Kenangan Ramadhan Di Moscow

Assalamualaikum wbt

Ketika tiba di sini pada Oktober 2003, saya merasakan Moscow ini kusam. Daun kekuningan saja. Kereta pun macam berdebu je. Saya tersilap tafsir sebenarnya. Rupanya, begitulah keadaan lazim di musim luruh. Bukannya pokok-pokoknya tak cukup zat, tapi musim luruh sudah bermula. Kereta pula macam berdebu kerana di penghujung musim panas, memang banyak debu.

Di penghujung November, Ramadhan bermula. Kebetulan hari pertama berpuasa adalah hari yang mempunyai kelas sehingga petang. Waktu itu, jarak di antara hostel dan bangunan akademik pelajar tahun satu adalah sekitar 1 jam setengah perjalanan menggunakan bas dan metro.

Pada sebelah petang, saya mempunyai kelas Biologi. Waktu itu musim sejuk sudahpun bermula. Waktu berbuka ketika itu ialah jam 4.33 petang. Saya masih ingat akan hal ini. Kelas tamat pada jam 4.30 sepatutnya tapi kami dilepaskan sedikit awal sekitar 3.50 petang. Maka saya dan kawan-kawan sekumpulan berangkat balik ke hostel terus. Sampai saja di Stesyen Bibliateka Imini Lenina, stesyen di tengah-tengah Moscow yang menghubungkan 4 laluan utama metro yang menjadi tempat pertukaran utama, jam telah menunjukkan pukul 4.25. Di dalam stesyen itu terdapat sebuah kafe kecil yang menjual makanan segera. Saya memnag tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan seperti coklat atau apa-apapun kecuali setengah botol air mineral yang dibawa untuk buat syarat saja bila berbuka. Tapi kesemua ahli kumpulan saya yang lain tidak mempunyai apa-apa bekalan. Jadi mereka ke kafe itu dan membeli 3 cawan besar coke dan kami menunggu saja di tepi jam dinding dalam stesyen itu sehingga tepat jam 4.33. Kami 11 orang berbuka bersama dengan berkongsi 3 cawan air coke (o.5 liter secawan) termasuklah 3 orang rakan group kami yang berbangsa Cina dan India. Setelah kosong ketiga-tiga cawan, barulah kami menyambung perjalanan.

Dan pernah juga saya hanya berbuka dengan coklat Snikers (kecil) ketika berada di dalam kelas General Chemistry. Disebabkan saya bukan penggemar coklat, kebiasaannya sebatang coklat itu akan saya kongsi bersama Meor, lab partner saya. Mula-mula dulu, cikgu kami pun tak faham. Jadi kami makan curi-curi saja. Tapi setelah dia faham, dia memberikan masa rehat yang fleksibel mengikut waktu berbuka. Dan namanya adalah Fetisova, seorang cikgu yang sangat baik hati dan keibuan.

Pernah juga berbuka hanya setelah 1 jam waktu berbuka berlalu. Ini gara-gara tersekat dalam kesesakan jalan raya dalam perjalanan menuju ke hostel. Dan lazimnya, kami di sini tidaklah berbuka dengan lauk-pauk dan hidangan mewah yang lengkap dengan kuih dan sebagainya. Ada 2 benda wajib untuk menu berbuka. Lauk utama, ayam, daging atau ikan, dan sejenis sayur. Kuih hanya bergantung kepada kelapangan masa. Sewaktu tahun satu dan dua dahulu, hanya di hujung minggu saja barulah sempat hendak menyediakan manisan mulut yang semestinya adalah kuih-muih tradisional.

Saya akui, hidup di luar ni lebih mengajar untuk menghayati erti Ramadhan yang sebenar. Apabila terpaksa bersusah-payah memasak sendiri segala juadah yang kita hajatkan dan berpenat-penat memasak beramai-ramai untuk majlis berbuka puasa di kedutaan, inilah pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Nota: Saya rasa satu hari nanti saya boleh buka katering saya sendiri dah kot. Kalau memasak untuk 400 orang makan, tu rasanya dah tak jadi masalah dah. Hehe.

6 Responses to “Kenangan Ramadhan Di Moscow”

  1. chmod says on :

    salam….

    setiap kesusahan yg kita lalui ianya mengajar kita untuk menghargai apa kita ada..

    Reply

  2. shinja says on :

    Salam..
    Kenangan Ramadhan anda cukup menarik la.Saya pun masih ingt lg ms mula2 sampai di Jordan dulu pun hampair duduk lebih kurang 3 4hr cmtu lepas tu dh puasa.Tapi bulan puasa di sini,kelas hanya sampai jam2 petang je.Lepas tu habis la.Di bulan puasa,jadual kelas jadi pendek dengan menggunakan jadual anjal.Selalu satu kelas 1jam,kalau bulan puasa jd 45minit je.Begitu juga la office, kerajaan, semuanya habis kerja jam2 petang.
    Masih lagi saya ingat,sayadi ajak senior untuk berbuka ke rumah arab.Peh!! makanan yang dorang jamu memang serius banyak.Sampai tak larat.Penuh padat perut ni.Masa tu dah la saya masih lagi baru,ye la pelajar tahun satu.hi3..Nak masuk makanan arab ni kena ambil masa sikit..

    Reply

  3. snm says on :

    salam sarah
    lps ni boleh amik tender kt sini la yek 😉

    manusia kan, once dia dh pernah rasa susah senang ktk bljar, bila dah masuk zaman bekerja nanti, rs susah senang tu la akan jadi satu momen indah dlm hidup 🙂

    Reply

  4. a.s.h.a.r says on :

    kesukaran dan kesusahan
    yang dilalui sewaktu belajar
    amat bermakna. ianya menjadi salah satu pengalaman yang menjadi guru yang terbaik untuk kita.
    hadapi ia dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

    wow…
    nanti bolehlah order katering
    doa selamat kat bukit tajau
    untuk 400 orang makan (satu kampung tu!)

    Reply

  5. MNN says on :

    salam sarah!! lama menunggu updates dari sarah!! 400 orang makan?? woW!! all the bwst to you!! 🙂

    Reply

  6. OnE says on :

    masa belajar dulu kalu ada program2 mahasiswa turun ke masyarakat orang ni la yg dilantik utk urusan catering…haha nanti kita join venture Sarah sungguh ni orang nak ready paperwork

    Reply

Leave a Reply