I Am On The Go!!!

Assalamualaikum wbt

Lamanya saya tidak menulis. Terlalu rindu untuk kembali aktif berkongsi cerita dan pengalaman. Mula-mula dikekangi masalah laptop rosak. Kemudian, keadaan kehidupan yang sedang diadaptasi dengan kehadiran Izz Zamani pula. Bila sudah mula bekerja, terbatas dek kesibukan oncall dan keletihan selepas balik kerja. Jika ada masa lapang, sudah pasti saya penuhi bersama suami dan Izz.

Terlalu banyak yang terjadi dalam tempoh empat bulan ini. Terlalu banyak! Kadang-kadang, pernah saja terdetik di dalam hati untuk kongsikan pengalaman dan pengajaran yang saya dapati daripada kerja dan kehidupan saya dengan rakan-rakan pembaca. Tapi, tetap tidak sempat untuk duduk menekun menulis.

Di hospital, saya ialah seorang doktor yang cuba memberikan yang terbaik untuk pesakit. Saya selalu keluar rumah dengan ikhlas niat untuk membantu orang lain. Kalau tidak begini, hari-hari yang saya lalui terasa sangat memenatkan. Saya suka kerja saya. Kalau tidak ikhlaskan niat, sia-sia saja apa yang saya lakukan. Walau terpaksa lalui oncall berderet seminggu dalam keadaan hanya ada dua orang MO di Jabatan Anaesthesiology dan ICU, saya tetap akan cuba berikan yang terbaik.

Di rumah pula, saya ialah seorang isteri dan ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk suami dan anak saya. Setiap hari seboleh-bolehnya saya akan memasak untuk suami. Hanya jika saya oncall atau postcall yang terlampau penat saja baru kami akan membeli di luar. Pada masa yang sama, saya konsisten mengepam susu untuk Izz. Di hospital mahupun di rumah. Aktiviti mengepam adalah satu kemestian setiap hari. Hatta pukul 3 pagi pun saya bangun untuk mengepam setiap hari. Sejak Izz sudah mula makan ketika berumur 6 bulan lebih (Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Izz secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan penuh!!!), saya akan memasak buburnya setiap pagi. Hujung minggu yang tidak oncall, saya dan suami akan bergotong-royong menyediakan stok puri sayur dan buah-buahan Izz. Hanya masakan dari rumah tanpa sebarang gula, garam dan perasa tambahan untuk Izz buat masa ini. Rutin bangun pukul 5 pagi adalah jadual tetap saya.

I guess, this explains why this blog has been abandoned for the last 4 months. πŸ˜‰ But now, say no more to laziness and tiredness. I’m on the go!Β 

Suami saya dah bawa saya pergi beli laptop baru dan handphone saya sudah dinaiktarafkan versinya. Dah boleh jadi WiFi hotspot. Sekarang saya tak perlukan broadband lagi!Β I’m on the go! Anytime, anywhere. Insya Allah, akan lebih ada kesempatan dan masa untuk menulis di dunia saya ini.

Dan masih belum terlambat, Salam Ramadhan buat semua. Ya. Ini tahun pertama saya berpuasa dan menyusukan pada masa yang sama. Tapi itu bukan alasan untuk meninggalkan rutin berlumba-lumba untuk beribadah di bulan mulia ini, dan bukan alasan untuk tidak mengepam untuk Izz Zamani. πŸ˜‰

Nota 1: Izz sudah 7 bulan. Sudah ada 2 batang gigi dan sudah mula hendak lepas tangan untuk berjalan. Yeay! πŸ™‚

Nota 2: Entri tertunggak – Pengalaman melahirkan Izz Zamani! Hehe :p

Nota 3: Nanti akan kongsi perjalanan suka-duka menyusukan Izz dengan susu ibu. Kalau saya lambat, sila tuntut. HahaΒ :mrgreen:

Nota 4: Pesanan saya turun temurun. Selamat bertadarus dan menghayati Al-Quran di bulan Ramadhan ini dan moga dapat diteruskan selamanya.

24 Responses to “I Am On The Go!!!”

  1. Zida says on :

    letak la gambar terbaru si adik comel. kakak dari jauh nak tengok muka terbaru. hehehe πŸ˜€

    Salam Ramadhan Kareem kak Sarah~

    Reply

    Sarah Reply:

    Dah upload. Hehe. πŸ˜€

    Reply

    Zida Reply:

    aaaaaaaaaaaaaaaa comelnya dia senyummmmm serius dah nampak macam anak korea dah. kehkeh comel comel comel #geram sangat

    *tersenyum lebar

    Reply

    Sarah Reply:

    Kawaii tapi lasak. Hehek =p

    Reply

  2. ainul arina says on :

    ramadhan kareem KS~!

    Reply

    Sarah Reply:

    Ramadhan Kareem Ainul πŸ™‚

    Reply

  3. Thaariq says on :

    hehe :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Haruslah, kan. :mrgreen:

    Reply

  4. mimmie says on :

    fuh..berkurun tunggu kak sarah update..baru lepas belek2 blog akak ni… oh ye…pm sy kat fb ye nak hantar kad wangi.. πŸ˜‰

    Reply

  5. aqilah says on :

    akhirnya,penantian ini terlerai jgk πŸ˜€ …kak sarah update jugak blog ni…dah berbulan-bulan saya tunggu taw πŸ™
    dalam masa yg sama,saya suka baca entri yang lepas2 tu…hampir kesemua rasanya saya baca disebabkan rindu sangat nak baca post baru drpd kak sarah…slps saya baca entri2 yg lama tu,baru saya taw…oh~rupa2nya aku dgn kak sarah ni ada bnyk persamaan terutama dri segi perangai…hehehe….
    keep updated your blog ok πŸ˜‰

    Reply

  6. En Ilham says on :

    Salam Ramadhan kak sarah, rindu betul dengan entri baru kak sarah. saban hari jengah di blog list sekiranya ada sebarang update. Alhamdulillah, hari ini impian dikabulkan. Wah, Izz sudah semakin besar rupanya. Semoga Izz sihat sentiasa dan membesar menjadi anak soleh yang membanggakan ibu bapanya.

    Reply

  7. Aimisya says on :

    Ya Allah rindunya nak baca entri Kak Sarah!
    πŸ™‚ Izz dah makin gebu + comeeeeeeeeel!

    Selamat semuanya, kak Sarah. Post semua entri yang tertunggak tu tau. Saya setia membaca and terinspirasi.

    Ramadhan Kareem <3

    Reply

  8. LynnAiza says on :

    comelnyaaaa Izz! hihih.
    Ramadhan Kareem kak Sarah. πŸ˜€

    Reply

  9. arina says on :

    Salam kak sarah..slmt myambut bulan ramadhan..comel nye izz tu..nt akak leh la kongsi kan skali resepi puri sayur or any baby food yg akk wat tuk izz..homemade version mst lg healthy kan.. πŸ˜‰

    Reply

  10. Hafizah says on :

    saya baru mengenali blog kak sarah.. dan selama mengenali dunia baru ini setiap hari ternanti-nanti akan entry barunya.. Alhamdulillah here it was.. πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰

    Reply

  11. May Maisarah says on :

    Oh finally…. sudah lama ternanti-nantikan entry dari Kak Sarah.. yayyyy ! keep updating, sis ! and happy fasting ! =))

    Izz dah besar.. hensemmm ! hehehe. πŸ™‚

    Reply

  12. marinahunny says on :

    Assalamualaikum sarah, ternanti jg entry psl izz slps sarah bersalin ari tu, akak dh agak dh mesti doctor ni sibuk banget hehehe. Apapun slmt berpuasa utk sarah sekeluarga

    Reply

  13. Fatin Syahira says on :

    waaaa kak sarah dah update. alahai geramnnya tengok Izz. comel πŸ™‚

    Reply

  14. 'Aina says on :

    Assalamualaikum k.s

    raya nnti sure Izz da boleh jalan kan..huhu πŸ˜‰

    Reply

  15. akak says on :

    subhanallah..comelnye budak kecik nie..kalau boleh tengok izz senyum mcm ni hariΒ²..tgh marah pun boleh senyum ni πŸ˜‰ . selamat berpuasa sarah!

    Reply

  16. alia says on :

    doc..rindu yg teramat la sy pd blog bru doc tau…huhuhu

    Reply

  17. hazi says on :

    salam sarah,

    akhirnya terubat rindu nk baca blog sarah….. :-)……cerita2 perkongsian sarah sgt mberi inspirasi kpd sy πŸ™‚ tqvm sarah ….. keep it on ^_^

    Reply

  18. nur iffah says on :

    Terlerai jugak rindu saya nak baca entry terbaru kak sarah. Harap-harap entry yang akan datang PANJANG-PANJANG….hihihi :mrgreen:

    Reply

  19. hannan ghazalli says on :

    salam alaik
    dr sarah, boleh kiranya dr share :-
    1)breastpump apa yang dr guna skrg?boleh la dr review skali nanti, please…
    2)bila ya nak buat entry mengenai suka duka breastfed izz zamani?saya nak tau schedule,parenting/motherhood,ups and downs everytime u breastfed him.
    3)boleh share sekali solid food,recipes pd saya πŸ™‚

    nak kena prepare mental,fizikal,all the gadgets,banyak kena consumable once baby pop-out.syukur alhamdulillah dgn nikmat Nya.
    salam ukhwah

    Reply

Leave a Reply

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.