Kisah 5 Orang Psiko di Moscow

Assalamualaikum wbt

Selain Pediatrics, saya juga sedang mengikuti cycle Psychiatry sepanjang bulan ini sehingga awal April. Setiap hari memang memenatkan. Tapi setiap kali berada di Psychiatric Hospital, segala topik perbincangan sangatlah menarik. Doktor saya juga menarik. Sudah seperti orang yang psiko juga gayanya. Tapi sungguh. Dia memang menarik. Saya hendak berkongsi kisah-kisah menarik sepanjang di kelas Psychiatry.

Kisah 1:
Seorang lelaki, 53 tahun, telah berada di hospital itu sejak 20 tahun lalu, pernah dibenarkan pulang tetapi kemudian ditahan di hospital kembali. Dulu dia pernah bekerja sebagai Jurutera Aeroangkasa ketika di zaman KGB lagi. Bertugas membuat kapal terbang. Ketika sesi bual bicara bersamanya, antara yang didakwanya ialah sekarang dia berada di teritori USSR. Bukannya Russian Federation. Katanya, USSR itu sebuah kerajaan dan Russian Federation itu pula tidak ada. Atau lebih kurang lagi maksudnya, Russian Federation ini bukan sebahagian daripada pecahan USSR. Dia mendakwa dapat melihat objek secara 4 dimensi. Ketika sedang berbicara dengannya, dia mendapakwa ada 5 buah kamera daripada KGB yang sedang memantau di dinding. Dia juga mendakwa pernah masuk ke syurga yang letaknya di dunia dan sebaik keluar dari syurga itu, dia telah dilantik menjadi Presiden Amerika untuk kawasan itu. Sebaik lelaki itu dihantar pulang ke wadnya, kami membincangkan kes itu bersama doktor kami dan tidak boleh tidak, kami semuanya ketawa. Simptom yang dialami oleh lelaki ini ialah halusinasi dan mengesahkan penyakit Schizophrenia yang dialaminya.

Kisah 2:
Seorang wanita, 31 tahun, telah berada di hospital sejak 4 bulan yang lalu. Mempunyai seorang anak dan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika ditemu bual, dia menceritakan pengalamannya kenapa dia boleh berada di hospital adalah disebabkan dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan otaknya. Dia dapat mendengar suara yang berbual dengannya sejak usianya 20 tahun. Ketika itu dia sedang menuntut di sebuah institut bahasa major dalam Bahasa Jerman. Dia mulai sedar bahawa suara itu mengikutinya ke mana saja sejak terdengarkan suara itu bercakap tentangnya di sebalik dinding di perpustakaan. Sejak itu, suara itu dapat didengarinya dengan jelas walaupun dia mendakwa jaraknya suara itu datang adalah lebih kurang setengah kilometer jauhnya. Penah ketika dia sedang menjalani ujian oral peperiksaan akhir di institut itu, dia menjadi lupa segala-galanya tetapi suara itulah yang menjawabkan segalanya untuknya sehingga dia lulus dari institut tersebut. Suara itu dakwanya suara seorang lelaki. Dia pernah cuba mencari sumber datangnya suara itu tapi tidak ketemu sesiapa. Dan suara itu pernah mengatakan ‘Aku cinta padamu’ di saat dia keseorangan. Dalam kes ini, dia tidak didominasi oleh suara itu sebaliknya dia dapat menguasai mindanya dan dengan itu dia datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dia pernah berkahwin tetapi bercerai akibat gangguan suara ini. Ketika sesi soalan dibuka, sya bertanya, adakah di saat ini dia masih boleh mendengar suara itu lagi setelah 4 bulan dirawat? Seluruh auditorium hening. Dia kelihatan sedang fokus memandang dinding dan kemudian menjawab: Ya. Suara itu ada di jalan raya sekarang ni. Kami semua diam dan rasa meremang. Wanita ini juga mengalami halusinasi dan Schizophrenia yang dialaminya tidak seteruk Kisah 1 kerana dalam kes ini, dia dapat mengawal minda separuh sedarnya jauh lebih baik berbanding lelaki dalam Kisah 1.

Kisah 3:
Seorang wanita, mengalami trauma di kepala dan mempunyai cognitive disorder (masalah dengan intelektual). Sebelumnya dia merupakan seorang yang cerdik. Soalan diberi (dalam Bahasa Rusia) padanya. Apakah punca kuasa dua bagi 25? (Dalam Bahasa Inggeris: What is the square root for 25?) Dia menjawab: Akar? Nombor mana ada akar. Sebetulnya, ketika saya dan Mustaqim (rakan semeja saya) cuba menafsirkan soalan yang diberikan itu, kami juga menafsirkannya sebagai akar. Adakah kami mempunyai cognitive disorder juga? Oh, tidak. Ini kerana jurang bahasa yang terdapat dalam sistem limbik tempat menyimpan memori kita (language barrier). Bagi wanita ini, dia mengalami Prerequisites Moronic. Dia kehilangan kebolehan berfikir secara abstrak dan dikategorikan sebagai Mild Mental Retardation. Kasihan.

Kisah 4:
Seorang lelaki, mengalami trauma di kepala setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 7 meter. Setelah sedar dari koma, jika ditanya apa yang terjadi, dia akan bercerita kisah dia terselamat daripada insiden kapal terbang terhempas yang mana turut bersama dengannya adalah bekas Presiden Rusia yang pertama dulu. Setelah terhempas, dia dia jatuh ke laut bersama Mr. President itu dan mereka diselamatkan oleh seekor jerung yang berenang berhampiran. Mereka berpaut padanya dan direnangkan ke tepian. Di persisir pantai, mereka sedang ditunggu oleh isteri Mr. President itu. Sadis kisahnya. Lelaki ini akan mengulang-ulang kisah ini saja. Ini kerana dia mengalami Confabulation Paramnesia. Dia hanya mengingati memori fantasinya yang pernah diimejinkan olehnya sebelum berlakunya trauma tersebut.

Kisah 5:
Seorang wanita, mengalami mimpi-mimpi bersiri yang menceritakan episod percubaan membunuh dirinya. Dimulai dengan ditikam di rusuk kiri dan mengalami pendarahan yang teruk, ditoreh lengan dan cubaan untuk mencampaknya ke dalam gaung batu tajam dan cubaan mengebomnya dan disudahi dengan mencampaknya ke dalam sungai sehingga separuh lemas. Mimpi ini membuatkan dia terasa hidupnya diekori dalam kehidupan harian dan setiasa berwaspada dengan orang yang berjalan di belakangnya. Pernah dia bawa berbincang dengan sorang kawan dan kononnya kawan itu pembunuh yang mencarinya. Tetapi dia menidakkan fakta itu kerana kawan itu didapati menjadi salah seorang mangsa bersamanya dalam mimpi hendak dibom dan dibaling ke sungai. Dalam dia mencari siapakah pembunuh itu, datang seorang kawan yang menceritakan mimpi-mimpi aneh lagi misteri yang dialaminya pula. Tiba-tiba seakan-akan ada persilangan jalan cerita antara mimpi-mimpi mereka. Cross reference. Tapi persoalan tetap tinggal persoalan kerana pembunuh dalam mimpi-mimpi itu tetap tidak dapat dikenal pasti. Tetapi setelah berlakunya satu insiden chantek di satu pagi, mimpi aneh wanita itu hilang dan diganti pula dengan sebuah mimpi yang tidak dapat dihuraikan lagi. Dia tidak mengalami sebarang Psychiatric Disorder tetapi mimpinya terbawa-bawa dalam kehidupan harian dan dia menjadi sangat berwaspada akan hal itu.

Kesimpulannya, kisah 1, 2, 3 dan 4 semuanya adalah kisah yang terjadi di Psychiatric Hospital tempat saya mengikuti kelas Psychiatry. Semuanya kisah benar. Kisah 5 pula adalah kisah yang terjadi di House No. 16, Apartment No. 205/2, Malaya Piragovskaya Street, Moscow. Sebuah kisah yang masih tiada jawapan.

27 Responses to “Kisah 5 Orang Psiko di Moscow”

  1. hafiz238 says on :

    agak menarik. My Pysch rotation will be next year. I wonder what kind of case I will observe…

    Reply

  2. shazwani adnan says on :

    salam

    Siapakah gerangan insan yang mengalami insiden chantek itu? Terasa seperti dekat saja.

    Reply

  3. Inah says on :

    ehemm..bagi akak..kisah paling menarik adalah Kisah 2..meremang akak baca 🙁

    Menarik la pengisian entri kali ini

    Student UKM juga ade yang mengalami skizofrenia..

    Dr mengatakan ia berpunca dr stress

    Apa punca sebenar kes sebegini?

    Reply

  4. Rynn Cowbra says on :

    sarah.

    ryn ade masalah.

    ryn suke kaco urg.
    kalau x kaco urg,xsah.
    hari2 pun wajib nak nyakat urg.
    kalau x sakat,cam x lengkap jek hidup neh.
    mst rs ade yg x kene.

    ape masalah ryn neh yew?hiks!

    tengs,ya sarah!

    Reply

  5. Alam Setia says on :

    fuh…susah + kesian juga bila baca kisah nie.

    Reply

  6. fattnieniey says on :

    wow.
    kalau turn ktrg plak nanti,taktau la reaksi kanak-kanak riang dlm grp ktrg nih macam mana.
    tak sabau2 rasanye nak jumpe org gilak.!haha

    p/s: aih. patut la dgr org ngigau malam2. jgn la dituduh org bilik sebelah pule ye!:)

    Reply

  7. cikgu jawe says on :

    setiap manusia ada bahagiannya masing2. kat sini ada 2-3 orang berkeliaran menyusur jalan. ada melayu, cina dn india juga. pakaian compang camping, rambut kusut masai dn berkaki ayam.

    sesekali dia mengomel sesuatu yg kurang faham. mana nak faham, nak dekat pun takut. hehe.
    ada yg berdiri tegak sambil memarahi pokok. ada yg menunjuk ke arah sesuatu sambil sumpah seranah. heeee.. takut nk dekat.

    cuma takut berlaku apa2 je kt budak2 sekolah. maklum le budak2 tu suka menyakat.

    kata org kampung, org2 ni mungkin sakit kecelaruan mental. sbb2 yg tersendiri kot. tapi kesian tgk mrk. moga2 Allah balas syurga kpd mrk.

    Reply

  8. cry4freedom. says on :

    Hahaha, serial killer datang lagi. Tapi role sudah tamat. Tukar role lain pulak plish. Politician pulak ke.

    Reply

  9. fathiyyah says on :

    salam ks..tak sabarnya nak belaja clinical year..nak merasa stateskop sendiri,nk belaja gynae etc..
    lambatnyaa..
    kak,kalau sampia sini,jgn lupa ctct sy ya

    Reply

  10. ytmz says on :

    kill kill die die! saya jatuh ke laut di pasar, jerung selamatkan saya, jerung selamatkan saya dari mati lemas dengan membaham saya.

    Reply

  11. Faresya Fareed says on :

    mekaceh bab uwat tag…heeheee

    😀

    Reply

  12. Aizar Azman says on :

    Salam Sarah..
    Moga baik2 shj
    Wahhh..sangat dasyat juga kes2 sebegini.
    Takut gak jumpe keadaan cam nih..
    Sebab area kolej ku ade 3 org tak berapa nak waras melilau. Menakutkan..Kalau nampak org2 begini, saya akan melarikan diri. Sebab dorg suke cakap sorang2..

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Hafiz:
    im sure u will come out with more intrsting stories!

    Wanie:
    huhu.. wanie kenal ke sape?

    Kak Inah:
    kes ke2 tu mmg meremang wkt kitorg duduk dlm auditorium tu. semacam je rasa. ada byk sebab yg boleh sebabkan schizophrenia ni. ada yg functional, ada yg organic factors. yg functional ni mcm disebabkan bermula dgn anxiety, super duper stress, phobia, bad experience, yg lead to psychotic phenomenon. klu yg organic plak, puncanya trauma of brain, stroke, n byk lg. jd dr sini, patient akan mula experience mcm2 bentuk hallucination, illusion, delirium n mcm2 lg.. haa. mcm ni la ringkas nya kak inah 🙂

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn:
    tu maksudnya awk normal sbb awk sebenarnya menggembirakan hari org lain! yihaaa!

    Alam:
    sgt la kesian sbnarnya. ada patient yg setiap 1 minit dh lupa apa yg dia buat td. kesiannya…

    Fatt:
    hep. yg org mimpi teruk2 tu x ngigau langsung tau. yg kuat ngigau ialah budak yg ada moo-moo tu tau. hhuhu.

    Cikgu Jawe:
    diorg ni knp menjadi aggressive sbb diorg rasa terancam. bg diorg, apa yg ada dlm lingkungan bayangan dia je yg selamat. so bila ada provocation dr luar, diorg akn rasa x selamat n boleh bertindak utk mencederakan org lain. haa.. cikgu suruh la pakcik guard sekolah cikgu tutup pagar supaya diorg x leh merayap smpai masuk kwsan sekolah. hehe.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azwan:
    ups ups.. awk bukan pembunuh tu. sila jelmakan diri jd watak lain plak. jd pakcik bisu bersila di pwtc ok jgk kn. hihi.

    Thia:
    masanya akn tiba jgk thia. tp once u are in clinical yr, kamu akan rasa rindu zaman theori ni sbb relax skit dr clinical. huuu 🙁 ye. ks akn bgtau klu jd nnti insya Allah 🙂

    Yasir:
    Mr. President yg betul2 sedang berhalusinasi ni. patutnya bayangkan la paut pd dolphin ke. jauh lebih comel. hihi.

    Faresya:
    shama shama kashih 🙂

    Aizar:
    aizar…! awk apa kbr ye? oh. kt area kolej tu ada jgk ke? klu rasa diorg membahayakan, jauhkn diri. tp klu ada kesempatan join community service gi ke pusat2 pemulihan psikiatri, pi la join. sy selalu jd volunteer kt 1 tmpt ni dekat dgn rumah sy. sgt best n sy suka. sbb at least, pesakit yg hampir pulih dpt rasakan yg diorg ni diterima oleh masyarakat sbnarnya 🙂 have a nice day!

    March 17, 2008 1:03 AM

    Reply

  16. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah,

    Beruntung KS dapat belajar benda2 macam ni. Minda manusia memang penuh misteri.

    Kalau kita rasa kehidupan ni hanyalah pada dunia nyata ni, dan tidak terfikir tentang kehidupan selepas mati, kita ni kira macam berhalusinasi jugak ke? Silap-silap tergolong dalam kes nombor 1 tu 😛 Nauzubillahi min zalik.

    Walau apa pun, saya bersyukur sebab jatuh tempoh hari tak sampai 7 meter 🙂

    Semoga sihat dan gembira selalu ye.

    Reply

  17. so'od says on :

    salam..
    just nak tanya, kisah 1 tu more to delusion ke hallucination?
    kisah yg kedua tu lebih jelas gejala auditory hallucinationnya..
    itu saja..:)

    Reply

  18. hubal says on :

    it is a non-ethical entry, you as a doctor make fun with our desease!

    Reply

  19. uttauzza says on :

    hey
    good story but watch out your language..
    it is offended..
    i turn on my defensive mechanism.

    Reply

  20. Hasrul Halid says on :

    Kat malaysia ni ada satu orang tua Psyco yang perasan dia masih bagus dan disukai ramai. Errr… bila nak balik? kasi inject sikit sama itu orang tua!

    Hehehehehe!

    Reply

  21. WanHidayat says on :

    Salam…..lama tak bertandang ke sini….penat, lelah….semuanya ada….apa khabar???, harap baik2 sahaja d perantauan….tengok entry2 sebelum nih…tertangkap sy oleh tmpat awak blajar…sungguh kemas, pempuan2…hehehehe, nnti sy nak tayang keadaan bilik sy yang lintang pukang plak…..kisah Psiko di atas plak….sy suka kisah 1, adakah sy akan jadi seperti itu????…Erkkkkk….

    Reply

  22. nowhere says on :

    dulu penah wat thesis pasal sakit schezophrenia nie…
    pegi tampoi kat johor nun…
    jumpa doktor,pesakit,siap tgk kerusi letrik lg..
    huhu….
    harap2 aa sy dijauhkan dr sakit2 macam nie….

    p/s: ada satu filem, adaptasi dr kisah hidup sorg prof.dia nie hebat cipta teori, tp last2 dapat schezophrenia sbb byk sangat berfikir….nama filem tu beautiful mind….try laa tgk

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alif:
    alif, wkt ks dgr kamu cedera tu, terus ks contct aini shamsi nk tau perkembangan terkini. amik nombor tel kamu dr dia. sbb nk call kamu. sudahnya esk tu fon ks rosak (kes yg kena beli telefon baru tu). alhamdulillah kamu recovered.
    betul. minda manusia ni sgt unik. sgt2 unik. kalau Allah nak terbalikkan otak kita ni, bila2 pun boleh. sekelip mata. sementara kita masih sihat dan dpt mengenal siapa Tuhan, baik kita jgn lupakan Dia. nanti kot 1 hri kita ditarik nikmat ni, termasuk Dia juga kita dh x kenal…

    Dr. Am:
    yg 1st tu at 1st (as usual) dia ada acute psychosis. then dvlop pseudohallucination. then hallucination n of course ada delirium. aaa… sy telah dipantau oleh seorg doktor.. *lariiii :p

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hubal:
    sorry if u think so. but the point is, i did not have any intention to make fun of them. at all. in any way. what i wrote here were my experiences facing them n in any way if u read it carefully, i want the public realize that they are not ‘crazy’ but happened to be, they were chosen to suffer this disease. n i too feel so close with them. n every year, during my holiday, i perform as volunteer in a psychiatric center in order to help them feel close to the public. n this is good for their recovery. i hope this simple explanation helps to clear out the misunderstanding.

    Uttauzza:
    i guess u are the same person with Hubal. dear Mr. Uttauzza, please read above comment please. what im trying to say is to let the public (at least in my circle of friends) to understand a bit abt these disorders. sorry for anything rude here.

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Hasrul:
    tak dapat elak, sy mmg gelak baca komen ni. huhu. erk.. sy rasa x payah inject2 dh. tak lama dh nk padam kot. kekeke.

    Hidayat:
    alhamdulillah sehat2 aje. alahai. yg meja belajar tu, klu di malam hri penuh dgn segala macam jugak. weekend lg la dahsyat. file menimbun. x pe la awk penat skrg dayat. ni bukan ke lg 2-3 hri nk berjalan jauh plak. ha. time tu nnti rehat la puas2. nauzubillah. jgn dimintak terkena sakit2 ni sume. Allah Ta’ala a’lam..

    Nowhere:
    sy x penah ke tampoi ata mana2 hospital bahagia. tp setiap kali balik cuti, sy akn jd volunteer di sebuat pusat rawatan psikiatri. lebih tepat, ia adlh pusat pemulihan pesakit yg sudah hampir sihat. bila ke sana setiap rabu dan jumaat, tak perlu ber lab coat segala ni. sbb apa yg diorg perlukn ialah org awam yg bersama-sama dlm komuniti mereka utk meyakinkan mereka bahawa mereka diterima oleh masyarakat sebenarnya.
    cerita Beautiful Mind tu sy tgk lebih kurang 5-6 tahun sudah. dh lama dh kn. hebat betul cara dia fikir. n baru2 ni sy ada tnya kwn2 diorg penah tgk x cerita ni, tak ramai yg tahu kecuali seorg dua. ni recommended movie utk ditonton, kan 🙂 terima kasih sbb berkongsi pengalaman ketika di tampoi itu ye.

    Reply

  26. faisal says on :

    bila sarah ckp pasal penyakit Schezophrenia tu teringat cerita Beautiful Mind tu,hehe..:) best sangat..:) sangat takut ok kalau sy berhadapan ngan org camtu,hehehe..

    Reply

  27. hayad says on :

    mcm best pulak kes no.2 tu.plg best suara tu tlg jwb soklan..perghhh! syiok! hehe

    Reply

Leave a Reply