Misi 2015/2016

Assalamualaikum wbt

Sejak hampir setahun berkhidmat di Bahagian Perancangan KKM, saya secara langsung terlibat dalam merancang projek pembangunan fizikal segala jenis fasiliti kesihatan di seluruh Malaysia. Baik hospital, klinik kesihatan mahupun institusi khas. Dan sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dalam menjayakan perancangan masa panjang KKM dalam menetapkan halatuju pembangunan fasiliti kesihatan ini. Dalam bahasa mudahnya, penyediaan pelan induk atau masterplan. Bukan setahun dua. Tapi untuk tempoh 15 tahun sehingga 2030.

Pagi tadi sesi perbincangan bersambung lagi. Dalam satu slot pembentangan berkaitan perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran yang perlu dikembangluaskan, ada beberapa isu penting yang menangkap minda saya.

1) Pertumbuhan penduduk bagi kategori pediatrik (kanak-kanak) menunjukkan penurunan.

2) Nisbah bilangan pakar kepada bilangan katil sedia ada adalah sangat rendah. Terlalu rendah.

Antara konklusi daripada kedua-dua isu ini ialah (hipotesis):

1a) Tahap sosioekonomi negara semakin merosot sehingga penduduk berkira-kira untuk mengembangkan keluarga.

1b) Terlalu ramai yang merancang perkembangan keluarga sehingga berlakunya kerencatan pertumbuhan populasi yang akan berakhir dengan kerenggangan generasi (generation gap).

1c) Tahap kesihatan awam negara yang merosot sehingga menyebabkan ramai kematian di peringkat awal umur.

2a) Jumlah tempat untuk kursus sarjana perubatan yang terhad.

2b) Meningkatnya jumlah pelajar kursus sarjana yang gagal atau keluar (quit) dari kursus tersebut sebelum tamat latihan kepakaran 4 tahun.

2c) Jumlah doktor yang berjaya menamatkan latihan kepakaran adalah sangat sedikit berbanding jumlah pengambilan.

2d) Ramai pakar yang meninggalkan perkhidmatan awam dan berhijrah ke hospital swasta dan luar negara.

2e) Bertambahnya bilangan pegawai perubatan (MO) yang hanya kekal menjadi MO sehingga ke akhir perkhidmatan (MO kronik).

Mendengarkan ini semua, saya memberitahu diri saya. Untuk:

1) Saya perlu ada anak lagi. Bukan hanya dua, jika diizinkan Allah. Saya perlu mengembangkan ummat Muhammad ini. Dan mereka akan saya pastikan menjadi insan yang soleh lagi musleh (baik dan membawa kebaikan).

2) Saya perlu sambung belajar. Perlu dengan sangat! Tahap keterdesakan yang tertinggi sekali dalam segala prioriti yang saya ada. Yang paling penting antara yang penting-penting. Saya mahu menjadi antara yang membawa kebaikan untuk orang lain dengan menyumbangkan khidmat kepakaran saya. Saya mesti mencuba lagi!

Saya nekad, saya akan membantu menyiapkan dua masterplan penting yang sedang dibangunkan oleh KKM pada masa ini. Selesai misi ini, saya akan mengejar misi saya pula.

Walaupun kedua-dua misi saya itu besar, tapi ia tidak mustahil. Kedua-dua misi saya ini turut diinspirasikan oleh sepupu saya, Nisa, yang baru saja dikhabarkan telah lulus part 1 exam untuk kursus sarjananya dan pada masa yang sama sedang mengandungkan anak keduanya.

Sya, Ngah cemburu dengan awak. Awak doakan Ngah berjaya menurut awak pula lepas ni. At this very point of life, awak memang dah mengatasi Ngah walaupun dulu-dulu awak selalu kata awak kalah kepada Ngah, but hey, look where you are at now. You are ahaead of me! 😊

Okay. Akhirnya berjaya menulis sedikit di sini. Akan menulis lagi jika diizinkan masa dan kudrat. Siapa kata menulis blog tak guna kudrat. Guna sangat. Kudrat otak dan jari jemari. Haha. 😅

Sehingga bertemu dengan mood rajin lagi di lain kali!

5 Responses to “Misi 2015/2016”

  1. Azman FIfi says on :

    Masya Allah, satu motivasi diri yang mengkagumkan. Dan apa yang KS senaraikan fakta2 semasa amat merisaukan.. Waktu makan malam tadi, saya dan Fifi juga berbincang tentang masalah kekurangan hospital kerajaan dan peningkatan hospital swasta serta berpusu-pusu syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan.bagi golongan berpendatan tinggi dan sederhana mungkin tidak menjadi masalah. Saya sendiri menyatakan kerisau dengan kadar bilangan katil per kapasiti penduduk bagi hospital kerajaan.

    Semoga cita-cita KS dipermudahkan.. Aamin.

    Reply

    Sarah Reply:

    Abang Azman, ketahuilah sesungguhnya dalam planning ada banyak hospital yang hendak dibina baru, diganti dan dinaik taraf. Kalau ikutkan, by 2030, bed population ration yang ditarget ialah 2.5 (sekarang cuma 1.9 je. Sedih). Untuk mencapai target tu, ada 15000 katil lagi diperlukan supaya dapat seiring dengan unjuran pertambahan penduduk. Tapi apakan daya. Dengan bajet tahun yang ada, kita cuma dapat bina average 1000 katil setahun Sedangkan untuk mencapai target tu kita kena ada 3000 katil setahun. Budget contraint yang sangat dahsyat. Sob sob.

    Saya sendiri memang betul-betul berada di Unit Perancangan Fasiliti Kesihatan. Memang unit ni la yang yerlibat dengan perancangan projek fizikal fasiliti kesihatan. sekarang saya jaga state Selangor dan Melaka. Untuk rolling plan ke-4 bagi RMK10 (tahun ni last untuk term RMK10), projek ada banyak. Tapi ada projek yang skopnya kena kurangkan untuk kurangkan kos projek.

    Macam tu jigak dengan RMK11 yang PM baru umum semalam. Ada hospital yang tak tersenarai dalam perancangan tiba-tiba diumum akan dapat hospital baru which is tak menepati perancangan masa panjang. Puncanya sebab ada isu kepentingan politik dan dah janji dalam menifesto. Dah tu, apa guna ada planner macam kitorang ni yang siang malam fikir how to plot the service mapping yang terbaik sekali untuk bring the gap closer supaya penyediaan fasiliti kesihatan tu lebih menyeluruh. Lain kali baik PM suruh je politician tu semua yang jadi planner untuk negara kalau diorang rasa diorang hebat sangat.

    Muahahaha.

    Reply

    Azman FIfi Reply:

    2.5 target vs 1.9 actual.. Oohh bermakna
    1.9 katil = 100 orang
    19 katil = 1,000 orang

    Saya setuju tu KS dengan perubahan perancangan yang secara tiba-tiba atas kepentingan tertentu.

    Mencabar juga ya dengan tugas KS yang sedia ada..
    Diharap projek yang dikurangkan kos tidak mengabaikan soal-soal keselamatan faciliti.. Mana tahu kan kes-kes roboh sana sini atau hospital berkulat.. Eh tapi itukan budget dari Kementerian Kerja Raya?

    Reply

  2. NHHAS says on :

    Assalamualaikum…

    Doc… yeap agree with u.
    We – from dept of statistics malaysia…
    Pun pening….

    Pnat kita buat calculation … unjuran segala…
    eh eh announce bnda lain…

    Dgr lh ckp ‘mr.penasihat dia yg 25% (mcm dlm citer p.ramlee tu)…

    Hadoiii… pening…

    Reply

    Sarah Reply:

    Kan kan kan!

    Penasihat PM kita Do Re Mi la kot kan. Hahaha

    Reply

Leave a Reply