Program Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt

Insya Allah esok saya hendak ke sekolah rendah saya dulu. Ada program di sana sempena majlis penyampaian hadiah untuk Sukan Ilmiah Dwi Tahunan yang berlangsung sepanjang seminggu lalu. Kebetulan adik bongsu saya masih bersekolah di sana. Dia memenangi tempat pertama deklamasi sajak patriotik. Saya akan mewakili emak dan ayah untuk ke majlis itu. Bekas-bekas pelajar juga dijemput hadir. Dan saya sudah berjanji untuk berjumpa dengan beberapa orang kawan lama di sana.

Sayangnya, dia tiada. Dan dua orang kawan baik saya juga tidak dapat turut serta.

Nota: Handphone saya senyap sunyi sejak dua hari ini. Hospital pun telefon hanya sekali je. Huhu.

Posted on March 5th, 2010 by Sarah  |  5 Comments »

Sampai Bila

Assalamualaikum wbt

Hidup terasa sangat kosong. Sampai bila saya boleh bertahan dengan kekosongan yang merimaskan ini? Dan saya tidak pernah berjaya untuk menghuraikan apakah kekosongan ini secara terperinci. Yang pasti, kosong ini sepi.

Nota: Bila kekosongan, saya memilih untuk diam.

Posted on February 26th, 2010 by Sarah  |  17 Comments »

Kiasan Dan Naluri

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang, kita memang dapat merasakan bahawa seseorang itu sedang memaksudkan ayat-ayat yang diucapkannya atau dituliskannya itu ditujukan kepada kita. Itu memang lumrah. Deria keenam kita memang hebat untuk mengesan ini semua.

Persoalannya, kenapa ramai yang memilih untuk berkias-kias daripada berterus terang?

Tapi, seronok jugak ya berteka-teki. Kalaupun jawapannya bukan kita, setidak-tidaknya ada sedikit bintang muncul dalam kelam sebagai peneman malam.

Nota 1: Saya tak menujukan entri ni kepada sesiapa. Ini cuma satu situasi umum. 🙂

Nota 2: Matilah saya. Mesti akan muncul gosip liar di Orthopedic Isnin ni sebab hal tadi. :roll:

Nota 3: 25 Jan – 25 Feb = 4x. Pergghhhhhh, Sarah! Tapi surely 25 Feb – 25 Mac = 0x. Huhu. <—- Sah-sah kamu semua pening tengok equation ni. :mrgreen:

Posted on February 25th, 2010 by Sarah  |  5 Comments »

Saya Juga Boleh Bengkeng

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa perkara yang cukup senang boleh membuatkan saya rasa bengkeng. Bahasa Inggerisnya kita sebut irritated. Hal ini akan terjadi bilamana:

1) Saya tahu bahawa saya perlu membuat sesuatu itu tapi ada pula yang sibuk-sibuk hendak mengingatkan sampai berkali-kali. Pantang betul saya. Contoh yang paling kerap berlaku sekarang ini ialah ketika di hospital. Saya tidak pernah lupa apa yang perlu saya selesaikan. Itu memang prinsip kerja saya. Saya sanggup balik lambat untuk memastikan kerja saya selesai dengan sempurna. Tapi ini tidak. Saya sedang berada dalam CME pun, berkali-kali telefon untuk mengingatkan hal yang sama. Saya sudah beritahu bahawa saya tahu dan akan kembali ke wad selepas semuanya selesai. Tapi selang lima minit, mereka telefon lagi. Menyampah ok. Menyampah sangat.

2) Saya terpaksa menyudahkan kerja orang lain. Yang ini dari dulu pun memang saya cukup tidak suka. Sebab bila saya ada kerja, saya tidak akan membiarkan ia terbengkalai dan membiarkan orang lain pula terpaksa menyudahkannya. Tapi, mengenali beberapa orang rakan sekerja di hospital, serius mereka lebih sudu dari kuah. Lembut tulang dari lidah. Bila bercakap punyalah nampak macam rajin. Tapi sudah-sudahnya, kerja dilambakkan kepada orang lain.

Contohnya, pagi tadi saya menjaga dua acute cubicles sendirian. Ada sepuluh pesakit kesemuanya. Kemudian saya tidak berada di hospital kerana terlibat dengan program Mobile Clinic. Kalau ikutkan sampai ke petang. Tapi tengahari tadi saya sudah kembali ke hospital semula kerana program bersambung pada hari lain. Dan ada banyak sangat lambakan kerja terbengkalai yang terpaksa saya sudahkan. Bengang gila saya. Memang berubah sungguh air muka saya sepanjang menyudahkan segala kerja itu. Staff nurse yang mengarah itu ini pun satu. Saya memang tengah menyiapkan kerja tu pun sibuk-sibuk nak ingatkan lagi dan lagi dan lagi (rujuk perkara 1). Bertambah bengkeng saya dibuatnya.

3) Saya diberitahu tentang apa yang saya tahu dan diminta mengubah pendirian. Saya tidak suka. Saya ada prinsip saya. Buat apa saya ubah prinsip saya untuk menyedapkan hati orang lain. Tak kuasa saya. Siapa yang meminta tu, pandai-pandailah sedar diri yang setiap orang di dunia ni ada pendapat dan pendirian yang tersendiri. Kau suka pakai skirt, dan aku tak suka tengok orang pakai skirt. Boleh kau suruh aku ubah prinsip aku tu? Minta maaflah, cik. Fikir logik pun sudah tahu siapa berada pada prinsip yang lebih waras. Saya tak gemar orang tak waras ideanya menyibuk-nyibuk dengan prinsip saya.

4) Ditipu untuk manfaat diri mereka. Ya. Semua orang pun tak suka ditipu. Tapi ini kes yang macam ni. Dia kata dia single. Available. Sekali, tengok-tengok dia sudahpun bertunang atau yang seangkatan dengannya. Sedangkan dengan kita dia sudah berjanji yang seumpanya juga. Daripada hubungan kawan yang biasa-biasa, boleh jadi benci pula selepas itu, kan. Jadi jangan berani cuba buat begini depan saya. Kalau ada orang yang begini muncul depan mata kita, sebelum kita kena tolak (reject) di kemudian hari, baik kita yang menolak (reject) dia dulu. Hahaha. Biar padan muka orang yang begini. Ingat saham dia tinggi sangatkah? Fuh. Puas hati saya dapat menyuarakan hal ini.

5) Orang yang tidak mengenali saya membuat penilaian tentang saya. You better shut up, mate.

Ya. Hakikatnya saya sangat irritated pada hari semalam dan hari ini. Saya tahu ada di antara mereka yang menjadi punca saya begini ada membaca di sini. Kali ini saya cuma hendak mengatakan ini: Ada saya kisah???

Nota 1: Orang buat pada saya, saya balas semulalah. Balas guna entri macam ni pun cukuplah. Saya puas. Walaupun balasan secara fizikal adalah seperti mustahil untuk saya kenakan kembali kepada mereka. Allah tu ada. Nanti biar Dia yang balaskan.

Nota 2: Nak kata apapun katalah. Saya tak kisah. Saya menyatakan prinsip dan pendirian saya. Anyway, ini dunia saya. Siapa kecoh nak bangkang semula perkara 1 hingga 5 tu, buat di dunia masing-masinglah. Saya tak harap ada yang menipiskan lagi threshold level saya dengan perkara-perkara yang cukup irritating ni.

Nota 3: Saya manusia biasa. Saya pun berhak bersuara dan marah.

Posted on February 19th, 2010 by Sarah  |  16 Comments »

Mencari Hati

Assalamualaikum wbt

“Pesanan daripada seorang sahabat buatku: Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama, sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak ditemui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.” Imam Al-Ghazali

Posted on February 18th, 2010 by Sarah  |  7 Comments »