Saint Petersburg Di Hatiku

Assalamualaikum wbt

Ya Allah Ya Rabbi. Saya amat sibuk dalam beberapa hari ini. Tidur pun tidak cukup. Duit pun mengalir macam air saja. Uruskan kargo barang-barang untuk dihantar pulang, ada kawan-kawan datang melawat dari Volgograd dan Nizhny Novgorod bersama keluarga mereka dan pergi mencari cenderahati untuk dibawa pulang buat kali terakhir. Awal pagi sudah keluar dan akan sampai ke rumah semula sekitar 9 malam. Disebabkan hari masih cerah, tidak boleh terus tidur. Kena menunggu Subuh masuk dulu baru boleh tidur. Memang kurang tidur sungguh jadinya.

Jadi untuk kali ini, saya kemas kinikan cerita di St. Petersburg. Saya ke sana bersama Auyun, Faiz, Nazlin, Aizat dan ibu bapanya serta ibu bapa Azam. Sebenarnya percutian kali kedua saya di St. Petersburg ini banyak ragamnya. Cerita terperinci tak perlulah saya ceritakan. Empat hari tiga malam di sana. Tapi boleh dikatakan, hanya satu hari saja yang betul-betul berkualiti. Urghh. Tak mengapalah. Benda dah jadi pun. Saya pun belajar banyak perkara tentang ragam manusia sepanjang berkelana ke sana.

dsc_0019

dsc_0028

dsc_0055

dsc_0080

dsc_0110

dsc_0124

dsc_0192

Kebetulan, ketika kami semua di sana, St. Petersburg sedang mengalami kemuncak White Night. Tiada malam di sana. Sepanjang hari adalah siang. Cerah. Ada sambutan White Night berlangsung selama seminggu di sana pada ketika itu. Pada hari kedua, walaupun penat seharian berjalan di Peterhof, kami si anak-anak muda inipun keluar pada pukul 9 malam meninggalkan ibu bapa di rumah untuk menjelajah Kota Petersburg bagi menyaksikan fenomena White Night dan jambatan terbuka. Emak ayah Aizat dan Azam tidak larat untuk mengikut kami semua. Dah pancit dah. Hehe.

dsc_0222

dsc_0360

dsc_0436

dsc_0458

dsc_0486

St. Petersburg terdiri daripada pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh Sungai Neva, cabangan Sungai Neva dan tali-tali air yang dibina merentasi kota itu. Disebabkan kewujudan tali air buatan manusia ini, St. Petersburg juga dikenali sebagai Venice of the North. St. Petersburg penuh dengan jambatan. Jambatan-jambatan utama di Sungai Neva yang mengalir menuju ke Laut Finland akan terbuka dua pada waktu malam untuk memberi laluan kepada kapal besar membawa barang dagang. Ini merupakan salah satu keunikan yang wajib disaksikan di sana. Sumpah sangat cantik suasana ketika itu. Ditambah pula dengan White Night yang menyebabkan suasana pada jam 1.30 pagi hanya kelihatan seperti waktu senja saja.

dsc_0611

dsc_0660

dsc_0668

dsc_0725

dsc_0769

Kami bertolak balik ke Moscow pada 24 Jun. Dan sebaik tiba di Domodedovo Airport, saya terus mengambil keluarga Dyana dan Farhana yang baru tiba dari Malaysia dan menguruskan penginapan mereka di hotel berdekatan dengan lapangan terbang sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Volgograd pada keesokannya. Selepas selesai semuanya, saya ke Domodedovo Airport sekali lagi untuk bertemu seseorang. Mahu tahu siapa? Jeng jeng jeng. Nantikan entri seterusnya. πŸ˜‰

Nota 1: Cuba bayangkan, saya tulis entri ni pagi semalam. Tapi lepas tu ada urusan lain, keluar ke Arbat Street, pergi tengok sarkas yang sangat best, ke rumah Auntie Arfah, balik rumah sambung tulis semula, lepas tu tertidur sambil tengah nak upload gambar dan pagi ni baru selesai entri ni. Lepas ni rasa nak sambung tidur lagi sikit je. Huhu.

Nota 2: Apa-apapun, percutian kali ini sangat menarik kerana adanya Auyun, Faiz, Aizat dan Nazlin bersama. Sumpah sangat menggembirakan kerana adanya mereka. Terima kasih kawan-kawan!

43 Responses to “Saint Petersburg Di Hatiku”

  1. NoktahHitam says on :

    Waahhhhhh gambar2 macam poskad!

  2. hawa says on :

    sarah.. dalam list saya ni dah banyak dah tempat honeymoon. Ni macam tambah lagi je ni.. adehhh…

  3. kaklong says on :

    Nak pegi jugaaaaaakkkkkk!!!!

  4. me says on :

    cantiknya tempat2 nih ..

  5. Diya says on :

    Ohmigosh. Gambar yang marvelous! 😯

    Suka gambar lompat2 tuh dan of course gambar sunset. πŸ˜€

    P/s-Kak Sarah, bila nak cerita ….? Menunggu dgn penuh kesabaran nih πŸ™

  6. hilman says on :

    “White Night”…..menariknye…….ni yg buat teruja nak cont study kat sne ni……course eng sne ok tak?????

  7. Fisol says on :

    salam..

    beautiful place…nice photos, brilliantly captured…bro suka kedua2 gambar yang last tu, yang lain pun best jugak..composition yang bagus..

    thanks for sharing..

  8. Sarah says on :

    Right click –> Save as –> Print –> Buat la poskad :mrgreen:

  9. Sarah says on :

    Worth it! Memang ramai pergi sana untuk honeymoon πŸ˜‰

  10. Sarah says on :

    Bila lagi?

  11. Sarah says on :

    St. Pete jauh lagi cantik dari Moscow. πŸ˜‰

  12. Sarah says on :

    Yang lompat2 tu pun memang fav KS.

    p/s: Tunggu naa. Lepas ni kena update pasal grad day dulu. Lepas tu baru cerita tu. Hihi. Actually, yang cerita jumpa orang kat airport tu la ceritanya. Jeng jeng jeng. πŸ˜‰

  13. Sarah says on :

    Di St. Pete ada Marine Engineering je yang Malaysia recognize. Kalau di Moscow pulak ada Aerospace Engineering je. Yang lain2 saya rasa macam takde yang Malaysia recognize lagi.

  14. Sarah says on :

    Indeed, it’s a very beautiful place bro. Worth every single penny to be there πŸ™‚

    My fav is the sunset. Hehe. Though it wasn’t that dark that day (gambar last tu pun sebenarnya tak gelap macam malam pun hakikatnya) but I managed to make the photos look silhouette like that. Hehe.

  15. Wolfis Black says on :

    gambar pemandangan yg catik. aku ingin berada disana..:)

    selamat kembali nanti. πŸ™‚

  16. NoktahHitam says on :

    Eh, igt gi russia study medic, rupe nye menjurus ke arah lawyer, loyar buruk πŸ˜›

  17. kaklong says on :

    Macamane Encik PoskadKeHeaven boleh ade kat sini?? Uh I’m ur silent reader… N I love to read ur writing

    *suda lari topik*

  18. kaklong says on :

    Macamane Encik PoskadKeHeaven boleh ade kat sini?? Uh I’m ur silent reader… N I love to read ur writing

    *suda lari topik*

  19. kaklong says on :

    Uh saye sudah kemalu-maluan di sini.. Tersilap post la pulaaakkkkk!!!!!!! Nak post kat Encik Woflis kat bawah tuh… Huhuhuhu

    *aku malu aku malu aku malu*

  20. Sarah says on :

    Kalau mata itu ditutup, lalu dibayangkan sedang berjalan kaki di tebing Sungai Neva menghadap ke arah Hermitage, nah, awak sudah pun berada di sana πŸ™‚

  21. Sarah says on :

    Awak ingat tak awak promote kat Ngah blog dia? Sejak dari tu Ngah baca blog dia jugak. Satu hari tu Ngah link kan blog dia dalam salah satu entri kat sini. Opss oo. Dia terjumpa mungkin. Maka terjadilah ceritanya begini. Hehe. πŸ˜€

  22. Sarah says on :

    Hidup kita mesti multitasking πŸ˜†

  23. srisufi says on :

    Salam bunga ku,

    ~Seronoknya….

    ~Sarah, harap barang2 awak dah selamat sampai ke Tanah Bonda. Tinggal tunggu kamu sahaja.

    ~InsyaAllah…tak sabarnya mahu tunggu kepulangan kamu. Kita cuba aturkan pertemuan walau kamu busy selepas ini.

    SALAM SAYANG TERAMAT SAYANG.
    πŸ˜†

  24. NoktahHitam says on :

    So, selain perubatan, undangΒ², culinary art, photography, literature.. ape lagi? Byk dh ni..

  25. Noi says on :

    Cantiknya gambar2 tu.. bestnya…. ^___^
    Barangnya dah sampai dulu la ek dari orangnya..hihihii
    Welcome home.. mesti tak sabar dah nak balik tu…

  26. NoktahHitam says on :

    Seriously, honeymoon, gi Umrah. The most romantic place on Earth.

  27. NoktahHitam says on :

    Oh wow.. jiwang betul πŸ˜›

  28. hilman says on :

    2 2 out of my scope……melepas la nok buat phd kat sne…..

    kne g honeymoon jelah(berpandukan komen atas2….)..

    bahaye buat phd kat sne….nnt ari2 duk honeymon,xsiap plok my study….. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€

  29. hilman says on :

    xtakut kne byr dam ke???? πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€

  30. Sarah says on :

    Music? Hehe.

  31. Sarah says on :

    Hahahaha. πŸ˜†

  32. Sarah says on :

    Maksudnya awak dah ada master dah ye? Wah. Bagus betul. Mungkin rezeki awak untuk PhD kat tempat lain kot πŸ™‚

    Oh. Ayat akhir tu sangat lucu :mrgreen:

  33. Sarah says on :

    Salam Sufi.

    Insya Allah, kita akan jumpa. Tunggu~ πŸ˜‰

    p/s: Alhamdulillah. Barang saya dah sampai dah rasanya saat ni πŸ™‚

  34. Sarah says on :

    Terima kasih Noi. Kawan saya yang namanya Aizat tu banyak ajar saya tekcik2 fotografi. Hehe.

    Kalau la saya boleh tampal setem je kat badan saya dan terus pos balik, dah lama dah saya sampai kan. :mrgreen:

  35. NoktahHitam says on :

    umrah takes 3-4 hours to complete. Takkan within that time, tak leh kawal nafsu kot? and besides, honeymoon is not just about having sex. if want to do that, you dont have to go far, your own back yard would suffice.

  36. kak izz says on :

    angah!

    cantek sangat! subhanallah! pandai nye org capture tu!!
    nanti balik msia kite jumpe tau! tau!
    insyaAllah..

    :mrgreen: :mrgreen:

  37. Sarah says on :

    Thanks Maa. Segala puji untuk Allah. Bandar St. Pete memang sangat cantik. Outskirt nya pun cantik jugak. Serba serbi terjaga πŸ™‚

  38. pencacai tua says on :

    mm..tepat sekali..gi umrahla time bulan madu,tapi nafsu susah nak kawal..tu sebab jangan nikah time bln ramadan..bahaya..kekkeke..

  39. pencacai tua says on :

    ambik master course aper yek?

  40. NoktahHitam says on :

    Orang lemah fikiran je yg tunduk pade nafsu.

  41. hilman says on :

    that right…….070809 tarikh yg menarik……tp dlm bulan sya’ban……lg 13@14 hari nak puasa……. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€

    pernah tak dgr crite di zaman Rasulullah saw:
    dtg sorg pemuda”Wahai Rasulullah, aku berpuasa hari ini, blh tak aku bercium dgn isteriku” Rasulullah menegah nye……
    kemudian dtg seorg tua lalu bertanya soalan yg sama…..Rasulullah tidak menegahnya…..
    lalu para sahabat berasa hairan, Rasulullah menerangkan yg golongan muda sukar utk mengawal nafsu berbanding dgn golongan tua……
    (harap ada yg dpt perbetulkan jika ada sbrg kesilapan…)

    bukan lemah fikiran, tp lemah iman……

    teringat pula kisah Siti Zulaikhah dg Nabi Yusof as……….

    Sori Dr Sarah….meyemak page Dr aje…. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€

  42. hilman says on :

    Bgs ape….org tu dah dpt Dr……kite kne buat phd bru dpt Dr……hehehehee(jgn trse,gurau je….)

    Alhamdulillah…..voice-viva Mei lps…..correction pun dah hntr akhir Mei…..cuma tggu surat pengesahan je yg xdpt lg…….lmbt betul la org opis ni…..I’Allah dlm minggu ni dpt surat…. πŸ˜€ πŸ˜€

    Electrical Eng….major communication(RF, microwave, millimeter-wave, optic, photonics, opto-electronic mixer) πŸ˜€ πŸ˜€

  43. axim says on :

    subhanallah!!
    indahnya gambar ni!!

    gambar melompat sungguh simetri dan mengujakan!!

    πŸ™‚

Leave a Reply