Saint Petersburg Di Hatiku
Assalamualaikum wbt
Ya Allah Ya Rabbi. Saya amat sibuk dalam beberapa hari ini. Tidur pun tidak cukup. Duit pun mengalir macam air saja. Uruskan kargo barang-barang untuk dihantar pulang, ada kawan-kawan datang melawat dari Volgograd dan Nizhny Novgorod bersama keluarga mereka dan pergi mencari cenderahati untuk dibawa pulang buat kali terakhir. Awal pagi sudah keluar dan akan sampai ke rumah semula sekitar 9 malam. Disebabkan hari masih cerah, tidak boleh terus tidur. Kena menunggu Subuh masuk dulu baru boleh tidur. Memang kurang tidur sungguh jadinya.
Jadi untuk kali ini, saya kemas kinikan cerita di St. Petersburg. Saya ke sana bersama Auyun, Faiz, Nazlin, Aizat dan ibu bapanya serta ibu bapa Azam. Sebenarnya percutian kali kedua saya di St. Petersburg ini banyak ragamnya. Cerita terperinci tak perlulah saya ceritakan. Empat hari tiga malam di sana. Tapi boleh dikatakan, hanya satu hari saja yang betul-betul berkualiti. Urghh. Tak mengapalah. Benda dah jadi pun. Saya pun belajar banyak perkara tentang ragam manusia sepanjang berkelana ke sana.
Kebetulan, ketika kami semua di sana, St. Petersburg sedang mengalami kemuncak White Night. Tiada malam di sana. Sepanjang hari adalah siang. Cerah. Ada sambutan White Night berlangsung selama seminggu di sana pada ketika itu. Pada hari kedua, walaupun penat seharian berjalan di Peterhof, kami si anak-anak muda inipun keluar pada pukul 9 malam meninggalkan ibu bapa di rumah untuk menjelajah Kota Petersburg bagi menyaksikan fenomena White Night dan jambatan terbuka. Emak ayah Aizat dan Azam tidak larat untuk mengikut kami semua. Dah pancit dah. Hehe.
St. Petersburg terdiri daripada pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh Sungai Neva, cabangan Sungai Neva dan tali-tali air yang dibina merentasi kota itu. Disebabkan kewujudan tali air buatan manusia ini, St. Petersburg juga dikenali sebagai Venice of the North. St. Petersburg penuh dengan jambatan. Jambatan-jambatan utama di Sungai Neva yang mengalir menuju ke Laut Finland akan terbuka dua pada waktu malam untuk memberi laluan kepada kapal besar membawa barang dagang. Ini merupakan salah satu keunikan yang wajib disaksikan di sana. Sumpah sangat cantik suasana ketika itu. Ditambah pula dengan White Night yang menyebabkan suasana pada jam 1.30 pagi hanya kelihatan seperti waktu senja saja.
Kami bertolak balik ke Moscow pada 24 Jun. Dan sebaik tiba di Domodedovo Airport, saya terus mengambil keluarga Dyana dan Farhana yang baru tiba dari Malaysia dan menguruskan penginapan mereka di hotel berdekatan dengan lapangan terbang sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Volgograd pada keesokannya. Selepas selesai semuanya, saya ke Domodedovo Airport sekali lagi untuk bertemu seseorang. Mahu tahu siapa? Jeng jeng jeng. Nantikan entri seterusnya. 😉
Nota 1: Cuba bayangkan, saya tulis entri ni pagi semalam. Tapi lepas tu ada urusan lain, keluar ke Arbat Street, pergi tengok sarkas yang sangat best, ke rumah Auntie Arfah, balik rumah sambung tulis semula, lepas tu tertidur sambil tengah nak upload gambar dan pagi ni baru selesai entri ni. Lepas ni rasa nak sambung tidur lagi sikit je. Huhu.
Nota 2: Apa-apapun, percutian kali ini sangat menarik kerana adanya Auyun, Faiz, Aizat dan Nazlin bersama. Sumpah sangat menggembirakan kerana adanya mereka. Terima kasih kawan-kawan!