Dari Moscow Dengan Cinta (v)
Assalamualaikum wbt
Dua, tiga hari kebelakangan ini saya memang tidak lekat di rumah langsung. Bangun pagi, bersiap, sarapan ala kadar dan terus keluar. Balik ke rumah bila sudah mencecah pukul 9 malam. Tapi di sini masih cerah lagi waktu itu. Kali ini saya keluar bersama bersama dengan emak ayah kawan-kawan yang datang ke sini. Spesifiknya emak ayah kepada Aizat dan Azam. Kami membawa mereka berjalan-jalan. Jadi saya juga mengambil kesempatan ini untuk menawafi Kremlin buat kali terakhir.
Semuanya seperti dimurahkan rezeki oleh Allah. Pada hari pertama, kami semua berkesempatan melihat sesi pertukaran penjaga api di Eternal Flame. Sesi ini berlaku setiap satu jam. Saya sendiri belum pernah melihat dengan mata sendiri upacara ini. Kali ini tanpa perlu menunggu, semuanya bagaikan kebetulan. Mungkin rezeki emak ayah kawan-kawan yang datang dari jauh ni. Ketika di Volgograd dulu pun saya kebetulan saja sempat mengikuti upacara pertukaran penjaga api di Eternal Flame di sana.
Pada hari kedua pula, ketika berada di lapangan Kremlin sekali lagi untuk menuju ke pintu masuk, dari jauh saya terlihat kelibat orang Malaysia. Saya cam orang itu. Mahu tahu siapa? Azraie Abdul Haq. Dulu merupakan peserta Akademi Al-Quran. Juga dua orang ustaz yang lain.
Ketika di dalam kawasan kubu Kremlin pula, sekali lagi, memang rezeki emak ayah kawan-kawan ini, mereka berkesempatan menyaksikan perarakan mingguan oleh Kadet Di Raja Kremlin (Hahaha. Saya pakai bedal je istilah ni. Nama yang tepatnya saya tak pasti. Mana ada Raja dah sekarang ni. Nak ada Kadet Di Raja buat apanya : mrgreen: )yang hanya berlangsung pada hari Sabtu jam 12 tengahari. Kami tiba di sana tepat jam 11.30 pagi. Tanpa menunggu lama, kami semua sudahpun dapat menyaksikannya. Dan sekali lagi, saya bersama emak Azam dapat menyusup nun di hadapan pentas utama. Bukanlah pentas sangat tapi tempat yang paling tengah-tengah di barisan hadapan sekali. Rezeki orang rendah-rendah kot kan. ๐
Tapi, sepanjang dua hari ini, hujan turun agak kerap dan lebat. Habis basah. Dah rasa nak demam dah ni. Ok. Saya tak boleh menulis lama-lama. Sekejap lagi, saya bersama kawan-kawan dan emak ayah Aizat dan Azam akan berlepas ke Saint Petersburg. Kali pertama saya ke sana ketika di tahun dua. Disebabkan Kota Petersburg sangat menarik, saya berhajat untuk ke sana sekali lagi. Jumpa lagi!



Nota: Saya rasa bersalah sangatย sebab masih tak sempat balas komen dan semua email/mesej yang ditinggalkan untuk saya. Jadual saya sangat padat sekarang ni ๐





Tak apa. kami faham! Berseronok lar puas-puas! ๐
sarah makin kurus laa..
jangan lupa makan taw
Salam Sarah..
Eh2, emak aizat tu mcm saya kenal la..itu cikgu saya masa kat sekolah dulu tue…:)
Have a nice trip..:)
Salam….sarah..
Selamat jalan-jalan ya..!!!jangan lupa upload gambar-gambar di saint petersburg..
salam.
seronoknyee..takpe kasi can kat Sarah.Lepas ni dah nak balik sini. Jadi ape lagi..pusingยฒ Moscow untuk lengkapkan memori yg paling indah kat sane.. ๐ Jangan lupa jaga diri tu jangan sampai demam ye..
salam sarah
makesure makan pun jaga ya, i mean, makan ikut time, x mo skip2 tau ๐
sarah..jaga diri, ambil gambar banyak2 tau! ๐ ๐
huhu nak buat macam mana kan, jadual sangat padat..
sarah, awak dalam gambar yg kedua last ada macam kak long awaklah.. ๐
Salam Angah,
Orang yang kawad barisan belakang sebelah kiri sekali tu, apasal tangan dia paling tinggi dan kaki dia paling rendah.. ni agaknya dia tak boleh fokus sebab ada masalah peribadi atau pun last minit kena ganti orang yang sakit perut.
Ceria selalu dan take care.
::truemax
ps: sangat best baca semua cerita di dunia ni
best nya mak dan ayah datang kremlin yer, terubatlah sikit rindu kan..
wah best nye awk jln jln awk belilah ape ape untuk jiji ๐
๐ ๐ ๐
walaupun pengaruh cuaca, the 2nd last pic is really bright
bestnya!
๐
Salam……….
Sekarang sy dah boleh panggil awak Dr. Sarah. I am proud of you my dear friend. Really happy for you. Tahniah!.
Esok, majlis graduasi awak…semoga awak akan terus senyum dan tersenyum. Alhamdulillah…kejayaan ini adalah anugerah dari Allah berkat sabar dan usaha serta tawakkal yang tidak putus-putus. Hadiahkanlah kegembiraan ini pada ibu bapa tercinta…
Semoga terus menjadi inspirasi buat mereka yang sedang bertungkus lumus menempa kejayaan seperti awak.’
Sungguh…sy sungguh bangga dengan awak Dr. Sarah!
Salam Sarah,
Saya nak jadi orang pertama wish tahniah selepas majlis konvo awk!! Tahniah sahabatku Dr Sarah. You’re officially doctor, yeaayy..selamat berbakti kepada semua..pikul tanggungjawab ini dengan baik dan penuh amanah tau..saya percaya awk mampu lakukan dengan baik. chaiyok2!!
salam ziarah..
thniah dr sarah ๐
sbrnya sy pun knal mak aizat & azam tu.. ckgu masa sekolah menengah.. sy pun sama sekolah ngan hani ๐ kcik kan dunia ni.. ehehe..
Yeke?! Auww.. Suka suka
Cikgu Rokiah tu ye? Hehe. Ni mesti SMKAP Kangar ye? Hehe.
Alhamdulillah tak demam pun hari tu. Sakit tekak je sikit2 sebab hari hujan je kat Moscow ni. Tapi kat St. Pete panas le pulak. Hehe.
Macam Kaklong eh? Tapi Kaklong lagi kurus.
Bukan mak ayah saya la.
Hehe. Awak nak apa? Ngah tak tau nak beli apa untuk awak. Hehehe.
Thanks for the wish Hidayat!
Terima kasih banyak2 Acai! Belum sempat saya buat entri pasal hari konvo tu, awak dah komen kat sini dulu. Cepat betul awak ni. ๐
Salam Zeti.
Ramai anak murid cikgu Rokiah yang datang sini rupa2nya. Hehe. Tapi macam mana pulak kenal Mak Azam? Sekarang dia lecturer di Maktab Perguruan. Awak di Maktab ke sekarang? ๐
hehehe..ye betol…dulu selalu gak g umah cikgu sebab kakak aizat kwn sy ms kat sekolah dulu..:)
I read this piece off writing fully about the resemblance of
newest and earlier technologies, it’s remarkable article.
Great post! We will be linking to this great article on our website.
Keep up the great writing.
Excellent site plenty of fabulous steam shower knowledge
here
Compress: Make sure you do not use a synthetic material
for the compress. Olive oil is absolutely wonderful and unfortunately overlooked
as a fantastic, effective hair growth treatment. As per the website of the Medem Medical Library, approximately
40 million American men are currently affected by Male
Pattern Baldness (MPB).
Never before heard of a steam shower enclosure until I
came upon this incredible website, so thankful I did so actually want
one right now and finance letting will be enjoying one pretty soon
By 1899 he had hoped it would be left sitting like ducks without a wireless router.
Although deployment has telecommunications already begun in the workplace.
Rob Hale Jr, with many otheer telecommunications options as well.
I got this website from my pal who told me concerning this weeb site and at
the moment this time I am browsing this website and reading very informativee articles at this place.
Fantastic website, been searching forever for tips on the perfect
rattan furniture for our home and in our garden.
This site sincerely helpedgreat blog some great info here
Awesome site a large amount of fabulous steam shower info here