Sabar Ketika Sakit
Saya ada membaca satu artikel kupasan tentang sabar ketika sakit. Cabang-cabang sabar ketika sakit ini ada lima.
Pertamanya, sabar agar berbaik sangka (husnuzzon) kepada Allah itu datang dalam hati. Tubuh badan kita ini milik Allah. Jadi jika Allah hendak menguji kita, itu adalah haknya. Mungkin kita pernah berbuat salah dengan anggota yang diberikan-Nya itu. Tapi ini tidak bermaksud Allah itu hendak menyakiti kita. Bukan begitu. Tapi, mungkin tanpa sedar (atau memang kita sedar) kita berbuat sesuatu yang tidak disukai Allah. Jadi Allah ingatkan kita, “Yang, lain kali jangan tengok TV ke, series yang didownload ke, lama-lama sangat ye. Pening la kepala tu nanti. Dalam series semua tu, bukannya elok sangat kandungannya. Ada adegan itu ini. Yang fikir semula ye Yang.” Ataupun mungkin. “Yang, lain kali sayang sikit perut tu ye. Janganlah sumbat makanan sampai nak terbelahak semula. Kesian kat perut tu ye. Lain kali nak makan tu baca basmalah sekali ye.” Ataupun mungkin juga, “Yang, kaki tu janganlah sesuka hati je nak terpijak kasut orang tu orang ni dalam metro tu. Orang lain pun nak pergi kerja kasut kilat-kilat juga ye Yang.” Kalau kita berfikir baik begini, hati pun rasa lapang dengan Allah. Allah nak tegur kita dengan cara yang beginilah tu.
Keduanya, sabar agar tidak mengeluh. Ujian sakit ini bukannya senang untuk kita terima dengan lapang dada. Tambahan pula kalau sakit yang diuji itu sakit kuat. Sakit yang memerlukan rawatan yang lama atau lebih teruk jika sakit yang boleh meragut nyawa. Kalau tahap pertama sabar tadi kita dah dapat lalui, insya Allah kita akan faham kenapa kita tidak sepatutnya mengeluh dengan ujian ini. Fikir dengan lebih lapang dada. Allah mahu kita lebih banyak mendekatkan diri kepada-Nya dan dalam masa yang sama memahami bahawa kita kufur nikmat jika mengeluh-ngeluh dengan ujian yang datang ini sedangkan kita masih ada banyak anggota atau benda lain yang boleh kita guna pakai. Teringat saya pada skrip drama lakonan M. Rajoli dulu-dulu. Tajuk cerita saya dah lupa. Dalam cerita itu, dia tersabit betisnya sediri ketika bekerja di kebun. Antara yang disebutkannya ialah: Alhamdulillah. Ingat juga Allah pada aku ni. Betulkan? Sebab tak semua daripada kita dapat merasa ujian sakit ni. Jadi, jika kita terpilih untuk merasa sakit, itu maknanya kita antara yang terpilih diingati oleh Allah. Kan istimewa tu.
Ketiganya, sabar menafakuri hikmah sakit. Saya rasa tak perlu ulas panjang. Sebetulnya, dalam dua cabang sabar yang sebelum ini pun ada hikmah yang dapat kita pelajari dan diperjelaskan secara membelai hati. Hikmah yang ada mungkin kita tidak terus nampak tapi jika kita ambil masa untuk menafakurinya (memikirkannya), kita pasti akan belajar sesuatu. Kalau susah sangat lagi, ingat sajalah macam apa yang ornag putih selalu kata tu: Everything happens for a reason. Kan?
Keempatnya, sabar untuk berikhtiar. Allah datangkan sakit pada kita bukannya untuk suruh kita duduk berputus asa dan memikirkan yang buruk-buruk saja. Allah itu Ketua Segala Doktor. Kalau Dia izinkan kita sihat, pastinya kita akan sihat. Tapi, tugas kita sebagai si sakit ini ialah berikhtiar untuk menyembuhkan diri. Berusaha mencari apa yang terbaik untuk pulih semula. Tiada sakit yang tiada penawar melainkan mati. Rasulullah dan ingatkan kita tentang ini. Kalau nak ikutkan, setakat sakit kaki tersepak tunggul takkannya membawa mati. Tapi kalau kita biarkan luka kecil yang ada sampai bernanah-nanah, kemudian ada jangkitan kuman lain pula hingga memburukkan lagi keadaan dan kemudian terjadinya sepsis dan segala kemungkinan yang lain, mati dalam kes ini adalah tidak mustahil. Jadi, jangan berhenti berharap. Tiada musibah yang menimpa kecuali dengan izin-Nya saja.
Kelimanya, sabar untuk berniat supaya cepat sembuh agar dapat meneruskan ibadah. Tak dinafikan, apabila kita sakit, aktiviti ibadah kita juga sedikit terganggu. Yang pening kepala, tak dapat nak meneruskan bacaannya lama-lama. Yang sakit perut, asyik nak berkejar ke tandas saja. Tak dapat nak duduk hentap lama-lama, contohnya ketika sedang membaca buku fikrah. Yang sakit kaki, kurang sempurna keadaan solatnya. Jadi, Allah menyuruh kita terus bersemangat untuk kembali sihat agar ibadah harian dan kerja kita dapat disempurnakan seperti biasa semula. Jangan malaskan hati. Seburuk-buruk penyakit ialah hati yang rosak.
Apa yang boleh saya kata ya? Sebenarnya kepala, perut dan kaki saya sakit secara berjemaah. Sepanjang di hospital pagi tadi saya sakit kepala. Bila ada masa rehat, saya mesti tidur sekejap. Memang sangat sakit. Perut saya pula pedih semacam hari ini. Bila fikir-fikir semula, agaknya sebab semalam makan banyak sangat waktu berbuka. Dan kaki saya sangat sakit di kedua-dua ibu jari. Bak kata ayah, penyakit keturunan. Hehe. Saya pernah ada masalah cyst. Bila terpaksa jalan banyak, memang kaki saya akan sangat sakit di bekas tempat cyst itu. Tulang pun berbunyi-bunyi. Orang yang mendengar memang ngeri. Yang saya terkilankan, saya tak boleh duduk tahiyyat akhir dengan sempurna. Ubat yang di Malaysia dulu saya tertinggal di atas peti di rumah (emak, ada lagi tak ubat tu?). Nampaknya saya kena beli ubat baru untuk kali ini. Erm. Tapi kena tunggu dapat kad bank dululah. Sekarang masih belum stabil. Saya nak berjimat dengan duit yang ayah masukkan untuk saya. Sekarang ni, saya akan bertukar menjadi Tukang Urut Tradisional. Perlukan khidmat? Telefon saja! Hehe.
Nota: Mengada betul saya nak tulis nota ni. Lama dah tak tulis nota kaki =p Kalau ada apa-apa yang salah dalam perkongsian kali ni, tegurlah saya ye. Ha. Sila dengar nasyid Rahmat Ujian kat bawah ni ye. Indah! Wardah je hati saya di hari Jumaat ini =)
Assalamualaikum,
Sarah.. terima kasih =)
Hargai entri kamu. Terasa bagai hadiah untuk saya..
Wassalam.
P.S: pandai2 je saya buat spekulasi entri ini untuk saya. Halalkan laa ea.. hee.. =)
Horras untuk kamu. =)
Reply
sarah, be strong oke! saja cakap.. walau tahu kamu memang telah siap sedia strong.. get well soon!
Reply
salam doc sarah….
huh!!! saya dah agak dah..ms baca intro entry nie..bukan main panjang mukadimah dia…mesti berkaitan ttg awk…last2 pasal awk juga…satu nasihat dan peringatan yang cukup tersusan dan perlu difikirkan…anyway sarah….do take care of your self.berjimat-jimat juga la..tapi jgn terlebih jimat sampai sendiri sakit pulak.okey!.berjumpa lagi pada entry seterusnya ye..:)
Reply
Kak,td terima berita dr gombk.adik lelaki kena denggi.serta merta sy jd rindu sgt dia. Dia tgh sakit,sy rasa nk blk mesia je kak
Reply
salam.
dua nikmat yang sering dilupa ramai manusia, sihat dan masa lapang.
sakit itu satu ujian, mendekatkan diri dgn Tuhan.
teringat seorg kawan yg jeles dengan kawannya yg diuji kerana mahu dirinya dekat dengan tuhan.
namun ujian tak smestinya kesusahan dan kesakitan, kesenangan dan kesihatan juga boleh jadi ujian.
moga ks cepat sembuh. 🙂
Reply
ks
jom kembali memetik kata hikmat kita:
Kiranya susah membuatku tabah
Dan kupohonkan restu
Cukuplah Allah bagiku..
those words are really meaningful.. ^_^ sudah lama ia jadi penghuni dinding meja study ainul,.. so, i give you back! semoga kembali mendapat kekuatan.. (yg ainul kasi dulu suda hilang dlm data lama.. T_T.. lupa plak mcm mana bunyinya.. refer balik la yer.. hehe..)
btw, thanks for the wish.. terharu juga pada si kakak sorang ini.. ^_^
Reply
salam..
tq sbb kongsi artikel ni..Kalau dulu sy skt sy ni mst dah xsbr dan cpt2 nak cr ubat sbb pk dgn ubat boleh sihat,Tapi bila dah meningkat dewasa ni barula fhm konsep sbr ketika skt dan hanya ALLAH saja yg dapat menyembuhkan sbrg pnykt tp kita perlu berusaha utk mengubatinya :).
Reply
ehhhuumm..
terasa la..sebab selalu si boyot buat hal sampai nak masuk ofis yg sejuk berhawa dingin ni mebuat lagi aktif ke tandas dan keroncong angin galak merancak..
Reply