Kekasih Sarah Mohd Shukor

Assalamualaikum wbt

Saya sedang bercuti selama empat hari sejak Khamis lepas. Indah saja rasanya dalam dua hari yang pertama. Tapi bila masuk hari ini, perasaan sudah mula gundah-gulana. Saya tak dapat hendak fokus pun ketika membuat ulangkaji. Entah apa-apa saja yang saya fikirkan. Sudahlah dalam hati ada syurga. Makin kalut jadinya. Haha.

Tapi yang paling tak tahannya, tengahari ini apabila saya memeriksa Sitemeter saya untuk melihat trafik keluar-masuk ke blog saya, tiba-tiba saya terjumpa ini. Ya Salam. Tak ada kata carian yang lainkah? Hahaha.  Kalau ikutkan waktu carian, sekitar 8:28 pagi tadi. Agaknya pembaca ni tidak bekerja pada hari ini dan terlalu bosan sebab pagi-pagi tiada cerita menarik di TV. Sebab saya pun bosan juga menonton TV tanpa arah tujuan pun tadi. =p

Jangan risau. Dalam hati saya belum ada yang releven lagi. Lagipun, pada tahap umur yang begini, buat apa cari kekasih. Baik cari suami. Sila setuju dengan saya. :mrgreen:

Nota 1: Macam-macamlah kamu semua ni. Hehe.

Nota 2: Cuak dah datang. Minggu depan assessment. Kepala otak macam  tengah kosong je rasanya ni. :roll:

23 Responses to “Kekasih Sarah Mohd Shukor”

  1. Diya says on :

    Fuh! Bikin suspen jelah KS nih 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Orang tu yang bikin suspen. Bukan KS. 😆

    p/s: Apasal Diya dah delete FB?

    Reply

  2. ainul arina says on :

    setuju! setuju! 😆
    tapi kan, macam mana eh dia boleh terfikir nak buat carian tu? dah try ke KS? keluar apa-apa tak? hehe…
    apa-apa pun, good luck utk assesment. bitaufeeq!

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehehe. Dah agak dah. Geng2 pisang joget mesti setuju punya la 😉

    KS dah try google dah jugak tadi. Mana ada apa. Tapi KS syak orang yang google tu pun mesti ada dalam friend list FB KS. Sebab maybe a bit suspicious sikit kan =p Jadi dia nak tau lebih la kot. Hehe. ^_~ Anyway, thanks Ainul!

    Reply

  3. nadiayuna says on :

    Ehehehe.
    Memang begitu tulus dan ikhlas google carian
    HOT STORY sungguh. 😉

    Sarahhhh,
    saya setuju sangatlah ayat awak ni
    Memang suka dan macam nak bagitau satu dunia
    pada tahap umur begini
    ” buat apa cari kekasih. Baik cari suami ”

    Wahhaaaa!

    setuju tahap infiniti!

    tang. kenyit mata sikit.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Memang jujur lagi innocent reader tu. Hehehe.
    *Terima kasih cik reader kerana berlaku jujur* =)

    Keh keh keh. Saya tau awak la orang yang AKAN PALING SETUJU dengan statement tu. =p Uishh Nadia. Kat sini takleh cerita yang pelik2. Kat FB takpe. Huhuhuhuhu ^___^

    Reply

  4. Le Chevalier says on :

    hahaha….selamat mencari calon….

    keyword tu tak leh blah la….

    Reply

    Sarah Reply:

    Memang sangat tak boleh blah 😆
    Agaknya orang sekarang ingat dengan google2 semua boleh jumpa kot =D

    Reply

  5. riyana says on :

    panas betul la tajuk entry ni kak sarah. hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Yang panasnya ialah keyword tu :mrgreen:

    Reply

  6. diyana says on :

    😉 cari suami, sari suami, cari suami………
    hehehehe :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Awak cari la dulu. Saya tak nak cari. Saya nak tunggu dia datang. Hehe 😉

    Reply

  7. samanosuke_04 says on :

    wooo.. ‘hawt’ tuee.. siap ader orang search kat google lagi.. apelaa die tue.. kan daa malu..

    btw, pakai plugin ape tue nak track visitor?

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu bukan hawt namanya tu. Tapi errr tak tau pulak what is the exact word to describe it. Huhuhu~

    KS bukan guna plugin pun. KS guna http://www.sitemeter.com
    Buka account, registerkan blog url. Then ambil la HTML yang dia dah sediakan then embed kat blog. That’s all =) Actually KS lagi prefer guna http://gostats.com sebab lagi precise. Tapi entah macam mana, sekarang ni terguna sitemeter ni secara istiqamah sebab senang sikit nak intai2 orang keluar masuk. Huhu :mrgreen:

    Reply

  8. n n says on :

    salam KS..
    setuju dengan statement tu 🙂 🙂 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Nabil.

    Maka, carilah! 😉

    Reply

  9. ytmz says on :

    Calon-calonnya ramai tengah buat wiring rumah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Nak buat macam mana. Calon yang di HQ tu jual mahal sokmo. Hahaha 😆

    Reply

  10. sinar says on :

    Adeh…ingat apa la tadi..
    macam2 orang sekarang google..maklumlah dunia dihujung jari…
    tapi rahsia hati..bukan semua orang tahu kan.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Sebab semua orang dah terbiasa google je bila nak tau apa2, kan. Hehe 😉

    Reply

  11. Adz Ariff says on :

    Ni terbukti Sarah juga agak popular, hehehe….sampai ada orang google siapa kekasih Sarah.

    Saya pun kadang-kadang tersedak bila nampak ada orang search saya dengan nama penuh saya. Siapakah? Haha.

    Reply

  12. saya says on :

    salam.kak sarah..saya baru kenal blog akak,n saya dah baca balik blog lama akak hampir kesemuanya.Sangat menginspirasikan…saya berharap dapat menjadi sehebat akak..
    owh ya..baru saya tahu,rupanya ‘analisa kes’ dan ‘timbangtara’ tu berasal daripada akak..masa saya ‘kuli’ lagi,saya dengar debater guna ketika berdebat (hksbp/ppm).Kemudian bila saya dah jadi pendebat,(saya pembahas kedua dan penggulung),saya gunakan term itu juga.mohon izin ya yang berhormat.;)
    saya tak sehebat akak,cuma setakat jadi pendebat terbaik 5 kali ketika debat anjuran uia dan pendebat terbaik keseluruhan ketika pertandingan debat minggu orientasi ,piala naib canselor ukm.ketika ppm pula,saya hanya pernah mendapat pendebat terbaik sekali saja.kagum sangat dengan kejayaan akak.itu saja,dan sekarang,dah bersara sebab belajar di kampus kl,bukan di bangi.Team debat ukm berpusat di bangi,jadi memang sangat susah untuk kembali aktif.
    saya sekarang belajar dalam bidang terapi carakerja.Tapi,kesungguhan akak belajar ketika dulu yang dapat saya lihat melalui entry lama akak,sangat membuatkan saya rasa lebih bersemangat.Saya berharap dapat berkhidmat dengan baik dalam bidang kesihatan kelak,macam akak walaupun target besar saya bukan untuk bekerja di hospital,sekurang-kurangnya saya patut habiskan pengajian sebaik akak kan..
    terima kasih akak…tanpa akak sedar,tulisan-tulisan akak sebelum ini sebenarnya menjadi booster untuk kebanyakan yang membacanya.
    moga kak sarah ceria dan berbahagia selalu di bawah lembayung rahmatNya.amin..=)

    Reply

  13. Kasawari says on :

    siapa la yang search kekasih KS tu.. hehe.. kelako gak kang.. kira femes gak KS ni.. lama tak singgah sini.. 😆 😆

    Reply

Leave a Reply