Kisah Seminggu

Assalamualaikum wbt

Tidak terurus sungguh blog ini. Jadual saya sangat padat setiap hari. Kalau berada di rumah sekalipun, saya tidak menghadap internet sangat. Setakat duduk sekejap-sekejap saja di meja ini. Selebihnya masa saya terisi dengan pelbagai hal lain.

Entri yang lepas pun saya tak sempat kemas kinikan beberapa lagi gambar. Jadi saya letakkan di sini saja. Untu itu, saya rangkumkan saja semua cerita yang terjadi sekitar seminggu ini.

Sehari selepas exam minggu lepas (Jumaat), kami ke majlis perpisahan di rumah Kak Zah. Majlis ini khas diadakan oleh Tourism Malaysia Moscow untuk meraikan pelajar tahun akhir, Pak Zack dan Abang Lan yang akan berpindah juga majlis hari lahir Aunty Salwa. Makan memang tak ingat dunia!

en4

Keesokannya (Sabtu), kami menyambut hari lahir Auyun di rumah Kak Yan, kakitangan JPA yang bertugas di sini. Kak Yan menyediakan laksa! Dua mangkuk saya balun. Huhu. Aduhai. Sekali lagi makan memang tak ingat dunia!

en21

Keesokannya pula (Ahad), kami menghadiri BBQ bersama sebahagian daripada pegawai-pegawai kedutaan di tapat perkhemahan di kawasan hutan belakang People Friendship University (PFU). Dulu saya pernah tinggal berhampiran kawasan ini (tahun 1 dan 2) tapi saya tidak pernah tahu akan kewujudan kawasan itu. Redup dan sejuk saja. Pada hari itu, kami pelajar-pelajar tahun akhir bermain bola beracun. Sumpah macam budak-budak! Dan makan juga memang tak ingat dunia!

en11

Pada hari Isnin, saya tidak ke mana-mana. Jadi saya memulakan sedikit proses mengemas barang-barang saya yang hendak dihantar pulang. Dan disebabkan bunga kantan yang dibawa dulu masih belum digunakan, saya berniat untuk menyediakan Laksa Penang untuk kami serumah. Yang ni lagilah. Empat mangkuk saya makan! Uwaaa. Makan tak ingat dunia lagi sekali!

en111

Pada hari Selasa, saya keluar ke Pejabat Dekan dan Topography Anatomy Department. Balik dari sana, pening kepala pun menjadi-jadi. Terlalu terik. Tak tahan mata menahan silau. Sampai di rumah, saya menyediakan sandwich tuna untuk picnic yang kami rancang untuk sambutan hari lahir Glid. Selepas Asar, kami bergerak ke tasik. Kali ni pun makan tak ingat dunia juga. Tapi selepas tu, kami semua mengambil keputusan untuk bermain Tuju Selipar. Yeay! Kumpulan saya menang! Memang mengimbau nostalgia sungguh bila kami menggunakan sistem mengira kaki dengan lagu ‘Polis santri one two jaga, polis mati pencuri jaga!’ [siapa tak tahu lagu ini memang terlepas pengalaman manis zaman kanak-kanaklah!]. Di penghujung acara, Glid membaca sebuah sajak Bahasa Inggeris karangannya yang ditujukan untuk semua. Sebaknya mendengar sajak Glid. Ada yang lucu dan ada yang sedih. Tapi semuanya fakta yang benar-benar saja tentang memori permukiman kami semua di sini.

en12

Dan pada hari semalam (Rabu), pada mulanya saya sekali lagi meneman kawan ke Topography Anatomy Department. Kemudian saya berjalan kaki saja untuk balik ke rumah. Sewaktu melalui Jalan Malaya Trubetskaya, Fatt menelefon saya mengatakan bahawa dia sudahpun hendak bertolak menemui yang lain-lain (rakan serumah) di Stary Arbat. Hendak makan sushi di sana. Katanya, dia baru saja menaiki bas. Mendengarkan itu, saya berlari menyeberang jalan meninggalkan kawan saya terpinga-pinga ke mana saya hendak pergi, memecut menuju ke Jalan Bolshaya Piragovskaya dan terus menuju ke arah pondok bas di hadapan Pediatrics Department. Fuh! Macam jaguh pecut negara! Sudah bertahun-tahun tidak memecut selaju itu. Sebenarnya, sewaktu saya tiba di simpang jalan antara Jalan Malaya Trubetskaya dengan Bolshaya Piragovskaya, bas sudahpun lalu di depan saya. Fatt dan Mili yang berada di atas bas kelihatan terkinja-kinja memberikan semangat menyuruh saya mengejar bas. Oooooh! Memang penat! Bila tiba di Stary Arbat, kami semua berkumpul. Ada Diba, Wanie, Emy, Fatt, Mili, Sha dan Fikri sekali. Pena tidak bersama kami. Dia makan di tempat lain (ehem ehem). Dan semalam pun makan memang tak ingat dunia juga. Maklum sajalah. Beli satu percuma satu. Hahaha. Barang percuma memang sedap aje semuanya.

en13

Petang semalam, Baiz datang ke rumah kami. Sudah lama merancang tapi terpaksa menunggu budak-budak rumah ni semuanya selesai exam yang penting. Sekarang mereka hanya tinggal satu subjek saja lagi. Baiz sudah biasa dan sinonim dengan rumah ni. Jadi memang riuhlah kami bila berkumpul bersama. Malam semalam saya menyediakan sambal udang super hot untuk makan malam. Merah padam muka semua orang menahan pedas. Hehe. Ampun. Tapi licin juga lauknya kan. Pagi tadi selesai saja budak-budak ini ke Pejabat Dekan dan perpustakaan, kami berkumpul di Kosmik (Universitetsky Mall) untul bermain bowling. Wihiii. Sebenarnya, pada hari semalam (Rabu), ada tuornament khas untuk pelajar tahun enam tapi saya terlepas kerana meneman kawan ke Topography Anatomy Department. Jadi bila saya dapat bermain bersama rakan serumah dan Baiz sekali, kiranya dapat qadha’ semulalah. Huhu.

en15

Selesai bowling, kami makan di food court dan kemudian berpecah menuju destinasi masing-masing. Saya dan Fatt ke Pejabat Dekan kerana ada hal di sana. Baiz dan Diba ke Stary Arbat. Yang lain-lain semuanya menuju ke arah yang berlainan. Berkumpul semula di rumah sekitar 8.30 pm. Hari masih cerah. Baiz berada di sini lagi. Riuhlah lagi sekali malam ini. Kami makan nasi, bercerita itu ini, tengok gambar dan bercerita tentang harapan di masa depan.

Inilah kisah dalam seminggu ini. Itu sebabnya saya dah kata saya memang tak ada masa nak menghadap internet. Masih banyak lagi agenda yang menanti. Esok? Esok pagi kami nak makan nasi lemak yang Wanie masak. Yeay! Yang pastinya, sekarang saya hendak tidur. Sudah pukul  4.11 pagi. Solat Subuh pun sudah. Tapi demimu blog, sanggup daku bersengkang mata. Ohho. Ayat yang sangat poyo. =p

Nota 1: Banyaknya guna duit siang tadi (Khamis). Huhuhuhuhu.

Nota 2: Saya sudah ada heels baru! Ngeeeee~

26 Responses to “Kisah Seminggu”

  1. Saffa says on :

    Wah Seronoknya celebrate habis belajar! 😛 Patut lar senyap jer.. Huhu

    P/s: Rindu permainan budak2 macam bola beracun etc =______=”

    Reply

  2. Fisol says on :

    salam..

    Polis Santri ngan tuju selipar memang my fav tu…rasanya sarah dah tau pun..:)

    Reply

  3. Diya says on :

    itu.

    itu bola beracun. aaaa menakutkan betul game tersebut. diya ada bad memories yg ter-sgt lah bad terhadap bola beracun. aaaaa guys je ke yg main, KS?

    p/s-wihihi. itu heels baru takmo tunjuk ke :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Bola beracun tu kitorang buat team laki lawan team perempuan. Tapi dalam team perempuan ada 3 orang budak laki jugak sebab tak cukup orang. Keputusannya, team kitorang menang! Dan 3 budak laki dalam team kitorang awal2 lagi dah kena baling dengan bola. Sabar je la kan. 😆

    Reply

  4. shah says on :

    waahhh.. beraya sakan ni sblm blk malaysia. hehe. sehat2 je ye sarah. lama dh tk singgah blog awk. aku pun bz juga. kekeke

    Reply

    Sarah Reply:

    Errr…. Yeay! Saya sudah tau apa nama CJ! Yeay! 😎

    Reply

  5. nabzie says on :

    salam kak sarah…nyesal buka blog kak sarah…sebabnye korg mcm bes gile dah free…ktorg kena belajar lagikk…huwarrghhhh..paeds oh paeds..why do u have to be sooo boring…cepatlaa abes exam..and yes, tak dpt dinafikan yg senior cam budak2..muahahaha…jom kuar sama2 lepas exam ktorg abes..sy dgn amnah balek lambat sket….jom ar jom ar berfoya-foya dgn ktorg plakkkk!!!!!=)

    Reply

    Sarah Reply:

    Uuuu. Akan rindu kamu nanti Nab!!!!!! 😥 😥 😥

    Reply

  6. snm says on :

    mula2 nk tanya..mana heels??!! berapa inci :p

    Salam sarah 🙂

    ya rabbi sarah! best gile main game tu smua kan? 😆
    memori kanak2 jelas dlm ingatan bila baca..stp ptg main game tsebut dgn adik2..anak2 jiran2..bola beracun tu pergh!

    Reply

    Sarah Reply:

    Heels 3 inci kot! Huhuhu.

    Reply

  7. haritz says on :

    bestnyer dah tak payah pk nak belajar yer Sarah, seronok betul, rasa mcm zaman kanak2 kan!!

    Reply

  8. akak says on :

    wahh..seminggu yang padat..dan..banyak juga makannye.. :mrgreen: Takpe makan selagi terasa nak makan. Nanti kalau dah sibuk kat spital..tak lalu pulak nak makan. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Sangat betul tu Akak! Sekarang ni saya asyik keluar je pulak. Lagi la tak berusik dapur tu. Aduhai.

    Reply

  9. nadiah says on :

    salam sarah.

    huhu. love to hear this word. “Saya sudah ada heels baru!” heheh. tak saba nak tengok =)

    Reply

  10. pencacai tua says on :

    huyoo..syoknyer main bola beracun,tuju selipar n polis santri..pergh.teringat memori zaman kanak2 dulu..kalaulah ade mesin masa,sy org pertama nak pegi zaman kanak2…zman kanak2 adalah zman paling indah..kan..

    Reply

  11. Fawwaz says on :

    oh, best nya celebrate last year KS !
    tapi betul lah,
    nanti KS dah jadi doc,
    kenangan ini lah yang KS akan ingat sampai mati.

    oleh itu saya nak ucapkan,
    selamat menjadi doktor yang berjaya KS !

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Fawwaz 🙂

    Baru ni KS tau nama kamu ialah Fawwaz. Ingatkan Aizat! Hehe. 😛

    Reply

  12. chi am says on :

    alaa.. main tak ajak.. 😆

    Reply

  13. Noi says on :

    hihi.excited dengar yang heels tu.. mana mana?? nak tengok 😛

    dia dah abis study le~ alhamdulillah…

    noi plak..cam rindu nak study balik.. eh bukan rindu nak study, actually rindu ngan kawan-kawan zaman study.. masuk kuliah,exam sume tu tak best..
    yang best time lepak (sungguh le menampakkan ciri kanak-kanak tak bermoral) 😆

    Reply

  14. azizi says on :

    wah best nya awk maen

    Reply

    Sarah Reply:

    Eiiiii!!! Azizi dah pandai hantar komen kat blog Ngah! Yeay Yeay! :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

  15. izzahsakinah says on :

    KS, seronok main bola beracun 😆
    Takpelah, nanti terkenang2 mesti seronok kan.

    Reply

  16. permainan bola salto says on :

    Hello there, I discovered your website by the use of Google
    whilst searching for a comparable matter, your web site got
    here up, it appears to be like good. I’ve bookmarked it
    in my google bookmarks.
    Hi there, simply was alert to your weblog thru Google, and located that
    it is truly informative. I am gonna watch out for brussels.
    I’ll be grateful should you proceed this in future. Numerous
    folks shall be benefited from your writing. Cheers!

    Reply

  17. Selling jewelry phoenix says on :

    What i don’t realize is in fact how you are now not really
    much more well-favored than you might be now. You
    are so intelligent. You realize therefore considerably in relation to this
    topic, made me for my part believe it from a lot of numerous angles.
    Its like men and women aren’t involved except it is something to accomplish with Girl
    gaga! Your own stuffs excellent. Always care for it up!

    Reply

  18. pawn shops las vegas says on :

    Hey! I’m at work surfing around your blog from my
    new iphone 4! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your
    posts! Keep up the superb work!

    Reply

  19. senuke xcr 3.0.72 crack says on :

    Supplying customers numerous terrific strategies as well as methods to
    make the most of all the power of SENuke You must read
    my SENukeInferno Testimonial for more information concerning
    the product. I am an university student, I’m really thinking about
    Online marketing and Equipment, I begin to find out regarding those
    as well as have just started to create some evaluation blog.

    Reply

Leave a Reply