Assalamualaikum wbt
Kalau ada yang sedar, ejaan nama Far-East Kha-Lead saya ubah dalam entri emo di bawah. Puncanya kerana saya jumpa ramai yang cuba mengakses di Google atau Yahoo Search dengan kata kunci namanya, akan terjumpa entri itu.
Disebabkan terlalu geram semalam, saya mengambil keputusan untuk bersushirama dengan Wanie. Sushi – cara mengurangkan tekanan bagi saya. Makan tidaklah banyak mana tapi bolehlah untuk melepaskan tekanan. Dalam perjalanan menuju ke Kremlin dari restauran yang kami kunjungi, emak dan ayah menelefon. Mereka pun risaukan tentang apa yang saya tuliskan. Lucu pun ada juga kali ini apabila mereka bertingkah-tingkah mahu bercakap di telefon yang disetkan loud speaker. Nasihat mereka, cool je la ye Ngah. Ye. Saya sudah cool.
Dan bertambah lucu apabila saya menjadi pengintip di blog sendiri melihat capaian-capaian ke blog saya pada hari semalam banyak yang menggunakan kata kunci Far-East Kha-Lead, awek Far-East Kha-Lead, Sarah Shukor dan Far-East Kha-Lead di Moscow dan macam-macam lagi. Ini sangat lucu ok. Siapa yang membuat carian-carian menggunakan kata kunci yang terakhir itu betul-betul buat saya tergelak. Maka disebabkan itu, saya menukar cara ejaan nama orang itu sebab saya tidak mahu entri itu ditemui dengan carian Google atau Yahoo atau apa-apa saja enjin carian yang lain. Dan saya tidak mahu blog ini kecoh dengan serangan luar. Hihi. Perasan betul.
Saya tidak mahu meletakkan link yang saya katakan itu. Terima kasih pada seorang pembaca yang memaklum pada saya melalui YM semalam dan dia juga telah menolong saya menerangkan situasi yang sebenar. Terima kasih adik Taufiq. Flickr orang itu juga dengan tiba-tiba sudah tidak boleh dibuka pagi ini, Saya rasa, dia membaca entri emo itu dan rasa bersalah. Ok cukup. Saya rasa, tak perlulah saya memanjangkan rasa marah atau semuanya ini. Saya anggap dah selesai.
Lagi satu, saya tahu dia tidak mendapat sebarang faedah pun dengan apa yang dilakukannya. Bak cara budak-budak di Moscow ni kata: Lek lek je la (relax-relax je la). Huhu. Maka, saya pun lek lek je la kan.
Malam tadi saya ada usrah dengan adik-adik usrah saya. Antara kupasannya adalah tentang masalah pengguguran sosial (social abortion) yang banyak dilakukan sekarang, pembedahan plastik atas tujuan kosmetik, maksiat yang telah diterima sebagai kebiasaan dalam kehidupan dan bermacam-macam lagi. Ehem. Jangan ingat dalam usrah tidak boleh dibincangkan semua ini ya. Usrah ni antara lain fungsinya adalah sebagai kumpulan perbincangan intelek untuk membuka minda tentang pelbagai perkara. Dan topik malam tadi walaupun kami membuat kajian utama tentang iman, tapi kupasan lanjutan ini juga sangat manarik. Oh. Sekadar berkongsi info, di universiti saya kumpulan usrah diberi jolokan RUBY. Reunion of the brilliant youth. Kami ini ikut trend kembali kembali fitrah. Tak ikut usrah atau kurang dengar tazkirah-tazkirah lepas solat semua tu, tu tak ikut trend la tu kan. Hehe.
Saya teringat perkongsian yang pernah saya kongsikan dengan seorang kawan dulu. Yang mana perkongsian inilah yang saya sampaikan semula sebagai kesimpulan kepada adik-adik usrah saya semalam. Tentang akhlak dan anak. Kita yang nanti ditentukan oleh kita yang sekarang. Mahu tak kita tengok anak-anak kita nanti mewarisi perangai buruk kita sekarang? Kalau buruk perangai kita sekarang, potensi untuk perangai itu diwarisi oleh anak-anak adalah tinggi. Ala-ala penyakit keturunanlah kiranya. Saya tidak mahu anak-anak saya nanti jadi perungut dan marah-marah. Jadi saya kena lek-lek je la kan. Hehe.
Nota:
Apa aktiviti saya dan Wanie semalam, tunggu Wanie post entrinya. Saya malas nak tulis. Nanti saya link kan ke sana ya. Tapi semalam memang penat. Tunggu ceritanya ya!
Ayah, Ngah teringatkan kawan ayah Pakcik Mat Lek. Hehe. Semalam baru je Ngah tengok flickr Uncle Wan dan tengok semula gambar-gambar time gathering 070707 tu. Best!
Posted on April 27th, 2008 by Sarah | 9 Comments »
Assalamualaikum wbt
Bad days do come sometimes. And the nature never fails to help me channeling the mood to the good side. Yesterday, I spent time walking by the lake. The wind was all the time with me. I felt good.

I froze my eyes at the
awan-less sky. The blue portrays simplicity in life.

The trees stood still in green but lend me their music of life. I felt entertained.

And the sun set in golden. I learned the importances of being sound and silent.

And today after hospital, I headed to this place. Who can tell me from where this shot was taken? And who still remember why usually I come here? And the reason is still the same for today’s visit. I suppose that, at least, I must come here once in a sem.
Okay. Currently listening to Tak Bertepi by Matta Band. Lagha sungguh saya ni…

Dear
Rynn Ku Sayang, Happy Birthday in advance! May Allah ease and bless you here and hereafter. You are 1 of my sweetest friends. Thanks for being such a great friend to me =)
p/s: The pic was taken on my way to hospital. Every time I look at this painting drawn on a wall near the housing area over there, it reminds me to you. Yes. Noone else but YOU! And it’s our 1st anniversary! It has been a year and I wish that Allah will make it lasting forever.
Posted on April 25th, 2008 by Sarah | 21 Comments »
Assalamualaikum wbt
Hari ini Alhamdulillah berkualiti. Bangun awal pagi tapi demam pula. Soksek-soksek hidung ini (inikah bunyi selesema?) dan batuk-batuk juga. Saya kurang gemar bila batuk-batuk begini. Pertamanya sebab saya mudah sakit di bahagian abdomen (perut) apabila batuk dan keduanya kerana teringatkan ketika saya sakit teruk hujung tahun lepas. Seksanya waktu itu.
Kenapa berkualiti? Sebab dapat berdhuha awal dan kemudian ada usrah naqibat diikuti dengan sedikit perbincangan tentang program yang akan kami jalankan untuk pelajar perempuan di sini tak lama lagi. Tapi hal ini belum rasmi. Nanti saya ceritakan dengan penuh tentang hal ini ya.
Apabila balik ke rumah, perut terasa lapar dan saya tak berselera memandang roti. Wah! Baru saya sedar sepanjang seminggu ini, baru 2 kali saya menyentuh roti. Biasanya, rotilah yang menjadi makanan rasmi saya bila tidak berselera. Jadi, saya memasak untuk makan tengahari. Selesai makan, ada pula usrah saya dengan anak-anak buah saya. Oh. Saya mama usrah yang macho. Tanya mereka kalau tak percaya. Usrah hari ini sangat meriah. Entah kenapa. Hati terasa penuh.
Selesai usrah, saya cuba hendak menanti Asar tapi masih lambat. Badan pula memanas. Jadi saya makan ubat dan tidur. Tapi Masya Allah, lama pula saya tidur. Tapi bila sedar, Alhamdulillah makin kebah panasnya cuma batuk yang menyakitkan abdomen masih ada dan soksek-soksek hidung masih berterusan.
Dalam entri lepas, ada yang mencadangkan supaya saya keluar berjalan-jalan untuk mengisi rasa bosan cuti ini. Masalahnya tidak boleh keluar sesuka hati. Atau yang sebaiknya, tidak payahlah keluar langsung. Ada sebab kenapa begini tapi macam yang saya terangkan dalam nota kaki selang empat entri yang lalu, saya memang malas dan tak terasa hendak bercerita tentang hal ini. Handphone saya pun tak ber-top up. Tadi terasa hendak keluar sangat-sangat untuk men-top up tapi memandangkan badan demam dan hari hujan, saya lalu membatalkan niat.
Dalam pada saya rasa hari ini berkualiti, ada sesuatu yang merosakkan hari saya. Teman serumah saya pastinya jelas akan hal ini. Saya tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat menceritakan tentang hal ini. Tapi ringkasnya, cukuplah sekadar saya katakan satu lagi perkara yang saya tidak suka ialah berkawan kerana bersebab (friends for benefits). Dan kita diperkotak-katikkan. Skemanya ayat. Ayat tidak skema, saya dipergunakan dan dalam masa yang sama kita dipandang salah dan rendah. Tidak seronok kan bila jadi begini?
Dan untuk seorang kawan lama, selamat bertunang. Semoga ikatan ini kekal dan membawa ke bab kedua dan seterusnya. Didoakan yang baik-baik saja menanti awak dan dia. Dan buat Saiful Adilin di Germany, Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Nota:
Ada isu menarik di sini. Salahkah perigi mencari timba?
Posted on April 21st, 2008 by Sarah | 20 Comments »
Assalamualaikum wbt
Saya tak tahanlah keadaan cuti begini. Malam tadi saya lelap ketika hari sudahpun mencecah jam 6.30 pagi. Sudah terang benderang di luar. Langsir memang dirapatkan supaya cahaya matahari yang terbit awal tidak mengganggu tidur orang lain. Saya berniat untuk tidur dengan puas sebab semalaman saya memang tidak boleh tidur.
Tapi baru sejam dua terlelap, saya sudah terbangun. Untuk menidurkan diri semula, saya memasang playlist nasyid dan memakai headphone. Tapi tetap tidak boleh lelap. Saya terus bangun dan membuat apa-apa yang patut. Tapi hari ini memang tidak berkualiti. Paling habis pun, saya berjaya membaca 3 jurnal perubatan yang menarik berkenaan dengan autopsi mayat dan pembedahan otak. Perut pun tak berkualiti. Tak menjamah apa-apa sehinggalah malam. Tengahari tadi, Imen rakan Tunisia saya datang ke rumah. Berbual barang sejam dua. Dia bertanya kenapa ada tertulis nota ‘Uskutii!’ yang ditulis dalam Bahasa Arab yang ditampalkan di depan meja belajar saya? Saya jawab, kerana saya tidak mahu semua yang saya rasa terluah keluar atau dizahirkan. Jadi saya menasihatkan diri saya supaya uskut.
Yang agak berkualiti cuma 1. Dapat beraerobik dengan gembiranya ketika rumah kosong. Yang ada hanya saya dan Wanie. Empat yang lain menghadiri jamuan di rumah kawan. Saya dan Wanie juga sempat berbincang tentang beberapa isu termasuklah jahat baiknya diri kita dan cara kita untuk berubah. Tapi apa kesimpulannya?
Susah jika kita terpaksa berhadapan dengan orang yang keras kepala dan selalu rasa dirinya betul. Kita bukan mencari alasan tapi setiap daripada kita pastinya tahu apakah yang mampu dan tidak untuk kita laksanakan. Dan jangan kerana kita rasa kita sudah bagus lalu kita mengharapkan orang lain berada sama paras dengan kita. Kadang kala, ada kekangan dan kekurangan yang tidak dapat dielakkan dalam diri seseorang. Wallahu a’lam.
Buat emak yang Ngah sayangi, semoga cepat sihat. Ngah jadi kurang ceria bila dapat tahu emak sudah beberapa hari tidak sihat.
Buat rakan-rakan, jangan cari saya di YM. Memang tidak akan jumpa. YM saya bermasalah.
Sungguh, saya tidak ada mood untuk buat apa saja sekarang ini.
Posted on April 20th, 2008 by Sarah | 15 Comments »
Assalamualaikum wbt
Ya Allah. Hendak menamatkan hari pertama cuti, terasa mati kutu betul. Hendak keluar tidak boleh. Sudahnya dari awal pagi saya hanya duduk-duduk di dalam bilik. Sungguh. Memang mati kutu. Selepas Zohor, saya sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat. Makan dah berkali-kali, senaman pun sudah, rehat pun sudah. Saya duduk-duduk membaca buku di atas katil. Sudahnya tertidur. Dalam tidur sempat bermimpi menyelamatkan seorang perempuan yang mengelar kedua belah tangannya. Darah memang penuh. Tidurnya tak lama mana pun tapi bila terjaga terasa amat penat kerana dalam mimpi tersebut, saya bersungguh-sungguh cuba menyelamatkannya. Kenapa saya selalu bermimpi yang ganas-ganas begini? Tapi seronok juga sebab saya sempat beramali dalam mimpi. Habis segala ilmu diguna pakai untuk menyelamatkannya. Pelik betul.
Selepas Asar, kami serumah bermain Saidina sehingga sebelum Maghrib. Maghrib hari semalam, semua pelajar perempuan Malaysia yang tinggal setingkat dengan kami berjemaah di rumah kami. Minggu hadapan di rumah Anna pula rasanya. Tazkirah hari ini, uhuk, Ustazah Sarah yang bertugas.

Sementara menanti untuk bertolak ke jamuan makan di rumah Ili, kami serumah bermain kotak beracun. Memang seronok. Tambahan pula, main bersama ahli rumah sendiri saja. Semuanya sudah saling mengenali dan tidak segan silu dengan denda-denda yang dikenakan.

Inilah antara makanan yang saya jamah sejak pagi lagi. Dimulai dengan keropok, jemput-jemput ikan bilis, makan nasi dengan ayam masak tomato dan sup sayur. Ketika di rumah Ili, ada ayam goreng, kentang, zapekanka (sejenis pai makanan tempatan), sushi, puding jagung, agar-agar dan karamel telur. Jadi, bagi sesiapa yang tahu berapa berat saya turun bulan lepas, jangan risau. Cuti 5 hari ini saya cukup yakin boleh mengembangbiakkan semula badan dengan jayanya.

Airnya pula air apa? Wajiblah bagi saya Nescafe panas. Dan di saat ini, saya sedang minum teh susu panas. Teh wangi dari Syria lagi tu. Jangan
jealous ye =)
p/s: Bismillahirrahmanirrahim…
Posted on April 19th, 2008 by Sarah | 17 Comments »