Memori Seorang Guru

Assalamualaikum wbt

Terasa hendak berkongsi kisah ketika baru tamat SPM. Ceritanya bermula setelah ayah memberitahu Kak Long dan saya bahawa Guru Besar sekolah rendah di kampung saya itu meminta jasa baik kami berdua mengajar kelas intensif Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar tahun 6 pada setiap hujung minggu.

Ketika itu, Kak Long baru saja tamat matrikulasinya dan sedang menunggu panggilan kemasukan ke universiti. Ketika hari pertama, kami berdua berjalan kaki saja meredah jalan pintas menuju ke sekolah yang hanya terletak bersebelahan dengan rumah (kira-kira 200m dari rumah). Sebaik sampai, saya masih ingat, kerani di pejabat memanggil kami dengan gelaran Anak-anak Encik Shukor. Mungkin dia sendiri keliru mana satu Fatimah, yang mana satu Sarah. Sebetulnya, orang kampung saya yang tidak dapat membezakan kami hanya akan memanggil kami dengan gelaran Siti saja. Sudah cukup bagus jika ada yang tahu yang mana satu Kak Long, yang mana satu Kak Ngah.

Saya sebenarnya hendak mengajar Matematik tetapi Guru Besar menyuruh saya mengajar Bahasa Inggeris dan Kak Long pula mengajar Matematik. Ada dua kelas tahun 6. Jadi saya dan Kak Long akan bergilir. Jika pada waktu pertama saya mengajar Kelas A, Kak Long akan mengajar di Kelas B dan kemudian kami akan bertukar kelas.

Saya sangat kasihan dengan keadaan anak-anak kampung itu. Pendedahan mereka terhadap Bahasa Inggeris sangat kurang dan terbatas. Dalam salah satu sesi bersama mereka, saya masih ingat saya terpaksa mengulang ajar asas Bahasa Inggeris yang termudah. Sedih saya mengenangkan itu. Dan terasa sangat bersyukur kami adik beradik berada dalam keadaan yang jauh lebih baik kerana bersekolah di tempat lain, bukan di kampung.

Apa yang paling tidak boleh saya lupakan ialah di saat beberapa orang pelajar yang nampak macho dan matang bertanya: Ni nak panggil Cik Sarah ke Teacher? Amboi. Sangat berani budak-budak zaman sekarang ye. Saya garang ketika itu. Tapi Kak Long jauh lebih garang. Atas faktor itu, kami dihormati oleh mereka semua dan ada juga yang takutkan kami atas ketegasan kami itu.

Saya masih ingat 3 orang daripada mereka semua. Adib dan pasangan kembar Hasan dan Husin. Adib ini berkawan dengan adik-adik saya. Rumahnya di tepi bukit rumah saya. Sebelum menjadi cikgu intensif di sekolahnya lagi, saya sudah mengenali Adib. Hasan dan Husin pula adalah 2 orang murid yang menyerlah di dalam kelas. Bukan kerana kebijakannya tetapi kerana kenakalannya. Saya kadang-kadang sampai mati kutu apa hendak dibuat pada mereka berdua. Lebih-lebih lagi Hasan. Adiknya Husin kurang agresif berbanding Hasan. Tetapi kini hanya Husin yang tinggal. Hasan telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya berhampiran rumahnya kira-kira 2 tahun yang lalu. Menurut adik-adik saya, kini Husin sudah tidak senakal dulu dan lebih sopan tingkahnya.

Saya dan Kak Long mengajar di sana kira-kira 2 bulan saja. Pada hari terakhir kelas, saya mendapat hadiah daripada murid-murid saya. Hadiahnya standard anak-anak kampung saja. Saya mendapat buka nota kecil, beberapa batang pen dan sebuah penanda buku yang dibuat daripada kad manila dan benang panas yang terukir ‘Teacher Sarah’. Saya sangat terharu. Kerana saya disayangi mereka rupanya.

Saya menamatkan khidmat saya di situ setelah mendapat tawaran ke (matrikulasi) Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Kak Long pula mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya tidak lama di PASUM. 2 bulan setengah saja kerana selepas itu saya mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Dalam tempoh 2 bulan lebih itu, saya agak kerap pulang ke rumah. Selang dua minggu, saya mesti akan pulang. Saya menaiki bas ekspres kerana jarak Temerloh-Kuala Lumpur hanya mengambil masa kurang daripada 2 jam saja. Pada suatu hari, sebaik turun dari bas apabila tiba di rumah (bas harian Syarikat Tanjung Keramat yang melalui Jalan Triang), Adib sedang berada di pondok bas di bawah bukit rumah. Dia duduk di atas basikalnya pada waktu itu. Sebaik ternampakkan saya yang hendak melintas jalan, saya sudah mendengar Adib memberi salam sambil tersengih-sengih kepada saya dengan ucapan: Eh, Teacher. Assalamualaikum Teacher.

Saya menjawab salam. Sebaik sampai berhampiran Adib sebelum saya mendaki naik bukit rumah saya, saya katakan padanya: Panggil Kak Ngah semula pun OK je, Adib. Adib membalas semula: Panggil Teacher lagi best lah. Saya tersenyum saja. Sepanjang perbualan pendek itu, saya melihat Adib menarik-narik hujung seluar tiga sukunya yang menampakkan sedikit lutut. Dia malu pada saya agaknya kerana ketika mengajarnya dulu, saya pernah mengingatkan, dalam menuntut ilmu, Allah jangan kita lupa. Solat kena jaga, aurat kena jaga kalau mahu ilmu kita berkat. Saya tersenyum saja sebelum berlalu. Saya tahu saya tidak perlu menegur lagi kerana reaksinya saja sudah memberitahu bahawa dia sedar akan salahnya itu. Sehingga ke hari ini, Adib kadang-kala berkunjung ke rumah saya kerana dia berkawan dengan adik-adik lelaki saya. Sudah anak teruna dia kini.

Apabila keputusan UPSR tahun itu keluar (2003), saya sudahpun berada di sini. Melalui Sufyan adik saudara saya, saya mendapat tahu bahawa Adib mendapat 4A 1B. Alhamdulillah. B-nya bukan Bahasa Inggeris sebaliknya adalah Sains. Apa-apapun, saya mengucapkan tahniah melalui adik saudara saya saja.

Kini telah 5 tahun berlalu. Kesemua bekas anak murid saya dahulu kini berada dalam tingkatan 5. SPM pula yang menanti mereka. Buat kesemua bekas pelajar tahun 6A dan 6B Sekolah Kebangsaan Lebak, Temerloh sesi 2003, Teacher Sarah ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam SPM pada tahun ini dan juga kehidupan masing-masing. Juga Al-Fatihah buat arwah Hasan.

Kini, saya bukan lagi seorang guru. Saya beralih arah. Jika ada rezeki, satu hari nanti mereka semua akan memanggil saya Dr. Sarah pula, insya Allah. Bagi Kak Long pula, dari seorang lulusan Kimia Tulen, dia kini sedang memenuhi hasratnya untuk menjadi seorang guru. Saya kira, pengalaman pertama kami mengajar di sekolah itu benar-benar meninggalkan kesan dalam dirinya sungguhpun ketika itu, kami berdua mengajar tanpa mendapat sebarang upah. Semoga niat kami berdua membantu anak-anak kampung itu diterima Allah sebagai amal jariah. Walau siapapun saya kini, saya harap mereka semua masih mengingati saya sebagai Teacher Sarah.

Nota: Saya terkenangkan seorang guru Bahasa Inggeris yang paling terkesan dalam hidup saya; Puan Hasanah. Puan Hasanah merupakan seorang sukarelawan yang datang mengajar kelas tambahan Bahasa Inggeris ketika saya sekolah rendah. Saya ada berjumpa dengannya 2 tahun yang lalu ketika membuat praktikal elektif di Hospital Temerloh. Ketika itu, saya bertugas di Bahagian Kecemasan bersama Dr. Min Tyen. Puan Hasanah datang sebagai pesakit luar dan kebetulan bertemu Dr. Min Tyen untuk mendapatkan konsultasinya. Dia terkejut mengetahui saya kini sedang mengikuti kursus perubatan dan terharu kerana saya masih mengingatinya sungguhpun sudah 10 tidak berjumpa. Dua hari berikutnya selepas tamat sesi di hospital, saya terserempak sekali lagi dengannya di sebuah kedai makan. Dan kali ini, Puan Hasanah memeluk erat saya. Dan membekalkan saya sebungkus karipap untuk dibawa pulang.

59 Responses to “Memori Seorang Guru”

  1. Anak Murid says on :

    Assalamualaikum,

    1. Teacher Sarah, kisah teacher mengingatkan saya akan teacher(s) dan sir(s) saya yang sangat sabar dalam mengajar Bahasa Inggeris. Saya budak kampung; pendedahan terhadap Bahasa Inggeris sangat terhad. Alahmdulillah, kini saya boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik berbanding dulu.

    2. Bercakap tentang kisah teacher Sarah terharu, saya rasa, mungkin kepuasan dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu yang membuatkan guru tetap memilih untuk menjadi guru, walaupun tugas sebagai seorang guru sangat mencabar. Kata orang, guru ini adalah “Human Engineer”. Guru bertanggungjawab melentur rebung-rebung harapan bangsa ini. Sedih jugak kadang-kadang; kalau menjadi, budak itu bijak. Kalau tak menjadi, guru yang salah. Allahu a’lam.

    Walaupun dah beralih bidang, teruskan menyampaikan ilmu dan tunjuk ajar.

    Terima kasih cikgu Sarah!

    Reply

  2. sebol says on :

    Terharu sungguh baca cerita ni.

    Reply

  3. tiangpurnama says on :

    Tahniah..teringat kan teacher masa lower secondary,tp saya panggil cikgu sebab dia pun ngajar KHB,sekolah dulu pun kampung gak walau di tepi jalan besar,cikgu tak ramai, sorang cikgu cover banyak subjek la..pernah terpikir may be one day shud have free class for them(my juniors huhuhu)..err sireh tapak ke junjung kan..tapi plan x jalan2

    Reply

  4. kaklong says on :

    correction!! correction!!

    hasan yg meninggal la ngah bukan husin!!

    mengajar bukan setakat mengajar tp lebih dr mengajar. kena pandai n lebih dr segala segi..

    haih itam itam…

    Reply

  5. cikgu jawe says on :

    guru bukan setakat mengajar, tapi mendidik. guru bukan setakat mu’alim, tapi murabbi.

    apapun, setiap kerja adalah mulia. baik cikgu atau doktor; masing2 saling memerlukan.

    kata boss aku, Allah lebih tahu pekerjaan apa yang sebenarnya sesuai dgn fitrah/naluri dn keupayaan kita. sebab itu dipilihnya kita jadi cikgu atau doktor.

    kak long awak sgt lucu. siap panggil itam lagi ye. (teringat posting awak pasal terbakar tu). tak baik tau kak long, kalau ngah itam, kak long apa pula πŸ™‚

    Reply

  6. Yatie says on :

    salam,

    Seronok baca kisah cikgu ni. Yati pun bercita-cita nak jadi cikgu, tapi tak dapat pulak. Rezeki dlm bidang lain kot. πŸ™‚

    Reply

  7. kaklong says on :

    eh eh bukan ngangah la yg itam tp kaklong nye ni ha yg itam!!! tade kena mengena pon dgn org len.. huhuhu

    sume keja same je yg penting lillahi taa’la…

    Reply

  8. Shumierain says on :

    salam sarah,
    pas ni shumie pun kena panggil sarah TEACHER gak la psl t’haru gan story sarah ni..

    tp rsnya TEACHER DR SARAH..br lengkap..

    Reply

  9. one says on :

    stereo kan,asal chekgu BI especially Math mesti bengkeng
    *pernah dirotan teacher hehehe

    Reply

  10. silent reader says on :

    waa… terharu..

    tp, sy rasa bangga… sbb.. sy juga pernah mendgr “terima kasih cikgu”.

    Reply

  11. Aleeya says on :

    sarah,

    teringat lak kenangan kak aleeya masa jadik guru sandaran dulu2 hehe, pening kepala melayan budak2 tu..tapi fun!!kenangan manis yg sama sekali tak mungkin kak aleeya lupa kan..:))

    Reply

  12. dhiyauqalbii says on :

    dear sarah

    akak pernah jadi cikgu jugak..cikgu ganti kat wosto..
    ajar bm.. then jadi jurulatih debat/forum/netball..
    memang best jadi cikgu..
    hm..

    moga kak long sukses dalam mengejar cita2nya dan dipermudahkan semua..

    juga buat sarah, moga mudah semua urusan di sana.
    anyway. thanks for remembering my birthday πŸ˜‰

    ps: rindu jugak kat puan hasanah tu.. dah lama betul akak tak jumpa dia

    Reply

  13. faisal says on :

    waaa, bestnyakan ada pengalaman mengajar ni..:) dulupun masa ngajar matematik darjah 5 dan 6 kat sekolah kat kg sy pas abis universiti rase sedih sangat..bukan pe, kita kenal budak2 tu, mak bapaknye..diaorg dah nak UPSR masih tak lepas byk benda2 basic tu,huhu..taktau nak buat camne..membacapun masih ada yg tak pas lagi,huhu..lelagila kelas belakang2, mmg jauh sangat beza ngan kelas2 depan..:)

    budak skrang ni mmg sudah pandai mengurat cikgu,sy percaya sangat,hahaha..:) sampai skrang kalau pusing2 kampung diaorg masih panggil sy cikgu,hehe..seronok plak dapat gelaran camtu,ceewaahh..:)

    Reply

  14. Faresya Fareed says on :

    terharu lah..kehkehkeh…ingat waktu kna buat studygroup,fare dpt bbdak lmah pljran,tlong pnya tlong last2 diaorg pnggl fare ckgu lak…hehe

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Alif:
    kalau teringatkan diorg, hadiahkan doa kesejahteraan utk diorg setiap kali lepas solat. walau siapapun kita 1 hri nnti, guru tetap merupakn org utama sumber kejayaan kita nnti πŸ™‚

    Bro Sebol:
    alahai.. jgn la terharu..

    Tiang Purnama:
    eh, ni oneib ke bukan? sy rasa mcm ni oneib. tp skrg dh was2 plak. elok jgk tu klu 1 hri nnti plan nak buat tuisyen free utk bdk2 sekolah tu. erm.. tak faham plak sy dgn ayat akhir tu: sireh tepak ke junjung? tapi tak plan jalan2? maksudnya apa?

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kaklong:
    dh betulkan dh. tp ngah ingt lg msg dr mak. husin kan? ok ok. awk lg tau semua hal. hasan. ye. arwah hasan. dh betulkn dh. thnk u long. ngah suka dgn semangat kesetiaguruan awk tu πŸ™‚ hitam pun hitam la. tp awk seronokla sbb dpt buat apa awk suka kan.

    Cikgu Jawe:
    sy terharu baca ulasan cikgu πŸ™‚ psl hitam tu, tu kaklong bukan refer kat sy cikgu. beraninya dia nak panggil sy hitam. sbb dia lg hitam skrg. masuk kawat n aktif semula dgn netball dia tu.

    Yatie:
    takpe yatie. mcm apa yg cikgu jawe tulis kt atas tu, Allah lebih tau kita ni sesuai diletakkn sbg apa kt muka bumi ni πŸ™‚

    Kaklong:
    lillahi ta’ala.. buat hati rasa zuuuppp.. ni sure awk online kt rumah kn? kat lipis tak dpt la nak tgk awk online.

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Shumie:
    alamak.. lg panjang plak awk nak panggil sy ye. kawan2 sy sume wajib panggil sarah atau siti je ok. hehehe πŸ™‚

    Oneib:
    adatla.. dh 2 subjek ni yg budak liat sikit. kena la jd bengkek skit. hehe πŸ™‚

    Silent Reader:
    eh, terharu ke? waa… penah jd cikgu jgk ye dulu? meh la share cerita πŸ™‚ *still wondering who’s this*

    Kak Aleeya:
    ooo.. akk pun penah jd guru sandaran ye? misti sekolah rendah kan? yg best nya mngajar sekolah rendah ni sbb ragam diorg. ye la kan. budak2 kecik kan. hihik. akk mengajar subjek apa dulu?

    Reply

  18. Pengusaha Cowbra says on :

    sonoknyer kak long jd cekgu.

    kak ngah,kang leh main doctor2 dgn rynn kan.

    hiks!

    sume kije sonok.

    tharu bace.

    Reply

  19. tyrexia says on :

    sy pun pernah mengajar budak umur 6 tahun.. ajar dia membaca BI dan BM. hehe~

    igt lagi time tu budak2 tadika ni tgh break(time break kasi budak2 minum ribena dan mkn roti). dtg la sorg budak ni, hulur pinggan kt sy;

    “teacher… nak nasik!”

    terkejut tau. hehe. mane ade nasi. roti ade lah.

    manis kan bila jd cikgu ni. sy betul2 terharu bace cerita sarah. *sob sob* hehe~~

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Tikah:
    haah. penah dgr dulu akk ngajar kat wosto. sy pun sempat jd trainer utk team bahas khairiah lepas abis SPM hari tu. lepas abis blaja kereta, sy misti lepak2 kat khairiah. dgn budak2 bahas situ. (tak sedar diri x-kisas merempat kat sekolah lama plak) :p puan hasanah dh bersara dh skrg. dia duduk rmh je. cubalah lawat dia kat rumah dia. dia tetap cantik mcm dulu jgk tau wkt sy jumpa dia tu. dia peluk kuat sgt! πŸ™‚

    Faisal:
    waaa… cikgu acai la ni. eh silap. lg tepat ustaz cikgu acai yg otai :p kita yg tinggal di kampung ni lebig faham apa keadaan sbnar anak2 kampung kan. 1st sbb kita tau background diorg jgk. 2nd sbb kondisi sekolah tu pun kita tau jgk. kita dpt evaluat sejauh mana pendedahan diorg kpd bahan2 bacaan sampingan utk dijadikan alat bantu mengajar (ABM) ni kan. haa.. sy dpt clue yg membawa maksud awk penah dingorat oleh anak murid jgk. kan kan kan. hihik :p

    Faresya:
    bagus. ni pun salah 1 bentu mengajar jgk ni. moga2 Allah terima sbg jariah kn πŸ™‚

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn:
    Ryn, betul kata awk tu. semua keje pun best. semua pun menarik. terpulang pd kita mcm mana nak jadikan kerja kita tu ibadah kn. main2 doktor2? main masak2 lg best kot. hehe.

    Thirah:
    pengalaman yg best tu! ajar budak2 kecik lg fun kan. mualianya awk dpt ajar budak2 kecik ni. teringat 1 pesanan yg sy penah dgr. kalau nak jd cikgu, jgn merungut klu kena ajar bdk2 kecik ni. ilmu yg diajar tu kekal/akn diguna smpai diorg tua. jd, selagi diorg amalkn ilmu yg awk ajar, awk pun dpt sumber pahala mengalir masuk utk awk jgk. best kan πŸ™‚ err.. teacher. sy pun nak air ribena jgk! dh lama tak minum :p

    Reply

  22. cikgu jawe says on :

    rupanya ramai juga bekas cikgu kat sini ye.

    untuk satu huruf dn angka yang kalian telah ajarkan, pasti ada ganjaran di sisi Allah.

    go..go.. cikgu!

    Reply

  23. ahmad shafie says on :

    salam kak sarah,
    ingat saya lagi..sorry buat lawak kat sini, ingt kot ade shoutbox. baru terjumpa blog akak nih. take care

    wassalm

    Reply

  24. UncleJ says on :

    mmg multitalented anak pak shukor ni..boleh juga jadi cikgu..satu usaha yg mulia mendidik dgn tanpa bayaran,sarah..

    mesti students dulu ingat jasa cikgu sarah sampai sekarang ni..

    Reply

  25. myfisol says on :

    bukan senang nak jadi pengajar ni Sarah…tetapi sekiranya kita berjaya menyampaikan sesuatu ilmu ianya merupakan suatu kepuasan…bro tak menemuinya sewaktu bekerja sebelum ini but I’ve found it now, becoming lecturer cum engineer at the same time…I hope Sarah can do the same thing…sampaikan ilmu dan pengalaman yang diperolehi kepada masyarakat, mungkin boleh jadi adjunt professor nanti..banyak pahalanya menyampaikan ilmu Allah ini…

    Reply

  26. akak says on :

    Salam Sarah..

    Wah..memang beruntung pakcik Shukor nie, dapat anak macam Sarah . Mula-mula Teacher Sarah, tak lama lg akan dipanggil Dr Sarah..alhamdulillah. Semoga Sarah akan terus dipermudahkan segala urusan untuk sentiasa berbakti pada anakΒ² Malaysia. Nampaknya lepas nie boleh la akak belajar cakap org putih ngan Teacher ek..hehehe. Akak dari dulu sampai sekarang keras bebenor lidah nak cakap omputih. Tak tahu la kat mana suis yg tak kene..hehehe.

    All the best Sarah. Bila habis study ..tahun nie ke?

    Reply

  27. djambu puadovich says on :

    uish, igtkn cerita hepi2…ada kes tragis rupenye di tengah2. isk3…kesian…

    Reply

  28. ytmz says on :

    Teacher Sarah, teacher ajo saya asas English balik teacher, saya paham English tapi grammar saya tunggang langgang langgar lori, sebut saya bercelaru, serba tak kena la Teacher, kelas tambahan sikit ya, sebelum aktiviti burung hantu tamat =)

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    haah kan. rupa2nya, ramai cikgu kat sini kan πŸ™‚ tp cikgu la cikgu segala cikgu kat sini. hehe.

    Shafie:
    mana boleh akk lupa kamu. kamu adik akk selamanya! apa khabar kamu? dh lama lost contct kan. dulu ada email kamu tp mcm failed je. hope u are doing well there (with ur abg khaliz which is no longer to be called as abang, i bet) πŸ™‚ shoutbox dh dibuang. malas nak letak. mind to leave ur current email? hope that we’ll keep in touch as before.

    UncleJ:
    bukan multitalented. multi’kenabuat-ted’. i had 2 choices at that time. whether to stay doing nothing at home or going to the school giving free tuition to the kids. i prefered the 2nd choice as i knew i would not die boring at home. hehe.

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    i always wanted to end up doing the teaching part as well. to be a doc cum adjunt lecturer. but that at least drags me to hv master. oh. i hv to work hard for more than 7 years after graduating. HO+MO=3 years n persuading master for max up to 4years. aaa.. camne nak ada family yek. ngeh ngeh ngeh. i adore u bro. engineer cum lecturer. i big task for u. all the best in UMP. (sy pernah dgr pasal uni msia perlis ni tp tak tau kat mana location nya.)

    Akak:
    amin.. harap2nya dipermudahkn la utk capai title tu. sy abis 2009. bln 9 ni sy start final year sy insya Allah. makin nak abis belajar, makin takut rasa. huhu. nak pandai english ni, 1st thing is kena rajin membaca. sy dulu kecik2 asyik kena baca sesame street n the owl family je. sampai dah hafal dah huruf A-Z utk buku2 tu. dh besar skit baru baca buku2 yg matang2 skit. that how i started the day. reading. pasal sebutan plak, jgn takut to converse with people. mula2 mmg a salah2 tp lama2 bunyi2 belacan kita akan hilang skit2. yg penting bukannya slang, tp kelancaran. biarla org kata kita cakap takde slang tp grammar nya betul dan lancar. buat apa kalau slangnya bajet mat saleh abis tp grammarnya pakai ikut sedap je kn. hehe. akak, chaiyok! πŸ™‚

    Yeop:
    tragis skit la tp sy ingt kt diorg smpai skrg…

    Yasir:
    sebelum aktiviti burung hantu kita tamat, sy lg suka kita guna bahasa kepanglimaan awk. kalau kita cakap english, dh tak macam kita yg biasa dh plak kn. hehe.

    Reply

  31. fizz says on :

    sarah.. walaupun Sarah bukan seorang guru kini, tetapi sarah akan tetap jadi guru dalam hati anak-anak murid sarah selama-lamanya, walaupun tempoh mengajar singkat, sy pasti ilmu yang diajar sampai kepada mereka..
    Bagi saya kepuasan menjadi seorang guru adalah apabila ilmu yg disampaikn difahami oleh pelajarnya. Itu adalah hadiah yang plaing berharga buat seorang guru πŸ™‚ Dan yang paling seronok, apabila suatu hari nanti mereka berjaya di atas ilmu yang telah dicurahkan dan menjadi insan yang berguna

    #bila mahu plg ke temerloh? boleh jumpa Dr sarah..hehe πŸ™‚

    Reply

  32. rasso says on :

    rendhu ngan anak murid di dusun belantara sana….

    Reply

  33. silent reader says on :

    pernah jd cikgu kecik2 je sarah… ngaja tuisyen utk budak2 kampung πŸ˜€ tp bukan teacher… cikgu maths… kekekek…. πŸ˜‰

    Reply

  34. inah says on :

    penah jadi cikgu jugak..sebenarnya satu family mengajar πŸ™‚

    abg long: cikgu di Mukah
    abg ngah: lect UUM
    shaya: lect UKM (amin!!!)
    adik: kecik lagi

    berkat ayah keje cikgu kot

    ape pun..bila student berjaya..masa tu kejayaan sebenar kita

    Reply

  35. Mak Su says on :

    guru profesion mulia, tambahan lagi jika guru itu ikhlas sepenuh jiwa mendidik anak bangsa

    Reply

  36. tiangpurnama says on :

    ark..memang fail la,x leh jadi cikgu BM hahaha
    sireh pulang ke gagang,eh ke junjung,mana2 lah kot..plan tinggal plan yela sampai sekarang tak mengajar2..tidak kesampaian..

    Reply

  37. AiRynnz says on :

    wah…teacher sarah πŸ™‚
    bile di ingat2 pasti manis kenangan ituu kan sarah?

    aceli kak ryn tingin nak jdk cikgu tp smpai skrang ni lum ader rzki lagi

    Reply

  38. faisal says on :

    sarah, ujan2 ni pekena karipap panas mesti sedapkan,ehehhe..:) ujan selebatnya kat shah alam nih..bestnye tido dalam kete,hehehee

    Reply

  39. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fizz:
    kalau tak silap, hari tu awk kata 1 hari nnti akn jd tenaga pengajar jgk kan? so, awk la cikgu harapan bangsa yg dinanti-nantikan itu πŸ™‚ sy insya Allah balik hujung bulan 6 nnti. nnti kita kuar makan sama2 ye. hehe.

    Rasso:
    hi. salam kenal. wah. ni sure cikgu jgk ni. kan?

    Silent Reader:
    ramainya kat sini yg jd cikgu math ye. sume pun suka math ke? adeh. silap la hari tu. patutnya sy ajar math jgk kn. huhu.

    Kak Inah:
    waaa… 1 family ke. lebih kurang la ye. sy pun dr arwahnya moyang jd cikgu. pastu arwah tok abah sy. pastu mak sy n a few more in the fmly yg jd lecturer then kakak sy plak akn jd future cikgu ni nnti. hehe.
    p/s: akk dh dapat no tel kawan sy tu?

    Reply

  40. Sarah Mohd Shukor says on :

    Maksu:
    keyword yg sy rasa sgt tepat yg maksu sebutkan ialah keikhlasan tu. nak jd cikgu ni, kalau kerja kerana duit je, tak jd jgk kn.

    TiangPurnama:
    oh. sy rasa sy faham dh. sireh pulang ke gagang ke maksud awk? utk mengjar semula anak kampung sndiri. mcm tu ye? hehe. mulia niatnya tu πŸ™‚

    Kak Ryn:
    mmg tu antara kenangan manis zaman pra-matang dulu2. so actly skrg kak ryn keje apa la ye?

    Faisal:
    hep. sebut2 pasal karipap panas plak ye. tambah 1 lg menu nnti. capati+roti bom+karipap panas. kekeke. tido dlm kete time kete tak gerak takpe. tp kalau tgh drive pun ngantuk2, tu tak leh tu. stop kt tepi, tido la lama mana pun ye acai :p

    Reply

  41. nzuhdi says on :

    wahhhh, mulianye peribadimu kak ngah.

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Najib:
    kamu buat kak ngah gelak je. hihihi

    Reply

  43. Noor says on :

    salam ngahngah

    kamu berdua dapat token daripada sekolah ….telekungkan !

    Orang panggil Cikgu Mansor ,Angah dan Kak long panggil “Guru Besar Mansor”

    Reply

  44. Sarah Mohd Shukor says on :

    salam mummy!!!

    yeay yeay yeay. mummy akhirnya mengomen kat sini!!! yeay yeay yeay. happy sungguh ni πŸ™‚ u spelt my name wrong. ngangah. not ngahngah. tu mcm adun bera tu je. hihi. haah la kan mak. kami dapat telekung. wkt dapat tu pun, ngah dh masuk PASUM dh. oh, kami la Guru Besar Mansor tu ye? hihi lg tinggi dr cikgu mansor yek. tp kalau tak silap, wkt tu kami jumpa cikgu pmpuan. tp dh tak ingat nama cikgu tu. after all, mak is stil our idol!

    Reply

  45. Yatie says on :

    kat blog yati tu bkn lagu tau.. hehhe.. sajak πŸ˜€ thanks 4 visit blog yati..

    Reply

  46. cikgu jawe says on :

    suka dgn nickname ngangah tu. comel bunyinye.

    kalau ahli gusti boleh guna nama nih:

    the doctor “ngangah” teacher sarah. πŸ™‚

    pandai2 jek.

    Reply

  47. mak says on :

    cikgu perempuan tu Pn Hamidah (GPK 1)sekarang ni dah jadi GB di SK Paya Ara .Cikgu Mansor dah pencen.

    Nanti Nan pulak jadi cikgu sukarelawan …cikgu ICT

    Reply

  48. ahmad shafie says on :

    ahmadshafie@hotmail.com
    university of nottingham,UK

    saya pun tak tau letak email camni slamat tak..takpe kot

    k keep in touch
    salam

    Reply

  49. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yatie:
    ooo.. sajak ye.. indah! teruskan menulis ye πŸ™‚

    Cikgu Jawe:
    huhu. pandai2 je cikgu ni ye. ngangah tu gelaran sy kat rumah. comel kan. *matilah perasan!!*

    Emak:
    Haah. cikgu hamidah. wah. dia pun dh jd GB jgk. Nan tu dh banyak kali ajar org dh. conduct kursus pun dia dh penah. dia lg hebat dr long n ngah.

    Shafie:
    email taken. apalah cerita kamu kat sana ye. selamat je kamu letak kat sini. insya Allah takde org nak kacau2 spam2. hihi πŸ™‚

    Reply

  50. djambu puadovich says on :

    ngangah?
    ape benda yg bile sebut sekali jd huruf, sebut dua kali, mulut terbukak?
    hehehe πŸ˜€

    Reply

  51. Sarah Mohd Shukor says on :

    hep encik yeop. nganga dan ngangaH ada beza sebutannya tau. sebut betul2, ngangah :p nama yg cukup unik sekali *wink*

    Reply

  52. riza_illani says on :

    Asslamua’laikum wbt kak sarah, saya link akak kt blog sy yer, sory la x mnx izin awl,blog sy terlalu byk kurgnyer, ngeh2~~ sb tu x habaq awl2~~

    Reply

  53. Sarah Mohd Shukor says on :

    Illani:
    w’salam wbt. oh kamu ada blog ke? baru tau. ok. i’ll visit it oneday insya Allah πŸ™‚

    Reply

  54. Aleeya says on :

    sarah, dulu kak aleeya ajar form 2. sekolah ptg..ajar SEJARAH. ujung tahun buat soalan periksa lagi hehhe, pastu ajar pendidikan moral utk murid bukan islam (sekolah yg akak ajar tu sek methodist acs)hmmm lama la gak.almost 2 yrs..then baru masuk uitm. tapi sebelum jadik guru sandaran pernah jadi guru ganti kat sekolah rendah kebangsaan..tapi tak lama dlm sebulan jer..sbb dpt offer guru sandaran plak..indahnye memori tu sarah…rindu lak kat cekgu2 yg sama mengajar huk huk huk ni yg sedih ni..:((

    Reply

  55. "sishoney" says on :

    salam sarah,
    sis baru berkesempatan membaca entry nie.sis juga punya pengalaman sbg guru.sis mengajar di sekolah cacat pendengaran dan waktu tue sis baru habis matrikulasi.sis juga mengajar english tapi menggunakan bahasa isyarat sarah.”practice make perfect”skang sis dah lupa bannyak sign language sarah…memandangkan sis ni kecil molek..anak2 murid sis majoriti besar dari sis even just darjah 6

    Reply

  56. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Aleeya:
    lama jgk la ye akk mengajar. sejarah pulak tu. smga memori tu tak lupt dr ingatan ye kak πŸ™‚

    Sis Honey:
    Wah sis! kagum dgn sis! sy reti alphabet sign language ni je. lain dr tu tak reti. tahniah sis. sis jd contoh yg baik utk ramai org sebenarnya. tak ramai yg boleh buat mcm sis πŸ™‚

    Reply

  57. akirasuri says on :

    Tersenyum cik ati baca entri ni πŸ™‚

    Reply

  58. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    meh senyum sama2 πŸ™‚ sy mmg tgh mood nak senyum je ni πŸ™‚ hihi

    Reply

  59. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    teacher sarah
    saya membayangkan awak pegang rotan sambil ngetap gigi mase belajar..

    Reply

Leave a Reply