Kari Portugis Emak
Apabila melihat keadaan rakan-rakan serumah yang demam, saya teringat ketika beberapa hari sebelum pulang ke Moscow semula di penghujung Ogos lepas. Saya demam panas ketika itu. Pada hari hendak bertolak balik, emak saya bercuti sehari. Ketika itu hari Rabu. Emak membawa saya ke Pekan Sari Rabu di Durian Tawar. Punyalah semangat emak hari itu, bersungguh-sungguh emak menyuruh saya membeli apa saja yang saya teringin hendak makan.
Yang saya ingat, saya membeli Nasi Lemak daun pisang, Kuih Tepung Gomok, Tepung Pelita, Dodol Kukus dan Kuih Cara Manis. Semua ini antara kuih tradisional yang saya suka. Emak membeli ayam. Kata emak, emak hendak masak Kari Portugis. Emak tahu, saya memang sangat suka lauk istimewa emak ini.
Sebaik tiba dari Pekan Sari Rabu itu, saya terus melepek di depan TV saja. Demam saya makin teruk. Apa yang saya beli di pasar tadi hanya sedikit yang saya jamah. Separuh bungkus Nasi Lemak dan Dodol Kukus. Tepung Gomok hanya saya cubit sikit-sikit, Kuih Cara hanya satu yang saya makan dan Tepung Pelita yang paling saya suka pula tak sedap langsung yang saya beli pagi itu. Tapi sekitar 11.30 pagi, emak sudah siap memasak lauk. Saya pun apa lagi. Terus menjamah nasi. Dalam pada demam itu, bertambah saya makan lauk Kari Portugis yang emak masak.
Selesai makan, saya tertidur. Selepas Zohor baru bangun dan bersiap-siap untuk kali terakhir. Ayah sampai di rumah sekitar pukul 3. Selepas siap memasukkan beg ke dalam kereta, kami pun bertolak menuju ke KLIA. Dalam perjalanan, kami singgah mengambil Kaklong di rumah sewanya. Sampai di KL, jalan sangat sesak. Hujan pula tengah lebat. Sepanjang perjalanan, saya tidur saja. Pada mulanya, saya berhajat untuk berborak panjang dengan Kaklong. Sangat jarang kami dapat meluangkan masa bersama di sepanjang cuti lepas tapi lain pula jadinya. Emak ada membawa bekal nasi berlaukkan Kari Portugis yang dimasaknya. Emak tak mahu saya kempunan agaknya.
Selepas mengambil Adnan di Seri Kembangan, kami terus ke KLIA. Kami sudah terlewat waktu itu. Ayah memecut laju. Kami di belakang pula buka bekal yang emak bawa dan kami adik beradik makan bersama-sama di dalam kereta. Tak perlu berhenti makan di mana-mana dah kerana memang kami kesuntukan waktu. Kami suap menyuap antara satu sama lain. Sambil itu, puji-puji emak kerana resepi emak ini memang tiada tandingannya. Yang lagi lucu, kami siap bawa bekal kicap kerana kami adik beradik wajib makan kari dengan kicap. Huhu.
Selesai makan, saya menelan ubat. Ini ubat demam Adnan sebenarnya. Seminggu sebelum itu dia pulang ke rumah dalam keadaan demam teruk. Saya pun kebas saja ubatnya. Tak payah ke klinik. Sebaik saya selamat boarding dan menelefon ayah menyatakan saya sudah selamat di atas kapal terbang, saya mematikan telefon dan terus tidur. Demam saya kali itu berlanjutan sehingga seminggu selepas sampai di sini.
Hari ini saya isytiharkan sebagai hari melepek di atas katil saja. Sebenarnya saya demam sejak malam tadi. Disebabkan saya ni selalu sangat sakitnya, bekalan ubat memang sudah ada. Saya tak sukalah batuk. Sakitnya rasa tekak. Rasa nak cabut sekejap tekak ni. Dah sihat nanti pasang semula. Hehe.
Yang pasti, setiap kali demam, saya teringin makan Kari Portugis. Wahai perut dan tekak, sila bersabar menunggu esok ya. Walaupun tak dapat yang emak masak, esok saya akan cuba penuhi hajat awak ya.
Kari penjajah tu…haha.
Reply
kari penjajah…tehheee
fare dulu kalo makan nasi x de kicap x sah.tpi skang dah x sgt dah.cuma kalau ada kicap cap kipas udang yg manis, baru letak kat nasik banyak2!
sodap~~
Reply
alahai..siannya. Tu lah semalam main salji lama sgt kot. Tadi baru cakap jeles kat Sarah..sekarang tak jadi la. Takpe hari nie akak kasi mc kat Sarah. Rehat ye..nanti dah sihat br boleh buat kari portugis tu.
Reply
dear, get well soon =)
Reply
syafakillah.. 😉
Reply
Slm sarah,
Dapat singgah sat je nih..ada program malam ni kat shah alam,huhu..rindu kat awk plak dah lama tak online ni,hahaha..emm apesal sy tak pernah makan kari portugis tu sarah?ke sy pernah makan tapi namanya lain,hihi.. lenkali nak pi temerloh sana rasalah masakan istimewa mak awk tu,hehe..
Smoga awk ngan kengkawan umh tu cepat sembuh ye..tu lah kemain lagi main kat sejuk2 lama2..kan dah demam,hehe..emm, ad amasa sy singgah lagi na..happy belated besday utk pena tu eh..
*Kalaulah sempat sy ke KLIa aritu mesti dapat rasa kari portugis tu,hihi..itupun kalau lum abis awk makanlah,haha..takpelah, nnti awk balik sini blehlah sy pau..janji awk nak blanje sypun lum tertunai,kekeke..hv a nice weekend sarah..
Reply
Salam sarah,
rehat yang cukup ya. makan yang cukup juga. jangan lupa ubatnya.
salam sayang.
rindu awak!
huhu
** ingat acai je yang boleh rindu – rinduan?! hoho. weks weks =p
Reply
salam ks..
baru semalam main ski, dah hari ni demam plak? ish2.. takpelah, dia suruh rest banyak2 la tu sebab semalam dah puas main.. =P rehat banyak2.. get well soon! jaga diri..syafakillah.. ^_^
Reply
Owh kak sarah.. kari portugis itu macam mana eyk? nak masak nanti snap lah pictures n bagi resepi eyk.. hehe
Reply
oho..mamed ker…
kesian die..
tak jage kesihatan or saje nak demam nie? heish..tak membantu tol izu neh
okay sarah,
get well soon…
jgn menggagahkan diri nak study teruk2 n stay up mase tgh demam nie…
kalo x suke susahkan orang utk jage, make sure makan n makan ubat yer DOCTOR..jangan degil2…
since kamu demam, tak sampai hati nak menembak..
take care
Reply
salam ks
ari ni sy rasa nk demam juga dan lagi,td sy baru masak ‘kari daging’ utk teman2 serumah saya bukan kari portugis..huhu..
akak,ini bukan kebetulan kan? mungkinkah ada jodoh ngn akak ? hihi
p.s:
sy baru hantar emel kat akak..sila periksa ‘peti masuk’ emel akak sejurus sudah bc komen ni..
hihi
p.s:sy
Reply
Salam.
Haa..KS jangkit ngan Wani! Habislah satu bilik terus demam…
Reply
askum KS, saya baru dtg. Saja wondering, KS dulu preparation dkt INTEC ke?
Reply
ks jaga kesihatan elok2 juga. sy harap ks ngan wani cepat2 sembuh. lelaki misteri sihat2 sentiasa. terima kasih ks sbb sudi tolong kawan sy si judin tu utk carikan penulis2 sukarela. 🙂
Reply
mari la kita demam + batuk. huuuu. dah 3-4 hari sudey. duhhh!
Reply
Salam Sarah,
alahai dah demam pula ari nie…rehat banyak-banyak yer, pastuh tekak tuh simpan kejap kat peti ais bagi dia sejuk..hehehe..
terharu pula akak bab suap-menyuap dengan family dlm kereta…kari portugis dengan sarah mmg kuat ikatan nampaknya…
cepat sembuh ya sarah 🙂
Reply
jgn la nanti time kaklong nak p pon demam… hoho tidak!! tidak!! mukah tu tah tah kena p nek bot. sah sah demam..!! huhuhu
wat entri pasal mukah ngah. malas la nak wat research… hehehehe
Reply
mukah?.. hehe. jgn sampai demam kak long ye.
Reply
penangan ice-skating dasat jg ye 🙂
klu dh namanya Melayu, mmg cmni kut? badan kte x immune lg kut kan?
saya dh blh minum Neslo kegemaran 🙁 Mr.SNM ckp, itu racun. ciss..
sarah, klu minum Neslo, ingat saya, share-partner bisnes awak nk komersilkan Neslo besar-besaran 😀
Reply
Kesian demam, get well soon. Semoga gugur lah dosa2 kecil. Amin
ps:kalau takleh hit blog try ni http://haritz.wordpress.com
Reply
Kari Portugis.. Teringin pulak nak carik
Reply
Tolong masak 🙂
Reply
salam ks…sy doakan ks cepat sembuh…
terigin gak nak rasa kari portugis tue…
mcm dah blh terbayang-bayang bau dan rasanya cewahhh hahahahahah
Reply
Fahmi:
Huhu. Kelakar la kamu ni =p Nama tu macam tu sebab cara memasaknya tu =p
Fare:
Oh. Sedapnya kicap kipas udang manis!
Akak:
Saya dah mula demam dari pagi sebelum pergi ice skating tu sebenarnya. Tapi mengada jugak nak pergi kan. Hehe. Tu yang balik tu terus teruk. Saya tak jadi nak masak Kari Portugis hari ni. Takde selera makan langsung 🙁
Reply
Pembaca Setia:
Thank you =)
Lee:
Syukran alaik =)
Acai:
Acaiiiiii. Saya sangat rindu awak jugak! Tu la kan. Kalau sempat jumpa hari tu, agaknya awak dah merasa dah kari emak saya ni ha. Hehe. Sebenarnya housemates saya lagi 2 orang tu dah sihat dah. Saya je yang tak kebah2 lagi. Selera makan pun takde langsung ni. Pena ucap thanks for the wish. Hehe. Acai… Serius rindu! Hoho =p Sila jaga kesihatan jugak ye. Musim2 hujan ni, jangan ngada redah balik rumah dalam hujan kalau tak bawak kereta ok.
Reply
Nadia:
Saya memang tido je memanjang. Bangun bila waktu2 yang nak makan ubat je. Oh. Seronok tadi dapat borak2 dgn awak. Rindu awak jugak!! Bukan Acai je kan =p Huhu.
Ainul:
Dah mula demam daripada pagi sebelum pegi ice skating tu. Tapi mengada nak pergi jugak. Tu yang makin teruk demamnya. Hehe, Syukran wahai adik kecik =)
Saffa:
Oh. Kamu tak klik pada link ‘Kari Portugis’ yang KS underline kan kat dalam entri tu ye? Kalau kamu klik, ada bahan2, cara nak masak dan gambarnya sekali =)
Reply
Izu:
Ye. Saya mamed (mula2 sy baca ni tadi, saya pelik. apa la yang awak tulis ni) =p Saya memang tak study pun sejak 2 hari lepas. Haha. Jahat gila. Sekarang ni bangun dari katil just nak pegi dapur amik air, ubat dan pego amik wuduk di toilet. Solat pun atas katil je tau 🙁 Awak pun, jaga diri ye.
Thia:
Wah. Kebetulan2 yang comel =) KS dah baca email tu malam tadi lagi tapi tak larat nak balas. Insya Allah semuanya beres 😉
Reza:
KS ni memang mudah sakit. Kalaupun bukan Wanie, kalau berselisih dengan orang awam yang sakit pun KS dah boleh sakit dah 🙁 Cepat buat differential diagnosis kenapa KS macam ni. Kalau betul, KS belanja kamu!
Reply
Aween Liana:
Salam Na. Haah. Dulu saya preparation di Intec. Kita kenal ke? Kita buat preparation sekali ke?
Lelaki Misteri:
Haip. Banyak la misterinya kamu ni =p KS kenal siapa ni =p KS tak pass kan questionnaire tu pada orang yang KS cadangkan tu tp don’t worry. Bendanya akan siap jugak. Hehe. Terima kasih sbb doakan!
Kak Cinta:
Tu la. Rasa nak cabut then letak dalam peti ais bagi dia sejuk. Dah elok nanti baru pasang semula kan =p Dalam pada kami semua ni rapat, bergaduh bertekak tu ada jugak! Huhu. Adat la kan. Kalau takde gaduh2, tak best la plak kan. Hehe. Terima kasih kak!
Reply
Kaklong:
Awak dapat Mukah ke Long? Hari tu kata tak sure lagi. Nanti kalau betul awak kena naik bot semua tu (macam Ayah Su), awak bukan setakat demam. Sawan pun boleh. Hahaha. Jaga la kesihatan dari sekarang. Jangan berhujan. Insya Allah tak demam nya waktu nak pergi nanti. Ngah hari tu boleh demam sebelum balik hari tu sebab banyak sangat berpanas dan aktif ke sana ke sini berprogram tak ingat dunia =p Apasal awak malas nak google sendiri ni? Aishh. Nanti Ngah carikan info sikit.
Cikgu Jawe:
Tu la. Harapnya tak la dia demam. Dia demam lagi teruk. Melepek je kejenya =p
Falin:
Ni bukan sebab Melayu ke tak. Tapi terpulang kepada individu tu sendiri yang tinggi immuniti ke tak. Macam saya, saya ni memang ada penyakit. Erk. Saya tak gemar Neslo sangat la Falin. Neslo tu hanya pilihan lain sebab saya tak boleh minum Milo. Saya peminum Nescafe je sebenarnya. Saya buat Neslo tu kalau nak makan dengan oat. Yang saya kata nak komersilkan tu ialah oat dgn Neslo. Bukan Neslo je. Hehe. Neslo kat mana2 pun ada skrg ni. Aishh. Apasal Mr. SNM cakap mcm tu pulak. Kalau awak suka, awak minum je la Falin. Hehe. Jangan amik kisah sgt kot apa dia cakap. Haha *saya menghasut Falin supaya melawan cakap* =p
Reply
Haritz:
Terima kasih ye Haritz. Ok. Hari ni dah boleh bukak dah. Biasanya takde masalah pun nak bukak wordpress. Tapi yang awak punya macam heavy sangat. Nak loading sangat slow. Lepas 2 minit macam tu, terus error.
Botaksart:
Hehe. Klik kat link yang saya underline kat dalam entri ni. Ada cara nak masak. Kalau cari kat kedai, memang tak jumpa rasanya. Hehe.
Cik Ati:
Oh. Tadi saya mimpi Cik Ati. Bila jaga je, tengok ada komen dari Cik Ati. Hehe.
Khairul:
Terima kasih Khairul. Oh. Tu resepi kat dah kasi kat link kat dalam entri ni. Try la buat sendiri. Senang je tau. Hehe.
Reply
Sweet Thinker:
Alamak. Sorry Loque. Terlepas pandang plak tadi. Hehe. Sama2 la kita terperap dalam rumah sehingga betul2 sihat ye. Hehe.
Reply
sarah… saya pun suka makan kari dengan kicap.. ada geng rupanya.. sbb kat rumah, saya sorang jek pesen ni.. hehe..
ppstt… pakai kicap apa kat sana? kicap tamin? kicap kipas udang? kicap moscow? hehe.. kami bawak bekalan kicap dari mesia..ada lagi 3 botol besar..
Reply
Arwah mak Ain orang Jawa, Papa plak orang portugis… Ain agak-agak anak apa ek? Melayu la…. My sis cakap, papa pandai buat roti paung bakar dalam relung tau. Papa original portugis. Pandai buat jeruk mamang… a grass pickles
Reply
waaahh..wajib cuba ni resipi..x pnah try plak x guna santan..baguslah..kurang sket koleerol..ngee..semoga cepat sembuh ya Sarah.doa di kala sakit kan antara doa yg dimakbulkan,wallahu a’lam..=)
Reply
Kak Aizal:
Yeay. Ada geng. Hehe. Saya suka kicap kipas udang manis. Hehe. Tapi dulu2 saya suka kicap 3 ayam manis. Kami kat sini pun bawak stok dari Malaysia. Kicap orang sini cair macam air. Tak manis dan lemak. Semuanya macam air masin warna hitam je. Huhuu =p
Ain:
Maksudnya Ain memang bukan Melayu la. Dan namapun tulen campuran antara Portugis dan Jawa kan. Hehe =) Best nya dapat makan makanan2 yang tak semua orang reti masak.
Doyot:
Terima kasih Doyot =) Ha. Cuba la masak. Orang Portugis dulu2 tak guna santan bukan setakat nak kurangkan kolesterol tu tapi sebab utamanya sebab taknak lauk yang dimasak tu cepat basi. Ye la kan. Diorang kan banyak belayar. Hehe.
Reply
oh iye? tak tak..saye KMB..saje wondering, kenal tak kawan saye name nik nurfarhana? she’s in russia as well =)..but one year younger than you =)
Reply
owh? aku baru tau orang portugis pun makan kari. patutlah diorang datang dari jauh nak jajah melaka dengan maluku sebab nak rempah kari. :-p
Reply
Kari Portugis? tak sangke plak ade kari gini. ingatkan melaka jer die nak amik, ini kari pun skali nk diangkutnye ye.
saje jer la nk kongsi ngan akak,2-3 minggu ni pun semenjak melancong ke melaka-KL-terengganu-perak, badan x sedap n demam2 gak. tp org2 tua kate,kalo nk cepat sihat,kene cakap byk kali kat diri sndiri yg kite x sakit,btul ka?
anyway,that’s what i did,n it worked well. heh. bleh tahan idea org2 tua nih. magic.
Reply
sala ks…td saya dah cuba resepi kari portugis…wah sedapp hehehe hsemates sy semua suka hohoho thnx for the recipes 🙂
Reply
Aween Liana:
Ooo. Macam tu ke. But I don’t think I know her. Dia macam takde ka Moscow je. Kalau kat Moscow and one year younger, KS kenal semua in both unis. Maybe dia kat tempat lain rasanya =)
Benrauf:
Ha. Sebab tu la kot. Hehe. Cuma diorang kreatif. Kari tak guna santan sebab nak elakkan cepat basi. So that, boleh bawak berlayar. Tahan lama sikit makanan tu. Hehe.
Mudzil:
Kadang tu kalau akak buat gitu, boleh jugak bertahan daripada sakit. Tapi kalau dah sampai terlepek tak larat nak buat apa, cakap la macam mana pun, tak lut jugak Mudzil! Hehehe. Tapi, kuasa psikologi ni magik kan. Contohnya kalau kita lapar, tapi punya la sebab nak diet, kita kata kita tak lapar, memang boleh bertahan. Hahaha.
Khairul:
1st. KS dah baca komen kamu kat entri yang lama tu. Hehe. Terima kasih kamu tak lupa pada kamu semua ye. hehe.
2nd. Wah!! Tahniah! Kamu dah buat dah ye! Bagus2 =D
Reply
ain nak jd melayu…makan ikang singgang
Reply