Haiku For You

For the air you spray into me
Lessen the tightness
You set me free.

Selfless, I return to you
One I, and only one you.
No word could you doubt me
The heart is no empty.

Haiku, in all I shall tell you
You rhyme in my pace
setting me into peace.
Haiku for you.
Mysara, the lovely you.

-a-

Note: You I thank. So very much. I’ve just learned what Haiku is. I’ll try to compose one.

Posted on April 17th, 2009 by Sarah  |  3 Comments »

Hujung Minggu Yang Padat

Assalamualaikum wbt

Saya memang tidak faham betul. Setiap kali hujung minggu tiba, saya akan sibuk mengalahkan pengetua sekolah menengah. Pengetua sekolah menengah pun setidak-tidaknya dapat berehat di rumah pada hujung minggu. Saya bukan setakat tidak melekat di bilik. Siap pergi mencari nahas menyakitkan badan dengan latihan pingpong.

Minggu ini jadual latihan saya sedikit berubah. Latihan diadakan pada hari Sabtu. Selesai saja solat Zohor, saya bersama tiga orang lagi ahli pasukan saya bertolak bersama-sama. Latihan masih lagi seperti minggu lepas. Intensif separuh mati yang tidak diberikan sebarang insentif atas inisiatif kami menghadiri latihan yang berbentuk elektif atas pilihan hati kami yang ikhlas. Oh ayatku. Orang muda zaman ini kata: Tak boleh blah betul! Tapi tidak elok berbahasa begitu. Rosak bahasa. Mari cintai bahasa kita semaksimumnya.

Alhamdulillah, prestasi saya kembali pulih. Mungkin minggu lepas saya tertekan dengan pelbagai perkara. Jadi prestasi saya amat mengecewakan diri saya sendiri. Minggu ini pula mungkin baru mendapat semangat baru yang disuntik melalui email, maka diterjemahkan melalui peningkatan dalam setiap smash yang dilakukan. Eceh. Melawak saja. Email itu tiada kaitannya.

Sekembalinya daripada latihan, saya dan Wanie menghadiri usrah pula. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dulu, dan juga dulu-dulu, dalam masa seminggu kehidupan, saat yang paling menggembirakan ialah ketika menghadiri usrah bersama tujuh orang yang lain. Minggu ini kupasan tafsir Surah Ad-Dukhan. Cantik sungguh Allah bercerita dengan kita dalam surah itu. Dari kisah jerebu sebagai tanda Allah murka, ke babak seterusnya tentang kisah Nabi Musa dan pengikutnya. Dan disertakan peringatan untuk orang yang berlagak seperti tuhan dan bangga dengan kekuasaan.Β  Siap ada sindiran sinikal daripada Allah buat manusia jenis ini dalam ayatΒ  ke-49. Dan seperti biasa, Allah sudahi penceritaan-Nya dengan menyejukkan hati kita. Allah memberikan gambaran indah tentang nikmat yang menanti di syurga. Hati yang rawan mesti akan terpujuk dengan ayat terakhir surah ini: Maka tunggulah. Sungguh, mereka itu juga sedang menunggu. Hai kamu semua. Allah dan penghuni langit yang lain sedang menunggu kita di sana!

Read the rest of this entry »

Posted on April 13th, 2009 by Sarah  |  33 Comments »

Anak Muda Yang Gigih

Assalamualaikum wbt

Entri ini ditulis pada 14 Ogos 2008 yang lalu. Baru sekarang saya rasa hendak kongsikan di sini.

Selama ini saya pernah menjadi pembaca sebuah blog yang dimilik oleh seorang lelaki muda yang bekerja sebagai Pereka Hiasan Dalaman. Dia memiliki sebuah syarikat sendiri dan saya boleh mengkategorikannya sebagai anak muda yang sangat berjaya, berkerjaya, kaya-raya dan bermotivasi tinggi. Saya sendiri kagum dan kadang-kadang mendapat semangat apabila melihat betapa dia bersungguh-sungguh mengusahakan perniagaannya itu. Sayangnya hanya satu yang saya kurang suka tentangnya. Dia terlalu bermewah dengan hidupnya yang semamangnya berasal dari sebuah keluarga yang kaya-raya. Cuba bayangkan, untuk hujung minggu yang tiba-tiba dia rasakan bosan, dia terus terbang ke Dubai semata-mata untuk membeli-belah.

Dan yang sebetulnya, kenapa saya mula membaca blognya suatu masa dulu kerana saya dapat tahu yang dia tinggal dan bekerja di bandar yang sama dengan saya. Mulanya saya ingatkan dia anak jati tempat kami. Tapi tak pernah sekali pun dia menyebutkan nama tempat dia berada itu kerana hendak menjaga status kononnya. Tapi bagaimana saya tahu itu adalah Temerloh berdasarkan gambar-gambar yang banyak di blognya. Ada gambar Esplanade yang cantik di tepi Sungai Pahang tu dan macam-macam lagi termasuklah lokasi kawasan rumah rakit yang menjadi lambang Sungai Pahang di Lurah Semantan itu. Dan disebabkan gambar itu, saya pernah meninggalkan komen padanya. Peristiwa ni hampir setahun setengah yang sudah. Dan waktu itu saya tidak tahu bahawa dia jenis yang agak dingin orangnya. Terutamanya dengan orang yang biasa-biasa seperti saya ni. Dahlah tak berkerjaya lagi, ‘orang tempatan’ pula tu.

Read the rest of this entry »

Posted on April 10th, 2009 by Sarah  |  106 Comments »

Sukan Sebagai Terapi

Assalamualaikum wbt

Sebagai seorang yang berperutkan Melayu sejati, saya tidak boleh hidup tanpa nasi. Sejak pagi tadi, saya langsung tidak menjamah apa-apa melainkan sandwich tuna dan secawan kopi tengahari tadi. Itupun setelah hampir berputus asa mencari pejabat Biro Penterjemahan bersama Faisal dan Thines. Makan tahap kebulur. Sebelum itu, di sebelah paginya, saya dikehendaki membawa pesakit saya pagi tadi ke bilik pengimejan untuk prosedur Echocardiography. Ketika di dalam bilik itu, bersama seorang lagi doktor dan empat orang pelajar Rusia yang lain, tiba-tiba perut saya berbunyi. Bukan sekali. Bukan juga dua. Tapi empat kali! Malu seh.

Bila sampai ke rumah petang tadi, saya tidak sabar menunggu Fatt siap memasak. Dan sambil makan nasi di petang yang redup ini, saya melayan video-video bola di Youtube. Lamanya dah saya tak menonton bola. Rasanya, sejak TV di rumah kami ini tidak boleh mengakses ke 80 rangkaian internet TV (kerana kami sudah tidak menggunakan pakej internet yang ini), saya sudah tidak mengikuti perkembangan bola. Oh. Kenangan yang paling bersejarah semestinya sewaktu menyaksikan final UEFA antara Manchester United menentang Chalsea secara langsung di stadium Luzhniki Mei tahun lalu!

Sebenarnya ada sesuatu yang merunsingkan otak saya buat masa ini. Itu sebabnya saya layankan saja video-video bola yang entah tahun bila-bila entah ni. Dalam banyak-banyak video itu, saya teruja dengan tiga video ini. Huhu. Sudah lama rasanya tak mendengar nama Soto (hahaha). Tiba-tiba ada video jaringan daripadanya. Cayalah! Oh ya. Cerita yang merunsingkan otak saya tu lain kalilah saya ceritakan. Tengah malam nanti kot.

Video yang terakhir ini saya sudah tonton berkali-kali dengan adik-adik saya di rumah. Sehinggakan, ketika kami balik kampung di Penang pun, boleh lagi kami gelak besar walaupun dah ulang tengok sebelum itu. Si Azizi dan Aiman siap ajak sepupu sepapat gelak sekali menonton video yang ni. Nanti bila mereka dah besar panjang, mesti mereka malu dengan diri sendiri sampai tak tahu nak letak muka kat mana. Entah apalah yang lawak sangat dengan video ni pun tak tahulah. Hahaha.

Nota 1: Tadi saya duduk di tepi tingkap bilik. Di tangan memegang buku Case Files. Tapi mata mengendap budak-budak dari India bermain kriket di luar bangunan ni. Tup tup ternampaklah si Rahul budak 5th year tu ada main. Wow. Happy sat. Terlupa kerunsingan. Hahaha. :mrgreen:

Nota 2: Ha. Budak-budak 5th year tingkat 5 kat atas nun, sila jangan gelak ok. KS cop itu Rahul. Kita kidnap kasi bawak balik itu Tanah Malaya. Tengok itu Rahul punya muka, masalah boleh hilang sudah. πŸ˜†

Nota 3: Sebenarnya saya nak cakap, bila sedang tertekan, runsing atau moody, bersukan atau bersenam adalah cara terbaik untuk melampiaskan cas negatif dari badan dan emosi. πŸ™‚

Posted on April 7th, 2009 by Sarah  |  8 Comments »

Diari Ahad

Assalamualaikum wbt

Petang semalam, saya ada latihan pingpong seperti biasa. Tak tahulah nak kata macam mana. Prestasi hari semalam macam mengecewakan sungguh. Inilah padahnya bila sudah dua tahun berhibernasi. Tapi prestasi hari semalam amat mengecewakan saya. Rasa hendak menangis pun ada. Tapi buat apa. Simpan air mata untuk episod kehidupan yang seterusnya lagi baik. Harapnya, saya dapat mencari rentak permainan saya yang dulu. Hayyak!

Otot bahu dan belakang saya juga sedikit cedera petang semalam. Ketegangan otot. Hendak bermain pun terasa sakit. Tapi tetap main juga. Bila sampai saja di bilik, hendak baring meluruskan badan pun terasa sakit. Positif. Positif. Insya Allah siang esok mesti sudah elok.

Hari ini posting baru akan bermula. Jadual saya tidaklah sepadat mana. Tapi seperti biasa, perlu menjelajah ke Tenggara Moscow di pagi hari. Nasib baik Subuh masuk awal sekarang ini. Jadi, termotivasilah untuk bangun awal tanpa ada alasan sampingan. Tapi sekarang ini sudah pukul 2 pagi. Apa yang saya buat masih berjaga ni?

Saya baru siap menyapu bilik, melipat dan menggosok baju serta mengemas dapur. Sudah selesai semuanya, barulah lega hendak tidur. Hah. Siapa kata ni macam tabiat murni-tapi-sebenarnya-separa-terpaksa makcik-makcik sebelum tidur, jagalah dia.

Nota 1: Hari ini sudah hari Isnin. Maknanya apa? Jeng jeng jeng. Oh. Cepatlah siang. πŸ˜‰

Nota 2: Sekali demam Facebook datang, menggila jadinya kami serumah. πŸ˜†

Nota 3: Izu, terima kasih atas panggilan jauh untuk kawan awak yang serba kecomelan ini dan sekalung TAHNIAH saya ucapkan! <—- (Sila lihat bahasa saya. Sah-sah awak kalah, Izu) :mrgreen:

Posted on April 6th, 2009 by Sarah  |  6 Comments »