I Am On The Go!!!

Assalamualaikum wbt

Lamanya saya tidak menulis. Terlalu rindu untuk kembali aktif berkongsi cerita dan pengalaman. Mula-mula dikekangi masalah laptop rosak. Kemudian, keadaan kehidupan yang sedang diadaptasi dengan kehadiran Izz Zamani pula. Bila sudah mula bekerja, terbatas dek kesibukan oncall dan keletihan selepas balik kerja. Jika ada masa lapang, sudah pasti saya penuhi bersama suami dan Izz.

Terlalu banyak yang terjadi dalam tempoh empat bulan ini. Terlalu banyak! Kadang-kadang, pernah saja terdetik di dalam hati untuk kongsikan pengalaman dan pengajaran yang saya dapati daripada kerja dan kehidupan saya dengan rakan-rakan pembaca. Tapi, tetap tidak sempat untuk duduk menekun menulis.

Di hospital, saya ialah seorang doktor yang cuba memberikan yang terbaik untuk pesakit. Saya selalu keluar rumah dengan ikhlas niat untuk membantu orang lain. Kalau tidak begini, hari-hari yang saya lalui terasa sangat memenatkan. Saya suka kerja saya. Kalau tidak ikhlaskan niat, sia-sia saja apa yang saya lakukan. Walau terpaksa lalui oncall berderet seminggu dalam keadaan hanya ada dua orang MO di Jabatan Anaesthesiology dan ICU, saya tetap akan cuba berikan yang terbaik.

Di rumah pula, saya ialah seorang isteri dan ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk suami dan anak saya. Setiap hari seboleh-bolehnya saya akan memasak untuk suami. Hanya jika saya oncall atau postcall yang terlampau penat saja baru kami akan membeli di luar. Pada masa yang sama, saya konsisten mengepam susu untuk Izz. Di hospital mahupun di rumah. Aktiviti mengepam adalah satu kemestian setiap hari. Hatta pukul 3 pagi pun saya bangun untuk mengepam setiap hari. Sejak Izz sudah mula makan ketika berumur 6 bulan lebih (Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Izz secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan penuh!!!), saya akan memasak buburnya setiap pagi. Hujung minggu yang tidak oncall, saya dan suami akan bergotong-royong menyediakan stok puri sayur dan buah-buahan Izz. Hanya masakan dari rumah tanpa sebarang gula, garam dan perasa tambahan untuk Izz buat masa ini. Rutin bangun pukul 5 pagi adalah jadual tetap saya.

I guess, this explains why this blog has been abandoned for the last 4 months. 😉 But now, say no more to laziness and tiredness. I’m on the go! 

Suami saya dah bawa saya pergi beli laptop baru dan handphone saya sudah dinaiktarafkan versinya. Dah boleh jadi WiFi hotspot. Sekarang saya tak perlukan broadband lagi! I’m on the go! Anytime, anywhere. Insya Allah, akan lebih ada kesempatan dan masa untuk menulis di dunia saya ini.

Dan masih belum terlambat, Salam Ramadhan buat semua. Ya. Ini tahun pertama saya berpuasa dan menyusukan pada masa yang sama. Tapi itu bukan alasan untuk meninggalkan rutin berlumba-lumba untuk beribadah di bulan mulia ini, dan bukan alasan untuk tidak mengepam untuk Izz Zamani. 😉

Nota 1: Izz sudah 7 bulan. Sudah ada 2 batang gigi dan sudah mula hendak lepas tangan untuk berjalan. Yeay! 🙂

Nota 2: Entri tertunggak – Pengalaman melahirkan Izz Zamani! Hehe :p

Nota 3: Nanti akan kongsi perjalanan suka-duka menyusukan Izz dengan susu ibu. Kalau saya lambat, sila tuntut. Haha :mrgreen:

Nota 4: Pesanan saya turun temurun. Selamat bertadarus dan menghayati Al-Quran di bulan Ramadhan ini dan moga dapat diteruskan selamanya.

Posted on July 31st, 2012 by Sarah  |  24 Comments »

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum wbt

Hari ini di klinik, saya didatangi seorang pesakit perempuan yang kelihatan agak adik bagi saya. Setelah selesai konsultasi dengannya dan saya menyerahkan slip ubat, dia berkata: Dr. Sarah, saya pembaca blog doktor. Dah 3 tahun saya baca.

Dia tersenyum manis dan saya tersengih malu.

Dear readers, thanks for reading! 😉

Posted on October 13th, 2011 by Sarah  |  22 Comments »

Experiencing My Xperia X10

Assalamualaikum wbt

Now I can everyday update my blog regardless of where I am. Yeay~ Thanks to my Xperia X10 =)

Posted on July 12th, 2010 by Sarah  |  2 Comments »

Welcome Dr. F!

Assalamualaikum wbt

Opss ooooooo. Another friend of mine has found this blog and spent a lot of time digging and reading all the old entries. But, what really made you look for this? You couldn’t find me on Facebook that day but you finally managed to reach here. My ‘lubuk berhantu’ I must say. :mrgreen:

Hello there, Dr. F. Welcome to my world. Make yourself comfortable as I’m very comfortable with you since the very first day we started working together. :cool:

Posted on May 3rd, 2010 by Sarah  |  13 Comments »

Kekasih Sarah Mohd Shukor

Assalamualaikum wbt

Saya sedang bercuti selama empat hari sejak Khamis lepas. Indah saja rasanya dalam dua hari yang pertama. Tapi bila masuk hari ini, perasaan sudah mula gundah-gulana. Saya tak dapat hendak fokus pun ketika membuat ulangkaji. Entah apa-apa saja yang saya fikirkan. Sudahlah dalam hati ada syurga. Makin kalut jadinya. Haha.

Tapi yang paling tak tahannya, tengahari ini apabila saya memeriksa Sitemeter saya untuk melihat trafik keluar-masuk ke blog saya, tiba-tiba saya terjumpa ini. Ya Salam. Tak ada kata carian yang lainkah? Hahaha.  Kalau ikutkan waktu carian, sekitar 8:28 pagi tadi. Agaknya pembaca ni tidak bekerja pada hari ini dan terlalu bosan sebab pagi-pagi tiada cerita menarik di TV. Sebab saya pun bosan juga menonton TV tanpa arah tujuan pun tadi. =p

Jangan risau. Dalam hati saya belum ada yang releven lagi. Lagipun, pada tahap umur yang begini, buat apa cari kekasih. Baik cari suami. Sila setuju dengan saya. :mrgreen:

Nota 1: Macam-macamlah kamu semua ni. Hehe.

Nota 2: Cuak dah datang. Minggu depan assessment. Kepala otak macam  tengah kosong je rasanya ni. :roll:

Posted on April 17th, 2010 by Sarah  |  23 Comments »