Kisah Cuti Hari #3

Assalamualaikum wbt

Hari ini Alhamdulillah berkualiti. Bangun awal pagi tapi demam pula. Soksek-soksek hidung ini (inikah bunyi selesema?) dan batuk-batuk juga. Saya kurang gemar bila batuk-batuk begini. Pertamanya sebab saya mudah sakit di bahagian abdomen (perut) apabila batuk dan keduanya kerana teringatkan ketika saya sakit teruk hujung tahun lepas. Seksanya waktu itu.

Kenapa berkualiti? Sebab dapat berdhuha awal dan kemudian ada usrah naqibat diikuti dengan sedikit perbincangan tentang program yang akan kami jalankan untuk pelajar perempuan di sini tak lama lagi. Tapi hal ini belum rasmi. Nanti saya ceritakan dengan penuh tentang hal ini ya.

Apabila balik ke rumah, perut terasa lapar dan saya tak berselera memandang roti. Wah! Baru saya sedar sepanjang seminggu ini, baru 2 kali saya menyentuh roti. Biasanya, rotilah yang menjadi makanan rasmi saya bila tidak berselera. Jadi, saya memasak untuk makan tengahari. Selesai makan, ada pula usrah saya dengan anak-anak buah saya. Oh. Saya mama usrah yang macho. Tanya mereka kalau tak percaya. Usrah hari ini sangat meriah. Entah kenapa. Hati terasa penuh.

Selesai usrah, saya cuba hendak menanti Asar tapi masih lambat. Badan pula memanas. Jadi saya makan ubat dan tidur. Tapi Masya Allah, lama pula saya tidur. Tapi bila sedar, Alhamdulillah makin kebah panasnya cuma batuk yang menyakitkan abdomen masih ada dan soksek-soksek hidung masih berterusan.

Dalam entri lepas, ada yang mencadangkan supaya saya keluar berjalan-jalan untuk mengisi rasa bosan cuti ini. Masalahnya tidak boleh keluar sesuka hati. Atau yang sebaiknya, tidak payahlah keluar langsung. Ada sebab kenapa begini tapi macam yang saya terangkan dalam nota kaki selang empat entri yang lalu, saya memang malas dan tak terasa hendak bercerita tentang hal ini. Handphone saya pun tak ber-top up. Tadi terasa hendak keluar sangat-sangat untuk men-top up tapi memandangkan badan demam dan hari hujan, saya lalu membatalkan niat.

Dalam pada saya rasa hari ini berkualiti, ada sesuatu yang merosakkan hari saya. Teman serumah saya pastinya jelas akan hal ini. Saya tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat menceritakan tentang hal ini. Tapi ringkasnya, cukuplah sekadar saya katakan satu lagi perkara yang saya tidak suka ialah berkawan kerana bersebab (friends for benefits). Dan kita diperkotak-katikkan. Skemanya ayat. Ayat tidak skema, saya dipergunakan dan dalam masa yang sama kita dipandang salah dan rendah. Tidak seronok kan bila jadi begini?

Dan untuk seorang kawan lama, selamat bertunang. Semoga ikatan ini kekal dan membawa ke bab kedua dan seterusnya. Didoakan yang baik-baik saja menanti awak dan dia. Dan buat Saiful Adilin di Germany, Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Nota:
Ada isu menarik di sini. Salahkah perigi mencari timba?

20 Responses to “Kisah Cuti Hari #3”

  1. CJ says on :

    aku pun tgh demam ni sarah. demam+selsema+sakit2 badan. syukur tidak batuk. baru pagi tadi makan nasi lemak, tapi tawar je rasanya. biasanya bila demam mcm nih aku makan roti je.

    oh ya, selain demam, kt sini (KS) ada satu lagi penyakit sedang merebak. orang sini panggil gelgata. iaitu sakit gatal2 kt lengan mcm terkena ulat bulu. merah, gatal dn membengkak. semalam masa kt klinik ramai yg dtg mengadu gatal2 tuh.

    ntah apa jenis penyakit tuh. Sarah cepat2 le abis belajar, dtg sini jd doktor kt sini okey.. hehe

    Reply

  2. silent reader says on :

    eh.. Saidul Adilin di Germany… emmm… Sarah kenal dia? emm… x ramai org ada nama Saiful Adilin 😀
    hihihihih…..

    selamat terus bercuti Sarah… 2 hari lagi!! 😉

    Reply

  3. myfisol says on :

    salam sarah,

    semoga cepat sembuh dan kembali bertenaga..

    Salahkah perigi mencari timba?…tak salah rasanya, sebab kekadang lelaki nie tak pandai membuat pilihan dengan tepat, jadi tak salah kalau perempuan membantu..

    Dan baca entri wanie tu baru bro tahu ciri2 lelaki & wanita yang dicari…to die for!(betul ke ayat nie)…and “drop dead gorgeous” tak semestinya penting bagi semua lelaki…

    Reply

  4. WanHidayat says on :

    Salam…awak sakit???, sy tahu awak sakit…sy tahu awak tidak dapat tidur…dan yang lebih mustahak awak sememangnya perlukan rehat…rehat untuk tubuh awak yang sudah penat bekerja….minda awak yang sudah penat berfikir…rehat lah…rehat lah….jgn degil ek…nnti sy minta wanie tdo kan awk…dodoi kat sebelah sambil marhaban ke…..

    Perigi mencar timba???, istilah tu hanya diguna pakai dalam masyarakat melayu kita…hakikatnya perkara tu tak wujud pun…betul kan???

    Reply

  5. silenttone says on :

    org Melayu kita penuh adab nya,kita bukan macam orang gasar,
    jadilah perigi,baru timba tak pergi
    kot tak pergi la,kalau pergi apakan daya
    kalau pergi tapi jadi perigi bukan kah 2 kali malunya
    timba memang mencari dari satu perigi ke perigi yg lain,itu biasa arr
    kalau rasa dah cukup berani dan barat
    cuba lah jadi perigi,harap timba tak pergi,
    selarat mana perigi nak cari timba,perigi tu berat
    timba tu ringan,tertinggal jauh byk tiang nanti,
    kecewa sgt baru rasa best.

    Reply

  6. faisal says on :

    Slm sarah,
    Terima kasih sarah wish sy bertunang,hahahahaha*takde kaitan,hehehe.. blum lagi..:P dah lama tak dengar usrah,huhu..tapi kat bangunan 10 tingkat sy kerja ni skrang ni sarah, akan ada azan zohor dan asar dan solat berjemaah sesama..:) Sbb Hassan Ali suruh buat tu..mmg bagus sangat..:)

    Reply

  7. nurmahani says on :

    sarah, balik bila ke msia?

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    cikgu pn demam jgk ke? laa.. x sangka plak. sy tau gegata tu. sbb alahan pd ulu bulu tu. sy teringat klu kt kampung, tok sy kata tonyoh rambut yg kering kt tempat yg gatal2 tu. jenuh la plak kan tok nya tolong tonyoh2kan. tp knp smpai 1 KS kena? ke ni sbb air kotor ni? jd semua ada gatal2 kulit ni. x kan sume kena ulat bulu kot? atau semuanya dh bertukar menjadi ulat bulu? kekeke

    Silent Reader:
    kenal dia ke? ye. sy kenal dia. mulanya secara kebetulan. tp skrg dh kira kawan la kn. eh cop. silent reader ni oneib ke? sbb adilin org kelantan jgk.

    Bro Fisol:
    makin teruk plak hari ni. x pe. tgh cuti lg kan. baring2 je la sy kt bilik ni. bg sy, x de la salahnya jgk utk perempuan mulakan langkah tp kena betul caranya. sedangkan siti khadijah yg bertanya rasulullah utk mengahwininya. tp dgn cara yg betul la kan. ada org tgh semua 🙂

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    yup. demam. bukan sakit apa pun. eh, sorry x reply msg. mmg sy nak berehat pn. ingt psl plan sy dulu tu? klu ada rezeki, ada la hujung bln ni. tp x confirm date lg. bg sy pn, mmg ni istilah yg org melayu kita je guna. sbnarnya x de beza pn siapa yg mulakan. laki ke, perempuan ke. n in fact, x salah pn kan kalau pmpn yg mulakan tp kena betul cara. jgn sampai menampakkan ketidakmanisan n mcm kurang malu. hilang la seri sorg pmpn tu dh klu etika ni x diikut. nnti org kata terhegeh-hegeh plak. ups.. 😀

    Silenttone:
    sy faham basic idea yg awk sampaikan. lebih kurang mksdnya perigi cari timba ni 1 benda yg susah nk dibuat n kebaratan. sy bukanlah x bersetuju tp dlm islam sndiri ada sirah yg menunjukkan pmpn boleh memulakan langkah. tp dgn syarat, menggunakan org tgh. cara ni sopan. abg nya ke, mak sedaranya ke boleh dijadikan org yg tolong bertanyakan sama ada laki tu dh ada calon ke x. then klu x de, org tgh ni la yg berfungsi sbg promoter. hihuu.. myb kurang sesuai kot istilah promoter tu tp lebih kurang gitu la tugasnya. klu laki tu nmpak berkenan atau ada reaksi positif, boleh la diaturkn utk menemukan pmpn n laki ni. bergantung pd kekreatifan org tgh la kan. bukanlah bermaksud si pmpn td kena 100% bertindak sndiri kan. n bila dh ditemukan n kalau si laki nya ada rasa sparkling yg sama (ewa), boleh la diteruskan. kan ke manis mcm ni. hehe. sy ni bg pendapat mcm la power sgt bab2 ni. padahal sy pn loser jgk :p

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    eii tak tahan betul dgn mamat rock kapak ni. tu la. org suruh bertunang cepat, x nak lg. nnti kalau sy bertunang dulu, katanya langkah bendul la plak. eh bagusnya. siap ada azan ye. sy ingtkn solat jemaah je. rupanya azan pun dilaungkan dulu dlm bangunan tu ye.

    Nurmahani:
    sy baru je terfikir mana la awak ye. lama betul menyepi. tiba2 hari ni awk muncul smula. rasa mcm ajaib! insya Allah jun ni 🙂

    Reply

  11. silent reader says on :

    silent reader ni mmg org kelantan…. tp, bukan onieb 😀

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Silent reader:
    then mcm mana boleh kenal adilin? eh, kalau x silap kwn2 yg lain panggil dia cepu kn.

    Reply

  13. shazwani adnan says on :

    salam.

    ks, ade org la pulak suruh wanie dodoikn ks. macam mana nak dodoikn? ks dh tertido sebelum wanie, pastu dh bangun sebelum wanie. huhu

    wanie tak mau jadi timba la. nak jadi besen terus. dok lepak je dalam bilik air

    Reply

  14. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    Salam,

    Topik menarik tuh, ‘perigi mencari timba’.. ade orang kate di zaman modern neh, biasela tu.. sebab timba2 sekarang telalu sibuk mengejar benda lain sehingga terlupa nak diisi air di dalamnya. Tapi kalo perigi dah jumpe timba, jgnla diisi airnya sampai melimpah.
    haha..merepek2..
    boleh jer, tp jangan sampai terlalu daring n mencabar kelakian si’timba’ itu..

    ‘friends for benefit’, penyelesaiannye, sepuk jer orang gitu

    Reply

  15. cikgu jawe says on :

    wanie nk jadi besen? nk dok lepak dlm bilik air je? bunyi mcm nk jadi bibik aje? hahahhaa

    wanie jgn jadi besen, tapi jadi gayung bersalut emas yg mencedok air dari telaga emas juga.

    telaga yang berpayung emas? wakakakkaka…

    Reply

  16. Liyana says on :

    salam…
    ngah…
    yna pn dh lme x dgr usrah..duk dlm kump usrah..rndu lak suasna kt kisas…dh jd makin lagho…hehe..
    yna just dpt dri blog2 je la..n tenet..cos nk baca bku ni…huhu..x de bhn la…agk lme dh yna x bli bku..since mmerap kt umah…
    nway jga kshatan leklok…jgn sllu skit2…nnti ssh hti org2 kt mlysia ni ha..

    n psl labuci..yna akn pstikn at les yna buat stu kt bju sume org kt umah tok tu..(opss..yg boys nak ke??? =] )mase tu..insya Allah ade…

    misszz uuu!!

    Reply

  17. silent reader says on :

    yup… cepu… sbb Saiful kan.. 😀 hehe… kalo ckp camner kenal… mmg pecah rahsia laaa…

    Reply

  18. djambu puadovich says on :

    sarah masih sakit ke? smoga cpt sembuh 🙂

    Reply

  19. Maryam Abu Ahmad says on :

    salam… taknak serkap jarang tapi nak tanya: kawan nadia hamimah ke?

    🙂

    Reply

  20. adi says on :

    hmm..nape ada perbincangan psl saiful adilin dr Germany pulak nih? heh..pertama sekali, terima kasih sarah..atas ucapan sempena hari lahir…(i think i missed this entry-kalau x, mesti dh komen kan)
    heh, sy kwn sarah..katanya pernah jumpe kt moscow, tp sy x tau yg kita pernah jumpe, haha…kelakar betul.
    eyh, sape silent reader nih? hmm..sy pn kenal die ek..?

    Sarah, sorry again, thanx again..heh. mgkn masa tu sy jrg surf kut..x ingat la =p

    Reply

Leave a Reply