Hari Terakhir Di Moscow
Assalamualaikum wbt
Duduk seorang diri di rumah ni buat saya rasa mati kutu. Hendak keluar, saya masih belum menghidupkan semula lesen memandu saya. Hendak membaca novel, saya rasa bilik ini masih serabut. Tak sesuai untuk duduk bersenang lenang membaca novel.Β Hendak makan, ada lauk ayam pula. Saya sudah jadi kurang gemar dengan ayam. Setahun di Moscow, ayam saja yang dimakan. Balik rumah, saya mesti hendak makan ikan pula. Tapi adik-adik tidak makan ikan pula. Aduhai.
Saya mahu letak gambar sajalah untuk kali ini. Ini ketika dalam perjalanan balik ke Malaysia Sabtu dan Ahad lalu. Pagi Sabtu itu, Auntie Zah menjamu kami pelajar-pelajar JPA yang bertujuh ini di rumahnya. Kemudian di Domodedovo Airport, Kak Zah pula membelanja kami bertujuh minum di Coffee House. Kak Zah dan Auntie Zah sangat baik. Sebelum berpisah dengan mereka pun, mereka menangis. Sedihnya.
Banyak hidangan yang Auntie Zah sediakan. Katanya, dia hendak bagi kami semua kenyang dulu sebelum berlepas. Kebetulan ada Auntie Bie dan anaknya, Amir, sekali. Lama juga kami di sana sebelum bertolak ke Domodedovo Airport.
Sebelum masuk ke van, kami semua bergambar kenangan buat kali terakhir di depan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Dan kemudian bersalaman tanda perpisahan antara kami semua dengan Auntie Zah dan Auntie Bie. Kak Zah pula menghantar kami hingga ke lapangan terbang.
Inilah Kak Zah. Kak Zah merupakan Pengarah Tourism Malaysia di Moscow. Dialah bos pertama saya. Saya pernah bekerja dengannya sebagai translator dan tourist guide ketika di tahun empat dulu. Banyak benda baru yang saya belajar daripadanya. Juga tentang etika dan semangat bekerja bersungguh-sungguh. Saya juga belajar menjadi perfectionist daripadanya.
Dan sebaik sampai di KLIA, keluarga saya sudahpun menunggu. Ok. Saya tidak boleh menerima kenyataan adik saya yang darjah lima tu, Aiman, sudah sama tinggi dengan saya! Tapi yang seronoknya, saya ada ramai bodyguard sekarang ni. Dalam perjalanan balik, kami singgah solat di BP Gombak (highway). Tandasnya jauh ke belakang. Saya ditemani oleh tiga orang askar hanya kerana tandas itu tersorok dan mereka risau apa-apa terjadi pada kakaknya yang seorang ini.
Nota: Mendung betul hari ni. Mata pun rasa mengantuk.
Adik2 tak makan ikan? RAW SALMON~~~~~ *tergile ikan plak tetibe*
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:05 pm
Itu la. Diorang tak berapa sangat dengan ikan. Eddie, jom sushi! Hihi.
Reply
NoktahHitam Reply:
July 16th, 2009 at 7:21 pm
Sekejap, durian belum runtuh lagi. Kalau belanje, kene ikat perut la jawab nye..
Reply
Wah.. Aiman memang sama tinggi ngan Sarah le. Tapi Ok lagi..
adik-adik Noi sume lagi tinggi dari Noi T_________T
adoi lah!
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:09 pm
Itu la Noi. Adik2 saya semua tinggi dari saya kecuali yang form 2 tu.
Nan, Lan dan Adi lagi la. Semuanya 170++++. Nyampah la. Huhu π :LOL:
Takpe Noi. Rendah2 pun comel kan π
Reply
Nad Reply:
July 16th, 2009 at 8:57 pm
KS, ni mengingatkan masa sekolah. Kebetulan masa batch Nad, ramai pengawas tingakatn lima yang tinggi-tinggi. Yang renek-renek, tinggal kamai lima enam orang. Sudahnya terbagi nama Persatuan Comel. Dek ketinggian yang tak berapa tinggi. Slogannya macam tu lah. Rendah itu comel π
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 9:39 pm
Oh. Comelnya istilah tu. Siap buat nama geng ye. Huhu. KS rasa KS pun boleh form 1 geng jugak la di kalangan sepupu2. Yang boleh join KS dengan Kaklong aje. Huhu. Sebab yang lain2 semua tinggi galah! Nasib la labu π
Reply
Tahniah Dr Sarah…Anda pasti rindukan Moscow.
fr:
Mr Architect
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:21 pm
Terima kasih Mr. Architect.
Dari dulu saya tertanya-tanya siapa ye Mr. Architect ni.
Misteri sungguh…
Reply
Dapat bunga … so sweet .. Mesti teringat2 lagi kenangan kat sana.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:22 pm
Sebab mak dah janji nak beri bunga. Tu sebab diorang bawak waktu kat KLIA hari tu. Hehe.
Reply
sarah akak pun balik nanti nak makan ikan..lagi2 ikan keli..
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 9:41 pm
Haah kan. Sedapnya ikan keli!!! Saya baru je cakap kat mak suruh beli lauk ikan keli esok. Tapi mak kata esok kat kantin sekolah dia takde lauk tu. Hari Jumaat nasi minyak la pulak. Huhu.
Reply
Eyna Reply:
July 16th, 2009 at 9:57 pm
Slalunya kat skolah lauk ikan keli ari selasa dan khamis je Sarah… ari ni dia buat ikan keli bakar kot…masal lemak cili api + timun…ni 1st time dia masak mcm tu… Masa akk g kantin td…tinggal ekor dia je…huhuhu…jadilah kan…
Reply
irmadilondon Reply:
July 17th, 2009 at 12:13 am
meleleh airliur baca..huhuu
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:24 am
Mak gelak bila saya bacakan komen akak ni. Hehe.
Reply
aku pernah lakukan begitu pada kak ku, tolong escort pegi toilet kat tepi jalan tepi semak. Dia yang menyara kami semua selain ayah. Tapi dia telah pergi selamanya.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 9:42 pm
Sedihnya. Semoga arwah kakak bro ditempatkan bersama golongan yang beriman insya Allah.
Reply
salam sara..
bandar ikan patin tentu senang dapat patin segar.. agaknya sbb tu adik awk dah bosan mkn ikan.
bp gombak tandasnya mmg terletak diceruk belakang.. saya lebih senang berhenti solat di petronas. tandas dan suraunya pun bersih terjaga.
mmg betul hari yg mendung. Aki saya pernah berpesan:
“Ingatlah cu, langit tak selalunya kan cerah, tapi jgnlah berhenti berharap…
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 9:47 pm
Salam Cucu Aki π
Diorang ni patin dan tilapia je makan. Ikan lain diorang tak berapa. Yang saya ni, segala ikan pun boleh. Sebab hidup di Moscow, jarang makan ikan. Ikan mahal sangat.
Saya pun suka Petronas yang tengah hutan tu. Selesa. Tapi hari tu kebetulan je ayah ajak singgah situ. Singgah aje la kan. Bersih memang bersih cuma saya seram dengan tandas yang tersorok ke belakang ni. Bukan takut hantu. Takut ada orang. π
Terima kasih berkongsi pesanan tu π
Reply
sarah..
beg sandang tu cantik .berkenan.
kat sini ada tak? π
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 9:49 pm
Hehe. Ramai la pulak yang suka kat beg tu ye.
Dua hari lepas di Seri Kembangan, ada dua orang tegur beg tu cantik.
Tak sangka la pulak. Kebetulan, diorang nampak purse yang saya pegang sama pattern dengan beg tu. Lagi la diorang tanya kat mana saya beli.
Saya tak pasti kat Malaysia ada pattern ni ke tak. Saya beli di Esprit.
Reply
angah comel,
sian angah, duk sesorang yek.. kalo bleh temankan, mmg dah gi sana dah..
oh, rupanya itu la kakzah pengarah tourism kat moscow tu yek..slalu dengar disebut oleh adik ipar maa izz (tukar plak ek, kalo x kak izz..hehe), masa dia stay 1 month kat moscow last year utk urusan tourism..sayangnya masa tu blum kenal angah lagi, kalau tak bleh kirimΒ² salam kat angah d sana.. takpelah, dah ade kat sini pun kan! hehe
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 9:56 pm
Eh, dulu adik ipar maa datang Moscow? Siapa ye nama dia? Dulu saya kerja part time dengan tourism. Saya kenal staff tourism. Sebab tak ramai sangat pun. Hehe. Saya bosan2, jemu2 waktu duduk sorang2 kat rumah, layan internet aje la. Huhu. Habis la bil letrik bulan ni π
Reply
kak izz Reply:
July 19th, 2009 at 12:03 am
Ye angah, namanya zalina, keje kat tourism kl. slalu dipanggil ina je. angah kenal ke? dia ade di fb maa izz jugak, kalo nak tengok. =)
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:25 am
Alamak. Macam tak kenal la pulak. Hehe. Ke saya yang dah lupa. π
Reply
Sebut tentang ikan teringat saya kepada Salmon di Sakae Sushi. Sedap!
Cute betul Amir tu kan. Mix blood ke?
Saya pun jemu dengan ayam.
Nasi kosong, kicap dan ikan goreng pun rasa dah sedap sangat kadang-kadang kan? π
Kalau boleh saya harap, Sarah akan terus berblog sehingga bila-bila sebab tak sabar pula rasanya nak lihat perkembangan Sarah sebagai doktor kelak π
Reply
ermmm.. jom Kasawari belanja ayam KFC.. hu hu.. jangan lupa bawak bodyguard sekali ek.. ha ha..
Reply
Salam Sarah… Duhhh.. lamanya tk jenguk sini. Ingtkan sempt la ‘menikmati’ cerita2 pd hari2 terakhir sarah kt moscow. Tp, tiba2 kerja bertimpa2 dtgnyer. Skang, citer tu dh basi. Tp tak per, nanti ksu baca jer. Kena cari masa ni.
So, skrg kt Pahang la ni ek. Sarah dan keluarga sihat?
Reply
waaah,tingginya aiman π
Reply
comelnye jiji….sama mcm 4th lepas… π
Reply