Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum wbt

Kali ini cerita tentang Majlis Konvokesyen pada 26 Jun yang lalu pula. Setakat yang dapat saya lihat di Malaysia, konvokesyen adalah majlis yang disambut penuh protokol, formaliti yang ketat, diraikan secara besar-besaran beserta pesta konvo yang berlangsung hampir seminggu di sesebuah pusat pengajian tinggi itu dan hampir seluruh ahli keluarga turut menghadirinya. Ini pada pengamatan saya. Mungkin ada yang lain daripada ini, kan. ๐Ÿ˜‰

Bagi saya, Hari Graduasi saya di sini sederhana saja. Majlis konvokesyen dijalankan di Academy of Russian Scientist and Medical Science di Leninsky Prospekt (Leninsky Avanue). Sebetulnya, beberapa hari sebelum tibanya majlis tersebut, ibu bapa pelajar-pelajar yang akan bergraduasi sudah mula tiba. Tapi bagi kami kelompok pelajar yang tidak mempunyai tetamu, bahang untuk bergraduasi sedikitpun tidak dirasai. Sungguh ni. Kalau orang lain teruja hendak memakai baju baru, kasut baru, serba-serbi baru sempena konkesyen itu, saya sedikitpun tidak rasakan semua itu. Sehinggalah sehari sebelum majlis, kami yang tidak mempunyai tetamu ini keluar minum kopi bersama-sama di Costa Coffee di Stary Arbat. Waktu itu semuanya mula merasakan sedikit sepi. Huhu. Orang kata ala-ala loser gitu. Tapi apa nak dikisahkan. Kami duduk berborak di situ sehingga sebelum Maghrib. Bila balik ke hostel, barulah saya hendak menggosok bajulah, mencuba jubah konvolah, berlatih berjalan memakai kasut tumit tinggi itulah. Huhu.

Dan kami bertukar-tukar bunga sesama kami saja. Uhuu. Yang ini sedih sedikitlah. Auyun bagi Faiz. Faiz bagi Auyun. Nazlin bagi saya. Saya bagi Nazlin. Begitu juga yang lain. Glid, Krin, Baiz, Lutfi dan Faisal. Bunga tukar sesama sendiri saja. Orang lain semuanya ada yang beri. Huhu. Ok sudah, sudah. Cerita-cerita macam ni sepatutnya simpan dalam almari saja. Kurang ceria untuk diceritakan. Hehe.

Sebenarnya, saya tidak banyak gambar pada hari itu. Iyalah. Mana nak menang tangan. Dengan nak jaga barang, nak pegang ijazah, bunga dan poster lagi. Kamera tidak terusik sangat. Kalau adapun, banyak ambilkan gambar kawan-kawan. Tapi gambar sendiri tidak ada. Sedih. Sedih. Huhu. Nasib baik ada Facebook. Ada kawan-kawan yang ambil gambar dan ada terselit saya sekali, terus saya tag untuk dibuat koleksi. Haha. Bagi yang ada keluarga datang bersama, ada jugalah yang membantu kan. :p

Alamak. Entri saya ni macam bunyi orang mengeluh. Apa-apalah kan. Yang penting sudah habis belajar. Ya. Saya sudah habis belajar! Eh, terlupa pula. Di penghujung majlis, Encik Anggur sampai juga ke majlis tersebut. Mana gambar Encik Anggur? Ehem ehem. Private and confidential. Hahaha. Dan saya yakin, kalau Pena, Wanie dan Fatt membaca entri ni, mereka bertiga akan sangat teruja hendak tahu cerita penuh. Pena, Wanie dan Fatt, KS rindu sangat sesi kongsi-kongsi cerita dengan kamu semua!

dsc_0022

Dr. Thines dan Dr. Faisal

dsc_0034

Dr. Hafizy, Dr. Hakimi dan Dr. Farah

dsc_0020

Dr. Farah, Dr. Sarah dan Dr. Thines

dsc_0023

Dr. Davina dan Dr. Hafizy

dsc_0099

Dr. Siti Sarah Mohd Shukor

dsc_0111

Dr. Hafizy, Dr. Wendy, Dr. Faisal dan Dr. Sarah

dsc_0125

Dr. Wendy, Dr. Faisal, Dr. Davina, Dr. Hui Shin dan Dr. Sarah

dsc_0128

Dr. Rajadurai, Dr. Sarah dan Dr. Siva. Siva ni kawan saya dari India yang terbaik sekali. ๐Ÿ˜‰

dsc_0145

Kami!

pur

Inilah antara muka-muka yang tiada tetamu bertandang pada hari itu. Saya bersama Dr. Faizi (Glid) dan Dr. Lutfi yang kebetulan berbaju tona yang sama. Ketika itu kami semua di Restoran Sushi. Semua yang tiada emak ayah berkumpul makan tengahari di situ. Loser amat bunyinya, kan? Hahaha. :mrgreen:

Nota 1: Ini sajalah gambar yang ada. Lain-lain hanya kutip dari kamera orang lain sajalah.

Nota 2: Saya sudah mula merindui semua groupmates saya. Juga student life yang telah menjadi rutin saya selama ini. Rindunya nak sibuk membaca buku dan studi di waktu malam. Huuuuu~

Posted on July 6th, 2009 by Sarah  |  36 Comments »

Saint Petersburg Di Hatiku

Assalamualaikum wbt

Ya Allah Ya Rabbi. Saya amat sibuk dalam beberapa hari ini. Tidur pun tidak cukup. Duit pun mengalir macam air saja. Uruskan kargo barang-barang untuk dihantar pulang, ada kawan-kawan datang melawat dari Volgograd dan Nizhny Novgorod bersama keluarga mereka dan pergi mencari cenderahati untuk dibawa pulang buat kali terakhir. Awal pagi sudah keluar dan akan sampai ke rumah semula sekitar 9 malam. Disebabkan hari masih cerah, tidak boleh terus tidur. Kena menunggu Subuh masuk dulu baru boleh tidur. Memang kurang tidur sungguh jadinya.

Jadi untuk kali ini, saya kemas kinikan cerita di St. Petersburg. Saya ke sana bersama Auyun, Faiz, Nazlin, Aizat dan ibu bapanya serta ibu bapa Azam. Sebenarnya percutian kali kedua saya di St. Petersburg ini banyak ragamnya. Cerita terperinci tak perlulah saya ceritakan. Empat hari tiga malam di sana. Tapi boleh dikatakan, hanya satu hari saja yang betul-betul berkualiti. Urghh. Tak mengapalah. Benda dah jadi pun. Saya pun belajar banyak perkara tentang ragam manusia sepanjang berkelana ke sana.

dsc_0019

dsc_0028

dsc_0055

dsc_0080

dsc_0110

dsc_0124

dsc_0192

Kebetulan, ketika kami semua di sana, St. Petersburg sedang mengalami kemuncak White Night. Tiada malam di sana. Sepanjang hari adalah siang. Cerah. Ada sambutan White Night berlangsung selama seminggu di sana pada ketika itu. Pada hari kedua, walaupun penat seharian berjalan di Peterhof, kami si anak-anak muda inipun keluar pada pukul 9 malam meninggalkan ibu bapa di rumah untuk menjelajah Kota Petersburg bagi menyaksikan fenomena White Night dan jambatan terbuka. Emak ayah Aizat dan Azam tidak larat untuk mengikut kami semua. Dah pancit dah. Hehe.

dsc_0222

dsc_0360

dsc_0436

dsc_0458

dsc_0486

St. Petersburg terdiri daripada pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh Sungai Neva, cabangan Sungai Neva dan tali-tali air yang dibina merentasi kota itu. Disebabkan kewujudan tali air buatan manusia ini, St. Petersburg juga dikenali sebagai Venice of the North. St. Petersburg penuh dengan jambatan. Jambatan-jambatan utama di Sungai Neva yang mengalir menuju ke Laut Finland akan terbuka dua pada waktu malam untuk memberi laluan kepada kapal besar membawa barang dagang. Ini merupakan salah satu keunikan yang wajib disaksikan di sana. Sumpah sangat cantik suasana ketika itu. Ditambah pula dengan White Night yang menyebabkan suasana pada jam 1.30 pagi hanya kelihatan seperti waktu senja saja.

dsc_0611

dsc_0660

dsc_0668

dsc_0725

dsc_0769

Kami bertolak balik ke Moscow pada 24 Jun. Dan sebaik tiba di Domodedovo Airport, saya terus mengambil keluarga Dyana dan Farhana yang baru tiba dari Malaysia dan menguruskan penginapan mereka di hotel berdekatan dengan lapangan terbang sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Volgograd pada keesokannya. Selepas selesai semuanya, saya ke Domodedovo Airport sekali lagi untuk bertemu seseorang. Mahu tahu siapa? Jeng jeng jeng. Nantikan entri seterusnya. ๐Ÿ˜‰

Nota 1: Cuba bayangkan, saya tulis entri ni pagi semalam. Tapi lepas tu ada urusan lain, keluar ke Arbat Street, pergi tengok sarkas yang sangat best, ke rumah Auntie Arfah, balik rumah sambung tulis semula, lepas tu tertidur sambil tengah nak upload gambar dan pagi ni baru selesai entri ni. Lepas ni rasa nak sambung tidur lagi sikit je. Huhu.

Nota 2: Apa-apapun, percutian kali ini sangat menarik kerana adanya Auyun, Faiz, Aizat dan Nazlin bersama. Sumpah sangat menggembirakan kerana adanya mereka. Terima kasih kawan-kawan!

Posted on July 6th, 2009 by Sarah  |  43 Comments »

Kad Raya 2004

Assalamualaikum wbt

– Assalamualaikum!! Yo wassup!

– Apa khabar Ngangah? Rasa lama sangat lagi nak jumpa semula. Rasa rindu.

– Kali ni puasa tak sedia sangat lagi sebab tengak periksa sekarang.

– Adi tengah tempah mercun sebab nak halau kerbau (hahahaha). Tok dah marah dah sebab ayah balik tak tutup pintu pagar (hahahaha) (rumah saya atas bukit, pagar di bawah bukit, kalau tak tutup pagar waktu malam, nanti ada kerbau orang naik bukit rumah kami). Asyik-asyik tok marah Adi.

– Sekarang tengah sejuk gila ke? *tiba-tiba je Adi rasa sejuk ni*

– Lawa tak kad raya ni? Kelip-kelip kan bila letak bawah lampu. (Kelakarnya! Hahaha)

– Ini baru nak puasa. Tapi dah ada jual kad raya dah.

– Adi kena marah sebab baca diari Kaklong. Diari 1995, lahirnya Azizi. Jugak terbaca Azizi dulu nak dinamakan Ahmad Ramadhan. Fuhyoo!!

– Sudahlah. Adi nak baca Geografi dan Pendidikan Islam. Sampai di sini je!!!

Do your best for mom and dad

1995 – Kaklong baru kenal ___

Kueh tiaw

Kuih raya

Jangan menangis, seronoklah ye!!

From: Adi

adi

Ya ampun! Saya gelak terkekek-kekek di tengah malam buta ni. Tadi saya buka kotak yang saya simpan segala kad ucapan yang diterima daripada keluarga. Enam kad raya dan beberapa kad hari lahir. Sebaik terbaca kad kiriman Adi, sumpah saya rasa lucu yang teramat sangat. Waktu itu Adi baru masuk tingkatan satu. Sekarang dia sudah tamat SPM pun. Kalau dia sendiri baca semula apa yang ditulisnya pun mesti malu tahap tujuh petala langit. Huhu.

Yang paling kelakarnya, Adi sempat bergosip dengan saya dalam kad raya tu. Siap tampal gambar lagi. Apa dia ingat ini buku biodata ke apa. Hahaha. Adi oh Adi. Kelakarnya awak dulu-dulu. Tapi serius, awak hensemlah Adi. Phewwit!

Nota 1: Kejap lagi saya akan membalas semua komen yang tertunggak!

Nota 2: Seboleh mungkin juga, saya akan kemas kinikan entri trip ke St. Petersburg yang lalu.

Posted on June 30th, 2009 by Sarah  |  24 Comments »

Hari Graduasi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Saya dengan rasminya telah tamat belajar dari Moscow Medical Academy. Majlis konvokesyen berjalan lancar pada pagi tadi. Hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh saya sejak tiba di sini enam tahun yang lalu. Segalanya telah selesai. Belajar telah tamat. Ijazah telah diterima. Sumpah pun sudah diangkat. Alhamdulillah. Saya kini dengan rasminya sudah bergelar Dr. Sarah Shukor.

Emak, ayah, inilah hadiah Ngah untuk emak dan ayah.

dsc_0102

Nota 1: Pakai make up adalah sangat menyusahkan. Pakai heels pula adalah sangat menyakitkan. Saya kahwin nanti tak nak pakai make up dengan heels boleh tak? Muahaha.

Nota 2: Saya akan kemaskinikan cerita percutian di Saint Petersburg dan graduasi dalam entri berikutnya.

Nota 3: Malam ini saya akan menghadap internet sepuas-puasnya!

Nota 4: Encik Anggur, terima kasih sebab menghadiri graduasi saya siang tadi. (^_~)

Posted on June 26th, 2009 by Sarah  |  104 Comments »

Dari Moscow Dengan Cinta (v)

Assalamualaikum wbt

Dua, tiga hari kebelakangan ini saya memang tidak lekat di rumah langsung. Bangun pagi, bersiap, sarapan ala kadar dan terus keluar. Balik ke rumah bila sudah mencecah pukul 9 malam. Tapi di sini masih cerah lagi waktu itu. Kali ini saya keluar bersama bersama dengan emak ayah kawan-kawan yang datang ke sini. Spesifiknya emak ayah kepada Aizat dan Azam. Kami membawa mereka berjalan-jalan. Jadi saya juga mengambil kesempatan ini untuk menawafi Kremlin buat kali terakhir.

s1

Semuanya seperti dimurahkan rezeki oleh Allah. Pada hari pertama, kami semua berkesempatan melihat sesi pertukaran penjaga api di Eternal Flame. Sesi ini berlaku setiap satu jam. Saya sendiri belum pernah melihat dengan mata sendiri upacara ini. Kali ini tanpa perlu menunggu, semuanya bagaikan kebetulan. Mungkin rezeki emak ayah kawan-kawan yang datang dari jauh ni. Ketika di Volgograd dulu pun saya kebetulan saja sempat mengikuti upacara pertukaran penjaga api di Eternal Flame di sana.

s2

Pada hari kedua pula, ketika berada di lapangan Kremlin sekali lagi untuk menuju ke pintu masuk, dari jauh saya terlihat kelibat orang Malaysia. Saya cam orang itu. Mahu tahu siapa? Azraie Abdul Haq. Dulu merupakan peserta Akademi Al-Quran. Juga dua orang ustaz yang lain.

s3

Ketika di dalam kawasan kubu Kremlin pula, sekali lagi, memang rezeki emak ayah kawan-kawan ini, mereka berkesempatan menyaksikan perarakan mingguan oleh Kadet Di Raja Kremlin (Hahaha. Saya pakai bedal je istilah ni. Nama yang tepatnya saya tak pasti. Mana ada Raja dah sekarang ni. Nak ada Kadet Di Raja buat apanya : mrgreen: )yang hanya berlangsung pada hari Sabtu jam 12 tengahari. Kami tiba di sana tepat jam 11.30 pagi. Tanpa menunggu lama, kami semua sudahpun dapat menyaksikannya. Dan sekali lagi, saya bersama emak Azam dapat menyusup nun di hadapan pentas utama. Bukanlah pentas sangat tapi tempat yang paling tengah-tengah di barisan hadapan sekali. Rezeki orang rendah-rendah kot kan. ๐Ÿ˜‰

dsc_0205

Tapi, sepanjang dua hari ini, hujan turun agak kerap dan lebat. Habis basah. Dah rasa nak demam dah ni. Ok. Saya tak boleh menulis lama-lama. Sekejap lagi, saya bersama kawan-kawan dan emak ayah Aizat dan Azam akan berlepas ke Saint Petersburg. Kali pertama saya ke sana ketika di tahun dua. Disebabkan Kota Petersburg sangat menarik, saya berhajat untuk ke sana sekali lagi. Jumpa lagi!

dsc_0282

dsc_0302

dsc_0311

Nota: Saya rasa bersalah sangatย  sebab masih tak sempat balas komen dan semua email/mesej yang ditinggalkan untuk saya. Jadual saya sangat padat sekarang ni ๐Ÿ™

Posted on June 21st, 2009 by Sarah  |  34 Comments »