18 Tahun Lalu

Assalamualaikum wbt

Sudah 1 Mei. Sudah tiga minggu blog tidak berjengah. Keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan setiap hari sebaik pulang dari kerja, selesai saja solat Maghrib, saya sudah terlantar di atas katil. Saya tahu saya masih berhutang cerita yang satu itu. Tapi tunggu dululah, ya. Semuanya sudah siap ditulis cuma masih belum ada masa untuk sentuhan terkahir. Hehe.

Hari ini genap 18 tahun kisah saya mati hidup semula. Syukur Ya Allah. Pada hari ini saya masih dipanjangkan usia. Tiada lain yang selayaknya untuk saya ucapkan melainkan Alhamdulillah. 18 tahun lalu saya hanyalah seorang budak perempuan buruk yang berusaha untuk menyembuhkan kulit badannya yang terbakar. Dan pada hari ini, saya sedang oncall di hospital membantu seorang kanak-kanak yang berparut terbakar di pehanya kerana terkena air panas. Hidup ini memang seperti roda. Sebaik terpandangkan kesan melepuh kanak-kanak itu, hati saya sangat sebak dan saya hampir-hampir menangis teringatkan saya yang dulu.

*Tiba-tiba termenangis sewaktu menulis entri ini*

Baiklah. Hari ini sayaย berumur 18 tahun ye. Sweet 18 gitu~ :mrgreen:

Nota: Ok ok. Janji! Entri seterusnya nanti ialah entri yang tertangguh tu ye. ;-)

Posted on May 1st, 2011 by Sarah  |  13 Comments »

Selamat Sebulan, Sayang~

Assalamualaikum wbt

Pejam, celik, pejam, celik, hari ini genap sebulan kami bergelar suami isteri. Tiada lafaz yang lebih layak melainkan Alhamdulillah wa syukru lillah. Hidup terasa sangat sempurna. Walaupun berjauhan, bagi saya, inilah kesempurnaan. Sebelum saya menulis dengan lebih panjang, masih belum terlambat untuk saya dan suami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan pembaca yang mengirimkan ucapan doa barakah untuk kami berdua. Juga untuk rakan-rakan yang sudi memeriahkan majlis kami baik di Temerloh mahupun di Putrajaya. Terima kasih tak terhingga. ๐Ÿ˜‰

Sebulan bergelar isteri, ada banyak perkara baru yang saya pelajari tentang suami saya. Serba-serbi baru. Yang boleh saya simpulkan di sini, bercinta selepas kahwin adalah awesome! ๐Ÿ˜‰ Pada hari kenduri di sebelah pihak saya, sebelah malamnya itu juga saya terus mengikut suami pulang ke rumah keluarganya di Putrajaya. Iya. Dia bekerja pada keesokan harinya. Sadis sungguh, kan. Hehe. Di saat hendak meninggalkan rumah pada malam itu, saya sangat sebak sewaktu bersalaman dengan emak dan ayah. Pertama kali dalam hidup saya dilepaskan keluar dari rumah mengikut seorang lelaki. Dan yang pertama kali itu ialah mengikut seorang yang bernama suami. Dan selama beberapa hari bergelar surirumah untuknya di sana, saya dijaga pula oleh keluarga mertua . Alhamdulillah. Saya dikurniakan mertua yang sangat baik dan comel. Sentiasa mesra walau di mana mereka berada. Terima kasih umi dan baba! ๐Ÿ™‚

Suami saya pendiam dan kelihatan serius orangnya. Tapi bila dengan saya, dia banyak cakap dan kelakar sebenarnya. Hihi. Kalau dia tersenyum atau ketawa, matanya sepet terus sampai tak terbuka dah. Macam Cina! Oh, comelnya dia! Dia suka kopi. Saya pun suka kopi. Tapi dia lagi suka kopi. Lebih suka daripada saya suka kopi. Eh, berbelit-belit ayat saya. Tapi memang hakikatnya dia suka kopi. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, dia suka bersarapan dengan kopi dan karipap sardin. Kalau hari-hari makan karipap sardin pun dia kata tidak kisah. Pelik juga. Tapi memang dia suka. Suami saya tidak makan tempoyak. Tapi nasib baik dia masih makan durian. Hehe. Suami saya menitikberatkan tentang perkembangan rohani. Tentang ma’thurat, mengaji, usrah dan tarbiah. Alhamdulillah. Saya tidak salah memilih calon untuk dijadikan teman hidup saya dunia dan akhirat, insya Allah. ๐Ÿ˜‰

Saya tahu saya masih berhutang dengan kamu semua tentang kisah bagaimana kami berjumpa, di mana titik pertemuannya. Insya Allah, kalau tiada aral akan menyusul dalam entri yang seterusnya. Kebetulan pula saya masih bercuti sehingga hari esok. Saya akan cuba kemas kinikan entri secepat mungkin ya.


Buat suami tercinta, selamat ulangtahun sebulan, Abang. Sarah sayang Abang dunia dan akhirat. Terima kasih kerana memberi Sarah bahagia dan syurga dunia. Dan pimpinlah keluarga kita menuju syurga akhirat. Jangan lupa balik Temerloh Jumaat ni ya. Sarah tunggu Abang balik~ ๐Ÿ˜‰

Nota 1: Semua gambar adalah hasil sentuhan sahabat baik saya, Acai. Memang superb! Terima kasih sahabat ๐Ÿ™‚ Lagi gambar di entri ini dan ini. Dan sila like Acai Jawe Photography di Facebook ๐Ÿ˜‰

Nota 2: Di saat inai masih merah di jari, ada sesuatu telah terjadi. Nantikan ceritanya nanti ya. :cool:

Posted on April 12th, 2011 by Sarah  |  50 Comments »

Tunda

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya saya berniat untuk mengemaskinikan blog pada malam tadi. Tersangat ingin. Sudah dua minggu terbiar. Tetapi maaf. Saya tiada mood. Oncall setiap selang sehari. Suami pula tiada di sini. Disebabkan ramai yang ternanti-nanti entri baru termasuk suami yang jauh di mata dekat di hati, saya terpaksa menulis ini. Semuanya ditunda lagi sehingga mood pulih kembali.

Hidup berjauhan memang memerlukan ketabahan. “Tabah adalah akhlak yang mulia.” <– Tiba-tiba je :razz:

Hmm. Tiba-tiba teringat kisah dating pertama kali bersama lelaki bergelar suami ini. ;-)

Nota: Sarah yakin abang mesti tersenyum baca entri pendek merepek ni. ;-)

Posted on March 29th, 2011 by Sarah  |  26 Comments »

Fasa Baru: Sarah & Thaariq

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Syukur yang tak terhitung tingginya buat Yang Maha Esa.

Dengan sekali lafaz, saya dan suami selamat diijabkabulkan pada 12 Mac 2011 yang lalu. Syukur tak terkata. Perasaannya sangat lain selepas disahkan sebagai suami isteri. Serius. Sangat lain. Rasa lega, gembira, terharu, bahagia dan yang paling utama, rasa sangat tenang hati. Alhamdulillah.

Buat suami saya, Ahmad Thaariq Mohd Khairudin, tiada lain yang boleh saya katakan melainkan: Terima kasih kerana sudi mengambil Sarah sebagai isteri.

Semalam, sebaik saja suami saya pulang dari kerja (Iya, dia sudah mula bekerja. Saya tinggal di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Hihi), dia bertanya:

Thaariq: Sarah dah update blog?
Sarah: Belum lagi. Kenapa?
Thaariq: Cepat-cepatlah update. Ramai yang tunggu.

Hihi. Comel betul dia. Suami pula yang mengingatkan saya untuk mengemaskinikan blog. Jadi disebabkan petang ini saya ada sedikit masa lapang sementara menanti dia pulang, jadi saya berkesempatan untuk menatap blog buat seketika (lama juga sebenarnya, huhu). Gambar-gambar belum ada pada kami. Semuanya masih ada pada ahli keluarga kami dan juga official photographer of the day, Acai! Jadi, tengok teaser saja dululah ya.

 

This is my soulmate, till Jannah, insya Allah.

Nota 1: Saya sebak sewaktu hendak meninggalkan emak ayah untuk mengikut suami balik ke rumahnya.ย :cry:

Nota 2: Syukur yang tak terhingga dikurniakan mertua yang sangat memahami dan sentiasa memberi nasihat dan motivasi.ย ;-)

Posted on March 16th, 2011 by Sarah  |  50 Comments »

1 Hari

Assalamualaikum wbt

Kurang 24 jam daripada sekarang, segalanya akan berubah. Saya akan bersuami, mempunyai mertua, ipar duai dan yang paling penting, tanggung jawab saya juga akan bertambah satu lagi.

Saya teringat apa yang Kaklong katakan selepas perkahwinannya dulu. “Perkahwinan ini adalah satu amanah dan pada amanah ini ada ibadah. Rindukan suami kita pun adalah ibadah. Jadi, kalau rindukan dia banyak-banyak, pahala pun akan banyak juga.”

Semoga ikatan yang akan terbina ini terlindung daripada sebarang fitnah, dilimpahi barakah, dikekalkan kami bercinta dengan penuh mawaddah dalam membina keluarga yang sakinah, menguatkan kami untuk kekal di jalan dakwah dan kini saya belajar untuk menerima hakikat, berjauhan selepas bernikah nanti adalah satu proses mengumpul dana pahala untuk kami berdua, yang perit tapi indah. ๐Ÿ˜‰

Doakan kami ya, kawan-kawan. ๐Ÿ˜‰

Kepada yang berkelapangan, jemputlah ke Temerloh pada Ahad ini ya.

Posted on March 11th, 2011 by Sarah  |  43 Comments »