Saint Petersburg Di Hatiku

Assalamualaikum wbt

Ya Allah Ya Rabbi. Saya amat sibuk dalam beberapa hari ini. Tidur pun tidak cukup. Duit pun mengalir macam air saja. Uruskan kargo barang-barang untuk dihantar pulang, ada kawan-kawan datang melawat dari Volgograd dan Nizhny Novgorod bersama keluarga mereka dan pergi mencari cenderahati untuk dibawa pulang buat kali terakhir. Awal pagi sudah keluar dan akan sampai ke rumah semula sekitar 9 malam. Disebabkan hari masih cerah, tidak boleh terus tidur. Kena menunggu Subuh masuk dulu baru boleh tidur. Memang kurang tidur sungguh jadinya.

Jadi untuk kali ini, saya kemas kinikan cerita di St. Petersburg. Saya ke sana bersama Auyun, Faiz, Nazlin, Aizat dan ibu bapanya serta ibu bapa Azam. Sebenarnya percutian kali kedua saya di St. Petersburg ini banyak ragamnya. Cerita terperinci tak perlulah saya ceritakan. Empat hari tiga malam di sana. Tapi boleh dikatakan, hanya satu hari saja yang betul-betul berkualiti. Urghh. Tak mengapalah. Benda dah jadi pun. Saya pun belajar banyak perkara tentang ragam manusia sepanjang berkelana ke sana.

dsc_0019

dsc_0028

dsc_0055

dsc_0080

dsc_0110

dsc_0124

dsc_0192

Kebetulan, ketika kami semua di sana, St. Petersburg sedang mengalami kemuncak White Night. Tiada malam di sana. Sepanjang hari adalah siang. Cerah. Ada sambutan White Night berlangsung selama seminggu di sana pada ketika itu. Pada hari kedua, walaupun penat seharian berjalan di Peterhof, kami si anak-anak muda inipun keluar pada pukul 9 malam meninggalkan ibu bapa di rumah untuk menjelajah Kota Petersburg bagi menyaksikan fenomena White Night dan jambatan terbuka. Emak ayah Aizat dan Azam tidak larat untuk mengikut kami semua. Dah pancit dah. Hehe.

dsc_0222

dsc_0360

dsc_0436

dsc_0458

dsc_0486

St. Petersburg terdiri daripada pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh Sungai Neva, cabangan Sungai Neva dan tali-tali air yang dibina merentasi kota itu. Disebabkan kewujudan tali air buatan manusia ini, St. Petersburg juga dikenali sebagai Venice of the North. St. Petersburg penuh dengan jambatan. Jambatan-jambatan utama di Sungai Neva yang mengalir menuju ke Laut Finland akan terbuka dua pada waktu malam untuk memberi laluan kepada kapal besar membawa barang dagang. Ini merupakan salah satu keunikan yang wajib disaksikan di sana. Sumpah sangat cantik suasana ketika itu. Ditambah pula dengan White Night yang menyebabkan suasana pada jam 1.30 pagi hanya kelihatan seperti waktu senja saja.

dsc_0611

dsc_0660

dsc_0668

dsc_0725

dsc_0769

Kami bertolak balik ke Moscow pada 24 Jun. Dan sebaik tiba di Domodedovo Airport, saya terus mengambil keluarga Dyana dan Farhana yang baru tiba dari Malaysia dan menguruskan penginapan mereka di hotel berdekatan dengan lapangan terbang sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Volgograd pada keesokannya. Selepas selesai semuanya, saya ke Domodedovo Airport sekali lagi untuk bertemu seseorang. Mahu tahu siapa? Jeng jeng jeng. Nantikan entri seterusnya. 😉

Nota 1: Cuba bayangkan, saya tulis entri ni pagi semalam. Tapi lepas tu ada urusan lain, keluar ke Arbat Street, pergi tengok sarkas yang sangat best, ke rumah Auntie Arfah, balik rumah sambung tulis semula, lepas tu tertidur sambil tengah nak upload gambar dan pagi ni baru selesai entri ni. Lepas ni rasa nak sambung tidur lagi sikit je. Huhu.

Nota 2: Apa-apapun, percutian kali ini sangat menarik kerana adanya Auyun, Faiz, Aizat dan Nazlin bersama. Sumpah sangat menggembirakan kerana adanya mereka. Terima kasih kawan-kawan!

Posted on July 6th, 2009 by Sarah  |  43 Comments »

Kad Raya 2004

Assalamualaikum wbt

– Assalamualaikum!! Yo wassup!

– Apa khabar Ngangah? Rasa lama sangat lagi nak jumpa semula. Rasa rindu.

– Kali ni puasa tak sedia sangat lagi sebab tengak periksa sekarang.

– Adi tengah tempah mercun sebab nak halau kerbau (hahahaha). Tok dah marah dah sebab ayah balik tak tutup pintu pagar (hahahaha) (rumah saya atas bukit, pagar di bawah bukit, kalau tak tutup pagar waktu malam, nanti ada kerbau orang naik bukit rumah kami). Asyik-asyik tok marah Adi.

– Sekarang tengah sejuk gila ke? *tiba-tiba je Adi rasa sejuk ni*

– Lawa tak kad raya ni? Kelip-kelip kan bila letak bawah lampu. (Kelakarnya! Hahaha)

– Ini baru nak puasa. Tapi dah ada jual kad raya dah.

– Adi kena marah sebab baca diari Kaklong. Diari 1995, lahirnya Azizi. Jugak terbaca Azizi dulu nak dinamakan Ahmad Ramadhan. Fuhyoo!!

– Sudahlah. Adi nak baca Geografi dan Pendidikan Islam. Sampai di sini je!!!

Do your best for mom and dad

1995 – Kaklong baru kenal ___

Kueh tiaw

Kuih raya

Jangan menangis, seronoklah ye!!

From: Adi

adi

Ya ampun! Saya gelak terkekek-kekek di tengah malam buta ni. Tadi saya buka kotak yang saya simpan segala kad ucapan yang diterima daripada keluarga. Enam kad raya dan beberapa kad hari lahir. Sebaik terbaca kad kiriman Adi, sumpah saya rasa lucu yang teramat sangat. Waktu itu Adi baru masuk tingkatan satu. Sekarang dia sudah tamat SPM pun. Kalau dia sendiri baca semula apa yang ditulisnya pun mesti malu tahap tujuh petala langit. Huhu.

Yang paling kelakarnya, Adi sempat bergosip dengan saya dalam kad raya tu. Siap tampal gambar lagi. Apa dia ingat ini buku biodata ke apa. Hahaha. Adi oh Adi. Kelakarnya awak dulu-dulu. Tapi serius, awak hensemlah Adi. Phewwit!

Nota 1: Kejap lagi saya akan membalas semua komen yang tertunggak!

Nota 2: Seboleh mungkin juga, saya akan kemas kinikan entri trip ke St. Petersburg yang lalu.

Posted on June 30th, 2009 by Sarah  |  24 Comments »

Hari Graduasi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Saya dengan rasminya telah tamat belajar dari Moscow Medical Academy. Majlis konvokesyen berjalan lancar pada pagi tadi. Hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh saya sejak tiba di sini enam tahun yang lalu. Segalanya telah selesai. Belajar telah tamat. Ijazah telah diterima. Sumpah pun sudah diangkat. Alhamdulillah. Saya kini dengan rasminya sudah bergelar Dr. Sarah Shukor.

Emak, ayah, inilah hadiah Ngah untuk emak dan ayah.

dsc_0102

Nota 1: Pakai make up adalah sangat menyusahkan. Pakai heels pula adalah sangat menyakitkan. Saya kahwin nanti tak nak pakai make up dengan heels boleh tak? Muahaha.

Nota 2: Saya akan kemaskinikan cerita percutian di Saint Petersburg dan graduasi dalam entri berikutnya.

Nota 3: Malam ini saya akan menghadap internet sepuas-puasnya!

Nota 4: Encik Anggur, terima kasih sebab menghadiri graduasi saya siang tadi. (^_~)

Posted on June 26th, 2009 by Sarah  |  104 Comments »

Dari Moscow Dengan Cinta (v)

Assalamualaikum wbt

Dua, tiga hari kebelakangan ini saya memang tidak lekat di rumah langsung. Bangun pagi, bersiap, sarapan ala kadar dan terus keluar. Balik ke rumah bila sudah mencecah pukul 9 malam. Tapi di sini masih cerah lagi waktu itu. Kali ini saya keluar bersama bersama dengan emak ayah kawan-kawan yang datang ke sini. Spesifiknya emak ayah kepada Aizat dan Azam. Kami membawa mereka berjalan-jalan. Jadi saya juga mengambil kesempatan ini untuk menawafi Kremlin buat kali terakhir.

s1

Semuanya seperti dimurahkan rezeki oleh Allah. Pada hari pertama, kami semua berkesempatan melihat sesi pertukaran penjaga api di Eternal Flame. Sesi ini berlaku setiap satu jam. Saya sendiri belum pernah melihat dengan mata sendiri upacara ini. Kali ini tanpa perlu menunggu, semuanya bagaikan kebetulan. Mungkin rezeki emak ayah kawan-kawan yang datang dari jauh ni. Ketika di Volgograd dulu pun saya kebetulan saja sempat mengikuti upacara pertukaran penjaga api di Eternal Flame di sana.

s2

Pada hari kedua pula, ketika berada di lapangan Kremlin sekali lagi untuk menuju ke pintu masuk, dari jauh saya terlihat kelibat orang Malaysia. Saya cam orang itu. Mahu tahu siapa? Azraie Abdul Haq. Dulu merupakan peserta Akademi Al-Quran. Juga dua orang ustaz yang lain.

s3

Ketika di dalam kawasan kubu Kremlin pula, sekali lagi, memang rezeki emak ayah kawan-kawan ini, mereka berkesempatan menyaksikan perarakan mingguan oleh Kadet Di Raja Kremlin (Hahaha. Saya pakai bedal je istilah ni. Nama yang tepatnya saya tak pasti. Mana ada Raja dah sekarang ni. Nak ada Kadet Di Raja buat apanya : mrgreen: )yang hanya berlangsung pada hari Sabtu jam 12 tengahari. Kami tiba di sana tepat jam 11.30 pagi. Tanpa menunggu lama, kami semua sudahpun dapat menyaksikannya. Dan sekali lagi, saya bersama emak Azam dapat menyusup nun di hadapan pentas utama. Bukanlah pentas sangat tapi tempat yang paling tengah-tengah di barisan hadapan sekali. Rezeki orang rendah-rendah kot kan. 😉

dsc_0205

Tapi, sepanjang dua hari ini, hujan turun agak kerap dan lebat. Habis basah. Dah rasa nak demam dah ni. Ok. Saya tak boleh menulis lama-lama. Sekejap lagi, saya bersama kawan-kawan dan emak ayah Aizat dan Azam akan berlepas ke Saint Petersburg. Kali pertama saya ke sana ketika di tahun dua. Disebabkan Kota Petersburg sangat menarik, saya berhajat untuk ke sana sekali lagi. Jumpa lagi!

dsc_0282

dsc_0302

dsc_0311

Nota: Saya rasa bersalah sangat  sebab masih tak sempat balas komen dan semua email/mesej yang ditinggalkan untuk saya. Jadual saya sangat padat sekarang ni 🙁

Posted on June 21st, 2009 by Sarah  |  34 Comments »

Kisah Seminggu

Assalamualaikum wbt

Tidak terurus sungguh blog ini. Jadual saya sangat padat setiap hari. Kalau berada di rumah sekalipun, saya tidak menghadap internet sangat. Setakat duduk sekejap-sekejap saja di meja ini. Selebihnya masa saya terisi dengan pelbagai hal lain.

Entri yang lepas pun saya tak sempat kemas kinikan beberapa lagi gambar. Jadi saya letakkan di sini saja. Untu itu, saya rangkumkan saja semua cerita yang terjadi sekitar seminggu ini.

Sehari selepas exam minggu lepas (Jumaat), kami ke majlis perpisahan di rumah Kak Zah. Majlis ini khas diadakan oleh Tourism Malaysia Moscow untuk meraikan pelajar tahun akhir, Pak Zack dan Abang Lan yang akan berpindah juga majlis hari lahir Aunty Salwa. Makan memang tak ingat dunia!

en4

Read the rest of this entry »

Posted on June 19th, 2009 by Sarah  |  26 Comments »