Penangan Nombor
Assalamualaikum wbt
Sebulan yang lepas, kembar saya yang ada masalah dengan kulit muka. Sekarang, tak pasal-pasal saya pula yang terkena. Tak pernah-pernah saya bermasalah dengan muka. Sejak demam dua minggu yang lalu, muka saya mulai kering. Kalau dah kering, mulalah segalanya kita rasa tidak kena, kan. Macam menggerutulah. Macam ada banyak jerawatlah. Padahal ilusi saja sebenarnya. Tapi tetap tidak puas hati. Tapi tetap tak boleh nak buat apapun selagi masalah kekeringan tu tak elok-elok lagi. Tapi tetap geram. Ilusi dah jadi seakan realiti saja. Banyaknya tapi!
Sepanjang petang tadi, saya bersenang-lenang duduk berlunjur membaca novel sejarah yang dipinjamkan oleh Hazreen. Hari-hari lain saya tidak sentuh novel tu. Diharamkan. Jumaat petang barulah dapat menyentuhnya. Puas hati dapat membaca sesuatu yang ringan. Sikit saja lagi hendak khatam. Berusahalah!
Oh ya. Kalau bosan sewaktu sedang belajar, apa yang kamu cenderung untuk lakukan ya? Kalau saya, saya suka menjawab teka-teki bernombor. IQ test contohnya. Atau main Sudoku online. Hehe. Saya tak reti Pet apa tu yang digilai ramai di Facebook tu (Pet Society kah?). Paling habis pun, saya akan main Minesweeper. Permainan ni pun melibatkan nombor juga. Siapa kata tak? Cubalah main dulu. Kena pandai mencongak, barulah dapat elakkan bom daripada meletup.
Siapa yang menggunakan Vista, Minesweeper didatangkan dengan bunyi bom yang boleh memberhentikan jantung kita. Dibuatnya volume dipasang maksimum. Dahsyat kesannya. Lebih-lebih lagi untuk orang yang penakut kuat terkejut macam saya ni. Hehe. Jadi kenalah bermain dengan khusyuk untuk selesaikan satu kubik itu supaya tidak terkejut dengan bunyi bom meletup tu. Alah, senang-senang matikan saja bunyinya. Habis cerita. Nak mati banyak kali pun tiada masalah. 
Oh. Mengarut apa sajalah saya malam ni. Sebenarnya nak cerita yang sedang saya geram-geram dengan masalah kulit muka yang tiba-tiba jadi ni, maka saya bermain Minesweeper. Saya mencipta rekod baru untuk diri sendiri untuk kubik besar (expert). 4:10 minit tu kira cukup baiklah tu untuk saya ni. Hip hip hooray!
Bagi saya, bila bermain dengan nombor, otak menjadi cergas dan lebih tajam serta peka dengan sekeliling. Maka, mengantuk pun hilanglah.
Nota 1: Saudara saya, Lisa, datang ke rumah saya tadi. Bercerita dari A sampai Z macam dah bertahun tak jumpa. Rodo pun ada. Gembira betul Jumaat saya walaupun tak berapa nak wardah sangat. 😉
Nota 2: Gambar di atas tu ialah kertas conteng saya sewaktu bermain IQ test. Kertas itu ialah buku nota ringkas saya. Habis saya hentam taram buat kira-kira pula. Untuk IQ test terkini yang saya buat, saya hanya mendapat 118 saja. Tahap sekolah menengah je kot. Sabar banyak-banyak, Sarah. Huhu.
Nota 3: Tengah saya bermain Minesweeper sekejap tadi, Sha (junior saya) datang menjenguk. Dia pelik macam mana saya main benda alah tu. Selepas saya mengajarnya formula 9 kotak, barulah dia faham tentang game tu. Katanya, selama ini dia ingat game tu pakai tekan ikut nasib je. Aduh. Comel betul Sha ni!
Nota 4: Waktu di tahun 5, saya suka main Sudoku sewaktu Psychiatry lecture. Maksudnya apa? Hehe.


