Tentang Novel
Assalamualaikum wbt
Petang tadi saya ke kedai buku dengan emak. Saya membeli sebuah novel bertajuk Doa Buat Suamiku karya Sri Diah. Saya membeli, emak membayar. Sungguh mulialah ayat ini, kan.
Novel-novel Sri Diah tidak pernah mengecewakan saya sebelum ini. Tapi novel kali ini, tidak sampai sejam, saya sudah khatam membacanya. Silap saya. Bukan silap Sri Diah. Penulis hebat, jalan ceritanya pun hebat.
Tapi mungkin sekarang saya sendiri yang sudah tidak berminat dengan novel. Persoalan dunia percintaan yang sarat dan bersimpang-siur di dalamnya membuatkan saya rasa rimas dan tertekan. Hobi membaca sepatutnya mendatangkan ketenangan. Tapi kalau membaca dan kemudian diserang rasa berat kepala kerana otak bekerja terlalu jauh mengaitkan isu dalam novel dengan isu kehidupan sekeliling, parahlah begitu. Novel cinta terlalu kaya dengan falsafah cinta ‘mereka’ yang tidak semuanya ‘kita’ boleh terima. Lain orang, lain prinsip dan cara mendefinisi kehidupan cinta dan rumah tangga. Kenapalah dulu saya boleh menjadi pencinta novel? Baru saya sedar betapa ringkas dan mudah cara saya berfikir suatu masa dulu.
Atau jawapan yang paling tepat, kematangan telah mengubah cara saya berfikir dan mentafsir kehidupan secara total.
Nota: Sekarang saya sedang menghabiskan buku When Time Stood Still karya Raja Petra Kamaruddin. Terbaik!
Raja Petra had authored some books eh? didn’t know that.. what is the book all about? hope you can share it in your blog in your future entries.. π
Reply
menjadi tertekan?
sbb tu saya xbaca novel cinta…
Reply
Noi lebih suka baca tentang fairytales… or novel kanak-kanak…
make me happy~!! hihihi..
Sampai sekarang still kumpul novel Enyd Blyton..
p/s: Sejak bersilang-pangkah ni, aktiviti baca buku pon tergendala.. seketika… (actually still baca before tdo, tapi baru berapa mukasurat dah lelap, penat sangat)
Reply
Salam,
Apa kbr Adik Sarah? semoga semuanya baik-baik saja…akak setuju membaca seharusnya mendatangkan ketenangan dan kepuasaan bila membaca…tapi klu sampai berkerut2 dahi dan otak kita pula yang sakit memang tak best…
Reply
salam..
bro x suka baca buku non-fiction except kak mai & the kids…mungkin x byk masa utk baca buku2 sebegitu, tapi kalau baca non-fiction rasanya kita jadi lebih kreatif..
baru je habis baca 2 buku dari prof kamil UiTM segamat travellog haji & travellog dakwah..bagus, byk pengajaran dapat..elok kalau sarah boleh baca..
la ni pula tengah baca buku “Saladin” oleh Dr A R Azzam..cambridge Uni…biografi Sallehuddin Ayubi yang paling lengkap bro rasa, dibeli khas dari amazon.com…best dan kagum bila membacanya..
Reply
“Novel cinta terlalu kaya dengan falsafah cinta βmerekaβ yang tidak semuanya βkitaβ boleh terima.”
setuju!
Reply
rajin membaca bagus kan? tapi saye.. π
Reply
Saya suka novel yang pendek hehe bukan aper nak cepat abih
Reply
assalamualaikum Kak Sarah comel. hamba dtg nk mengacau. ekeke ~
novel ni ke yg heroin die 43 thun tu? π hehe.
bacelah cite aksi ade kereta terbang2-meletup2-tembak2-lompat2. klu sy, mudah sgt tenggelam dlm cite2 mcm tu. π
ok dh. tata. π
Reply
Salam singgah dari blogresipi. π
Reply
salam
Selera aqal pun cam perut,ada jemu dan insatiable, always develops kan Sarah..
Reply
Excellent, what a webpage it is! This website gives helpful information to us,
keep it up.
Reply