Persoalan
Assalamualaikum wbt
Dalam minggu ini, saya mendapat undangan perkahwinan daripada empat orang kawan ketika sekolah menengah rendah dulu. Semua majlisnya dalam masa terdekat ini. Tahniah untuk mereka semua. Nampaknya, memang saya melepas lagilah untuk menghadiri majlis mereka.
Kadang-kadang saya terfikir juga. Apabila seseorang itu sudah berkahwin, apakah mereka akan cenderung untuk terputus hubungan dengan kawan-kawan lama? Apakah kehidupan berumah tangga memustahilkan itu semua? Tidak, kan?
Saya bukan membuat satu penyataan. Itu cuma persoalan yang saya fikirkan. Bukan saya sengaja hendak membiarkan persoalan seperti itu menjadi satu kesimpulan yang saya iyakan. Saya bercakap atas dasar pengalaman.
Teori ini bunyinya sedikit cacat. Jadi, silalah jangan berfikir seperti mana saya berfikir.
Nota 1: Saya bercuti sehingga Rabu depan. Ada hari khas untuk kami di Rusia. Hari apa? Huh. Tak ingin saya cerita sebab saya tidak suka. Hari cuti ini bukanlah holi-day. Sebaliknya horrid-day. Siapa yang tahu, diam-diam sudey…
Nota 2: Khamis depan saya exam! Oral sajalah tapinya. Kena viva untuk case history yang sudah disediakan. Oral exam ini sebahagian daripada Final Exam nanti. Selepas exam, yosssshhh, saya akan bertolak ke karnival sukan tahun ini bersama kontinjen universiti saya.
السلام عليكم
Just to share my view.. before people get married, friends can be considered as their “life”. Kuar makan skali, lepak skali, practically do everything together. But once they are married, they have more responsibilities than before and whether they like it or not, their newly built family comes first (and will have to come first) before friends. it’s not like they have stopped being our friends, it is just that they could spend less and less time with their friends compared to before.
“stopped being a friend” and “the inability to spend more time on friends” are two different creatures =)
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2009 at 1:49 pm
Wa’alaikumussalam wbt
When I wrote ‘terputus hubungan’, I truly meant it as a total black out with friends. So, you know which one I was referring to, right? Less time to spend with friends is pretty much understandable. But lost contact is something that I (and many others) think should not happen.
Reply
mustnap Reply:
April 17th, 2009 at 2:01 pm
hehe, my bad, i translated the phrase “terputus hubungan” differently. well, exchanging HI once in a year is still considered okay right? (so far for most of my married friends, we say HI to each other at least once a year.. just to see how he/she has been up to and updating my well being to them..)
more responsibilities could lead to more problems, which might cause them to stay off the radar for even a longer time. still, wouldn’t it be great meeting friends that we have lost contact for how many years and then catching up with their life story? must be a lot to talk about.
kalau total black out tu, not too sure lah.. i can’t think whether it has happened to me or not (can’t think of one person that I consider as a friend that does that to me)
Reply
mereka yang dah berkahwin, keterbatasan masa mungkin tak dapat elak. tapi, yang pasti, hati2 mereka masih bertaut pada kawan2 lama. selagi ada tautan itu, insya Allah takkan terputus hubungan KS dan kwn2 walaupun dah berkahwin =)
p/s-err… diya curious ni. KS ada terima “maklum balas” diya?
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2009 at 1:50 pm
Diya, KS ada terima tapi takde masa nak balas lagi. Sorry ye. Cerita amat menarik. Sekali KS balas, ia akan jadi panjang berjela jugak! 😀
Reply
Diya Reply:
April 17th, 2009 at 1:55 pm
hahaha. menarik KS? diya dah tersegan silu neh bila ingat isi kandungan cerita tu balik. hak hak hak 😳
Reply
السلام عليكم
Kehidupan setelah berumahtangga pasti berbeza ketika di alam bujang, Keutamaan pastinya terhadap suami/isteri/anak jika dibandingkan masa bujang selain dari famili kita rakan,sahabat adalah segalanya.
Sahabat sejati pasti mengingati kita cuma tidaklah kita dapat membandingkan seperti dulu lagi. Sesuatu yang indah bersama sahabat pasti terkenang di lubuk hati cuma kekadang kita terasa kehilangan mereka. Telatah dan kerenah mereka membuat kita senyum sendirian. Adakah kita menemui saat begini lagi?
‘The World is Flat’ ….kaedah berhubung didunia kini pasti berbeza melalui email,blog dan sealirannya, pasti membuat kita sentiasa dekat bersama sahabat-sahabat kita. Amin.
Walaupun jauh dimata sentiasa dekat di Internet.
Ini pandangan peribadi sahaja..Maaf jika menguris hati!!
P/S: SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SAHABAT-SAHABAT SARAH
Salam Sarah.
Reply
Kalau.. Kak Sarah nanti, macam mana?
Reply
salam,
persoalan sarah ni, sering kedengaran di mana-mana..bercakap dari pengalaman akak keakraban itu akan semakin kurang namun tetap berkawan..mula-mula akan terasa hati tapi semakin lama semakin memahami…tapi bila sekali sekala bertemu aduh memang terubat rindu, apatah lagi bila terkenang zaman-zaman dulu…insyallah selagi kuat, ikatan persahabatan akan kekal 🙂
Reply
bila dah berumahtangga,memang komitmen dengan sahabat pun adakalanya tak seperti dulu. sebab komitmen dengan keluarga. tetapi bila hati punya tautan kerana Allah,insyaAllah biar sejauh mana dan sesibuk mana,hubungan itu tetap tak terpadam.
nak bagi wish card ni:
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Reply
alamak sorylah tak dapat nak send rupanya. 😳
Reply