Mahu Jadi Cantik Dan Kacak?

Assalamualaikum wbt

(i)
Tadi ke pejabat pos. Perlu perbaharui lesen memandu. Sebaik keluar dari ruang utama, ada jurujual kad Touch ‘n’ Go menghampiri. Saya tak sempat mengelak, banyaklah yang encik itu cakapkan. Saya dengar sajalah. Di pertengahan penerangannya, saya menolaklah dengan cara baik. Sudahlah ditahannya saya di tengah panas terik. Kot ye pun, jemputlah ke khemas operasi mereka di tepi itu. Bukannya tidak boleh, kan. Sebaik berjaya memberikan alasan itu ini, saya hendak terus pergi. Tapi disapanya lagi: Nama cik ni Siti kan? Cik Siti nanti datanglah booth kami lagi ye. Boleh la pergi minum ke, makan ke. Dalam hati saya rasa meluat betul. Saya tidak rasa orang awam suka ditegur begitu. Kan? Lagi pula, saya rasa dia kurang beretika dalam melaksanakan tugasnya. Dan dalam hati juga saya berkata: Inikah lelaki Malaysia sekarang?

(ii)
Saya singgah di sebuah farmasi. Sebaik keluar, saya melalui sebuah kedai runcit. Tiba-tiba saya disapa: Mak aih… Lajunya jalan. Boy friend tak lari la dik. Adik lambat pun dia sayang jugak. Saya kerling sekilas. Mereka sedang bercakap dengan sayakah? Tiada orang di belakang saya. Di depan saya pula hanya ada seorang pekerja restauran yang sedang duduk-duduk berehat di luar kedai. Dalam hati saya berkata: Habis tu, nak saya jalan lenggang-lenggok Mak Minah balik bendang? Agaknya mereka ni memang suka kalau dapat tengok perempuan jalan melenggang kangkung kot.

(iii)
Sebelum balik, saya ke kedai telefon. Sebaik keluar dari kedai itu, ada gerai burger dan air yang terletak betul-betul di hadapannya. Kedai itu memang penuh dengan budak lelaki melepak kosong. Tiba-tiba ada suara: Masam je. Kerut lagi dahi tu. Hahaha… Saya rasa hangin sangat waktu tu. Dalam hati saya berkata: Tak tegur tak boleh ke? Tak kuasa saya nak jalan tengah panas macam ni dengan muka senyum. Tambah pula sedang bengang kuasa dua dengan dua lelaki sebelum ini. Budak-budak di kedai tu memang cari pasal dengan saya nampak gayanya. Saya balas: Kalau masam pun pelik apa AKAK. AKAK kejar masa, bukan macam korang duduk telan angin. Sengaja saya bahasakan diri sebagai akak. Memang mereka semua itu lebih muda dari saya. Tak memasal disebabkan mereka adalah sumber kebengangan saya kuasa tiga, jadi merasalah mereka kena bebel dek saya. Dalam hati saya berkata: Geli betul dengan perangai budak lelaki yang macam ni.

Kisah i, ii dan iii mesti pernah dirasai oleh ramai lagi golongan wanita, kan. Kadang-kadang saya geram. Sudahlah muka tak berapa nak kacak, akhlak pun takkanlah hendak dibiar tak berapa nak segak juga. Yang melepak pun satu hal. Tidak bolehkah duduk diam-diam di situ dan jangan mengganggu orang lain? Saya memang pantang orang yang suka melepak begini. Tambah pula dengan perangai suka tegur-tegur anak dara orang yang lalu berhampiran. Merokok di khalayak ramai juga satu lagi halnya. Saya teringat insiden sewaktu tingkatan 3 dulu. Di perhentian bas. Saya baru pulang dari tuisyen. Lelaki di sebelah saya merokok dan hembusannya di arahkan pada saya kerana dia menyengetkan badannya menghadap saya. Di tengah-tengah alam yang penuh orang baru pulang dari Pekan Sehari, saya bangun dan menegur lelaki itu: Kot ye pun nak merokok, pergi merokok kat belakang tu tak boleh ke? Ni hembus-hembus merata macam ni. Selepas cakap, terus saya pindah tempat. Waktu itu saya memang tengah geram dan tak pasal-pasal, saya melepaskan marah saya pada lelaki yang kurang sensitiviti itu. Yang ajaibnya, lelaki itu bangun dan pergi ke tepi tandas awam di tepi perhentian bas tersebut. Rasa bersalah juga. Tapi siapa suruh dia yang sesedap hati menghembus asap rokok sebegitu. Mungkin baginya merokok itu tidak salah. Saya juga tidak menyalahkannya kerana merokok. Itu pilihannya. Tapi sensitiviti tentang asap rokok itu perlulah dipertimbangkan. Kalau-kalau saya ini ada lelah, tak pasal-pasal saya sesak nafas di situ.

Saya sedih kerana yang buat perangai dalam insiden i, ii dan iii semuanya adalah lelaki Melayu Muslim. Begitu juga yang kurang sensitiviti ketika merokok itu. Sungguh sayang kerana kacaknya lelaki itu bukan letaknya pada muka. Kacaknya lelaki itu jika akhlak dan agama menjadi hiasan peribadinya. Bukan wanita saja yang selalu dinilai begini. Lelaki pun sama. Jadi, marilah kita hiasi peribadi untuk menjadi wanita dan lelaki yang cantik dan kacak. Ini kempen “Akhlak Kita, Wajah Kita” di My World (^^,)v

‘Siapa itu Melayu
bukan kiranya pada belacu
adalah sutera taruhan budi
tatapan sejagat insani’

Nota 1: Buat Nabil Mohammad Azmi, Selamat Hari Lahir (070708). Terlewat sedikit. Saya sudah tiada nombor telefon awak tau Nabil lepas telefon saya dulu rosak. Semoga sukses selalau! Buat Khairul, Selamat Hari Lahir yang ke-20! KS sentiasa doakan yang terbaik untuk Adik Kecik yang seorang ni 😉

Nota 2: Wah! Visitors counter My World sudah hampir mencecah 100000 pelawat. Siapa yang lawat blog ni dan dia sedar dia adalah pelawat ke 100000, silalah beritahu saya ye =) Counter tu telah bermula sejak 14 Mei 2007 dan saya telah exclude-kan kiraan lawatan daripada IP address saya di Moscow. Terima Kasih semua yang sudi menyinggah di sini. Nanti kita open table di alam maya ye. Hehehe (~~,)

28 Responses to “Mahu Jadi Cantik Dan Kacak?”

  1. bdk uia says on :

    salam sarah. awk ni garang jgk ye. tp sy respect dgn perempuan yg ada prinsip sendiri mcm ni. sy terfikir,ada x yg ngorat anak dara org tepi jalan nyanyi n joget2 cam geli mat.tau geli mat?heh.cari youtube.heh

    Reply

  2. hafiz238 says on :

    setuju dengan pandangan Sarah. Kecantikan seseorang itu bukan berdasarkan kepada paras rupa tetapi lebih kepada akhlak.

    Nak berkongsi lirik lagu ni 🙂

    “Peribadi berzikir, zikir menjadi keperibadiannya,
    Allah tujuannya, Rasulullah SAW teladan dalam hidupnya,

    Dunia ini pun menjadi syurga sebelum syurga sebenarnya,
    Bumi menjadi masjid baginya,
    Rumah, kantor, bahkan hotel sekali pun menjadi musalla baginya,
    Tempat dia berpijak, meja kerja, kamar tidur hamparan sejadah baginya…”

    read more :-Tombo ati: Ustaz M. Arifin Ilham dan Opick-

    Reply

  3. Khairul says on :

    salam Kak Sarah, kakak saya yang kecik ni ^^

    thanks for the wish. saya dah dewasa tau, hehe.

    Reply

  4. myfisol says on :

    salam sarah!

    ops!..teringat bro waktu menyakat k.mai kat leeds dulu, di bus stand waktu tu..

    bro tegurlah dia..hai!, sorang je (kononnya nak buat style citer melayu la)…dia jawab: heh!, xde le ayat lain, typical melayu betul..

    keh2..lawak jugak.

    tapi yang bab masam tu bro setuju…x salah senyum sikit, x elok masam2 nanti cepat tua..lagipun senyum tu sedekah..

    Reply

  5. hantu_siang says on :

    salam…..
    ambik…tak pasal2 dah kena dengan cik sarah kita..siapa suruh lepak dan kacau anak dara org…tak pasal2 dah kena da.padan muka.hehehe…betul setuju..persoalan yang perlu dijawab..”kenapa hanya lelaki melayu kita yang lebih cenderung untuk melepak dan membuang masa begitu?”susah nak jawab persoalan ini..yang penting cik sarah kita sentiasa senyum and ceria selalu..-hantu siang-

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    saja je mrk nih cari pasal dgn cik dokter kita ye. potong telinga dgn lidah kang.. huhu

    sungguh betul le sarah. sombong dn malu si wanita le yang selamatkan mrk dr maksiat. sombong dn malu bertempat tau.

    yg org merokok tuh. aku mmg sgt anti rokok. hingga aku buat syarat mana2 lelaki yg nak pinang adik pompuan aku, dia bukan perokok. syukur, semua adik ipar aku bukan perokok.

    maka acai terkeluar le kalau dia merokok. huhu
    :p

    Reply

  7. Phica says on :

    sarah, akak kisas batch SPM 96, tapi masa di sana akak boleh dikatakan termasuk dalam kategori “budak-budak nakal”… haha.. temerloh tu kampung belah mak akak, di kampung sanggang… akak dah di alor star sejak 1985.. tapi masa skolah dulu, tiap2 tahun akak balik sanggang sebulan masa cuti skolah, jadinya akak mmg tahu sgt loghat org2 sana.. 🙂

    Reply

  8. Mak Su says on :

    cik sarah mempunyai satu aura yg membuatkan pantang dilihat, mesti nak ditegur agaknyer… ;D, jangan marah… apa nak buat, kita buat bodoh je lah.

    Reply

  9. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah..lenkali..bawa sometin cam rotan…sebatkan je dorang..yg rokok tu laks…simbah ngan air dr mineral water..then cakap, ‘eh ingatkan ade tebakar ape2 td’..

    Reply

  10. AzahYgComel says on :

    azah pun sama dgn sarah! menyampah dgn org laki camni…

    azah pun jalan kerut dahi 😐 sbb nak bg org takut tegur azah :))

    alamakkk…kene refresh page sarah byk2 kali ni 😀

    Reply

  11. Fairulhisham says on :

    Sarah..sy setuju sangat apa yg Sarah ajukan dan komen dari kawan2 tu..entahla..budak muda (org tuapun ada gak) zaman dulu dan sekarang dan selamanya..tak banyak berubah..mungkin terpengaruh dari budaya luar..filem dan juga ada sikit2 terpias dari kurangnya didikan agama dan kesedaran sivik dalam diri masing2 kot..taniahla Sarah kerana berani menegur mereka yg mcm tu..tp klu tempat awam okla Sarah nak tegur mereka..klu bukan tempat awam jgnla..nanti gara2 rasa marah pada teguran Sarah..lain plak yg dia org bt..klu org yg ke 100k..dapat hadia apa agaknya ya..he..

    Reply

  12. Ainul Arina says on :

    woha! tu dia!! padan muka kaco lagi anak dara orang…. tapi beware sket ks.. takut2 terjumpa yg ego takleh kena tegur.. nahas plak kang..
    ainul pun pantang sket ngan orang yang takde keja nih.. duduk jadi model sambilan tepi jalan apa kes.. pastu ngusik-ngusik orang.. memang hangat je rasa.. tapikan, kat sini lagi dashat tau ks.. diaorang tak usik, tapi mata diaorang tu masya allah.. dasyat kemain.. siap boleh teleng kepala 180 darjah tuu.. klu terjumpa spesis ni, ainul ngan kawan2 suka patah balik , carik jalan jauh.. aiyer, tak sanggup kena i’rab habis-habisan..
    ks,comel la tarikh tu.. jap2 ek, nk pikir.. time tu ainul tahun dua dah(okla sempat balik cuti cm biasa sbb tak naik klinikal lagi),cuti slalu bulan 8 smpai 9.. erm ala ks 20 tu hujung sept la.macam dah stat sem baru je time tuh.. kasi hjung bulan 8 atau awal sept la.. bleh join.. lagipun tu time syawal kan.. hehehe… SET ks!! ainul masuk planner next year!! hahaha.. 😛 yeye.. boleh makan ikan patin..! (*mode perasan dijemput*)

    p/s: ~ mari ramai-ramai nyanyi lagu Menghitung Hari….~ (‘0’)Y

    Reply

  13. akak says on :

    wah..kan dah kene. Padan muka..hehehe. Akak pun geram gak dengan org mcm nie. Lagi dimasamkan muka tu lg dikacaunye. Geram betul. Tapi budak² sekarang kene hati² jugak Sarah, bukan boleh ditegur sembarangan. Bukan kira orang sgt ‘spesis’ macam nie. Memang tak tau nak respect org. Lain kali abaikan je..takut lain pulak jadinya nanti.

    Alahai..akak punya nombor bertuah baru 99656. Kene refresh banyak kali nie..hehehe. Hadiah ape nak bagi nie..sijil penghargaan pun ok gak .. :p

    Reply

  14. shazwani adnan says on :

    salam.

    wanie pon pantang gak lelaki macam ni. macam dah tak ada keje lain dok ngusik anak dara org. kalau tu la adik lelaki wanie, memang dah lama telinga tu kena piat. banyak lagi keja lain, dok tersidai pulak kat tembok2.

    ssh la nak jadi visitor ke 100000..

    Reply

  15. AzahYgComel says on :

    sarah 😐 lambat lagi la 10000… sekarang baru 99713 🙁

    Reply

  16. a.s.h.a.r says on :

    menarik counting 100,000
    sekarang dah 99,808.

    pesanan penaja daripada saya.
    siapa dapat yang ke 100,000
    nanti
    boleh tuntut hadiah
    J.CO daripada saya.

    sarah,
    saya taja J.CO utk pemenang
    hit ke 100,000

    yump..yump..

    Reply

  17. hawa says on :

    Saya penah tendang kaki lelaki melayu dalam komuter sebab tak reti2 nak bangun bagi tempat duduk kat akak mengandung yang tengah berdiri sebelah dia, padan muka! (titik)
    Tambah : Saya pakai kasut sukan. KAlau pakai kasut ade duri landak depan kasut tu lagi best agaknya.. (Terbayang)

    Reply

  18. Anonymous says on :

    kecoh arr minah ni..
    perasan lawa..

    Reply

  19. Fairulhisham says on :

    dah sampaipun 100k..

    Reply

  20. arsaili says on :

    salam..itu la realiti, bila lama ke luar dan balik ke malaysia, kekadang melihat makin ramai yg rosak…tahap kebengangan bertambah..sehingga kekadang rasa kena masuk “anger managament” class. Baru beberapa hari balik msia sy dah serang branch mgr sebuah bank yg hampeh service… tapi masih ramai malaysian yg baik budinya sepjg perjalanan saya di msia baru2 ni

    Reply

  21. akak says on :

    dah lebih la pulak..dah lebih 70 kiraan..hehehe. Tak dapat la nak tuntut hadiah tu.. 🙁

    Reply

  22. Fairulhisham says on :

    Sarah..saya yg ke 100000..ada tak hadiah ni??he..ari ni dah 100183 dah..ramai betul pelawat Sarah ni..tapi dah 2 ari xde cerita dari Sarah ni..busy ke??

    Reply

  23. drbubbles says on :

    Hehehe…malu orang temerloh je depa ni..

    nasib baik it didn’t happened to you in Jerantut – kalau ada dah sah sah kena sergah dengan kawan dah depa tu..

    Reply

  24. Pijah says on :

    alaaa. ingatkan nk jd yg ke-100 000. tp, takde rezeki. 🙁

    Reply

  25. adi says on :

    heh, sabar je la sarah…ada la tu kisah sedih dalam hidup mereka hinggakan mereka berubah menjadi sedemikian…atau, hmm…sarah ni memang org yg lelaki mudah terpikat, haha.

    tp kan, kalau perempuan yg mengusik org laki, lg teruk tau…heh, mestilah cerita berdasarkan pengalaman sendiri, boleh luruh jantung dibuatnya…haha ha..sudah lumrah manusia, kalau dah hilang rasa malu..pada saat itu.

    Reply

  26. david santos says on :

    Hello, Sarah!
    Happy weekend.

    Reply

  27. Rynn Cowbra says on :

    kalau muke hensem tapi pangai busuk,tetap x hensem.

    tp lau muke x hensem,pangai bagus,ada nampak seri.

    jgn lak muke xhensem,perangai keji.
    geler babas keji :))

    sarah,rindunyeeeee!~

    Reply

  28. Ersoy Tesisat says on :

    Thanks!

    Reply

Leave a Reply