Bercakap Bahasa Budak

Assalamualaikum wbt

Malam sebelum bertolak balik hari Selasa lepas, saya tidak tidur walau sepicing pun. Sepanjang malam saya mengemas barang, buku-buku di rak dan membasuh baju. Pukul 7 pagi, teksi datang menjemput untuk ke airport. Kami bertujuh pada waktu itu. Yang lucunya, kami semua memakai tema warna yang sama hitam, putih dan biru gelap. Disebabkan kemengantukan yang dahsyat, sebaik kapal terbang berlepas, saya terus lelap. Kebetulan di sebelah saya ialah Akmal, pelajar tahun 2 (junior KISAS). Tak sempat cerita banyak, terus saya terlelap. Begitu juga perjalanan dari Tashkent ke KL. 7 jam setengah rasanya seperti 2 jam lebih saja. Saya tidur saja sepanjang jalan.

Sebaik tiba di KLIA, emak dan ayah masih belum tiba. Saya memaklumkan pada mereka bahawa flight akan tiba sedikit lewat. Sebaliknya tiba tepat pada masanya. Sementara menunggu, sempat lagi saya terlelap. Kisah apa saya kan. Terlalu mengantuk. Saya lelap juga. Sebelum itu, saya sempat berjumpa dengan sahabat baik saya, Faaiqah yang juga baru tiba dari Cairo. Ibunya juga ada bersama datang menjemputnya. Sudah setahun tak bertemu. Berpelukanlah kami di sana. Seri wajah pengantin makin terserlah di wajahnya. Hihi.

Sebaik terjaga dari tidur, saya menegakkan kepala dan terlihat kereta ayah berhenti betul-betul di hadapan arrival hall. Emak yang keluar mencari saya. Saya sudah nampak dari jauh dan terus meluru memeluk emak. Kemudian memeluk ayah pula. Terlepas rindu pada kedua-duanya. Dalam perjalanan pulang, ayah bertanya, nak makan nasi atau mee? Laju saya menjawab: Nasi!

Sempat lagi saya tertidur sebelum berhenti makan nasi di Melawati. Menu saya tengahari itu ialah Nasi Beriyani! Kemudian kami terus menyambung perjalanan ke Temerloh. Dan sepanjang jalan itu saya tidur lagi di tempat duduk belakang. Siap boleh baring lagi tu. Sedar-sedar saja, kami sudah pun menghampiri kawasan rumah. Sebaik tiba di rumah, saya berjalan-jalan di dalam rumah dari ruang tamu ke dapur dan ke ruang tamu semula. Melihat-lihat rumahlah kononnya. Selepas meletakkan barang-barang di dalam bilik, saya membuka peti. Ada buah betik sejuk! Rezeki sungguh. Sebenarnya rumah saya memang tak putus bekalan betik. Ada pokok betik yang sentiasa berbuah. Tapi kena berebut dengan burung. Huhu. Buah yang di bahagian atas, burung yang punya. Buah yang di bahagian bawah, kami yang punya. Huhu. Ini namanya rezeki Allah dikongsi sama rata. Hehe.

Kemudian saya ke rumah Tok. Ingin berjumpa Tok dan yang lain. Tapi Tok masih belum pulang dari masjid. Yang ada Mak Tam dan keluarga. Dah setahun dah budak kecik tu. Seronok betul saya dapat main dengan Iman. Tahun lepas waktu saya balik bercuti, Iman baru saja lahir. Kini sudah setahun. Sudah berjalan jatuh bangun, sudah bising mulut dan sudah pandai menggigit orang. Hoho. Sakit.

Pagi tadi, sekitar jam 7.30am, rumah saya sudah kosong. Semua sudah ke sekolah dan kerja. Kebosananlah saya seorang diri di rumah. Tapi sekitar jam 9 pagi, saya terdengar bunyi tapak kaki Mak Tam datang ke rumah untuk mengambil baju untuk dijemur. Mak Tam membawa Iman sekali. Saya pun apa lagi. Bermain dengan Imanlah di laman rumah. Saya pangku dia di atas riba. Saya menyebut ayam dengan nada menyuruhnya mengulang sebut semula perkataan itu. A-yam. Dia balas: Yam. Saya menyebut pula: Po-kok. Dia membalas: Kok. Aishh. Ada-ada saja budak kecik ni ye. Saya sebut: Mo-tor (ada scooter arwah Chik saya yang meninggal Oktober lalu di garaj hadapan rumah). Dia membalas: Broom. Aik. Melebih pula dia ye. Bila bab motor je, tahu pula dia untuk membuat bunyi.

Bila saya dukung dia masuk ke rumah, kami menonton TV rancangan kartun. Ada itik. Saya menyebut: I-tik. Dia membalas: Tik. Dan selepas itu membuat ulangan: Tik-tik-tik. Haha. Saya tergelak sungguh waktu itu. Selepas itu saya menyebut Kak-Ngah. Nama sayalah tu. Dia diam dan tenung saja muka saya. Kemudian dia membalas: Tok.

Uwa……… Saya bukan Tok la. Saya Kak Ngah. Jauh benar iras muka Tok dengan muka saya yang muda remaja lagi comel dan ceria ini :p Uwaaaaaa…. Jagalah Adik Iman. Esok Kak Ngah kenakan awak semula tau :p

17 Responses to “Bercakap Bahasa Budak”

  1. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    wah wah wah….
    sudah di temerloh ya kamu..
    siut jerrr…
    ape smue balik msia niehh…heishh

    Reply

  2. noha says on :

    wahh sronoknya blk msia..sy kna tggu buln 11 br dpt blk..

    Reply

  3. faisal says on :

    slm tok sarah,hehee..
    mesti best pulang ke kampung dan tengok rumah yg lama ditinggalkan..:) amboi2 terus mkn nasi beriani tu sampai mesia,hahaha..err sy yg duduk mesiapun jarang mkn nasi beriani..:) tido kat klia kat mana sarah? surau ek…apapun slmt bergumbira di kampung halaman..biarpun tak semoden rusia dan negara eropah timur sana tapi tetap ada kelebihan sendiri,ceewahh..(cam ckp ngan org luar plak,hahaha)

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    eerr.. budak2 selalu jujur kan sarah.. eh!. bukan. tok sarah. hehe

    Reply

  5. myfisol says on :

    betul!…baby2 memang best sesangat..penah diskus ngan k.mai, org2 yg buang baby2 tu, baiklah bagi kat kami kalau x nak..kami rela menjaganya

    oh ya!..kirim salam kat baby Iman…dari Anaqi Najhan..huhu

    Reply

  6. nOnnie_sayang says on :

    selamat kembali ke msia dan bercuti. iman suka gigit ye? sama macam syamiza, rasa nak terkopek kulit lengan.. anyway, menanti entri ks di bumi msia. adios.

    Reply

  7. Adzrul Ariff says on :

    tok sarah….eh, silap.
    Bestnye dah balik msia. Kelakar saya baca pasal iman tu…teringat sy dekat adik sepupu sy sendiri. tak dapat jumpa kut tahun ni sb saya balik lambat, urusan diploma semua tu nak kena setel dulu.
    enjoy your summer holiday.

    Reply

  8. hantu_siang says on :

    salam….
    ala..kenapa tak bagi tau awal2 dah sampai klia…boleh la saya pergi t..dekat je…hehehhe…termerloh pun tak jauh nie…dekat juga ni…heheh…selamat bercuti ya….
    -hantu siang-

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua 🙂 sorry lambat respon. siang td sy tak online pun. berjalan dgn mak. huhu.

    Izu:
    iye. dh ditemerloh dh. bila ur mum akan balik bangi? awk jgn la bermuram durja kt sana ye. hehehe.

    Noha:
    sedih je bunyinya 🙂 tp nak buat mcm mana kan. kitaran musim kan lain 🙂 sabar skit ye. focus dulu pd study tu 🙂

    Faisal:
    aishh.. nak kena betul dia ni. Tok Sarah tu nama sy 35 thn dr skrg. huhu. hri tu sy tido kt kerusi mula2 tu. sy pegang beg galas yg sy isi laptop. then sy pangku jd kan bantal. huhu. then sy move dekat dgn pintu keluar. duduk kt palang tepi pintu tu pun sy bleh tido dgn nyamannya, sy ni x de masalah nak suruh tido kt mana2 pn klu ngantuk dh dtg. hihi 😀

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    aaaa… cikgu pun jahat jgk *merajuk :p

    Bro Fisol:
    waa.. mulianya hati bro n kak mai. sy pun sedih klu dgr kes baby kena buang. insya Allah. nnti sy sampaikn pd iman. siap dgn peluk cium lg. huhu~

    Kak Nonnie:
    syamiza gigit sampai koyak kulit lengan ye? waa… ni ganas ni. iman gigit sampai tahap berbekas gigi dia n lepas tu lebam la tgn kita. huhu :p

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Adzrul:
    aaa. ni lg sorg. panggil sy tok jgk ye. oo. adik sepupu awk berapa umurnya? klu x silap sy,fmly awk skrg bukan di msia kan? diorg di luar jgk kn? tu la. nak uruskan translation sume tu makan masa kan. takpe la. 1 hari nnti akan jumpa jgk dgn si kecik tu kan. hihi 🙂

    Hantu Siang:
    oh. toksah la susah2 nak ke klia hri tu. huhu. tp klu nak dtg temerloh, bgtau la dulu ye. hehe

    Reply

  12. akak says on :

    hehehe..jauh benar si iman tu dengar ye..Kak Ngah ngan Tok..mmm..mana samanye ye..kelakar betul..muda² dah kene panggil tok..:P

    Reply

  13. Nisa dearie says on :

    haha, Sya tau broom (motor) si iman..cute =)
    u make me miss kampung,hoho..

    btw, im home too! for a week je,but no complaint..welcome back, cousin!

    Reply

  14. nadia yuna says on :

    ohoho..
    pandainyaa iman
    nanti akak belanja cokolat eah
    =p

    sabo je la ye cik sarah
    nak wat cemana
    dia nak bergurau tuuu

    =)

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    itula kan. tp takpela. kasi can la kat dia. petang esoknya tu sy dh balas dh kt dia. huhu :p

    Nisa Dearie:
    haah kan. semua pun tau psl broom broom dia tu. bila boleh jumpa ye? rindu kt awk. ngah tak pakai no msia lg. nnti ngah contct awk ok. dayah n linda ada di rmh lg. ingtkn diorg lama lg kt sini. so bleh nnti nak ajak diorg ke kuantan. tp next weekend diorg nak balik shah alam dh. hope to meet u soon!

    Nadia:
    agaknya kalau dia jumpa awk dia panggil mak ngah kot tau. huhu. time tu sy plak yg belanja dia coklat :p

    Reply

  16. nadia yuna says on :

    ahah.. =p
    saya da biasa cik sarah.
    pasai apa.. bila balik pineng,
    pangkat saya tok ngah.
    adehhhh.. tua sungguh!

    Reply

  17. Ainul Arina says on :

    hahahhahaha.. terguling-guling gelak baca.. kak ngah= tok… apala yang si iman tu nampak yer….ks, kirim salam sama iman yer.. cakap kat dia saya sokong dia!!! hikhikhik… jgn buat muncung itik yer… maknanya iman nak suruh kak ngah dia tu jadi lagi comey la tuh… biar tak nampak bayang tok kat muka.. wahaha.. btw, selamat pulang ke malizia… fuh, lagi dua bulan saya nk ikut sama.. tak sabar dah nih.. caiyok2!!!

    Reply

Leave a Reply