Dr. Sarah Shukor
Assalamualaikum wbt
Enam tahun bersusah payah. Enam tahun menanggung derita. Enam tahun berjauhan dengan keluarga. Akhirnya, kami semua telah lulus dalam State Exam 2009! Alhamdulillah. Insya Allah, majlis graduasi kami akan berlangsung pada 26 Jun ini.
I.M. Sechenov Moscow Medical Academy (Class of 2009)
Ada beberapa fakta di sebalik keriangan ini:
1) Saya turun 4 kg!
2) Sudah sebulan sebelas hari saya tidak makan nasi.
3) Empat hari terakhir sebelum menjelang State Exam, saya hanya makan mi segera yang diubah suai mengikut selera sendiri. Sebungkus sehari. Amacam? Ada yang tahan? Hahaha. Malas nak masak apa-apa. Makan sajalah apa yang ada.
4) Semalam (hari terakhir sebelum exam), saya duduk menekun di meja saya dari pukul 4.30 pagi sehingga 11.30 malam. 19 jam! Sakit pinggang, sakit badan, sakit mata.
5) Saya rasa muka saya sudah seperti muka mat pit. Mata dah macam panda!
Ikutkan hati ada macam-macam yang hendak diceritakan. Tapi nantilah. Sekarang saya hendak tidur!
Terima kasih buat para doktor MMA yang telah mengajar saya selama ini. Terima kasih kawan-kawan class of 2009! Terima kasih emak ayah dan ahli keluarga yang tak jemu berdoa. Terima kasih semua atas huluran doa dan ingatan!
Terima kasih Ya Allah atas kejayaan yang Kau kurniakan ini.
Yang benar,
Dr. Sarah Shukor M.D. (Moscow)
Nota: Serius ni ada macam-macam yang saya hendak cerita. Tunggu tau! 



salam…
ngah!!!huuuuu~
thniah..
yana tmpg gmbira..
huhuh
ad cousin doctor..bgga kejap~
nway ble ngah balik…
x sbar jmpe ngah..
thun lpas klu x slap kite jmpe kejap je ke x smpat jmpe..
yg pstinye yana rindu ngah~
salam
eh jap..tkjut jadi org first komen post ngah…
sllunya dh bpluh or berblas…
weeeeee~
Salam Yana!
Hihi. Akhirnya habis jugak dah Ngah kat sini. Dah tak larat dah =p
Balik bulan depan insya Allah. Tahun lepas kita ada jumpa la. Tapi kejap je. Waktu tu Yana singgah Temerloh kejap je. Takpe2. Nanti kita boleh ronggeng sama2 lagi ok. Ingat tak yang dulu tu? Huhuhu. Happy betul time tu!
Haha. Macam main sape cepat dia dapat pulak ye. π
Salam Dr. Sarah π
Pengakhiran adalah awal sebuah permulaan π
Selamat melangkah ke alam baru… sepertinya bab baru dalam novel realiti hidup ini π
All da best …
salam
haha…tahniah sis…saya selalu baca perih jerih sis…tak dapat alami..tp dapat bayangkan…entah la..tp saya plak yang rasa sangat gembira…siap kuar air mata..heh….mungkin sebab saya tak jumpa lagi kejayaan macam mana sis alami sekarang…insyaAllah sy akan dapatkan…
saya akan jadikan kegembiraan yang saya baca malam ni sebagai pedoman dan pengukuh usaha saya…hehe..
ape pun..tahniah sis…heh…nnt kalau sakit leh sis rawat ke?..haha
salam, KS..
yeehaa!!! *pisang joget*
waa, bestnye dah habis!
saya pun tak sabar nak habis jugak ni.. π
TAHNIAH dan mabruk, KS!
Malaysia sedang menanti.. hehe
Kak Sarah!
*hansing roses to Kak Sarah*
wa wa wa ..
tahniah ye kak.
klu sakit, leh g jmpe akak dh nih ..
ho yeay ..
sbb kite kan sllu sakit.
huk.
*handing.
tahniah kak π
tahniah KS!
seronoknye!tk sabar gak nak habis mcm KS~
Sarahhhh…tahniah!!! Akhirnya dah boleh dipanggil Dr.Sarah. Alhamdulillah. π
Alhamdulillah….
uikkss.. naper pulak Kasawari macam nak nangis ni.. terharu pulak.. walau baru kenal kat blog ni (dari link blog UncleJ) tahun 2007, terasa cepat masa berlalu..
didoakan Dr Sarah berjaya dalam kerjaya nanti ya.. semoga menjadi Doktor yang berjasa kepada masyarakat.. Amin…
Assalamulaikum Sarah,
1. Baru lepas bercakap melalui telefon dgn ayah. Dia yg bg tau Sarah dah tamat pengajian dan juga tentang site ni.
2. Tahniah pakcik ucapkan.
3. Segala pengorbanan, susah-senang, semasa dlm pengajian di sana, inilah hasilnya yang dicapai.
4. InsyaAllah, dgn ilmu pengetahuan, pengalaman yang ada, akan berjaya menghadaoi alam pekerjaan nanti walaupun mungkin berbeza dgn apa yg dilalui selama ini sebagai pelajar.
5. Semuga berjaya.
salam
Pakcik Zaid
Kuala Lumpur
p/s,
Pakcik dalam bahasa Russia apa ya?
salam wahai Doktor Sarah,
saya hanya tumpang senyum dan senyum untuk kemanisan ini.
TAHNIAH SARAH!!!!
Salam.
Tahniah Dr Sarah !
Semoga menjadi seorang Doktor yg berjaya, solehah dan muslehah… insya Allah.
Jangan lupa kami di sini nanti & Doakan kami berjaya juga ye… =)
Tahniah Dr Sarah π π
Dr Natasha A.Hadi~~rinduu sgt2 kat msia ni..nak balik juga!
~skit je lagi tasha..(hehe)sibuk kat page sarah..
salam ks,.
alhamdulillah dah lepas. tahniah2! Tak sia-sia enam tahun berhempas pulas penuh cerita kat russia. Akhirnya grad dah pun. Tahniah! Smeoga terus berjaya di masa hadapan. Tak tau nak kata apa dah~ Allahu ma’ak je lah. ^_^
*throwing confettis* π
Salam KS! seronok ya nampak dah habis state paper dan bergelar doktor ni. Lepas ni pula, nak kena tempuh alam pekerjaan. All the best to you and please don’t forget us here. Insya Allah lepas ni turn kitorang pula :).wee~~
askum ngangah lan nak ucpkan taniah..
lan keje sgt sibuk malam pun balik lewat.
lepasni makan nasi banyak2.
kurus dah tu tak comel hahahaha.
Tahniah Dr KS.
Moga jadi doktor yang best dan tidak membuli junior2 doktor yang lain. hehehe.
all the best in your future undertakings, it’s been nice knowing you for 5 years. π
Tahniah Sarah!
GlΓΌckwunsch (deutsch)
Alhamdulillah dah habis =)
Tak sabar nak dengar cerite Sarah π
sarahhhhhhh..tahniaaahhh!!!!
susah payah sarah selama ni terbalas kan :)..speechless moment
seronoknye dah nak grad. alhamdulillah. tahniah sarah dan kawan2 di sana! π
congratulation Dr Sarah. Enjoy the holiday as much as you could before you start working π
alhamdulillah.
http://www.youtube.com/watch?v=gfuRz1w_8ss
Salam Sarah, ops Dr Sarah. Moga dapat memulakan tugas dengan cemerlang. Doakan kami bakal menyusul insyaAllah…. π
Emm apapun rasanya pada bahagian Tentang Sarah tu ada sesuatu yang perlu di
‘update’
Salam.
Tahniah Dr.Sarah Shukor! Alhamdulilah.. Keperitan dan kepayahan Dr.Sarah dah terbalas. Syukur kepada ALLAH SWT π
yeeehaaaaaa, sarah dah abis dan nak balik sini..:)
sarah, jgn lupa janji kita tau,ceeewaahhh..tahniah sahabat..
awak mmg ‘agak tak betul’ sampai study camtu,hehe..tapi takpelah, benda tu berbaloi dan mungkin pasni awak takkan buat camtu lagi..:) tahniah sahabatku.
ps: alaaa, skjp je kurusnya tu, pasni mesti naik lagi,kekekeke..*laarikk
Salam sayang buat angah,
Errr.. my eyes are getting watery just reading about it!
Tahniah angah! Terharunye dah jadi doktor ye, alhamdulillah!
Lepas ni reward yourself ok!
Congratulations again!
Tahniah Dr Angah,
Saya tumpang gembira dengan kejayaan kamu. (headspin)x3
Wassalam,
::truemax
Congratulations Dr Sarah. Dah lama i jd your silent reader .. from old blog. Good luck for your future … Selamat menjadi Dr yg baik, anak yg soleh & Hambanya yg beriman.
ALF MABRUK SARAH!!!
TAHNIAH JADI 1ST EX MUKMIN YG BERGELAR DOKTOR… KAK TIKAH AKAN MENYUSUL GAK NANTI INSYA ALLAH. TAPI DR YG SATU LAGI TU…
SELAMAT KEMBALI PULANG..INSYA ALLAH.. NANTI JEMPUT DTG UMAH K.. π
Alhamdulillah..dah habis dah..leh jadi dr dah..pasni leh smbg lagi.jd dktr pakar lak kan..
salam ks..selama ni saya adalah silent reader kt web ks ni..well congratulations~ xsabar nak jd cm ks..tp lama lg la dlm 2012..doakn sy brjaya cm ks ye..congratulations again dr.sarah π
KS, tahniah ya.
Happy back to Malaysia for good.
*hugs*
salam sarah,
congratulations! cepat2 la pulang ke tanah air berkhidmat π
lepas ni, kalau saya nk bersalin ke, boleh la panggil Dr. Sarah hehe
Tahniah sekali lagi!
assalaamu’alaikum,

alhamdulillah …
sarah, tahniah
ngeeee
Salam Sarah π
Tahniah Sarah! Lagi 14 hari je ni.
Semoga gambar yang diambil ketika konvo nnt x tembam π
Berbaloi usaha awak tak makan nasi kan?
Salam,
Tahniah Sarah :), bangga dengan kamu…
Salam Dr Sarah
Tahniah… kamu memang bagus dan mantap!!… semoga berjaya di dalam kerjaya kamu!..
Ochen-ochen Kharasho…!
Tahniah Sarah!.. yey, bertambah lagi sorang dokter peribadiku!! FOC!
hai kak sarah. eh DR Sarah..
tahniah =)
bestnya dah grad. π
tahniah2 π
Tahniah Dr. Sarah! Alhamdulillah.. akhirnya segala jerih perit berakhir dengan kejayaan.Ksu tumpang gembira, pun turut terasa ingin menitiskan air mata gembira.
Begitulah kehidupan, setiap keringt, duka dan resah.. akan ada waktunya bahagia mengundang. Bergembiralah untuk kejayaan ini. Sarah deserve it!
Salam Dr. Sarah,
Tahniah2.. Moga kejayaan Dr menjadi pemangkin pada yang lain untuk terus maju.. Mudah2an di kuatkan jua iltizam saya untuk further lagi.. π
Btw, selamat bergraduasi n kembali ke M’sia utk bkhidmat.. Saya plak yg rasa excited dgn crita sarah..hehe. Anyway wish u all the best for your future.. May Allah bless u alway.. π
assalamu’alaikum Dr.Sarah..tahniah dan semoga selamat perjalanan kembali ke malaysia nanti..
π‘ nati keje kat hoshas je la yek..
dekat ngn mak d ayah π
salam angah….
alhamdulillah….selesai sudah semuanya…bangga rasa nyer nak panggil kamu Dr. Sarah…im proud with ya gurl….
p/s : dah sampai m’sia..roger roger along okes…kita dating…woot ^__^
salam sarah.
tahniah! akhirnya.
for sure sarah grad dulu dari nadia kan?
hehe. leh tengok ur pic in ur graduation day..
ok sarah. tak ur time dear.. rehatkan diri. rehat cukup2.
Miss u. can’t wait to meet up with dr.sarah π
** sarah sudah kurang KG nya. well done dear! =) **
Tahniah le Cik Sarah.
Marah tu kalau kalau tak panggil Doktor. Rugi pulun study.
Tahniah sekali le Doktor Sarah. π
Salam.
Ye. Betul tu. Ni permulaan kepada kehidupan HO yang jauh lebih dahsyat. Terima kasih! π
Azizee, kamu buat KS sebak pulak. Terima kasih banyak2. And all the best untuk kamu!
Salam Nuha.
Pisang joget banyak2 jom π
Terima kasih ye Nuha. Atas segalanya π
Arina, many thanks my dear!
Kamu selalu sakit lagi ye?
Jaga diri ye. Clinical years nanti lagi mencabar untuk kamu.
π
Terima kasih Thia!
And happy belated birthday dear!
Thanks Syila π
Insya Allah turn kamu akan sampai jugak.
π
Akak!!!!!
Terima kasih banyak2! I love you!!! Erk… Akak takleh panggil saya Dr. Hehehe. Akak kena panggil saya Aya π
Salam buat semua. Alamak. Saya tak cukup masa nak balas semua komen sekarang. Nanti saya balas ye. Terima kasih banyak2 atas ucapan yang diberikan. Terima kasih semua!!!
Ikhals,
Sarah Shukor.
salam DR.Sarah
tahniah atas lulus exam dan finally begerl seorang doktor dgn jayanya.semoga dr.sarah kembali dgn berbakti kepada anak bangsa dgn jayanya.kalau singgah ke penang balik kampung,bagitau la sis ek…
waaaaaaaaah! thnks kak!!!
aiyaaa..manyak jeles ngn akak
HIhi..
Dr. Sarah. Hai!
alaaa………. kalau nak hantar pun guna nama sendiri laaaa………
hep2..alamak terkene pulak π ..
im munirah.. π
sorry dik gurau je…
terkejut saya malam td… saya tau mesti awk punya yg hantar…. (hehe) sarah, kerja di klinik uia la… heeee:mrgreen: 
CONGRATULATIONS my dear sis – DR SARAH…
semoga akan berkhidmat sebgaia seorang doktor yang paling cemerlang..
oo..kat klinik uia gombak tu ke..huhu
dpan mahallah shakirah..nati sy sruh die uat2 sakit utk jmpe k.sarah k..hep hep π
napaknye kiten ni bchating tmpat org yep… π
ape daa..1st i thought u sara..huahua π
on9 je keje die..g tdo π
kak sarah, diya sebak …
bergenang air mata.
dah jatuh pun setitik
di pipi kanan
dan pipi kiri …
ya Allah.
π₯
TAHNIAH k.sarah!!!
Dr.Sarah π
tahniah kak ngah.
26 jun. sehari sebelum tarikh lahir saya.
Salam Dr. Sarah..
Alhamdulillah..Tahniah..Kak epel di luar kawasan..tak sempat ucap tahniah awal. Moga diberkati Allah..tumpang bangga.. π
wahhh dah abis…bila kitaorg nak abis lak…..x sabar tggu nak abis..mood nak study pun dah kurang.wawaawawa
nak abis..
Bro Kasawari, terima kasih banyak2 atas huluran semangat selama ni.
Tahun 2007 ye? Dah 2 tahun lebih dah tu. Lama dah tu bro! Walaupun bro dah stop blogging sekarang, harapnya bro, isteri dan anak2 sihat2 saja di Johor sana ye π
W’salam wbt Pakcik Zaid.
1. 1st sekali, sorry sangat sebab lambat sangat2 balas komen pakcik. Rasa bersalah sangat2. Sejak habis exam tak duduk di bilik sangat. Jadi tak terusik internet sangat. Sorry sangat2. Nanti saya belanja makan ok. Hehehe
2. Terima kasih banyak2! π
3. Insya Allah saya akan cuba menjadi yang terbaik jugak waktu dah kerja nanti.
p/s: Pakcik in Russian = Dyadya —> Comel kan bunyinya. Hihi.
Terima kasih banyak2 Sufi!
π
Salam Awe.
Terima kasih banyak2!
Insya Allah KS takkn lupakan kamu semua di sini π
Terima kasih Tasha!
Yup! Your turn is soon to come!
p/s: Esok saya akan ada small gathering dengan Dyana and Amy di Moscow. Hoyeah! Hehe π
Terima kasih banyak2 Ainul! π
Salam Danial. Terima kasih banyak2 π Insya Allah doa KS tak putus untuk junior2 pulak. MMA vsegda vperiod! π
W’salam Lan.
Terima kasih banyak2! Wei… Kurus la lawa. Haha. Ok ok. Ngah balik kita gi makan banyak2! Hahaha. π
Terima kasih banyak2 Hazreen π
Terima kasih juga sebab terlalu baik dengan KS sejak dari mula kenal kamu.
*terharu*
Wah. Germany! Hehe.
Terima kasih banyak2!
π
Kak Inah my idol!!!!
Terima kasih banyak2! Terasa sangat lega dan hilang segala penat lelah lepas dah habis ni. Alhamdulillah yg teramat sangat!
Thanks for everything Kak Inah!
Thanks Am!
Thanks Hafiz! Of course will do π
Ayah, I keep listening to the song again and again.
Alhamdulillah! And thanks for everything, ayah!
I love you!
Salam Kadir. Insya Allah semua sahabat di Mesir pun akan grad on time jugak. 1 sem je lagi kan. Insya Allah by next January, semuanya akan bergelar Dr jugak. Terima kasih Kadir!
Haah kan. Ye tak ye jugak!
Salam Ilham.
Terima kasih! Sangat2 syukur… Selepas susah sememangnya ada kesenangan π
Acaiiiiiiii!
Terima kasih banyak2! Sepanjang kenal awak setahun lebih ni, awak banyak bagi nasihat. Terima kasih banyak2. Saya agak tak betul eh? Huhu. Entah bila zaman2 tak berapa betul macam ni akan berulang lagi π
Eiii. Jahat. Sedap2 dia je yakin saya akan naik balik. Nyampah Acai. Haha.
Maa Izzah!
Many thanks! Many thanks! Many thanks!
Zaman saya tengah bengong gila2 dengan problem hari tu, maa la tempat saya melepas geram. Huhu. Thanks maa! I love you!
Terima kasih banyak2 Truemax!!!
Salam Kak Mas.
Terima kasih banyak2 for the wish and for being a reader of mine. Semoga satu hari nanti ada antara anak2 akak yang jadi doktor juga insya Allah π
Kak Tikah!!!
Terima kasih banyak2! Alamak. Nak nangis baca komen yang ni. Sebak pulak. Insya Allah lagi 2 tahun Syed Nadrul pulak akan menyusul.
Insya Allah kita akan jumpa punya bila saya balik nanti π
Sambung tu kena tunggu lagi 3 tahun la. Hehe.
Salam Nazurah. Terima kasih. Oh. 2012 ye? Haa. By the time kamu grad, KS dah MO dah. Jaga2 ye.
Buat yang terbaik. Belajar secara sistematik. Jangan biasakan dengan last minute k. Insya Allah semuanya akan smooth π
Nad yang sangat dirindui!
Terima kasih banyak2!
Uuuu. Sangat tak sabar nak balik dah ni. Hehe.
Salam Mahani.
Terima kasih! Eh eh. Ni gayanya macam dah mengandung je ni. Ehem ehem.
Ruhana!!
Tak sangka awak baca blog ni sampai ke hari ni.
Terima kasih banyak2. Insya Allah kita jumpa nanti k!
Salam Falin!
Tahniah untuk awak jugak. Dah jadi cik puan dah. Bila la saya pulak ye. Haha. Unsur-unsur gatal telah mula kelihatan
Salam Kak Cinta!
Terima kasih banyak2!
Akak, sajak doa yang akak bagi kat saya dulu masih bertampal kat dinding saya ni. Sumber ingatan saya setiap hari. Terima kasih Kak Cinta! π
Salam Yeop.
Terima kasih banyak2!!
Hawa!!!
Terima kasih banyak2!!
p/s: Esok saya akan jumpa dengan Dyana dan Amy. Diorang turun Moscow dengan parents masing2. Small gathering of 507 la nampak gayanya
Thanks Riyana! Insya Allah, your turn will come soon π
Smiley,
Terima kasih banyak2 π Oh. I’m curious. Who’s this. Hehe.
Terima Kak Su. Alamak, saya menitis air mata baca komen Kak Su. Tiba2 sangat sebak lepas baca ni. Terima kasih sekali lagi Kak Su!
Salam Yusma. Terima kasih banyak2. Semoga kejayaan bersama kita semua dalam apapun yang kita usahakan insya Allah π
Oooo. Munirah ke ni. Hehe.
Terima kasih banyak2 ye Munirah. Kerja mana tu tak tahu la lagi. Kena gi interview dulu. Hehe.
Salam Along Riena yang disayangi!
Terima kasih banyak2!
p/s: Of course! Kita wajib jumpa! π
Salam Nadiah!
Terima kasih banyak2!
And Happy Birthday to you dear!
Thanks for always being there for me π
Terima kasih Yasir.
Awak toksah nak ngada2 panggil Dr. Huhu.
Terima kasih. Terima kasih π
SARAH PEMALAS! π π
Salam Sis!
Terima kasih banyak2 sis! Insya Allah saya akan roger sis. Nombor saya mintak kat Acai nanti k. π
Hai Miji! Hehehe π
Kak Aizal!
Terima kasih banyak2!
Diya, kamu ni saja je buat KS sebak ye. Tadi dah nangis dah. Ni dah bergenang semula dah mata ni π₯
Syzn,
Terima kasih banyak2!
π
Azra,
Terima kasih banyak2!
And happy belated birthday to you π
Salam Kak Epel.
Terima kasih kak. Akak outstation ye waktu tu? Apapun thanks a lot. π
Zharif,
I remember, when you left me the comment, we just met a moment before that at Universitetsky Mall. And tomorrow, it’s your turn to graduate. Thanks for the wish and happy graduating to you!
hehe ingat sy ke..
alamak malu pulak.. π³
-susah2 je reply..hehe thnx π
we dunno each other
tp doctor byk inspire sy π
keep on writing
[…] perlu studi. Keesokannya, saya pergi menjawab final exam dengan lapang dada dan gembira. Dan saya lulus dengan jayanya. Dan saya ada mengabadikan kenangan menemuinya semula di dalam sebuah entri sebaik final exam […]