Lek-lek Je La Kan
Kalau ada yang sedar, ejaan nama Far-East Kha-Lead saya ubah dalam entri emo di bawah. Puncanya kerana saya jumpa ramai yang cuba mengakses di Google atau Yahoo Search dengan kata kunci namanya, akan terjumpa entri itu.
Disebabkan terlalu geram semalam, saya mengambil keputusan untuk bersushirama dengan Wanie. Sushi – cara mengurangkan tekanan bagi saya. Makan tidaklah banyak mana tapi bolehlah untuk melepaskan tekanan. Dalam perjalanan menuju ke Kremlin dari restauran yang kami kunjungi, emak dan ayah menelefon. Mereka pun risaukan tentang apa yang saya tuliskan. Lucu pun ada juga kali ini apabila mereka bertingkah-tingkah mahu bercakap di telefon yang disetkan loud speaker. Nasihat mereka, cool je la ye Ngah. Ye. Saya sudah cool.
Dan bertambah lucu apabila saya menjadi pengintip di blog sendiri melihat capaian-capaian ke blog saya pada hari semalam banyak yang menggunakan kata kunci Far-East Kha-Lead, awek Far-East Kha-Lead, Sarah Shukor dan Far-East Kha-Lead di Moscow dan macam-macam lagi. Ini sangat lucu ok. Siapa yang membuat carian-carian menggunakan kata kunci yang terakhir itu betul-betul buat saya tergelak. Maka disebabkan itu, saya menukar cara ejaan nama orang itu sebab saya tidak mahu entri itu ditemui dengan carian Google atau Yahoo atau apa-apa saja enjin carian yang lain. Dan saya tidak mahu blog ini kecoh dengan serangan luar. Hihi. Perasan betul.
Saya tidak mahu meletakkan link yang saya katakan itu. Terima kasih pada seorang pembaca yang memaklum pada saya melalui YM semalam dan dia juga telah menolong saya menerangkan situasi yang sebenar. Terima kasih adik Taufiq. Flickr orang itu juga dengan tiba-tiba sudah tidak boleh dibuka pagi ini, Saya rasa, dia membaca entri emo itu dan rasa bersalah. Ok cukup. Saya rasa, tak perlulah saya memanjangkan rasa marah atau semuanya ini. Saya anggap dah selesai.
Lagi satu, saya tahu dia tidak mendapat sebarang faedah pun dengan apa yang dilakukannya. Bak cara budak-budak di Moscow ni kata: Lek lek je la (relax-relax je la). Huhu. Maka, saya pun lek lek je la kan.
Malam tadi saya ada usrah dengan adik-adik usrah saya. Antara kupasannya adalah tentang masalah pengguguran sosial (social abortion) yang banyak dilakukan sekarang, pembedahan plastik atas tujuan kosmetik, maksiat yang telah diterima sebagai kebiasaan dalam kehidupan dan bermacam-macam lagi. Ehem. Jangan ingat dalam usrah tidak boleh dibincangkan semua ini ya. Usrah ni antara lain fungsinya adalah sebagai kumpulan perbincangan intelek untuk membuka minda tentang pelbagai perkara. Dan topik malam tadi walaupun kami membuat kajian utama tentang iman, tapi kupasan lanjutan ini juga sangat manarik. Oh. Sekadar berkongsi info, di universiti saya kumpulan usrah diberi jolokan RUBY. Reunion of the brilliant youth. Kami ini ikut trend kembali kembali fitrah. Tak ikut usrah atau kurang dengar tazkirah-tazkirah lepas solat semua tu, tu tak ikut trend la tu kan. Hehe.
Saya teringat perkongsian yang pernah saya kongsikan dengan seorang kawan dulu. Yang mana perkongsian inilah yang saya sampaikan semula sebagai kesimpulan kepada adik-adik usrah saya semalam. Tentang akhlak dan anak. Kita yang nanti ditentukan oleh kita yang sekarang. Mahu tak kita tengok anak-anak kita nanti mewarisi perangai buruk kita sekarang? Kalau buruk perangai kita sekarang, potensi untuk perangai itu diwarisi oleh anak-anak adalah tinggi. Ala-ala penyakit keturunanlah kiranya. Saya tidak mahu anak-anak saya nanti jadi perungut dan marah-marah. Jadi saya kena lek-lek je la kan. Hehe.
Nota:
Apa aktiviti saya dan Wanie semalam, tunggu Wanie post entrinya. Saya malas nak tulis. Nanti saya link kan ke sana ya. Tapi semalam memang penat. Tunggu ceritanya ya!
Ayah, Ngah teringatkan kawan ayah Pakcik Mat Lek. Hehe. Semalam baru je Ngah tengok flickr Uncle Wan dan tengok semula gambar-gambar time gathering 070707 tu. Best!
Oh..1st. ke nie…lebih baik intip2 utk jadi 1st kat sini dari intip2 entri far-east kha-lead tu..
Reply
Salam
Hmm..walaupun rasa membuak2 nak tahu siapa punya kerja,saya tahankan jua..saya pun tahankan rasa lucu nak ketawa tapi tersumbat bimbang sarah kat sana marah2…foooh…leklek a kan..
Reply
lek lek je ah
kak sarah mmg sempoi
Reply
mm..thumb up untuk Sarah. Penyelesaian yang amat bagus..Memang rasional. Akak pun tengah belajar nak lek lek je la nie..tengah bengang kat orang jugak nie.
Reply
Salam buat semua.
Bro Fisol:
hehe. ye. lebih baik 1st kt sini kn 😉 sy dh x kesah langsung lantak la apa pun nak jd dgn cerita tu kt msia. yg pasti, mak ayah sy n komuniti kwn2 sy tau cerita sebenar. hihi.
Oneib:
hehe. bagus2. lek lek la kan 😉
Khairul:
yezza. tu dia! akak dpt gelaran sempoi! x penah hayat org kata akak sempoi. hehe. lek lek la kan 😉
Akak:
alahai. akak bengang kt sape ni? ok akak. kita lek lek skit ok. ni pun petua baik utk elakkan darah tinggi 😉
Reply
curious about one thing. did Far-East Kha-Lead know about this, sarah?
Reply
Wanderlust77:
im not sure. but i dont think so. he has bigger issues that he should think of.
Reply
yup, lek lek je cik sarah kita..:) waaaa, kalau geram bershushirama ek..ermm, sampai skrg sy tak bleh benda alah tu sarah,huhuu…
Reply
gila kool la sarah. haha. lek lek je la..
acai : hang tu memang semua tak makan. blah la wei.. debushh!
p.s : sarah, i link your blog to mine. asyik bukak acai punya blog je nak klik dkt awak punya link ni. tak pasal-pasal statistik blog acai naik pulak. karang riak pulak mamat tu. tak bleh blah…
Reply