Pasar Tani

Assalamualaikum wbt

Bukan sengaja saya tidak mengemaskinikan blog. Bukan juga malas hendak membalas komen-komen di entri lalu. Sebetulnya, saya sibuk ke hulu ke hilir di Putrajaya menguruskan prosedur pendaftaran kerja dan kesihatan diri yang tidak memuaskan. Semakin melepeklah saya di rumah ini sebaik pulang dari Putrajaya. Cuma kali ini, saya langsung tidak boleh menjamah makanan. Tekak saya sakit amat.

Semalam emak membawa saya, Azizi dan Aiman ke Pasar Tani. Sampai saja di sana, saya rasakan suasananya seperti di Pasar Ramadhan. Mungkin kerana saya terlihatkan ayam golek kot. Tak sabarnya hendak tunggu Ramadhan tiba. Nanti dapatlah pergi mencari juadah di Pasar Ramadhan. Wuhuu. Sudah enam tahun lebih saya tidak ke Pasar Ramadhan. Syurganya dapat berbuka dengan air tebu dan kacang soya segar. Fuh.

Sedang berjalan-jalan dengan emak dan Aiman (Azizi singgah di satu kedai untuk membeli sesuatu), emak bertemu dengan seorang kawan lamanya. Seorang pesara guru. Emak memperkenalkan saya dan Aiman sebagai anaknya. Lalu, pakcik itu bertanya semula: Sekolah lagi ni? Hahaha. Kembang-kempis saya di situ. Emak pun menjawab semula: Eh, tak dah ni. Ni dah habis belajar dah baru ni. Tunggu kerja pulak. Hahaha. Aiman yang ada di situ pun tersengih-sengih mendengarkan soalan pakcik itu. Emak bercerita, dulu pun Kaklong pernah ditanya soalan yang seumpama itu. Itulah. Nak buat macam mana. Kami dua beradik ni jenis yang renek-renek saja. Hihi.

Sebetulnya, saya ni mengalami sakit tekak yang amat teruk. Tiada batuk. Tiada demam. Cuma saya mengalami tonsilitis, erosion dan ulcer di tekak. Sudah dua hari saya tidak makan nasi. Sudahnya semalam di Pasar Tani, buat pertama kalinya, saya tidak berahi langsung mahu membeli juadah-juadah yang ada. Saya hanya membeli secawan cendol. Emak saya berpuasa. Jadi, saya mengikut emak membeli beberapa juadah berbuka yang lain. Kebetulan di kedai itu ada sesuatu yang membuka selera saya.

Tidak pernah hayat lagi saya membeli benda tu. Bubur nasi! Huuu. Sadisnya rasa. Datang ke Pasar Tani hanya membeli bubur nasi saja. Tapi bubur nasi itu habis sebekas saya makan Maghrib semalam. Nampak sangat yang saya lapar.

Berahi (longat Temerloh) = Berhajat/teringin

Nota 1: Hari ini adik saya Adnan dan Adi balik rumah. Yeay!!!

Nota 2: Kemungkinan besar juga hari ini saya akan bertemu dengan seseorang.

21 Responses to “Pasar Tani”

  1. mrs.sheikh says on :

    Dr. yg chumel..
    🙂
    perasan tak gaya tulisan [even sarah menaip] kat blog ni
    cam baca novel?? akak rasa cam baca buku cerita plak…
    bahasa yg akak pun jarang2 nak guna. 🙂 hehehehe…..

    mmg best ke bazar ramadhan… tak sbar juga ni..sebab akak nak merasa tou fu fa…. 😀

    Reply

  2. riyana says on :

    seseorang tu sapa kak sarah? yg hr tu ke? hehe
    ops jgn mare. 😉

    Reply

  3. Faisal Admar says on :

    Doktor lebih bijak merawat diri sendiri kan? 🙂
    Minum air suam honey lemon ok kot?

    Nak jumpa siapa tu Sarah? 🙂

    Reply

  4. innahayati says on :

    salam,
    memandangkan doc pon macam tengah tengah sakit yg sama,
    nak tanya la jugak,
    agak2 kalau teruk sangat tonsil tu,
    kena bedah ke?buang ke?potong ke? ape2 je lah…

    sebab,
    my fren bengkak tonsilnya.
    sekali 2 minggu mesti demam teruk,
    yg sampai tak boleh bangun punye.
    kesian pulak.nak pergi kelas pon tak dapat.

    camne eh sarah?

    Reply

  5. Khairul says on :

    Salam KS~~

    In case you missed my e-mail, I’m going back this weekend ya 😀

    Reply

  6. MIMI ZUZU says on :

    minum air suam..jgn ais nanti lagi pedih =)

    Reply

  7. arina says on :

    oh siannye Kak Sarah tonsilitis ye. tonsilitis xpling xthnnye tu lah, sakit tekak. adeh. tahan xmkn bbrp hr. klu kat rmh, msti mak mskkan bubur. ah sudah. dh homesick lah plak .. semoge cepat sembuh ye Kak Sarah ..

    Reply

  8. irmadilondon says on :

    salam sarah..

    ehm, kalau org mcm sarah yg kecil mmg tak salah la kan org kata sekolah lagi..
    akak yg tinggi + montel ni pun ada lagi org sangka budak sekolah.

    nampak benor la budak skrg cukup makan pakai..huhuu

    skrg bubur nasi pun boleh laku dijual..kat temerloh plak tu..org skrg bz nak masak..tak sempat..semua kalau boleh nak beli ja..

    Reply

  9. thanaif says on :

    Doktor,

    Adakah genetik manusia di masa ini semakin mengecil?

    Oleh makanan atau faktor keturunan?

    Reply

  10. yeyu says on :

    salam
    bile KS nk start keje kat hospital??

    Reply

  11. keSatria says on :

    taknak jumpa saya ke sarah?

    get well soon. 😉

    Reply

  12. me says on :

    Tonsil .. syiannya. My son pun selalu bengkak tonsil .. since kecik sbb dia lahir tak cukup bulan. Minum air byk2 ye Sarah .. maybe perubahan cuaca sama kot. Take care.

    Reply

  13. one says on :

    tak sedap menelan kalu sakit tekak …saya tak pasti sakit tekak ni ada kombinasi..biasa amalan(he3..cam org tua2 plak) kumur2 air garam suam, dlm 2-3 hari ok kot..

    Reply

  14. munirah says on :

    salam..
    kak sarah demam lg ke..cepat2 la g cek kalau ade simptom H1N1:

    1. Demam panas ( > 38 *C )
    2. Sakit tekak
    3. Batuk
    4. Sakit badan / sakit kepala
    5. Sesak nafas
    6. Lemah tubuh badan / selera makan berkurangan

    p/s:dr sarah lg tau sbenanye kan. 😀

    Reply

    ruhana Reply:

    kan kak sarah dah tulis tiada demam,,,

    Reply

    munirah Reply:

    la..mane tau..saje je… 😕

    g pn mak ckap ms korg g aritu k.sarah demam..huhu 😆

    Reply

  15. ruhana says on :

    assalaamu’alaikum,
    sarah, kasihan awak sakit tekak.
    cubalah minum air madu,
    madu dibancuh dengan air kosong.
    ataupun makan macam tu je, pastu
    minum air kosong.
    mak saya hari tu baru je belikan untuk
    shakirah madu Khaula, saya pun suka
    madu Khaula.

    Reply

    munirah Reply:

    beli lah madu khaula.

    baek untuk kesihatan diri d keluarga:lol:

    Reply

  16. A2Z Health says on :

    This is really interesting, You’re a very skilled blogger.
    I’ve joined your feed and look forward to seeking more of your fantastic post.
    Also, I’ve shared your site in my social networks!

    Reply

  17. Laurie says on :

    Simply wish to say your article is as amazing. The clearness in your post is simply nice and
    i could assume you’re an expert on this subject.

    Fine with your permission allow me to grab your feed to keep up to date with
    forthcoming post. Thanks a million and please keep up the gratifying work.

    Reply

  18. a2Z health massage therapy school says on :

    Thanks for another informative site. Where else may just I am getting that type of info written in such an ideal
    approach? I’ve a project that I’m simply now running on,
    and I have been at the glance out for such information.

    Reply

Leave a Reply