Doa

Assalamualaikum wbt

Mari menulis. Pendek saja hari ini. Tapi tak janji. Tapi, insya Allah. Ya Rabbi. Macam budak-budak dah ni. Budak-budak pun dah lama dah buang tabiat janji buruk begini.

Sudah hari Jumaat pun kita. Surah apa yang menjadi pilihan kamu semua ya? Pada hari Jumaat, ada beberapa surah amalan yang disunatkan untuk dibaca. Yasin, Ad-Dukhan, Al-An’am dan As-Sajadah. Boleh rujuk di sini untuk info yang lebih banyak. Saya kan nak menulis pendek saja. Nanti kalau saya hurai satu persatu, berjela lagi panjangnya entri saya. Kalau saya, saya membaca Al-Kahfi. Al-Kahfi pun surah yang dituntut untuk diamalkan.

“Nabi s.a.w. bersabda; “Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka akan menjadi cahaya yang terang untuknya dari tempatnya sampai ke Kaabah.” – Riwayat al Baihaqi dari Abu Saied R.A”

Pagi tadi, saya mula menyedari sesuatu. Setiap pagi saya dipenuhi dengan macam-macam doa. Silap hari bulan, orang di sekeliling saya boleh tersalah anggap saya sedang membaca jampi serapah atau apa. Terkumat-kumit saja mulut saya ni. Saya cuba ringkaskan ceritanya.

Bangun tidur –> Doa bangun tidur –> Doa masuk tandas –> Doa selepas wudhuk –> Doa keluar tandas –> Doa memandang cermin (Kata nak jadi cantik, kan. Haruslah diamalkan. Huhu) –> Ma’thurat (sughra/kubra) –> Beri salam sebelum keluar rumah –> Doa keluar rumah serta mengucap dua kalimah syahadah.

Tamat satu sesi. Sesi seterusnya pula.

Nak turun escalator –> Baca doa naik escalator –> Masuk metro (subway train) –> Baca doa naik kenderaan –> Baca nota dalam metro –> Baca doa penerang hati dan segala doa belajar saya yang tujuh jenis tu (Kadang-kadang dipendekkan) –> Keluar dari stesyen metro –> Baca doa keluar rumah dan mengucap sekali lagi –> Masuk hospital –> Baca doa penerang hati.

Ha. Tu dia. Ok. Saya nak ringkaskan juga penerangannya.

Doa-doa di awal pagi hari tu semua pun maklum sebabnya kenapa, kan. Jadi tidak perlu untuk diterangkan. Bermula dengan doa keluar rumah dan mengucap, saya amalkan doa ini untuk memelihara diri sepanjang berada di luar rumah. Kenapa perlu mengucap sekali, kerana di tahun satu dulu, kes bom dan pukul banyak terjadi. Dulu-dululah. Bom tu pun sekali saja yang pernah terjadi di depan mata saya. Jadi, ini menjadi peringatan kepada saya bahawa mati itu boleh terjadi di mana-mana saja. Kalau mati di sini, tengah nazak-nazak tu, mana ada orang di sekeliling yang nak ajar mengucap. Jadi, sebagai persiapan, saya mengucap siap-siap. P. Ramlee kata, moga-moga mati dalam iman. Ye dak? Eh, maksud saya, setidak-tidaknya biarlah saya mati dalam husnul khatimah (penyudah yang baik).

Doa naik escalator. Doa apa ni? Tahukah anda bahawa doa menaiki escalator adalah sama dengan doa menaiki kenderaan? Hehe. Saya pun baru juga tahu ilmu ini. Baru dalam dua tahun lepas saja. Itupun selepas saya mendengar sebuah mau’idah (ceramah) oleh seorang pendakwah berbangsa Arab yang bercerita tentang hikmah berdoa. Video ceramah ini diberikan oleh kawan saya berbangsa Tunisia. Kalau saya tak dengar ceramah tu, sumpah sampai sekarang pun saya tidak tahu agaknya.

Kenapa bila keluar dari metro, saya membaca doa keluar rumah dan mengucap sekali lagi? Kerana perjalanan dari stesyen metro ke hospital agak jauh. Mengambil masa lebih kurang 15 minit. Itupun dengan berjalan kaki laju macam pelumba jalan kaki. Kurangnya saya berjalan tiada lenggang-lenggok pinggul macam pelumba tu saja. Kalau tak, saya dah boleh masuk bertanding kot. Biasanya saya jalan bersendirian. Ada banyak perkara boleh terjadi. Jadi, saya saja-sajalah ulangi semula doa saya dan syahadah saya. Jika ada apa-apa yang terjadi, moga-moga Allah lindungi saya.

Buktinya ada. Ni bukti kecil sajalah. Di kawasan hospital pagi tadi, ada seekor anjing menyalak kepada dua orang yang berjalan lebih kurang 20 meter di hadapan saya. Saya sudah seram sejuk waktu tu. Kalau setakat saya lalu dan anjing tu duduk diam saja, saya tak kisah. Tapi kalau ia menyalak, seriau juga darah saya ni. Tak memasal, saya berlari dikejarnya nanti. Saya menoleh ke belakang. Ada dua orang perempuan sedang menuju ke arah saya untuk menuju ke Obstetrics Departement atau mungkin juga menuju ke bangunan utama. Saya berhajat untuk menunggu mereka berdua dan berjalan sekali bersama mereka. Tapi saya berfikir semula (Ha, tengok. Otak saya sukalah cari pasal dengan saya kan. Sempat lagi suruh fikir ulang-ulang kali). Mesti mereka tak selesa ada orang asing yang tiba-tiba saja mendampingi mereka.

Jadi saya teruskan perjalanan. Saya cuba kawal pernafasan saya supaya anjing itu tidak sedar bahawa saya sedang keseraman. Allahu Akbar. Macamlah anjing tu boleh tahu berapa laju jantung saya berdegup waktu tu. Saya nampak anjing tu menuju ke arah saya. Saya istighfar dua, tiga kali. Anjing tu betul-betul di tepi saya. Tapi sedikitpun ia tidak menyalak sebaliknya kemudian terus ke tepi untuk kencing. Wah. Hebat kuasa Tuhan. Saya amati semula apa lagi yang saya ada lakukan pagi ini. Tiada apa melainkan doa keluar rumah dan syahadah yang saya ulangi dua kali. Mungkin itulah kot hikmahnya. Ini pada hemat saya saja. Pada orang lain, mungkin lain pula kisah dan tafsirannya.

Ok. Dalam perjalanan balik, apa pula doanya. Mari lihat.

Hampir sama dengan rutin di atas –> Masuk metro –> Baca doa naik kenderaan –> Pandang keliling –> Baca doa tidur –> Tidur!

Huhu. Dalam perjalanan balik, badan dah penat. Kepala dah berat. Terapinya hanya satu. Tidur. Tiada yang lebih nikmat melainkan tidur. 😉

Baiklah. Saya nak teruskan bacaan. Pendekkah entri ini? Tidak berapa nak pendek sangat, kan. Maaflah. Menulis itu memang terapi dan aktiviti masa senggang saya. Tak dapek den nak nolong!

Nota 1: Jumaat sudah tiba. Wardah gitu. 😉

Nota 2: Selawat, selawat. Nanti Nabi tak bagi kita syafaat di akhirat. 🙂

26 Responses to “Doa”

  1. Fathiyyah says on :

    salam kak ..
    dekat sini pun banyak anjing.tapi pelik.anjing sini baik-baik.yang nampak ganasnya ialah kucing-kucing mesir.sy lg takut nak lalu depan kucing berbanding depan anjing..hihi

    hari tu ustzh saya terangkan tentang rahsia di sebalik surah Al Kahfi. Ia merupakan pelindung dari kezaliman dajjal menjelang hari kiamat nanti.

    4 ujian/perkara yang dajjal bawa untuk menyesatkan manusia dan semua 4 benda ni adalah disebalik cerita2 yang terkandung dlm surah ni…
    -ujian menegakkan/menghayati agama(kisah pemuda Ashabul Kahfi)
    -ujian harta dan anak(kisah Sahabul Jannatain)
    -ujian ilmu(Kisah Nabi Musa & Nabi Khaidir)
    -ujian kuasa(kisah Zulkarnain)

    Wallauha’alam..sungguh banyak iktibar yang sy dapat dr surah ni kak..
    hihi..dan terima kasih atas nasihat ini kak..

    Selamat hari Jumaat kak!
    take Care!

    p.s:semalam perang mulut dgn radin dalam ym.tapi last2 keluar bilik,tengok muka die yang ‘redup’ tu,tak jadi nak sambung perang.comel pulak mak cik tu..hihi..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Thia. Petang semalam lepas Maghrib, lepas mengaji tu KS belek2 tafsir Surah Al-Kahfi semula. Teruja rasa nak tahu semula makna keseluruhannya. Dah lama tak baca tafsir surah ni. Ni gara-gara komen kamu ni la. Thanks ye Thia 🙂

    Reply

  2. Iman Aisyah says on :

    Salam sarah=)
    The power of doa..me also have experience the miracle 😐 😉
    Tak pernah terfikir oleh akal yang pendek ini apa yang akan berlaku..yang penting doa banyak2!

    Keep in touch tru the blog.heee 😀 😀

    Reply

    akukopi Reply:

    betoi! the power of doa.. tadik ku ada meeting dgn big boss drik kul 8.30am-10.00am… pas meeting, mcm besa ler, ada sedikit juadah makanan (Sikit ka??). selepas haku usai mkan, aku pun blah ar bersama2 dgn beberapa rakan ku… after solat jumaat, aku masuk opis, aku tgk sorg2 muka memb aku mcm kerbau tahan sembelit.. aku tnya awtnya?? depa ckp, tadik boss pangei depa blik, tak abeh meeting lagik… yg paling syoknya, suma worang (5org sebetulnya) kena pangei balik xcept me.. dh la tue, the whole staff kena marah. ohohohohohoh, aku pun heran.. boss haku tue garang. amat2 cenge woooo.. ok, apa kaitan dgn doa nie???
    hheheheh, sebelum masuk opis aku terserempak dgn big boss, aku memberinya salam. doa kan?. pastue time mkn, sempt ler bc bismillah. (sempat lagik tue.. hahahahah.) pastue bg slam len kat boss b4 balik makmal aku semula… (doa jugak kan?).. hehehheeh… jadik, moral of story, rajin2kanlah bg salam kat org hatta kita tak kenai pun n oso bc bismillah sebelum mkn.. mahahahah…

    p/s: udah mcm blog aku plak. komennya berjela.. hahahah.. takpa, KS tak kisah.. heee

    Reply

    Sarah Reply:

    Ha. Kan kan kan. Macam ni la yang saya maksudkan. Kadang2 kita tak sedar hikmahnya yang Allah dah sediakan untuk kita. Sedangkan kita buat tu bukan dengan harapan untuk dapat balasan. Kadang2 memang dah jadi rutin harian je kan.

    Akukopi, tak mau tinggalkan link ke? Masih mau sorok blog eh? 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Tasha. Tu la kan. We never know what would happen in the future. Doa is the way to steer our hopes for the best.

    p/s: Keep in touch abadan abada. Hehe.

    Reply

    Iman Aisyah Reply:

    ukhuwah fillah abadan abadaa! 😀 😀

    saya link blog awak kat blog saya=)senang nak tgk new post awk!
    goodluck!

    Reply

  3. hidemichi says on :

    dalam melayari blog-blog orang lain, bila singgah sini tenang je rasa. Tapi jauh di sudut ati. Banyak sgt yang perlu dimuhasabahkan diri.

    Reply

    Sarah Reply:

    Dalam hidup ni, kita tak pernah sempurna, kan. Memang banyak yang nak dimuhasabahkan. Nak dimunasarawakkan pun banyak juga. Balik pada kita ni semula sama ada nak berfikir ke tak tentang pengajaran2 yang ada di sekeliling kita. Kan?

    Reply

  4. ainul arina says on :

    peringatan yang bagus untuk semua orang.. Doa tanda kita ini hamba~

    Reply

    Sarah Reply:

    Betul tu. Doa maknanya kita ni hamba. Tak berkuasa nak menentukan apa2 untuk hari muka.

    Reply

  5. sinar_islami says on :

    Doa itu senjata..selamat bertemu hari jumaat jga..memang santai la singgh blog ni tym cuti smbil mendapat input jga 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Yup. Betul betul betul. Doa tu senjata kita.

    Reply

  6. saifuddin says on :

    Deria hidu anjing sangat peka, sampaikan boleh mengesan perubahan hormon dalam peredaran darah manusia. Kalau kita tengah cuak tu, memang confirm dia boleh tau. Sebab tu ada orang yang diabetes bela anjing, sebab anjing tu boleh ingatkan dia ambil insulin. Anjing boleh kesan insulin kurang dalam darah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Secara teorinya, memang macam tulah. Tapi yang saya maksudkan dalam entri ni adalah lawak sebenarnya. Anjing tu takkan tahu berapa banyak jantung saya berdegup sebab tak tahu mengira. Heheh. 😆

    Reply

  7. Mak Su says on :

    elokler byk berdoa ya Sarah, tanda tak putus ingatan padaNya 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Macam tu la Maksu. Kalau ter miss apa2 doa untuk perkara2 penting, rasa tak best je nak teruskan kerja tu. 🙂

    Reply

  8. saffa says on :

    Salam KS,
    lama saffa tak singgah baca blog2 ni.. busy dengan final exam.
    Alhamdulillah sekrang dah habis pun sem 2.
    🙂
    Doa.. Saffa tak tau nak cakap macam mana. Tapi bagi saffa ni, bila kita berdoa.. kita mendekatkan diri pada Allah. makin banyak kita doa.. makin dekat.
    Sebab bila kita berdoa.. maknanya kita betul2 yakin kan 😉 .
    Tak sangka KS amalkan semua doa tu. Saffa ni tak berapa nak hafal sangat doa. Selalu buat doa sendiri dalam bm. Allah maha mendengarkan? 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Saffa. Habis dah exam ye. Dah boleh yale-yale suka ria kat rumah plak. Betul apa kamu kata. Allah tu maha mendengar. Tak kisah la nak berdoa dalam bahasa apapun, Allah tu maha bijak lagi maha mengetahui setiap yang terdetik dalam hati kita. 🙂

    Reply

  9. hadry says on :

    salam ks,
    nak tanya sikit…. buat prktikal kat msia utk kitaorg yg 3rd yr ni, sesuai buat kat department ape?? rasa mcm x cukup ilmu je nak buat kat department tertentu. bagi tips sikit. org kata 3rd year buat kat surgical dept. betul ke??

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hadry.

    Dulu KS buat di Surgical dan Medical Departments. Tapi hakikatnya untuk 3rd year, kalau buat di surgical pun, tak faham banyak sangat pun. Sebab tak belajar lagi. Tapi KS dulu selalu ikut masuk OT dan ke bilik prosedur (eg: tengok endoscopy, tengok ERCP dan macam2 lagi). Oh ye. Kalau waktu ward round, pernah KS kena present case. Tu je la kot untuk di surgical. Tapi di Medical banyak belajar jugak la. Sebab at least 3rd year dah belajar ID. So dah ada basic untuk Internal Medicine (Therapy). Tapi personally KS paling banyak belajar di Emergency. Habis je di surgical and medical, KS sambung di Emergency. Kat situ banyak sangat ilmu yang KS dapat. So pendapat KS, kalau tak buat di surgical pun takpe. Apply di Medical dan A&E. Baru selaras dengan apa yang kita dah belajar. Kalau tak nanti, macam mati kutu je sebab tak tau apa2 lagi. Ni pendapat KS lah.

    p/s: Tapi KS dengar kamu semua wajib buat kat sini mulai tahun ni kan?

    Reply

  10. irma2203 says on :

    salam sarah..
    komen lagi hari nie..heheee
    kita serupa..jauh dari keluarga dan negara sendiri..bezanya sy sudah bekerja..
    bila baca n3 sarah hari ni membuatkan saya terpanggil utk komen..
    bila kita berdoa,itu bermakna pergantungan kita pada Allah juga sangat2 tinggi..
    pergi lah mana pun kerana bumi ini milikNYA..kalau apa yg buruk berlaku pun ada hikmah yg nak diberikan..

    macam tu jugak dengan anjing..dekat sini pun byk sgt anjing..dah la anjing2 sini semuanya friendly..suka sangat nak dekat ngan kita..tetapi dorang tidak berkeliaran..ada tuannya sama..saya cukup takut kalau naik bas ada anjing.. kalau ada anjing memang istigfar dan ayat kursi mesti terkumat kamit kat mulut..alhamdulillah setakat ni tak pernah kena air liur anjing..

    ok la..sarah..kalau akak komen mmg panjang berjela..heheee

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Irma. Ooo. Akak kerja ye rupanya kat sana. Actually anjing2 kat sini pun jinak2 jugak. Yang macam kes di perkarangan hospital tu mungkin anjing liar yang terlepas masuk kot. Kawan saya pernah terkena anjing. Waktu winter. Kat sini mana nak jumpa tanahnya kalau winter. Huhu. Jenuh saya teman kawan saya ni cari tanah. Sudahnya dah balik bilik tu dia korek tanah dari pasu bunga je guna untuk samak. Hehe. Lama dah insiden ni. Waktu kitorang 1st year dulu 😛

    Reply

  11. orangmuda says on :

    ahaa~
    macam tak percaya naik escalator pun kena berdoa.
    Selalunya saya baca ‘Bismillah’. Takut-takut kaki tersadung atau kain tersangkut ke. 😀

    Tapi kaksarah, saya suka doa bercermin:

    ” Segala puji bagi Allah. Sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, Engkau elokkanlah pula akhlakku.”

    Jangan lupa saya dan umat islam dalam du’amu kak. 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Ha.. Tu la. Jangan tak percaya tau. Ada doa jugak bila naik escalator ni 😉

    Reply

  12. miji says on :

    wargh…dah ada iconic.. :mrgreen:

    menarik sungguh entri ni. moga berkat doa itu yang kita semua perolehi, antaranya berkat doa dari orang lain..

    “kenang daku dalam doamu”
    ~Ungkapan yang kita selalu dengar sejak dulu-dulu, rupanya bukan sajer keindahan bahasa yang orang selalu kata “jiwang”.. Oh, soal berkat itu..haha 😆

    ~(Al-Hasyr: 10, dan, Muhammad: 19)
    ~ Hadis Riwayat Abu Darda’ pasal berdoa tanpa pengetahuan orang yang disebut..

    Ya Sarah, la’allaki Al-Najaaha mutafawwikun 😀

    Reply

Leave a Reply