehhe
Reply
ks!
Reply
sarah dh kene penyakit malas nk balas komen. 🙁
Reply
salam ks, waahhh rindunya ngan ismailovskaya…dulu2 benci tempat tu, sbb jauh sgt. tp bila ks crite, tringat plak kenangan dulu. pagi2 lagi kene kuar btolak dari pushkin utk pi sana..ee jauh sungguh! tp nasib baik dah tak perlu pi sana lagi. kalo tak, tcabut lutut ni.haha.
Reply
fuh..dpat pun ber’tenet’ hari nih..best la dua2 entry ks nih…yg ni dgn yg diari sorg sarah tu…adoi…lga r dpat tgk tenet semula..kehkeh…all the best 2 u..
Reply
Salam buat semua:
Mimie:
hehe. hachapuri tu mcm roti canai tp kering x berminyak la n ada keju tu dibakar skali dgn roti tu. jd roti tu masin2 keju. dulu sy rajin la makan. tp skrg dh jarang sgt dh. hehe. awk sihat x skrg mie? due dh sgt dekat kan 🙂 x sabar nak dpt ank sedara ni!
Fizz:
gi la melawat tmpat awk belajar dulu2. sure awk pun terkenang2 mcm sy ni jgk la kot. hehe
Kak Ryn:
wah. pandai kak ryn eh. balik zaman dulu2 tp x nak exam ye. eh, akk la kawen dulu. bru sy boleh ikut jejak. hihi.
Maksu:
tepat! nama tempat tu mmg amik nama sorg pejuang perang zaman perang dunia ke2. namanya ismail.
Oneib:
kelas hri tu2jam lebih je. nasib baik.
Reply
Faisal:
shasha! lawak2. ok. tahan gelak. hehe. apa kata awk bercuti2 sat ke kat JB then dpt la lawat2 smula tmpt kenangan lama tu. bawak mak awk skali. idak le dia kata awk buang tabiat. hehe. hep. sy x ngumpat pun mkcik tu tau. eza je yg terbalas mcm tu. kami pun apa lg, gelak je la yg mampu buat. sungguh ni. klu awk jumpa makcik2 kt sini kn, mmg diorg energetic n ganas lg :p
Ryn:
sy rasa kan, nenek2 tu duk kt rumah layan internet kot. sbb wkt lalu kt kiosk yg dekat pasar lama yg dh tutup tu, sy tgk ada lambang Golden WiFi yg available sluruh moscow. mksudnya diorg boleh dpt WiFi provided tu kt area tu. hebat tu. boleh la diorg online je. haha.
Khairul:
hehe. x niat pn nak ‘doakn’ diorg dh xde dh 🙂 kt oversea, mmg byk kena travel. department bukan kt tmpt yg sama. sume kt tmpt2 lain.
May:
hehe. Eza mmg pandai melawak 🙂
Faisal:
wkt awk hntr komen tu, sy bru je ttido dlm sejam. mlm tu x cukup tido! uwaa… sy faham je apa awk tulis tu 🙂
Azwan:
sy nak suggest nama Azwanovich la. boleh x encik? kasi kelainan utk nama bandar baru tu nnti. hehe.
Reply
Sis Honey:
sy rasa, sis pun boleh kalah kot dgn ketangkasan n kehebatan makcik2 ni mnunjukkan skil diorg naik bas n dlm metro. hehe. rindu la sama sis 🙂
Alif Anwar:
ks tringat sorg kawan penah kata. adelaide mcm bandar kusam. bertemankn org tua, mcm bandar cowboy tp moden skit. hehe. betul ke? 🙂
Hayyi:
sy mengundi dlm mimpi je nmpaknya thn ni 🙂 eh, sy x jmpa chatbox yg best la hayyi. any suggestion?
Kak Aleeya:
ismailovskaya tu adlh adjective utk nama Ismail. ismail tu nama sorg tokoh zaman perang dunia ke2 dulu kt region tu. muslim. dia pimpin tentera muslim lawan german. hebat kn 🙂
Thia:
Thia!! 🙂
Cikgu Jawe:
sy terllau bz.. utk diri sndiri pn x de masa 🙁 sorry ye cikgu..
Judin:
silalah buat rombongan beramai2 ke building tu. jgn terkejut ye. pintu building tu haram berubah sampai skrg! pintu besi besar tu jgk la! ks ingtkn dh berubah tau. ye la dh 4 thn kn. huhu.
Faresya:
hehe. klu x dpt internet akn gian ye? hehehe *lariii*
Reply
taruk je yg simple2..
Reply
Agak betul. Kalau nak pindah ke sini lepas bersara nanti, sangat dialu-alukan 🙂
Reply
salam Sarah,
inilah agaknya di panggil sepanjang jalan kenangan…dan kes2 terduduk, tertiarap, terpelosok dan seumpamanya lah yang selalu dalam ingatan..
I have many stories like this myself…
Reply